Muka anak ada yang mempermainkan, Tak boleh berdiam sekali ini respon Sharifah Shahira buat ramai yang terkedu

artis

Cerita mengenai penghinaan wajah anak beberapa orang artis tular sebelum ini di media sosial dan mendapat respon daripada pelbagai lapisan masyarakat. Banyak pendapat dilontarkan dan ada juga yang memberi sokongan moral kepada artis terbabit dengan kata-kata positif. Sebelum ini, Sharifah Shahira juga berkongsi pengalamannya yang pernah melalui perkara sama satu ketika dulu. Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya sebelum ini, penyampai radio Suria fm itu memberi komen panjang mengenai perkara itu.

‘Jangan sakitkan hati orang..’ “Macam mana korang ni nak cerita pasal wajah anak orang masa kecil. Masa anak kita kecil dulu, depan muka kita dia cakap kenapa anak rupa macam ni sedangkan bapa handsome, ni mesti ikut mak dia. “Dia lupa ini kejadian Allah berikan, kita terima dengan redha, itu adalah rezeki. “Macammana rupa anak sekalipun, doakan anak mempunyai hati putih walaupun sedikit. Jangan hitam semua, jangan sakitkan hati orang ” tulisnya. Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata warganet tetap memberikan sokongan moral buat Shira disamping memberikan pandangan mereka berkenaan isv itu. Malah isteri kepada Lan Solo juga turut meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman tentang anaknya yang menerima kritikan warganet. Sumber, Instagram Shira Ijoy

‘Semua sebab ‘content’ Kuala Lumpur: Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 47, selesa mengambil pendekatan tidak mahu menghakimi orang lain dengan mudah terutama ‘Instafamous’ dan selebriti di atas segala tindakan dibuat mereka di media sosial. Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera berkata dalam pengaruh media sosial sekarang, dia berasakan tindakan dibuat segelintir ‘Instafamous’ dan selebriti yang begitu gemar berkongsi apa saja kepada umum di akaun mereka disebabkan. “Saya sekarang, tidak mahu cepat menghakimi atas perbuatan dan tindakan orang lain. Jadi, buatlah apa kamu rasa nak buat. Nak jadi apa, silakan.

“Apapun, kamu buatlah yang terbaik untuk Allah. Saya sekarang dah belajar tidak menghakimi orang. Tapi, kalau betul dia salah pun, saya takkan ‘judge’. Itu adalah ‘content dia, hak dia,” katanya. Shiera berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada wajar atau sebaliknya tindakan segelintir ‘Instafamous’ dan selebriti yang suka berkongsi apa saja foto atau video aktiviti  mereka di media sosial. Menurut Shiera, kewujudan pengaruh media sosial ini boleh dianggap baharu. Katanya, jika di imbas semula pada era 1970-an hingga 1990-an, golongan selebriti belum terdedah dengan akses kemudahan moden sebegini (media sosial). 

“Dahulu, kita (selebriti) mungkin banyak buat hal masing-masing sahaja. Tak semua yang dibuat itu orang nampak, sebab tak ada lagi media sosial. Yang nampak pun hanya Allah atau ada juga kawan-kawan terdekat sahaja. “Tapi, sekarang ini apa saja yang dikongsi di media sosial akan dapat perhatian dan jadi tarikan ramai. Justeru, sebenarnya masing-masing dah ada ‘content’ sendiri,” katanya. Apapun, Shiera berkata kalau nak tahu apa yang elok atau tidak dalam hidup ini, semestinya tengoklah nanti bagaimana pengakhiran kita. Ujarnya, semua itu tetap datang daripada Allah.

Baru-baru ini, Shiera muncul pada sidang media virtual yang diadakan TV3 untuk mempromosi rancangan hiburan yang dihoskannya bersama pelakon dan penyanyi, Naim Daniel pada Aidilfitri ini. Shiera dan Naim berganding buat kali pertama sebagai pengacara untuk program Karok Ok yang akan menemui penonton, jam 10.30 malam di TV3 pada 23 Mei ini. Selain mereka, barisan penyanyi lain turut diundang dalam program itu ialah Tuju, Loca B, Cik Manggis, Amir Masdi, Wany Hasrita dan Haqiem Rusli.

Sharifah Shahirah kini bertudung. PELAKON, pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah berkongsi sudah mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Sharifah Shahirah, 46, atau mesra disapa Shiera berkata, niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT. Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.

“Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai. “Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri,” katanya kepada Harian Metro. Shiera yang juga penyampai radio Suria FM berkata, keputusannya itu mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan.

Shiera berkata, dia tetap berkawan dan menghormati orang lain. “Suami tak cakap apa. Dia sentiasa menyokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Macam anak perempuan pun, dia siap cakap nak pakai tudung juga. “Begitu juga rakan-rakan yang sangat menyokong. Malah, ada siap bagi tudung. Azah pun siap tanya adakah betul saya sudah bertudung. Insya-Allah, saya tetap berkawan dengan semua orang. “Saya masih Shiera yang sama dan saya tetap menjadi diri sendiri. Cuma, saya cuba untuk menjadi lebih lemah lembut. Kalau menjerit saya cepat-cepat beristighfar,” katanya.

Anak tak dapat 6A, kenapa nak marah. PELAKON dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah menerima dengan hati terbuka keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya, Airra Zulkifili yang mendapat 2A, 1B, 2C, 1D. Shahirah, 45, atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata, dia berkongsi perkara itu di Instagram kerana tidak mahu menjawab pertanyaan berterusan daripada orang sekeliling. “Saya ambil pendekatan untuk beritahu terus. Senang dan tak perlu nak jawab banyak kali. Orang kita kalau tahu ada anak yang ambil peperiksaan besar, mesti nak ambil tahu. Selagi tak jawab, memang tak berhenti bertanya.

“Jadi, ini cara saya. Bagi saya, tidak ada apa yang perlu dirahsiakan. Malah, tidak salah pun kalau kita berkongsi meskipun keputusan ini tidak cemerlang seperti anak artis lain. “Sebagai ibu, saya tetap bangga dengan anak. Saya tak marahkan dia. Saya positif dengan keputusan ini. Saya tahu dia sudah berusaha dan ini adalah hasil serta rezeki yang diberikan,” katanya kepada Harian Metro. Airra yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati mendapat A dalam kedua-dua mata pelajaran Bahasa Inggeris, B (Matematik), C (Bahasa Malaysia) dan D (Sains).

“Syukur ada juga A yang dia dapat. Dulu saya semua B. Cikgu memaklumkan, anak saya masih lulus sebab Bahasa Melayu pun lulus. “Apa yang penting, saya pesan pada anak jadilah manusia yang berguna pada kedua ibu bapa dan semua orang. Jangan sesekali menyakiti hati sesiapa. Dengar cakap saya. “Tak kisah kerja dalam bidang apa sekali pun dan gaji kecil, saya mahu anak hidup dalam persekitaran positif,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.