Bangga tunjuk izinkan anak bawah umur merokok, Kini Kak KM terkedu lepas baca akta kanak kanak

Viral

Jangan buat main dengan undang-undang yang membabitkan kanak-kanak. Ibu bapa pun boleh kena hukuman. Tindakan usahawan jamu Kak KM membenarkan anak perempuannya menghisap rokok tanpa disedari menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan kepada amalan tidak bermoral. Akui tidak mengetahui tentang hal berkenaan,Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli bagaimanapun berkata apa yang berlaku itu di bawah kawalannya dan tidak membahayakan kesihatan kanak-kanak itu.

“Seperti yang saya katakan anak saya hisap rokok tanpa tembakau dan ia berlaku di bawah kawalan saya serta di depan mata sendiri. Ia hanyalah momen untuk kami imbau kembali aktiviti yang pernah saya buat bersama arwah datuk ketika saya kecil. Saya juga hisap rokok daun tanpa tembakau. Jika ada yang kurang senang, saya minta maaf. Tiada niat untuk cipta kontroversi seperti ini,” jelasnya.

Sebelum ini tular sebuah video memperlihatkan sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya berusia 12 tahun menghisap rokok daun dimuat naik usahawan kontroversi itu di Instagram. Video berkenaan menerima kritikan warganet yang menganggap Kak KM gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Jika ada yang kurang senang, saya minta maaf. Tiada niat untuk cipta kontroversi seperti ini Bercakap lanjut, Kak KM berkata, dia masih tahu bersikap rasional untuk tidak memberi sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan anak.

“Saya bukannya bodoh nak beri anak hisap rokok ada tembakau. Dalam video tersebut anak saya hanya hisap rokok daun tanpa tembakau dan tiada barang yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya. Untuk rekod, tindakan sebegitu boleh didakwa di bawah Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan anaknya kepada amalan tidak bermoral. Mereka boleh didkwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Sumber, Rose Merah

Kembali Dikritik, Kini Kak KM Tampil Dedah Izinkan Anak Perempuannya Hisap Rokok Daun. Kini dikritik tak pandai untuk didik anak pulak. Kak KM bukanlah satu nama asing lagi di negara kita. Kini sekali lagi menjadi bualan mulut orang ramai setelah rakamannya tular apabila dia membenarkan anak perempuannya menghisap rokok. Sehinggakan Kak KM dikritik hebat dan dikatakan sebagai seorang ibu yang gagal mendidik anaknya sendiri soal bahayanya rokok. Mengulas lebih lanjut, anak kepada pelakon veteran terkenal itu Normah Damanhuri kini berkata dia masih lagi dapat berfikiran waras untuk tidak membenarkan apa-apa yang boleh mengakibatkan perkara negatif terhadap kesihatan anaknya kini. “Saya bukannya bodoh nak beri anak hisap rokok ada tembakau. Dalam video tersebut anak saya hanya hisap rokok daun tanpa tembakau dan tiada barang yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya. Pada masa yang sama, kak KM juga tampil luahkan rasa susah hati terhadap anak- anak muda yang sudahpun terpengaruh untuk mengambil bahan terlarang secara rahsia. Baginya, tindakannya yang membenarkan anak-anaknya menghisap rokok itu juga adalah salah satu cara untuk memberi pengajaran buat mereka.

Dulu-dulu ketika arwh datuk masih hidup kami selalu akan duduk bersama makan sireh dan hisap rokok tembakau. “Kepada ibu bapa yang kritik itu biarkanlah kerana yang hisap rokok dalam video itu anak saya. Kita patut lebih risau jika anak-anak bawah umur hisap rokok secara sorok-sorok tanpa pengetahuan ibu bapa. Saya mahu anak rasa pengalaman hisap rokok supaya mereka tahu kesan yang akan diterima,” jelasnya. Malah Kak KM juga menganggap ianya hanyalah sebuah aktiviti yang dianggap secara suka-suka setiap kali pulang ke kawasan kampung halaman. “Dulu-dulu ketika arwh datuk masih hidup kami selalu akan duduk bersama makan sireh dan hisap rokok tembakau. Ia bagaikan satu aktiviti untuk imbau semula apa yang pernah dilakukan bersama arwh dahulu,” ujarnya. Sumber, Mstar

Makin Ramai Pulak Artis Yang Tampil Beri Komen Isu Rakaman Kak KM. Sekali Kak KM Tampil Siap Dedah Satu Rakaman Dan Anggap Semua Penyibuk. Walaupun teruk dikritik, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM mengambil pendekatan untuk peduli terhadap kritikan yang diterima susulan video menyusukan anaknya di hadapan khalayak ramai telah mencetuskan kontroversi . Mahu Tumpang Populariti. Terbaru, menerusi sesi soal jawab di Instagram, salah seorang pengikut menyatakan ramai selebriti yang memberikan komen mengenai isu melibatkan dirinya. “Makin banyak pulak retis-resit komen kak km” tanya pengikutnya Menjawab komen tersebut, Liana beranggapan selebriti yang memberikan komen mengenainya terdiri daripada mereka yang kurang popular dan ingin menumpang popularitinya. “Mungkin dia kurang popular ataupun mungkin dia nak tumpang populariti kak KM..Kesian”- komen Liana.

“Tu Maknanya Kau Busybody“. Tambahan Liana lagi, dia beranggapan selebriti tersebut hanya sekadar menyibuk dan tidak akan maju sekiranya terus bersikap sedemikian. “Terpanggil konon, nenek kau terpanggil. Kau boleh je kalau bukan jenis penyibuk punya orang, boleh je tak komen apa-apa tapi kenapa komen juga? Tu maknanya engkau busybody. Orang kalau busybody susah nak kaya. Sibuk jaga kiri kanan bila nak maju?”-tegur Liana. Sumber, Murai.my

Baru je lepas dikritik gara gara menyusu anak. Kini Kak KM dikritik lagi bila lakukan drop challenge di depan rakan suami. Selepas tular video Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menyusukan anaknya ketika sedang  menikmati makan malam di sebuah restoran mewah, kini warganet mengkritik tindakannya yang melakukan drop challenge di hadapan rakan-rakan suami. Dikritik warganet. Rata-rata warganet yang menonton video tersebut tampil mengkritik tindakan Kak KM yang dilihat agak melampau dan tidak menjaga batas sebagai seorang wanita , malah ada yang turut mendoakan agar anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini diberikan hidayah. “Suami tak rasa apa ke” “Kawan-kawan suami pun tengokkan je..Allah. No komen lebih takut” “Macam Syial je”. “Kesian kak km ni”. “Semoga diberi hidayah”. “Semoga kakak sekeluarga diberi hidayah” komen mereka.

Terdahulu, Kak KM  dikritik warganet selepas berkongsi video menyusukan anaknya ketika sedang makan malam di salah satu restoran mewah. Wanita itu kemudian menjelaskan kepada warganet bahawa video tersebut tidak menampakkan pyvdranya dan menutup sebahagian daripadanya. Sumber: Rose Merah

Baru lepas beberapa bulan bersalin Kak KM buat Majlis Aqiqah. Sekali ramai tak puas hati dengan pakaian Kak KM dan ini respon warganet. Siapa yang tidak kenal dengan Kak KM atau Liana Rosli, anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri. Dia sering menjadi bualan hangat wargamaya berikutan gemar muncul dengan aksi dan kelakuan yang membuat orang ramai menggeleng kepala. Sebut nama Kak KM pasti ramai yang mengenalinya. Nama sebenarnya Liana Rosli anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri. Beliau merupakan seorang usahawan jamu yang terkenal dengan pelbagai jamu untuk lelaki dan wanita.

Beliau selamat melahirkan cahaya mata keempat pada harini di salah sebuah hospital swasta Kuala Lumpur. Beliau memuat naik status menunjukkan cahaya mata perempuannya yang diberi nama Cinta Carissa. Selepas dua bulan melahirkan anak keempatnya, usahawan kosmetik Kak KM mengadakan majlis aqiqah, kesyukuran dan cukur jambul di kediamannya hari ini. Bagaimanapun, penampilan Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mengundang kritikan dan teguran warganet di aplikasi TikTok yang disifatkan kurang sesuai dalam majlis berkenaan. Menerusi video dimuat naik, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri itu tampil menggayakan busana putih dengan fesyen pada lengan bahagian atas dilihat terdedah. Disebabkan penampilan tersebut, rata-rata memenuhi ruangan komen mempersoalkan fesyen ‘terbelah’ Kak KM apatah lagi majlis itu dipenuhi dengan alunan selawat dan zikir. Malah, terdapat juga segelintir individu berseloroh mengatakan busana berkenaan mungkin tidak sempat disiapkan atau sesuai bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Baju tak sempat jahit ke?Majlis agama tu.

Liana dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila, 19, Fariz, 15, Rania, 12, dan Cinta Carissa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu. Sebelum ini Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli pernah memberitahu ini merupakan anak terakhirnya kerana dia dan suami tidak lagi mempunyai perancangan untuk menambah zuriat lagi. Justeru itu, dia berharap anak yang bakal dilahirkan kelak memiliki minat yang sama sepertinya terutama dalam bidang perniagaan. “Cukuplah tak mahu tambah lagi dah sebab doktor pun dah nasihat umur dah lebih 40 tahun tak sesuai mengandung lagi. Selepas lahir anak ni saya kena buat sesuatu, sebab saya ni jenis subur, cepat lekat… apa-apa pun anak last ini cukup istimewa kerana ia terhasil semasa saya jadi Kak KM, berbeza dengan anak sebelum ini saya adalah Liana Rosli. Sebelum ini , menerusi Instagram, Kak KM berkongsi video dan gambar mengadakan majlis ‘gender reveal’ bersama keluarga di sebuah lokasi yang mendapat kritikan warganet kerana permakaiannya yang kurang sopan. Dalam video yang dikongsi itu, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri ini mengumumkan dirinya hamil anak perempuan. Sumber: Youtube Sofea Shamsul & KL Menjerit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.