Jari tiba tiba tak boleh bergerak, lepas buat pemeriksaan terkejut sekali ini yang doktor dedahkan

artis

MALANG tidak berbau… itulah yang terjadi kepada penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali yang mengalami kelukaan di jari ketika bermain bola sepak dua hari lalu. Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, insiden itu berlaku ketika dia ingin menepis bola yang datang ke arahnya dengan laju. Tamat sahaja permainan, penyampai radio berusia 32 tahun itu mula berasa panik apabila melihat jari manis kirinya menjadi lembik. Fizi alami kecederaan ketika bermain bola sepak. “Baru nak mula aktif semula main bola sepak… dah cdra pula. Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol.

“Nak jadikan cerita, saya tepis bola yang sangat laju dan masa itu dengar la macam bunyi patah. Tapi saya teruskan main. “Bila dah habis main, saya buka glove… barulah nampak jari manis jadi lembik. Tak boleh bergerak atas dan bawah,” katanya kepada mStar. Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol. Sebelum ini, bekas suami kepada aktres Shakilla Khoriri itu berkongsi foto memperlihatkan jari manisnya mengalami kelukaan.

Berkongsi mengenai detik cemas itu, Fizi memberitahu dia terus bergegas ke hospital dan doktor mengesahkan urat jarinya sudah terputus. Kata Fizi lagi, buat masa ini doktor mahu cuba merawat secara semula jadi dengan memakaikan sarung untuk menyokong keadaan jarinya. “Memang panik la… saya terus ke hospital dan masa itu doktor kata ada kemungkinan sama ada urut pergerakan jari putus atau urut putus dan tulang patah. “Kalau urut putus dan tulang patah itu memang bahaya. Kena terus operation. Alhamdulillah, selepas lakukan X-ray, hanya urat saja putus.“Doktor kata nak cuba rawat cara semula jadi. Mungkin dalam enam minggu macam itu kena pakai sarung support jari,” ujarnya.

PERKONGSIAN video memaparkan pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, Fizi Ali menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka bersama menarik perhatian warganet. Rata-rata wserta rakan selebriti teruja melihat Shakilla, 32, dan Fizi, 32 tetap meluangkan masa bersama anak mereka biarpun sudah berpisah. Mengakui bukan mudah untuk berkumpul semula sebagai sebuah keluarga, Shakilla berkata semua yang dia dan Fizi lakukan demi kebahagian anak mereka, Ameena Sofia. “Saya akan buat apa saja untuk bahagiakan Ameena. Tak kisah la hari lahir dia atau apa saja, kami akan cuba bersama. Mungkin benda ini akan menyakitkan saya atau Fizi.

“Sebab macam kumpul semula kenangan. Saya tak kisah sebab antara kami dah berakhir. Macam mana kami ibu bapa Ameena dan sebulat suara untuk beri kasih sayang pada Ameena. “Memang sakit nak melalui sebab banyak momen bersama dan kena wujudkan demi Ameena. Semua kekuatan untuk buat semua ini saya dapat daripada Ameena,” katanya kepada mStar. Shakilla memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Ameena Sofia yang ketiga di laman Instagram miliknya pada Isnin. Sebab saya percaya aturan Allah sangat baik dan cantik.

Menerusi kapsyen di perkongsian itu, Shakilla berkata majlis tersebut sepatutnya dihadiri rakan-rakan anaknya namun perancangan terpaksa diubah disebabkan faktor kesihatan. Sebelum ini, anak perempuan Shakilla dan Fizi disahkan positif Covid-19 pada 8 Mac lalu dan menjalani tempoh kuarantin di rumah sahaja. Sementara itu, Shakilla menerima baik doa netizen yang mahu melihat dia dan Fizi kembali bersatu sebagai suami isteri. Bagaimanapun pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri ini reda dengan takdir dan aturan kehidupannya dan Fizi yang sudah disusun oleh Allah.

“Saya hanya mampu aminkan saja doa orang yang berharap kami kembali bersama. Setiap hari saya berdoa saya atau Fizi menemukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kami lalui. Fizi turut bersama menyambut ulang tahun kelahiran anaknya.“Kalau ditakdirkan Fizi yang terbaik untuk saya dan Ameena, Allah akan makbulkan tetapi kalau Allah kata hubungan kami cukup sampai di situ, hanya takdir untuk berkahwin, itu pun saya terima. “Sebab saya percaya aturan Allah sangat baik dan cantik. Kita yang baik, Allah akan beri yang baik. Saya percaya Allah akan beri sinar kepada saya dan Fizi,” ujarnya. Fizi yang juga penyampai radio Suria FM dan Shakilla mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021. Mereka berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Siap Minta Maaf. Fizi Ali Akui Sebak Tak Dapat Sambut Hari Jadi Ameena Dan Ini Penjelasannya. Perkongsian terbaru penyampai radio Fizi Ali di laman sosial Instagram (IG), mengundang sebak di kalangan pengikut tambahan lagi apabila melibatkan anak perempuannya Ameena Sofia. Menerusi hantaran tersebut Fizi mengucapkan selamat hari lahir kepada puteri kesayangannya itu dan memohon maaf kerana hanya mampu tinggalkan hadiah di pos pengawal. Fizi turut memohon maaf kerana tidak dapat berjumpa Ameena kerana tidak mahu ditdvh sebagai pembawa sakit kepada anaknya itu.

“Selamat hari lahir Ameena sayang…Daddy letak video dekat sini supaya kalau nanti Daddy dah tak ada, awak ada memori untuk tengok dekat sini. Nanti awak dah besar awak akan faham, Daddy tak pernah lupakan awak walau sesaat…awak nyawa Daddy. Maaf tak dapat jumpa awak sebab Daddy tak nak lagi ditdvh jadi pembawa sakit dekat awak. Daddy tak sanggup tengok awak sakit dari jauh, tak dapat jaga awak, tak dapat sentuh awak… Maafkan Daddy…Terima kasih jugak kepada orang-orang yang menyumbang untuk bagi hubungan bapak dan anak jauh…Semoga korang diberkati,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi video yang dimuat naik, jelas kedengaran suara Fizi menahan sebak kerana tidak dapat bertemu Ameena di hari istimwewanya. Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut memberi kata-kata semangat kepada Fizi, termasuk rakan penyampai Suria FM, Suraya Borhan dan Feeya Iskandar. Kebanyakannya meminta Fizi bersabar dan tidak menyalahkan diri sendiri apabila Ameena disahkan dijangkiti CVDI9.“Fizi Ali, janganlah asyik salahkan diri sendiri. Allah maha mengetahui segalanya. Semua orang kalau boleh nak elak tak nak jadi punca, tapi elaklah mcm mana pun jagalah baik cam mana pun, kalau Allah kata kena, tetap kena juga. Be strong okay…You dah buat sehabis baik untuk Meena,” tegur Feeya. “Fizi Ali, apa buat video boleh kasi habuk masuk mata ni…Mana mungkin kita as parents nak suka-suka tengok anak sakit..Meena strong girl..Nanti bole playdate ngan Janna ok..Anyway Happy birthday meena comey!!,” kata Suraya pula.

Difahamkan Ameena Sofia yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga hari ini (14 Mac), disahkan positif CVDI9 minggu lalu selepas menjalani ujian calitan RTK. Ameena kini dalam jagaan ibunya, aktres Shakila Koriri dan sedang menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari. Dalam perkembangan lain, sehingga hari kesihatan Ameena juga sudah semakin baik seperti yang dikongsi ibunya dalam hantaran terbaru di IG. Sumber, Gempak

Tular Rakaman Sampai Dikatakan Cepat Move On. Fizi Ali Tampil Dedahkan Siapa Sebenarnya Wanita Tersebut.“Di TikTok tu mungkin ada yang dah salah faham. Itu adalah kawan saya sebenarnya. ”Itulah penjelasan penyampai radio Fizi Ali selepas tular video yang mendkwa dia seperti mahu mengorat seorang wanita di platform TikTok malam tadi. Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 33, tidak ada sebarang isu pun tentang video tersebut kerana mereka berdua hanya bergurau dan ia tidaklah seserius yang disangka.

“Takde isu pun pasal saya nak try dia sebab dia kawan saya. Bila kami bergurau ada yang tak tahu dan rasa macam itu adalah satu benda yang serius tapi sebenarnya tidak pun. Memang takde apa-apa langsung antara kami, hanya kawan sahaja. Saya kesian jugak kat kawan saya tu, sebab benda ni bergurau kita-kita je tak sangka benda ni boleh viral sampai orang ktvk dia, kata tak setanding dengan ex-wife saya, tak baik la cakap macam tu. Ada yang kata Shahida ni punca rumahtangga saya berpisah, bukan. Dia bukan punca. Kami hanya kawan,” ujar Fizi ketika dihubungi Gempak.

Ketika ditanya mengenai warganet melabel dirinya sebagai seorang yang cepat move on, Fizi ada alasan sendiri bagi mempertahankan dirinya. Jelasnya, sesiapa sahaja di luar sana baik lelaki mahupun wanita, daripada asyik bersedih dan mengenang nasib, langkah move on itu perlu diambil tidak kira cepat atau lambat. Sebenarnya dalam hidup kita ni perlu sentiasa move on tau. Kalau rasa benda tu sangat menyedihkan untuk kita, sehari ada 24 jam, tak kan dalam masa 24 jam tu kita nak bersedih je kan. Tak kan kita nak setahun straight bersedih je. Bagi saya dan untuk sesiapa juga di luar sana, kalau dah ambil satu langkah untuk move on tu, tak perlulah kita nak mengkritik. Kita patut beri mereka sokongan.“Tak timbul isu lelaki cepat move on ke apa, kalau lelaki atau perempuan lepas berpisah pun, nak ambil masa setahun, dua tahun untuk move on, jodoh itu kan di tangan Tuhan. Kadang kalau kita nak mempertahankan jodoh tu, kalau Tuhan kata tak boleh, tak bertahan jugak kan. So kita tak boleh nak cakap orang tu cepat atau lambat move on,” jelasnya lagi.

Malah, bapa kepada seorang anak perempuan ini tidak menolak jika jodohnya tiba awal dan jika dia ditakdirkan untuk kembali bersama dengan bekas isteri, Shakila Khoriri. “Saya takdelah sedang mencari pengganti sangat, itu semua jodoh. Kalau jodoh saya masih bersama bekas isteri, alhamdulillah. Kalau tak bersama bekas isteri pun tak apa. Kalau seseorang itu dah ditakdirkan jodoh saya, saya terima je. Untuk masa sekarang, takdelah saya nak sangat mencari jodoh tapi kalau ada, alhamdulillah,” katanya di akhir perbualan. Sekadar info, Fizi berkahwin dengan Shakila Khoriri pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia, 2 tahun.Disember tahun lalu, pasangan tersebut mengesahkan hubungan mereka telah berakhir. Sumber: Gempak

Ada Dj Cakap Fizi Ali Kahwin Dengan Orang Yang Salah. Tak Boleh Duduk Diam Sekali Ini Respon Padu Dari Shakilla Khoriri Buat Ramai Yang Terkedu. Sesiapa sahaja pasti terasa hati apabila perpisahan yang terjadi terus-menerus diungkit dan diperkatakan lebih-lebih lagi dijadikan modal cerita di corong radio. Pelakon Shakilla Khoriri menerusi Instagram meluahkan rasa tidak puas hati dengan ungkapan penyampai radio Suria FM, Suraya Borhan yang mengatakan ‘sebab Fizi kahwin dengan orang yang salah ke?’.

Dikatakan, Suraya melontarkan dialog berkenaan ketika dalam segmen sketsa pagi bersama PU Azman dan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan segel1ntir pendengar. “Bukan satu atau dua orang yang beritahu macam-macam kepada saya. Sebelum ini saya diam. Saya biar orang jadikan saya bahan jenaka. Campur tangan urusan peribadi saya.

“Saya biarkan bukan berhari-hari malah berbulan-bulan menuding jari sana sini. Saya pekakkan telinga dan butakan mata kerana tidak mahu besarkan isu. “Tetapi, semakin saya cuba betulkan diri untuk jadi manusia lebih baik semakin orang galak pijak kepala saya,” katanya. Aktres berusia 32 tahun itu berkata, dia bukanlah individu yang suka mencari atau menyiasat sesuatu perkara kerana dia yakin Allah akan menunjukkan hal yang sepatutnya dia tahu.

Kata Shakilla, banyak perkara yang diketahui dan dilihatnya sendiri tanpa perlu bersusah-payah mencari. “Untuk kes ini, saya kurang pasti apa yang menyebabkan penyampai berkenaan mengeluarkan ayat sedemikian. Mungkin dari penyampaian tuan badan atau gerak rasa sendiri. “Kisah saya sudah berakhir. Dan saya secara peribadi tidak menyalahkan pasangan saya tetapi jangan cuba buat saya sentuh apa yang tidak sepatutnya dan akan membuka aib sesiapa. Cukup,” katanya.

Shakilla turut berharap pihak Suria FM dapat berbincang dengan penyampai berkenaan atau memberikan penjelasan maksud disebalik dialog yang dikatakan itu. Berharap perkara seumpama itu akan berakhir, Shakilla menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tind4kan terhadap kata-kata yang keterlaluan dan berunsur ftnah atau mem4lukan. Shakilla berkahwin dengan Fizi pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia kini berusia dua tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, cari via dnq

Leave a Reply

Your email address will not be published.