Terbabas masa perlumbaan, Kini ini keadaan terkini Nabila Razali

Viral

Pelakon dan penyanyi terkenal, Nabila Razali kini berdepan dengan detik cemas apabila kenderaan yang dipandu saat perlumbaan yang diadakannya pada hujung minggu lalu terbabas dan terkena dinding pembahagi jalan. Malah gara gara kejadian itu, Nabila alami hyperventilation dan juga srngn panik sehinggakan terpaksa diberi rawatan awal oleh pasukan kecemasan di lokasi. “Semalam (Ahad) bukan hari yang baik untuk saya kerana saya berdepan kejadian yang tak diingini lepas tu saya hyperventilation dan sedikit anx.1ety serta travma.

“Tapi saya dah semakin okey, semalam pun saya ambil drip daripada pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia. Mereka memang menjaga saya siap buat lawak lagi waktu tengah drip tu untuk alihkan perhatian saya daripada kesakitan dan fikir pasal masalah semua. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya menerusi hantaran video di Instagram Stories. Hal itu turut disahkan oleh pengurusnya kepada Gempak.

Sakit Tu Masih Terasa, Nabiila Razali Dedahkan Sebab Sebenar Dia Berpisah Dengan Pasangan Dulu Penyanyi dan juga pelakon Nabila Razali kongsikan masih rasa sakit akibat ‘terluka’ apabila ditinggalkan kekasih, lima tahun lalu. Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali, 29, memberitahu pengalaman putus cinta tersebut berpunca daripada kehadiran orang ketiga. “Kisah putus cinta ini sudah lama, sebelum saya bergelar artis lagi sebenarnya. Kami bercinta pun tidak lama sebenarnya, dalam setahun. Ketika itu saya belum bergelar seorang artis.

“Punca putus cinta adalah disebabkan orang ketiga. Saya ditinggalkan begitu sahaja tanpa berita sehingga membuatkan saya ketika itu tertanya-tanya sama ada hubungan kami masih berterusan atau tidak,” ujar Nabila. Dakwa pelantun Putus itu lagi, pengalaman ditinggalkan kekasih itu dianggap sebagai kisah cinta paling teruk pernah berlaku dalam hidupnya. “Sekarang ini masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri. Saya pun sudah ‘move on’. Tapi ada beberapa perkara yang masih saya tidak boleh lupa.

“Luka mungkin sudah sembuh, namun parutnya masih ada. Tapi saya tidak pun menyimpan rasa denda, cuma saya masih tidak boleh ‘duduk semeja’ lagi dengan si dia,” katanya. Tambah Nabila atau mesra disapa Bella, selepas kisah percintaanya itu berlalu, dia kini tidak lagi memikirkan soal cinta kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni. “Sekarang ini saya hanya fokus pada kerjaya. Banyak perkara yang ingin saya uruskan selain daripada memikirkan tentang cinta,” katanya

Sekadar ingin berkongsi pengalaman cintanya dengan peminat, Nabila yang ditemui ketika majlis pelancaran novel Kerana Cinta Itu Ada di Bookxcess, MyTown, Kuala Lumpur semalam juga mengabdikan kisah tersebut dalam bentuk karya novel bersama novelis terkenal, Sophilea. “Novel Kerana Cinta Itu Ada dihasilkan daripada idea asal oleh saya sendiri. Saya guna pengalaman sendiri dan tidak mencipta idea baharu yang tidak saya alami. “Boleh dikatakan 50 peratus cerita dalam novel ini adalah kisah benar yang berlaku dalam kisah percintaan saya.

“Saya kongsikan pengalaman cinta saya dalam bentuk novel kerana mahu peminat tahu bahawa saya juga pernah mempunyai pengalaman putus cinta,” katanya. Dalam pada itu, Nabila juga berharap supaya novel Kerana Cinta Itu Ada dapat memberi semangat untuk mereka yang pernah melalui pengalaman putus cinta dan ditinggalkan untuk bangkit. “Saya tidak serik pun untuk bercinta. Cinta itu adalah sesuatu yang indah dan sebagai wanita, sudah tentu saya juga mahukan kebahagiaan yang indah,” katanya. Sumber, KOSMO! ONLINE

Seperti tidak perlu diperkenalkan lagi dengan penyanyi lagu Peluang Kedua ini. Dia memiliki karisma tersendiri sebagai anak seni tempatan. Nabila Razali, sepotong nama yang sedia maklum antara salah seorang selebriti yang tidak lari dari lontaran kata-kata tidak enak warganet bahkan sering menerima kritikan. Seorang wanita tabah, walau dihimpit pelbagai reaksi segelintir netizen yang agak ‘panas’ dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi, namun figura ini dilihat tetap tabah dan tersenyum dalam terus berkarya.

Menurut Nabila yang lebih disapa sebagai Bella, segala komen-komen negatif yang menghujani dirinya adalah langkah buat penyanyi ini untuk menambah baik dan menerima dengan hati terbuka. “Terkilan, tidak. Cuma bagi saya ia adalah satu perkara yang Bella sendiri tidak boleh lari. Kita sebagai anak seni perlulah terima segala komen dengan hati yang terbuka. “Baik atau buruk, itu yang membantu kita untuk menambah baik diri atau membina semangat bagi meneruskan hasil karya-karya. Untuk Bella, Alhamdulillah ada yang masih lagi menyokong dan beri maklum balas baik dan positif untuk single baharu.

“Yang memberi komen negatif bagus juga untuk Bella kerana sedikit sebanyak boleh menjadi iktibar untuk tambah baik lagi apa yang kurang,” katanya ketika ditemu bual. Tambah penyanyi Pematah Hati ini lagi, tidak dinafikan ada baiknya jikalau menerima komen negatif dengan hati terbuka agar dapat dijadikan iktibar, namun ada batasnya juga. “Bagi saya, kata-kata warganet ada bagusnya. Tetapi mana yang tidak manis untuk didengar itu saya tidak beri perhatian sangatlah. “Yang mana dapat dijadikan sebagai iktibar, semestinya Bella menjadikan satu semangat untuk tingkatkan lagi nilai diri dan terus berkarya.

“Bella terus kuat dalam industri kerana ini adalah apa yang diimpikan semasa kecil. Bella juga buat untuk keluarga dan para peminat,” tuturnya panjang. Rezeki buat penyanyi lagu Putus ini dilihat bertambah luas selepas dirinya kini bergelar sebagai pelakon. Tidak hairanlah, Nabila juga agak sibuk dengan pelbagai tawaran lakonan pada masa ini. Sudah ada bakat, buat apa simpan. Menurut pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi ini, tidak salah seseorang artis itu ingin mencuba dan meneroka perkara baharu dalam industri tanah air.

Bukan setakat berlakon dan menyanyi sahaja, dia turut akan mengapai peluang yang ada untuk mencorak lagi bakat yang tersemat dalam dirinya, pada masa akan datang. “Untuk Bella, sudah semestinya kita perlu sentiasa mencuba perkara baharu dan meneroka sesuatu. Bella tidak rasa seseorang itu terhad kepada sesuatu perkara sahaja. “Alhamdulillah sebagai penyanyi, Bella sudah mempunyai beberapa buah single dan menjadi siulan anak-anak muda. “Berlakon pun, banyak yang memberi maklum balas positif juga. Insya-Allah, Bella akan terus mengembangkan lagi bakat yang ada. Bella juga akan meneroka dalam bidang yang lain juga,” katanya.

Ketika ditanya mengenai ada segelintir berpendapat figura ini lebih senang dilihat berlakon berbanding nyanyian, ini reaksinya. “Bagi Bella, peminat ini datang pelbagai arah. Ada yang minat Bella menyanyi, ada yang minat Bella sebagai seorang pelakon. “Selepas ini, Bella nak keluarkan novel pula rentetan daripada lagu Putus. Mungkin masa itu ada peminat dari kalangan pembaca novel pula. “Selanjutnya, Bella teringin juga untuk memasarkan lagu-lagu saya di persada antarabangsa. Sekali gus dapat mengharumkan nama Malaysia dengan lagu berbahasa Melayu,” ujarnya.

Bagi perkembangan terbaharu penyanyi ini, baru-baru ini Nabila telah dilantik sebagai duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya). Sudah semestinya dia menitipkan rasa syukur kehadrat Ilahi dengan pelantikan itu kerana produk berkenaan bukanlah pelitup muka yang biasa-biasa sahaja, namun dibuat untuk kepentingan kesihatan. Sekali gus, ia juga dapat memberi manfaat kepada pengguna dalam mengekang penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda ini.

“Bella rasa teruja dengan kolaborasi untuk kali ini. bukan sahaja memberi manfaat kepada diri Bella sendiri, tetapi juga kepada semua yang memang sekarang perlu memakai penutup muka jika hendak ke mana-mana. “Selain daripada pelitup muka yang berkualiti, ia juga ditampilkan dengan pelbagai rekaan yang sudah pasti boleh sepadan dengan pakaian kita. “Bagi Bella juga, ia didatangkan seiring, cantik dan berkualiti. Malah, rekaan pelitup muka tersebut juga sudah mengikuti apa yang ditetapkan kerajaan,” kongsinya.

Tambah penyanyi lagu Vroom Vroom itu, pelitup muka Himaya juga dapat melindungi solekan kerana rekaannya jauh sedikit daripada bibir yang tidak merosakkan gincu bagi mereka yang bersolek. Nabila turut menzahirkan rasa gembira kerana diberi peluang bekerjasama bersama Himaya kerana syarikat pengeluar pelitup muka itu, Anggun Kirana Sdn Bhd, begitu prihatin terhadap masyarakat. “Ketika negara dilanda banjir luas biasa pada Disember lalu, syarikat tampil memberikan sumbangan kepada mereka yang terlibat dengan banjir,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.