Tiba tiba senyap je, sekali Khatijahh Tan tampil dedahkan sebab Pierre senyap dari indutri seni

artis

Jika anda merupakan seorang dewasa dan kini berusia lewat 20-an dan ke atas pasti anda akan mengenali nama Pierre Andre yang suatu ketika dahulu terkenal dengan pelbagai filem lakonan dan juga arahannya. Tetapi mungkin ramai yang tidak menyedari atau sedar tetapi tidak tahu mengenai ‘kehilangan’ anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan daripada industri perfileman tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Biarpun tidak pernah terpacul daripada mulut Peirre Andre bahawa dirinya kecewa dengan dunia  seni namun naluri keibuan Khatijah Tan kuat ada menyatakan sesuatu yang tersirat dalam diri anak sulungnya itu. Pelakon Khatijah Tan memberitahu, Piere menerima banyak tawaran termasuklah mengarah filem, drama dan menulis skrip selama ini. Namun setakat ini, anaknya itu masih belum terbuka hati untuk kembali aktif.

“Saya pernah bertanya adakah dia merajuk dengan industri seni. Namun Piere menafikannya. Pierre cukup misteri..Dia sukakan kehidupan sekarang yang ‘low profile’. “Tapi saya tahu yang dia masih sayangkan industri perfileman. Setiap kali pulang ke Ipoh, kami akan meluangkan masa menonton filem antarabangsa”. Pierre yang juga tidak aktif di laman sosial menyebabkan ramai tertanya-tanya kemana menghilangnya pelakon dan pengarah yang berbakat besar itu.

Khatijah pernah mencadangkan Pierre terus mengarah kerana dia bekerja sendiri dan tidak terikat dengan majikan. ” Tetapi Pierre memberitahu belum masanya lagi.” Saya rasa ada perkara yang membuatkan dia kecewa tetapi tidak mahu diluahkan. Tetapi sebagai seorang ibu, saya dapat merasakan yang dia kecewa. Dia berundur diri bukan sebab merajuk dengan sesiapa. “Dia kecewa kerana tidak berjaya memberi  sesuatu kepada industri. Paling dia kecewa melihat nasib rakan-rakan di belakang tabir yang tidak menerima bayaran yang setimpal.

“Pierre pernah memberitahu dia kasihan dengan mereka kerana kerja disebalik tabir tampak glamor, tetapi hakikatnya mereka hidup ‘kais pagi makan pagi. Perkara itu yang menbuatkan dia paling sedih. Katanya.” Khatijah mendedahkan dia pernah memberitahu anaknya ‘protes’ senyap yang dibuat tidak akan mengubah apa-apa. “Bagi saya tindakan protes secara senyap tidak memvawa kebaikan. Bagi saya, apa yang penting adalah memastikan kita dpat meneruskan kelansungan hidup. “Lagipun tiada siapa yang akan ingat dan mengenang kita selepas kita pergi.” Kata Pierre Andre. Sumber, Youtube Durian Merah

Diugut jangan mengarah. PELAKON dan pengarah Pierre Andre mengakui dia dan ibunya yang juga pengarah, Khatijah Tan pernah menerima ugutan daripada individu tidak dikenali ketika kali pertama memulakan langkah sebagai pengarah filem. Pierre menerusi video di saluran YouTube Andre Brothers Pictures berkata, ketika itu dia diberi tanggungjawab untuk mengarah filem pertamanya berjudul 9 September. “Mak saya pernah kena ugut. Orang itu menghubungi mak dan beritahu, jangan bagi Pierre mengarah sebab dia tak layak!,” katanya. Namun, ibunya menasihatkan supaya dia tidak mempedulikan ugutan itu.

“Mak saya cakap tak payah pedulikan pasal ugutan itu. Teruskan buat apa yang saya nak buat. Ada juga rasa takut sebab saya bukan ada latar belakang dalam filem tapi cuma pelakon yang ada sedikit ilmu dalam lakonan,” katanya. Berkongsi mengenai pengalamannya sebagai pengarah buat kali pertama, Pierre berkata, banyak ujian dan dugaan antaranya rasa gemuruh pada hari pertama penggambaran.

“Pada hari pertama, dugaan sebagai pengarah adalah rasa menggigil kerana gemuruh. Masuk hari ketiga, datuk saya pula meninggal dunia. Tapi, saya perlu profesional dan selesaikan kerja sebelum uruskan urusan peribadi,” katanya. Pierre mengarahkan filem 9 September yang ditayangkan pada 2007 dan pada masa sama bertindak sebagai penulis skrip. Selain Pierre, filem 9 September itu juga turut dibintangi Fasha Sandha.

Kemunculan semula sebab anak perempuan. “SAYA nak buat ‘kemunculan semula’ sebab anak perempuan saya,” kata pelakon dan pengarah, Mikail Andre yang berhasrat untuk kembali aktif dalam bidang seni. Anak pelakon Khatijah Tan itu berkata, antara sebab lain kerana isterinya, Siti Nur Aima Fauzi juga sudah bertukar bekerja di Ipoh sejak beberapa bulan lalu. “Selepas kahwin saya terus menetap di Pulau Langkawi selama dua tahun kerana isteri bekerja sebagai pensyarah di sana. “Tahun ini barulah dapat anak pertama, Medina Andre yang baru berusia dua bulan,” katanya.

Pelakon filem Hantu Botol Kicap dan 1 Lawan 1 itu ketika ditemui Harian Metro, berkata kali terakhir dia berlakon filem Hantu Malaysia arahan abangnya, Pierre Andre pada 2014. Kemudian dia sempat mengarah dua telefilem berjudul 13 Tiang Cinta dan Jenyah Cinta pada 2017. “Itulah kerja terakhir saya dalam bidang seni dan terus fokus kepada mengurus keluarga yang baru dibina. “Tahun ini saya nak habiskan masa dengan anak dan isteri selain fokus untuk mendapatkan kembali tubuh badan ideal seperti dua tahun lalu,” katanya. Mikail dan isteri berkahwin di Alor Setar pada 1 April 2017.

Pengarah dan pelakon popular, Pierre Andre melahirkan rasa syukur dan teruja selepas pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus atau dikenali (UAI) sudi berlakon dalam filem terbaru arahannya “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang”. “Kesudian untuk terbabit dalam pembikinan filem ini juga sudah membuatkan saya berasa bersyukur. Rasanya tidak salah saya menggunakan populariti Ustaz Azhar Idrus untuk tujuan baik,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Pierre, UAI seorang pendakwah yang disegani ramai malah setiap kali ceramahnya dia pasti tidak akan ketinggalan untuk mengikuti yang mana itu juga menyumbang kepada perubahan dalam dirinya. Dalam pada itu, pengarah berusia 27 tahun itu juga mengakui populariti yang ada pada UAI dapat membantunya berdakwah dalam filem itu. “Populariti UAI dapat membantu misi saya untuk berdakwah menerusi filem walaupun pendakwah itu hanya muncul untuk tiga adegan.”

Namun begitu, jelas Pierre bukan mudah untuk mendapatkan khidmat UAI kerana banyak perkara yang harus dijaga dan dititikberatkan. “Soalan pertama UAI tanya kepada saya, ada atau tidak perempuan terbabit dalam filem ini. Saya faham mengapa dia mengambil masa lama untuk membuat keputusan kerana enggan melanggar hukum Allah.” Selain kemunculan istimewa UAI, filem ini juga turut dibintangi Zalif Sidek, Mikael Andre, Epy Kodiang, Shiro Raja Lawak dan ramai lagi. Filem terbitan MIG ini bakal menemui penonton pada 28 November ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.