Iqbal rasa lagu dituju untuknya, Sekali DSV tampil bidas kenyataan Iqbal dan ini yang dia cakap

Viral

Tidak sampai beberapa hari diterbitkan, video muzik Ku Ikhlaskan daripada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida telah meraih lebih satu juta tontonan. Hal ini tidak hanya menggembirakan hati tuan empunya badan, malah Vida berharap agar semua yang menonton dapat menerima mesej yang ingin dia sampaikan.

“Saya bersyukur sangat atas penerimaan luar biasa daripada fans dan penggemar muzik, tak kurang yang baru mengenali saya. Sebagai contoh, jika ada yang buat parodi sekalipun, saya harap mesej yang ingin saya sampaikan diterima penonton dan pendengar. Ia boleh diibaratkan seperti climax of the soul iaitu reda dan ikhlas. Tapi kalau saya buat direct tentang mesej itu nanti jadi lagu nasyid pula,” katanya. Semalam, Gemp.4k ada bertanya pendapat Iqbal tentang video muzik Ku Ikhlaskan. Selain memuji kualiti yang dipersembahkan, Iqbal turut mengakui yang lagu tersebut ditujukan untuknya. Selain itu, Iqbal juga memberitahu yang gambarnya yang telah dipangkah ada dipapar dalam salah satu babak video muzik berkenaan. Menjawab semula kenyataan Iqbal, Vida menegaskan, keadaan set yang agak sibuk menyebabkan dia tidak perasaan tentang gambar yang telah disediakan oleh kru yang menjaga props.

“Itu props punya kerja… Disebabkan jadual penggambaran yang sibuk, jadi mungkin saya sendiri tak perasaan sangat. Dan dalam babak itu mungkin kelibat gambarnya ada beberapa saat saja. Tentang lagu ini kononnya dibuat untuk Iqbal, ikut dialah kalau rasa lagu ini tentang dia. Sebab satu Malaysia pun dah tahu tentang cerita kami jadi saya tak boleh menafikan perasaan dia,” katanya lagi. Berkenaan dengan niatnya untuk memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan sempena dengan pelancaran video muzik berkenaan, Vida berkata, “Saya sendiri tidak faham kenapa saya dilabel sebagai penunggang agama sedangkan saya mahu memberi kepada mereka yang memerlukan. Tambahan pula Ramadan kan dah dekat. Jadi, saya akan gunakan sumbangan yang dikumpul untuk disedekahkan kepada tahfiz dan beberapa tempat lagi untuk kegunaan bulan puasa,” kongsinya. Dalam pada itu, Vida juga menyatakan hasratnya untuk menerbitkan lagu pada masa akan datang. “Perancangan itu ada, tapi tak naklah lancarkan lagu secara kerap. Seperti lagu I Am Me, saya ambil masa yang agak lama untuk lancarkan single seterusnya. “Apa yang penting, saya harap video Ku Ikhlaskan bakal menjadi karya yang ikonik dan malar segar,” tutupnya. Sumber, Gempak

Belum Habis Lagi Kisah DSV Dan Iqbal, Tak Puas Hati Muka Dipangkah Dalam MV Dan Ini Rahsia Cincin Permata RM100k. Vida tuju lagu dan MV untuk Iqbal. Konflik membabitkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli memasuki episod baharu apabila kali ini jejaka berusia 27 tahun itu mendakwa lagu dan video muzik (MV) Ku Ikhlaskan ditujukan kepadanya. Tampil menjawab beberapa persoalan warganet itu, Iqbal mendedahkan Vida mengakui MV lagu berkenaan mempunyai kaitan tentang hubungan cinta tidak kesampaian mereka dahulu.

“Ramai yang tanya, adakah saya rasa lagu Ku Ikhlaskan nyanyian Datuk Seri Vida ditujukan untuk saya? Ya! Dari awal beliau beritahu begitu dan di saat pertama lagu itu, kalau perasan muka yang dipangkah dalam gambar atas meja itu adalah muka saya. Cerita di sebalik cincin ini sebenarnya begini… dulu DSV selalu mahu berikan saya hadiah. Seperti jam, beg, pakaian yang berharga ratusan ribu tetapi tidak pernah sekali saya terima kerana saya mahu jaga hati staf-staf lain yang sudah lama bekerja. Lagipun saya tidak mahu berhutang budi dan disalah anggap saya mahu harta orang. Saya tak pernah terima apa pun barangan dari DSV. Saya selalu bagi hadiah barangan berharga kepada beliau. Banyak orang tak tahu. Apa yang orang tahu cuma hadiah beg bernilai RM30,000 sahaja yang saya berikan,” katanya. Iqbal mendedahkan mengenai perkara itu menerusi Instastory pada Selasa. Dalam MV berkenaan, terdapat satu babak Vida merenung beberapa foto yang dipangkah termasuklah foto Iqbal.

Iqbal tulis luahan di Insastory.

Kami sering bercakap tentang permata itu bertahun-tahun, berkali-kali beliau beritahu ingin hadiahkan kepada saya! Selain itu, aksi Vida memulangkan cincin bertatahkan batu permata kepada pelakon MV berkenaan iaitu Qush turut mempunyai kaitan dengan penyanyi lagu Hujan itu. Berkongsi mengenai cincin permata berkenaan, Iqbal berkata DSV mendesaknya menerima barang berharga itu kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

“Tiga tahun lalu, beliau mahu beri permata tersebut untuk banggakan kepada orang ramai bahawa ini pemberiannya supaya setiap kali saya bersiaran di TV orang boleh nampak, lagi pun itu ada nilai tinggi. Kami sering bercakap tentang permata itu bertahun-tahun, berkali-kali beliau beritahu ingin hadiahkan kepada saya. Saya kecil hati kerana setiap apa yang beliau minta saya boleh tunaikan dalam sehari sahaja, tetapi beliau tidak pun serius untuk saya. Jam tiga pagi beliau datang rumah saya beliau kata… kalau awak tidak sanggup berkahwin dengan saya pun, terimalah permata ini untuk tebus kesilapan saya. Saya masih ingat ayat yang beliau sebut… sebagai orang yang pernah awak sayang dalam hidup awak. Permata tersebut memang mahal, anggaran harga RM100,000 ke atas. Beliau tak pernah tunjuk kepada orang lain selain saya dan anak-anak. tetapi bukan kerana mahalnya permata itu, saya mampu beli sendiri.” ujarnya. Sumber, Mstar

Ada Yang Pesan Jangan Tengok Video Muziknya,Ramai Luah Rasa Risau Bila Jumlah Video Muzik DSV Cecah 1M Tontonan. Setelah tampil dengan dua lagu rancak termasuk satu lagu raya, kini DSV sekali lagi tampil dengan satu single balada terbaru miliknya yang bertajuk Ku Ikhlaskan. Mengikuti tinjauan, rakaman muziknya telah pun dimuat naik pada hari Isnin lalu di laman youtube Vida. Setakat ini, rakamannya telah cecah 1 juta tontonan hanya dalam masa 24 jam. Namun di laman sosial Tiktok, DSV bersiaran langsung dengan siap nyanyikan lagu tersebut secara live untuk dijadikan bahan tontonan warganet. @ojaaa.aa. Bukan setakat itu, kini dengan jumlah tontonan rakamannya itu membuatkan ramai yang runsing sekiranya presiden warganet bakal diundang untuk sertai program Big Stage pada tahun ni pulak.

Menerusi laman sosial Twitter, ramai yang tampil luahkan rasa risau dengan nasib rancangan tersebut selepas ni. “Aku risau view dia juta-juta kat YouTube… tahun depan layak masuk Big Stage. Jumpa laaaaa dengan Ajai,” tulis seorang wargamaya. “JANGAN TENGOK MV VIDA. Nanti cukup viewers masuk Big Stage.“Next year big stage dato vida contestant lah kotttt. Kalau viewers lebih dari target rasanya boleh dah.“Dato Vida nak join AJL or Big Stage? Tacod,” ujar seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, rakaman muzik tersebut mengumpul sebanyak 44,000 tanda ‘dislikes’. Sekadar info, program Big Stage memberikan tumpuan kepada bakat-bakat baharu atau lebih mesra gelar Budak Baru Nak Up (BBNU) yang sebelum ini menjadikan platform media sosial atau YouTube sebagai gelanggang mereka mempamerkan bakat. Sumber,Gempak

Tampil Dedah PA Baru. Sekali DSV Bagitahu Rupanya Gaji Yang Dia Dapat Cecah 5 Angka. Sebelum ini, tular berkenaan kisah hubungan antara Datuk Seri Vida bersama Iqbal Zulkefli yang merupakan bekas pembantu peribadinya menjadi bualan ramai. Menurut laporan, Datuk Seri Vida sebelum ini ada mencari pembantu peribadi baru dan perkara ini dikongsikannya sendiri menerusi akaun Instagram.

Pengasas k.osmetik sensasi, Datuk Seri Vida baru-baru ini sekali lagi menarik perhatian warganet selepas memuat naik iklan mencari pekerja sebagai mengisi posisi pembantu peribadi menerusi Instagram miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Vida turut meletakkan ciri-ciri untuk menjadi pembantu peribadi dengan gaji lumayan iaitu sebanyak RM 10,000. Ciri-cirinya adalah lelaki bujang, berusia antara 25 hingga 30 tahun. Wajib handsome. Untuk perempuan ada jawatan lain ya,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen. Lalu, perkongsian tersebut pantas menerima reaksi ramai, yang mahu mencuba nasib dan tidak kurang ada yang mengusik dengan tinggalkan komen berbaur jenaka.

Pembantu Baru Dato Vida. Bismillah, PA baru saya Abang Qu. Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah semua hebat hebat. PA baru saya ni abg qu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah. Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki Hadiah dari saya? Tiber haha. InsyaAllah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kpd semua orang. Kehadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik baik, dikasihi team QuPuteh . Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn.

Reaksi Orang Ramai. QUPUTEH,QUPUTEH ,BARU LA PUTIH. semoga perniagaan Dsv semakin maju dan diberkati allah amin. Semoga dato murah rezeki, saya suka tgk pakaian dato sooo lawa dan tahniah utk PA baru dato moga tahun 2022 membawa impian dan sinar utk bu.siness dato amin. Mudah2n Dato Seri Vida diberikan Panjang Umur, Sehat Dzahir Batin, Dilapangkan Rizqinya, Senantiasa Mendapat Kemudahan segala urusan2nya, mendapatkan Li.ndungan, Kes.elamatan, pertolongan dr Allah SWT.

Tahniah kepada PA baru dato. semoga semangat dan terus menjdi yg terbaik Aamiin. buat dato kita sama-sama doakan yg baik-baik. dan buat kita semua semoga sentiasa dimurahkan rezeki panjang umur sehat walafiat dijauhkan aamiin. Barula puteh cantik sedondon selamat berkhidmat bersama team qu puteh abangqu keja elok2,kena rajin,sabar,jujur dan amanah semoga serasi dan niaga Dsv terus berjaya. Sumber: Online Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.