Tular bayi Siti Jamumall pernah tertukar, kini peguam tampil dedahkan wang yang 2 ibu ni terima

Viral

Apa sahaja yang berkaitan anak bukanlah satu benda yang boleh dianggap remeh temeh. Tidak ada mak yang sanggup. Siapa yang masih ingat kes pasangan suami isteri yang tertukar bayi mereka bersama anak pasangan lain pada Jun tahun lalu. Kes melibatkan Sti Suriani Wahidin dan suami, Mohammad Syafiq Irfan Azman yang tertukar bayi dengan pasangan Diana Hanani Abdullah dan Muhammad Khairulazman hangat menjadi perbualan warganet pada waktu itu. Dalam perkembangan terkini, pihak peguamcara memberitahu bahawa Permohonan Penzahiran pasangan itu telah dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di mana pihak Hospital Umra diperintah membayar kos sebanyak RM1,000 kepada pasangan itu.

Kes melibatkan dua keluarga ini gempar pada tahun lalu.

Susulan itu juga, pada 22 Mac 2022 lebih kurang pukul 1.30 petang, Siti Suriani dan Diana diiringi peguamcara Marcus Tan & Co telah mengadakan sesi live di page Facebook Jamumall.com berkenaan status terkini kes bayi tertukar pada tahun lalu (2021). “Susulan keputusan Mahkamah Sesyen itu, pihak Hospital Umra telah memfailkan satu rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan semua pihak terbabit akan mendapatkan arahan lanjutan daripada Mahkamah Tinggi selepas ini,” ujar kenyataan tersebut. Dalam pada itu, sesi live menerusi Facebook pada Selasa turut menampilkan dua wanita itu bersama anak masing-masing yang pernah tertukar pada Jun tahun lalu. Menurut Siti Suriani yang turut dikenali sebagai Siti Jamumatill, tindakan undang-undang itu tidak dibuat berlandaskan faktor wang, sebaliknya sebagai peringatan kepada semua pihak agar berhati-hati pada masa akan datang.

Kecuaian ini adalah perkara yang sangat-sangat serius. Kalau saya tak tahu, saya mungkin tak jumpa anak saya. “Saya tidaklah berniat kerana duit untuk melakukan tindakan ini. Saman ini bukan kerana duit semata-mata tapi saya nak menyampaikan mesej penting kepada semua supaya berhati-hati bagi dua-dua belah pihak (ibu bapa dan hospital) supaya kejadian ini tak berlaku. Kecuaian ini adalah perkara yang sangat-sangat serius. Kalau saya tak tahu, saya mungkin tak jumpa anak saya,” ujar Siti Suriani dalam sesi live tersebut yang turut dihadiri kedua-dua bayi berkenaan. Kedua-dua bayi berusia sembilan bulan itu, masing-masing Aiman adalah anak Siti Jamumall, manakala Aysar adalah anak Diana.

Dalam sesi live berkenan, peguamcara Marcus Tan & Co turut memaklumkan bahawa bayaran kos awal itu yang diperintahkan dibayar itu bagaimanapun belum diterima dua wanita berkenaan. Menurut peguam berkenaan yang dikenali sebagai Stanley, setakat ini, kes yang memasuki sembilan bulan itu masih diperingkat awal dan perintah bayaran RM1,000 itu memihak kepada Siti dan Diana untuk kos pengurusan kes sahaja. Katanya, sekiranya kes berkenaan mencapai tahap tindakan saman, jumlah tuntutan yang diterima besar kemungkinan adalah lebih tinggi bagaimanapun tempoh untuk tiba ke peringkat seterusnya dijangka antara enam ke sembilan bulan lagi.

“Buat masa ini, kami masih belum mendapat identiti doktor dan jururawat yang mengendalikan kes berkenaan tetapi sehingga kini tidak menerima maklumat lengkap individu terlibat iaitu nama penuh, nombor MyKad dan alamat pihak terlibat untuk meneruskan tindakan saman,” katanya yang mengesahkan pihak hospital terlibat tidak mengakui kesilapan yang dilakukan hingga menyebabkan bayi pasangan itu tertukar.

Dua bayi ini pernah tertukar selepas dilahirkan di hospital tahun lalu. Untuk rekod, negara gempar pada Jun lalu berikutan kes pertukaran dua bayi berkenaan. Siti Suriani pada waktu itu berdepan detik cemas apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain, selepas suaminya mendapati tanda nama pada bayi tersebut bukan tertera namanya sebagai ibu. Dia dan suami kemudiannya menghubungi pihak hospital sebelum bergegas ke sana pada malam 12 Jun 2021 dan menerima pengesahan pertukaran bayi. Siti Suriani dan suami pada waktu itu turut membuat laporan polis dan khidmat peguam bagi menguruskan insiden berkenaan. Sumber : mstar

Bukan sebab duit! Siti Jamumall, Diana Hanani nekad teruskan saman kes tertukar bayi “Bukan sebab duit!” Demikian tegas Siti Suriani Wahiddin ketika mengulas mengenai tindakannya untuk meneruskan proses perundangan terhadap Hospital Umra berhubung insiden tertukar bayi, Jun lalu. Kisah Siti Suriani dan suami, Mohammad Syafiq Irfan Azman menjadi tumpuan negara sekitar Jun lalu selepas bayi mereka tertukar dengan bayi milik pasangan Diana Hanani Abdullah dan Muhammad Khairulazman. Menerusi satu sidang media ‘Bayi Yang Tertukar’ yang turut disiarkan secara langsung di paltform Facebook dan TikTok baru-baru ini, usahawan yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall itu turut menjawab panjang lebar mengenai insiden yang berlaku lima bulan lalu.

“Kita nak jadikan ini satu mesej penting kepada masyarakat dan semua orang supaya lebih berhati-hati. Ini bukan sesuatu yang tak mungkin boleh terjadi. Saya percaya kes tertukar bayi bukan pertama kali berlaku, tapi belum lagi dibawa hingga ke mahkamah,” ujarnya. Sidang media tersebut turut disertai pasangan Diana Hanani dan suami, serta peguam yang mewakili mereka dari Tetuan Marcus Tan & Co. Tambah wanita berusia 23 tahun itu lagi, perkara yang lebih membuatkannya berasa terpanggil untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan adalah disebabkan cara pihak hospital berkenaan mengendalikan kejadian berkenaan.

“Hari kami dipanggil semula ke hospital untuk tukar semula bayi, saya ada berjumpa dengan orang atasan. Mereka ada cakap apa yang berlaku adalah sesuatu di luar jangkaan. Saya ada terdengar mereka nak buang staf yang terlibat. Bagi saya, bukan saya puas hati kalau mereka ambil tindakan nak buang, bagi saya adalah kebertanggungjawaban mereka ke atas anak saya. Anak saya dilahirkan pada 2.36 pagi, tapi esoknya dah dibenarkan keluar. Belum cukup 24 jam di bawah pemantauan pihak hospital. Itu sangat merisaukan saya. Saya sendiri pula yang terpaksa tanya adakah anak saya dah dapat suntikan, mengenai ujian DNA… saya yang minta hospital buat pemeriksaan yang lebih jelas,” ujarnya sambil menambah, ia adalah pengalaman keduanya bersalin di hospital yang sama.

Kita rasa sakit hati, anak tertukar tapi orang kata marketing. Terus terang, benda ini berlaku tanpa dirancang, tanpa sangkaan saya. Buat untuk marketing? Tidak! Dalam sidang media yang sama, Siti Suriani sekali lagi menegaskan bahawa apa yang berlaku sama sekali tiada kena mengena dengan tujuan ‘marketing’. “Kita rasa sakit hati, anak tertukar tapi orang kata marketing. Terus terang, benda ini berlaku tanpa dirancang, tanpa sangkaan saya. Buat untuk marketing? Tidak! Saya pun tak pernah kenal dan tahu Puan Diana ini siapa tapi Allah dah takdirkan ini terjadi yang kita tak pernah sangka,” ujarnya lagi. Sementara itu, peguam yang mewakili pasangan berkenaan, Marcus Tan berkata, ketika ini pihaknya sudah memfailkan saman pemula untuk proses penzahiran (discovery). “Untuk waktu ini, ia di peringkat proses penzahiran dahulu sebelum kita failkan saman seterusnya kerana kita perlu mendapatkan maklumat terperinci mengenai doktor, jururawat dan kakitangan yang terlibat, iaitu orang yang mengakibatkan kecuaian.

“Setelah sekiranya kami diberi satu perintah oleh mahkamah, kami akan gunakan maklumat tersebut untuk failkan saman yang seterusnya. Menjawab mengenai persoalan mengapa dah lama tapi baru di peringkat penzahiran, pihak kami cuba dapatkan maklumat yang kami nak untuk tindakan mahkamah, tapi pihak peguam hospital ada beri maklumat seperti medical report tapi bukan maklumat lengkap atau maklumat yang diminta oleh pihak Puan Siti dan Puan Diana. Sebab itu makan masa lama,” ujarnya. Tambah peguam tersebut, mahkamah telah menetapkan 10 November ini sebagai tarikh pengurusan kes. Kisah dua pasangan ini tertukar bayi selepas dilahirkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Jun lalu, menggemparkan negara. Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.