Nikki palikat yang nyanyikan lagu terakhir Sitii Sarah, sekali ini respon Shuib buat ramai yang sebak

artis

Pemergian penyanyi Siti Sarah Raissuddin menghadap Ilahi pada hujung tahun lalu tinggalkan kesan yang mendalam terhadap seluruh warga Malaysia, khususnya para peminat. Kehilangannya dirasai, sementelah oleh rakan artis yang rapat dan kerap berkolaborasi dengan Siti Sarah. Hal yang sama turut dialami oleh penyanyi dan komposer Naim Daniel. Menerusi temu bual yang pernah disiarkan menerusi Gempak, Naim berkata yang Sarah sepatutnya menyanyikan sebuah lagu ciptaannya. Namun, projek berkenaan tidak kesampaian kerana Sarah pergi dahulu sebelum sempat lagu tersebut dirakam.

Selepas beberapa bulan lagu itu ‘diperam’, akhirnya, karya yang diberi judul Sudah itu diamanahkan kepada naib juara Gegar Vaganza Musim Ke-8, Nikki Palikat untuk dinyanyikan. “Alhamdulillah, akhirnya sayang lagu AJL you dah ada yang akan nyanyi. Terima kasih Nikki Palikat. Semoga semuanya dipermudahkan… Lagu yang terlalu indah Naim Daniel,” tulis Shuib sambil memuat naik video latihan Sarah di Instagram.

Dalam pada itu, Nikki turut mengulang siar video yang sama dan melahirkan rasa terharu dengan tanggungjawab yang diberikan kepadanya untuk menyanyikan lagu Sudah.“Memang satu anugerah dan tanggungjawab besar apabila diberikan lagu yang pemilik asalnya adalah Sarah Raisuddin. Seorang penyanyi dan insan yang amat saya kagum dari semua segi, bukan saja vokal. “Tapi dalam video ini walaupun belum hafal sepenuhnya lirik tapi jiwanya tetap kuat dan menyinar. Jiwa itulah yang paling kita rindu. Terima kasih Shuib percayakan Nikki untuk membawakan lagu ini,” tulisnya. Dalam hantaran lain, single Sudah bakal dilancarkan di seluruh platform digital pada 25 Mac 2022. Untuk rekod, Sarah pergi menghap illahi pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19. Sumber, gempak

Ramai Yang Luahkan Rasa Sedih Bila Tengok Anak Sulung Shuib Menangis Lepas Gagal Dalam Pertandingan Golf. Anak sulung kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah, Uwais Al Qarni jadi perhatian ramai apabila menyertai sebuah pertandingan sukan golf bagi peringkat kanak-kanak di negeri Kedah. Walaupun begitu, Uwais dilihat menangis dan kecewa kerana mendapat skor markah yang tidak memuaskan. Menerusi platform TikTok, akaun jenama hijab milik Siti Sarah berkongsi momen tersebut untuk tatapan umum. Pada perkongsian berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan Uwais yang tidak ditemani oleh bapanya mendapat markah yang kurang memuaskan pada hari kedua pertandingan.

Uwais dilihat memeluk erat datuknya, Raisuddin Hamzah ketika sedang bersedih sambil diberikan kata-kata semangat dan positif untuk dia terus berusaha. Sementara itu di ruangan komen, kekecewaan Uwais itu mengundang rasa sebak wargamaya yang rata-ratanya seperti merasai emosi kanak-kanak berusia 11 tahun itu. “@CikMisi, Sepatutnya ibu Uwais yang peluk Uwais. Takpa, Uwais ibu sentiasa ada dengan Uwais.” “@abbybiah, Dia perlukan sokongan dari adik-adik & Shuib. Uwais kuat ya. Harap esok ada sinar buat Uwais.”

“@syahidah ibrahim, Allah rasa nak nangis jugek Uwais jangan sedih. Uwais teruskan usaha. Semoga uwais terus berjaya. Aamiin.” “@Siti Saadiah Ssmr, semua orang nak menang Uwais….kamu dah cuba yang terbaik….innsaaAllah…sampai masanya untuk kamu nanti.” “@rohayasidek605, usaha lagi Uwais anak hebat.” “@lizaarof084, Allahhu… boleh rasa kesedlhan Uwais tu… saat-saat camni mesti rindu pelukan yang tersayang.”

“@Heza, Ambil semua ni pengalaman. Semoga berjaya kelak. Semoga atok dan semua yang disekeliling mu sihat dan sentiasa ada untuk kamu.” Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tanda suka daripada warga TikTok. Tahun lalu, Uwais berjaya dinobatkan sebagai juara bagi Kejohanan Golf Terbuka Junior, Kategori 10 tahun anjuran Palm Resort. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Klik sini untuk lihat video. Sumber, Gempak

Tahu Tahu Dah 7 Bulan Anak Bongsu Shuib, Ini Keadaan Terkini Ayash Buat Ramai Yang Tak Sangka. Nampaknya challenge lagu Gatal daripada pelakon dan penyanyi, Janna Nick tidak henti-henti mendapat perhatian di media sosial terutama menerusi aplikasi, TikTok sehinggakan pengguna daripada negara lain juga turut sertai. Begitu menjadi trend dan kelihatannya dua beranak ini pula jadi tumpuan warganet dengan kecomelan mereka. Siapa lagi kalau bukan, Shuib Sepahtu dan anak bongsunya yang diberi nama Ayash Affan. Menerusi muat naik video di akaun TikTok milik Shuib Sepahtu ini, dia berkongsikan rakaman video yang mana bukan hanya dirinya malah anak bongsunya itu juga turut sama mencuit hati ramai dengan gelagat mereka ini.

Shuib Sepahtu bersama Ayash Affan dilihat mengikuti trend cabaran lagu Gatal daripada Janna Nick itu dengan cara comel mereka tersendiri yang lalunya meraih ribuan tanda suka oleh peminat mereka. Selain video mereka mengikuti trend lagu Gatal itu dengan pantas masuk keruangan fyp atau for your page di aplikasi TikTok tersebut, kecomelan Ayash Affan yang dilihat semakin membesar dengan ceria dan sihat turut dalam pada masa sama mengembirakan ramai. Ruangan komen juga dihujani dengan bermacam-macam reaksi peminat terhadap mereka yang seronok dapat melihat kemesraan dua beranak tersebut yang mana video tersebut turut ditinggalkan ‘ratusan’ reaksi. Klik sini untuk lihat video. Sumber : slamber media

Ada Yang Tanya Pasal Shuib Dekat Wan Sharmila. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Tuan Badan Tampil Bongkarkan Sesuatu Pasal Ni. Pelakon Wan Sharmila enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya yang dikaitkan dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu. Jelas Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala, 40, dia enggan kenyataannya nanti disalah tafsir dan mengguris hati pihak lain. Macam inilah. Kalau pasal ini, saya tak nak jawab apa-apa. Tak nak cakap apa-apa sebab takut tersalah cakap. Takut Maksud saya, mungkin ada yang saya cakap itu, tujuannya lain. Tapi bimbang pula yang mendengar, yang membaca, yang mentafsir jadi lain dan akan menyinggung mana-mana pihak. Jadi, sebab itulah saya rasa lebih baik jangan cakap apa-apa.

Takut salah, katanya kepada Gempak. Lala ditemui pada majlis previu bufit ramadan Destinasa Rasa bersama cef selebriti, Chef Naem Ramli di Le Meridien, Putrajaya baru-baru ini. Mengimbas semula, khabar angin mengenai hubungannya dengan keluarga Shuib mulai tercetus menerusi sepotong video yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Siti Sarah Raisuddin. Lala dipercayai meluangkan masa bersama anak perempuan Sarah, Dzahira Talita Zahra, 9. Bagaimanapun, Lala mengakui menjadi pengguna setia dan pembeli tudung yang diusahakan oleh Allahyarham Sarah, Loveta. Saya pakai tudung Siti Sarah sebab tudung dia sangat selesa. Sebelum ini pun memang saya pakai, bukan sebab dapat daripada Sarah, katanya. Tapi memang saya beli juga sebelum ini sebagai tanda sokongan. Itu saja yang boleh saya katakan ya. Tak mahulah cakap lebih-lebih pasal tadi (Shuib). Tak nak panjangkan cerita. Doakan yang baik-baik untuk saya, untuk sesiapa pun, dia dan keluarga, tambahnya. Untuk rekod, Lala pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit drama tempatan, Fazli Bahrom pada 2007 namun berpisah dua tahun kemudian.

Genap 11 Tahun Ulangtahun Perkahwinan Shuib Dengan Siti Sarah. Sekali Ini Ucapan Shuib Sempena Ulangtahun Perkahwinan Buat Ramai Yang Sebak. Biarpun sudah enam bulan isteri tercinta pergi menghadap Ilahi, perasaan sayang pelawak Shuib terhadap Siti Sarah Raisuddin masih mekar di hati. Genap 11 tahun usia mahligai pada 26 Februari, Shuib memuat naik foto album perkahwinan bersama arwah di Instagram (IG) miliknya. Dengan kapsyen yang menyentuh jiwa, Shuib, 37, mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan serta meluahkan rasa rindu yang tidak ada penghujung. Lagu nyanyian Sarah, Tinggalkan Diriku menjadi ‘background music’ untuk entri tersebut.

Bukan hanya pemilik nama Shahmira Muhamad yang berasa sedih tetapi rakan artis dan peminat turut merasai perasaan sama. Siti Elizad, Elly Mazlein, Anzalna Nasir, Elvina Mohamad dan Datin Rebecca Nur Al Islam antara yang tinggalkan komen. Rata-rata warganet menyedekahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar Sarah ditempatkan di kalangan orang beriman. Selain itu, menerusi Instagram Stories, Shuib ditemani anak-anak menziarahi psra yang terletak di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada pagi Sabtu. Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin pergi menghadap illahi pada 9 Ogos tahun lalu

selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19. Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan. Klik sini untuk tonton video. Pertama Kali Buat Macam Ni. Sekali Shuib Nyanyi Lagu Kesetiaan Buat Ramai Yang Tumpang Sebak. 9 Ogos 2021 menjadi satu tarikh yang akan dikenang oleh pelawak dan usahawan terkenal, Shuib tatkala isteri tercintanya, Siti Sarah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya. Kini, Shuib dilihat sibuk menguruskan anak-anak serta peniagaannya.

Mungkin apa yang kita lihat di media sosial, nampak Shuib seperti kuat untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak, namun jauh dari sudut hatinya tiada siapa yang tahu betapa peritnya menahan rindu terhadap insan tersayang. Menerusi video yang dimuat naik oleh Its Me Myjaaaa di TikTok, Shuib dilihat membuat Live di Instagram. Namun apa yang meruntun jiwa warganet apabila pelawak berusia 38 tahun itu menyanyikan lagu Kesetiaan yang dinyanyikan oleh isteri tercinta. Di dalam video berkenaan turut kelihatan Shuib mengusap kepalanya dengan mengatakan bahawa ini merupakan pertama kali dia menyanyikan lagu berkenaan. Rasanya seumur hidup first time nyanyi lagu ni. Tak pernah nyanyi lagu ni. Video: Klik link

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak dapat menahan sebak apabila Shuib menyanyikan lagu berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang mengatakan Shuib ada seorang yang sangat kuat menghadapi ujian kehilangan insan tersayang. Sumber : itsmemyjaaa. Terkejut bila tiba tiba tular pasal Shuib nak lamar adik Heliza Helmi. Tak boleh berdiam Sekali tuan badan sendiri tampil buat pengakuan ni. TIADA angin tiada ribut tiba-tiba nama adik kepada pelakon Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi dikaitkan dengan pelawak Shuib. Mengakui terkejut mendengar gosip berkenaan, Hazwani atau nama sebenar Nur Hazwani Afiqah Helmi, 25, berkata khabar angin itu adalah tidak benar.

Terkejut macam mana wujud gosip itu… memang tak benar sama sekali. Rasanya Shuib pun terkejut agaknya sebab kami memang tak pernah berjumpa, tak pernah berhubung dan tak pernah ada urusan. Semasa saya dapat tahu berita ini saya baru balik kelas, ada orang tag di Instagram… tertanya bila masa pula kena kaitkan dengan Shuib ni? Terkejut tapi tak ada la ambil masa lama sangat sebab tahu benda ni tak betul. Saya hanya kenal dia sebagai pelawak dan artis sahaja, tak kenal secara peribadi, katanya kepada mStar. Hazwani dan Heliza terkejut apabila mengetahui gosip berkenaan di media sosial. Hazwani ditemui semasa pelancaran filem Road To Heaven yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi laporan media pada Januari lalu, nama Hazwani tiba-tiba menjadi sebutan warganet  apabila dikatakan sedang mengenali bapa tunggal anak empat itu. Tak tahulah orang reka ke apa cerita itu… zaman sekarang ni apa-apa gosip kena tapis dulu. Tampil menafikan gosip berkenaan, Shuib mengakui terkejut apabila mengetahui khabar angin tersebut dan memberitahu tidak mengenali Hazwani secara peribadi. “Saya tidak pernah berjumpanya (Hazwani). Jadi, macam mana pula kami boleh dikaitkan?” komen Shuib.

Sementara itu, Hazwani yang juga merupakan aktivis kemanusiaan ini meminta warganet menapis terlebih dahulu sebarang berita yang diterima di media sosial. Tak tahulah orang reka ke apa cerita itu… zaman sekarang ni apa-apa gosip kena tapis dulu. Perjalanan saya pun jauh lagi, sekarang ni pun tengah sibuk dengan pengajian sarjana muda. Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua pihak, ujar penuntut bidang psikologi di sebuah universiti awam ini. Dalam perkembangan lain, Hazwani bersama Heliza bakal membintangi filem Road To Heaven yang bakal menjalani penggambaran di Palestin pada Jun depan. Hazwani Helmi Kongsi Detik Sebelum Kakak Kesayangan Dilamar. Berita perkahwinan penyanyi, pelakon, dan juga aktivis kemanusia Heliza Helmi, bersama usahawan perniagaan jutawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mengejutkan orang ramai. Menurut Berita Harian, masjid akad nikah kedua pasangan ini diadakan di Masjid Tuanku Mizan Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022 (Sabtu) lalu.

Kongsi Detik Sebelum Dilamar. Adik kepada selebriti terkenal Hazwani Helmi yang juga seorang penyanyi dan aktivis kemanusiaan, berkongsi video detik sebelum kakak kesayangannya sah bergelar isteri di akaun Instagram nya sambil berkongsi kapsyen yang cukup istimewa buat pasangan raja sehari itu. “Beberapa detik sebelum sah menjadi isteri. Selalu dok dengar orang yang nak berkahwin kata, betul ke ni akan kahwin, sebab tak sangka bakal mendirikan rumah tangga. Kali ni kak ja pulak yang cakap. Barakallahulakuma nurhelizahelmi dan abang dee mahadibz welcome to The Helmis Clan.

Nanti kita share video-video gambar ya, Tak sempat nak godek-godek lagi gallery. Ni pakai ambil je dulu. Al maklum hari ni adik bongsu on duty! Nanti ika baca dm dan reply ws satu-satu ya. Apa-apa pun doakan moga Allah merahmati hubungan mereka hingga Jannah yang boleh membawa mereka dapat bersama Allah dan Rasul. By the way… Korang, Doa kita semua dah maqbul. Alhamdulillah hnmtilljannah tulisnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.