Tak kisah nak peluk maid, Eina Azman dipuji dengan cara layanannya pada pembantu rumah

Viral

Pelakon Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa sedi apabila pembantu rumah kesayangannya yang dikenali sebagai Megawati mengambil keputusan untuk pulang ke Acheh, Indonesia. Sempat Menyambut Ulang Tahun Bersama Menurut selebriti itu, Megawati yang disapa Eina sebagai Bibik Mega merupakan antara pembantu rumah yang sudah berkhidmat selama lima tahun dengannya. Malah, dia turut berkesempatan untuk meraikan hari ulang tahun Bibik Mega yang ke-25 tahun. “Selamat Ulang Tahun buat bibik yang paling saya sayang Megawati yang ke 25 tahun. Terima kasih atas segala yang kamu berikan untuk keluarga saya.

Saya sedih sebab ini birthday Mega yang terakhir sebelum Mega balik ke Acheh selepas 5 tahun bekerja dengan saya. Mega ni apa yang dia tak boleh buat? Semua boleh..”-Kongsi Eina. Sukar Untuk Dapatkan Pembantu Rumah Seperti Mega. Jelas Eina, dia akui memang mudah untuk mendapatkan pembantu rumah yang baru namun tidak mungkin akan sama seperti pembantu rumah kesayangannya itu. “Nak dapat bibik baru memang senang tapi belum tentu boleh dapat macam kamu. Post ini special untuk kamu Megawati sebab saya sayang kamu. Sekian dari saya majikan mu yang suka bebel.”- katanya Terdahulu, Eina pernah berkongsi rasa sedihnya apabila salah seorang pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Nur mengambil keputusan untuk pulang ke Indonesia. Selain itu, Eina turut menceritakan bahawa Nur yang disapa Eina sebagai Bik Nur merupakan antara pembantu rumahnya yang paling lama berkhidmat bersamanya. Malah segala susah senang Eina sekeluarga turut dirasai pembantu rumahnya itu.

Sumber : murai.my

Eina Azman aktif tetapi bersyarat. Pelakon cantik Datin Paduka Eina Azman sebelum ini pernah ‘hilang’ seketika daripada radar industri seni hiburan tempatan. Bukan merajuk, namun Eina mengambil keputusan untuk ‘berkorban’ demi memberi tumpuan terhadap cahaya mata kembar kesayangannya. Kehadiran sepasang kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef membuatkan perhatian serta tanggungjawab pemilik nama lengkap Ainur Kyakina Azman itu berubah. Keluarga menjadi keutamaan walaupun dalam jiwanya, kecintaan terhadap dunia lakonan tetap menebal.

Waktu berlalu, kedua-dua anaknya juga telah pun berusia enam tahun. Bagi Eina, dia gembira dan sentiasa bersyukur kerana dapat melihat permata hatinya itu membesar dengan sihat di depan mata. Saat-saat indah melihat perkembangan anak sememangnya cukup bermakna buat seorang ibu, sekali gus menjadi penyebab utama Eina mengambil keputusan untuk berundur seketika daripada menjadi tumpuan lensa kamera. Terkini, Eina menarik tumpuan ramai menerusi kemunculannya dalam filem baharu, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang sedang hangat ditayangkan menerusi Astro First sejak 3 Mac lalu. Kata pelakon berusia 27 tahun itu, sewaktu ditawarkan watak oleh sutradara Allahyarham Mamat Khalid, dia berasa sangat teruja untuk kembali bekerjasama dengan pengarah legenda itu.

“Kali terakhir saya berlakon bawah arahan arw.h tidak silap selepas saya habis bersekolah ketika berusia 17 atau 18 tahun menerusi filem Zombie Kilang Biskut. Beberapa hari sebelum pergi buat selamanya, arw.h ada menghubungi saya untuk tawarkan watak Cik Mek. Memang dia mahukan saya berlakon dalam filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali,” katanya.

Eina akhirnya bersetuju untuk terima tawaran tersebut pada sebelah petang, 23 Oktober tahun lalu, sebelum arw.h dilaporkan telah tiada pada tengah malamnya (24 Oktober). Ikutkan rasa, terkilan sebenarnya.

“Mengenali arw.h, beliau memang seorang yang sangat baik dan kelakar. Bila sudah tiada, filem tersebut diambil alih oleh anaknya, Amen Khalid. Isteri Allahyarham, Hasmah Hassan ada hubungi saya supaya memberi sokongan pada Amen untuk teruskan legasi arw.h bapanya,” kata Eina. Selepas muncul dalam filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Eina bersyukur kerana dihujani dengan tawaran berlakon. Namun dia perlu bersikap selektif untuk seimbangkan antara kerjaya dan keluarga.

“Alhamdulillah banyak tawaran berlakon yang saya dapat. Tapi saya kena tengok juga jadual dan lokasi. Anak-anak masih bersekolah. Saya kena minta izin suami juga. Suami ada beri syarat untuk saya kembali berlakon. Contohnya kalau saya ambil tawaran yang memerlukan komitmen kerja selama dua minggu, selepas semuanya selesai, saya kena uruskan anak-anak semula seperti biasa,” katanya.

Eina bersyukur kerana suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah sangat menyokong minatnya terhadap lakonan. Dalam perkembangan lain, Eina sekali lagi diuji selepas dijangkiti virus CvdI9 buat kali kedua pada Selasa lalu. Lebih membimbangkan, dua orang anaknya turut dijangkiti CvdI9. “Saya, kakak dan dua anak positif CvdI9 sejak Selasa lalu. Bila tengok anak-anak turut dijangkiti, saya sangat sedih. Awalnya tiada simptom, sehinggalah anak-anak mula demam pada Rabu. Untuk kebaikan mereka, setiap hari saya akan masakkan mereka sup ketam nipah. Ketika suami dijangkiti CvdI9 pada tahun lalu, saya beri dia makan sup ketam nipah setiap hari. Ini adalah antara ikhtiar saya selain daripada ubat-ubatan,” katanya. Sumber, K!Online

Tempoh 12 hari yang mendebarkan – Eina Azman. Selepas 12 hari positif CvdI9, Datin Eina Azman dan suaminya, Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan berikutan kekurangan oksigen dalam badan sudah dibenarkan pulang ke rumah, hari ini. Pelakon itu berkata, sepanjang tempoh berkenaan perkara yang paling ditakuti adalah keadaan suaminya yang disahkan berada pada tahap empat sehingga memerlukan bantuan alat pernafasan. “Syukur selepas 12 hari mendebarkan buat saya dana keluarga bila memikirkan suami yang kena tahap empat dan paru-paru yang sudah merebak 30 peratus oksigen turun naik. Doktor pun ada bagitau jika dalam dua,tiga hari tak okey suami kena masuk ke Unit Rawatan Rapi. Kalau boleh saya memang tak mahu suami masuk situ.

“Saya tak tahu macam mana nak cakap perasaan pada waktu itu. Hanya Allah saja yang tahu saya tak senang duduk memikirkan apa patut saya buat. Saya juga sudah cuba bermacam ikhtiar, cara untuk sembuhkan suami saya. Dan sekarang suami saya sudah pulang ke rumah. Ini semua mungkin berkat doa anda semua yang dimakbulkan Allah,” katanya menerusi hantaran Instagram. Terdahulu, pada 31 Ogos lalu serentak dengan sambutan ulangtahun ke tujuh perkahwinan mereka, ibu kepada sepasang kembar itu memaklumkan dia dan suami bersama dua pembantu rumah mereka disahkan positif.

Manakala anak mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang berusia lima tahun serta kakak aktres terbabit, Wenny Azman pula disahkan bebas wabak berkenaan. Begitupun, sehari kemudian Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 26, mendedahkan suaminya terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan. Pada perkongsian sama dia turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan mereka sekeluarga berdepan serangan virus berbahaya itu.

“Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, kawan dan pengikut Instagram saya yang tidak putus mendoakan serta berkongsi tips untuk sembuhkan suami saya. Saya tidak mampu membalas semua mesej di WhatsApp dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan doa yang baik-baik kepada kami dan pembantu kami,” luahnya lagi. Menerusi perkongsian di Insta Story pula, Eina kelihatan memeluk anak-anak yang menangis disebabkan terlalu rindukan mereka sebaik tempoh kuarantin berakhir. Sumber, K ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.