Awie ditanya pasal isu Zul Ariffin, Tapi ini reaksi beliau sampai buat ramai setuju

Viral

Kini selebriti terkenal Zul Ariffin terlibat dengan perkongsian rakaman yang memaparkan adegan panas yang bakal ditayangkan, akan mula disiasat. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia. Tan Sri Annuar Musa melalui laman media sosialnya Twitter pada pagi tadi “Proses u.ndang-u.ndang berjalan. Pelakon Zul Ariffin akan dis.iasat di bawah S.eksyen 233 Akta KMM Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana muat naik yang menyalahi undang-undang,” demikian ciapan beliau jam 9.28 pagi tadi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM tampil berkeras menolak penyiaran drama tersebut yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadhan ni.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata berdasarkan penelitian pihaknya, penyiaran program seumpama itu jelas mempamerkan perbuatan dilarang Islam dengan a.ksi dan adegan tidak bermoral melampaui batas serta bertentangan norma masyarakat dan hukum syarak. JAKIM menyatakan pendirian dan pandangan mengenai i.su terbabit kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia K-KOMM, Kementerian Dalam Negeri KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia MCMC supaya ti.ndakan tegas dapat diambil segera. Dalam pada itu, Annuar melalui ciapan sama seiring dengan pendirian dizahirkan JAKIM itu.

“Yang pasti adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” katanya. Semalam, Zul Ariffin atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin, 35, memohon maaf dan meny.esal di atas ti.ndakannya memuat naik video sebuah drama bersiri di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Respon Awie Tentang Video Tersebut. “Benda boleh menolak, tetapi dia Zul Ariffin memilih sedap. Pada saya dia mencotengkan arang ke muka industri yang berkonsepkan islamik,”. Demikian respons pelakon dan penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Awie apabila ditanya mengenai isu sensasi perkongsian adegan berani oleh Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia, Zul Ariffin dalam Instagram baru-baru ini.

Menurut bintang Sembilu itu, Zul sebenarnya bolehn memilih sama menolak atau menerima sahaja tuntutan skrip berhubung adegan aksi ranjang yang sama sekali tidak sesuai dari sudut islamik. Itu dia gatal sebenarnya, benda boleh ditolak tetapi dia memilih sedap, dia terimalah benda tu kan kritikan dan tindakan undang-undang,” kata Awie usai sidang akhbar Showcase Raikan Cinta Ramadan Wings di Lacrista Hotel, di sini, hari ini. Antara Reaksi Orang Ramai

Kredit, BH/Kosmo

Lama Berdiam Diri, Kini Zul Ariffin Tampil Dedahkan Sesuatu Dan Ini Penjelasan Yang Dia Buat. Pelakon terkenal Zul Ariffin tampil mohon maaf atas rakaman adegan panas yang tular di media sosial baru-baru ni. Kata Zul, dia juga akan lebih berjaga-jaga untuk tampil muat naik kandungan di media sosial untuk mengelakkan sebarang kontroversi berulang. “Dengan hati terbuka,saya ambil maklum di atas semua respons dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini. Saya dengan rendah hati, memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan. Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” katanya menerusi kemaskini hantaran Instagram Stories pada Isnin. Terdahulu, aksi babak lakonannya mendukung pelakon baharu, Siti Hariesa untuk sebuah drama di televisyen mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Bagaimanapun, video itu telah dipadamkan dari akaun media sosial Zul. Sumber, Gempak

Tular Adegan Panas Drama Yang Bakal Ditayangkan Itu, Kini JAKIM Dedah Bakal Panggil Zul Ariffin Dan Siti Hariesa. Belum sempat ditontonkan oleh khalayak umum, kini drama Erma Fatima telah pun jadi buah mulut seluruh negara gara gara adegan panas tersebut. Namun, perkongsian tersebut telah pun dipadamkan Sabtu lalu. Tular dua pelakon ini setelah menunjukkan aksi keterlaluan seperti menyuap whipping cream dan juga membuat aksi-aksi yang tidak senonoh seperti babak lvch didalam filem barat. Disebabkan ini, pelakon,pengarah dan pihak produksi telahpun dikritik ramai oleh warganet gara gara meluluskan babak seperti ini serta ianya bakal ditayangkan pada bulan ramadhan.

“Bercanggah dengan tuntutan agama”. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga dedahkan pihaknya bakal memanggil pihak produksi drama tersebut termasuk juga pelakon terkenal Zul Ariffin dan Siti Hariesa selepas tular adegan panas yang dilihat bercanggah dengan tuntutan agama dan juga budaya hidup masyarakat di negara kita. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary jelaskan pihaknya bakal bertemu dan berbincang sesama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia soal perkara tular ni. Malah dari sudut panduan agama (Islam) perkara ni tidak seharusnya diamalkan di negara ini yang berpegang teguh pada ajaran islam dan budaya timur.

Datuk Ahmad Marzuk juga tampil beri nasihat buat pemain industri dan filem supaya lebih peka terhadap perkara sebegini gara gara ianya menimbulkan perasaan negatif pada orang ramai dan khuatir ianya bakal menjadi ikutan jika gagal ditangani dengan baik. Banyak lagi cara lain untuk buat filem yang berkualiti tanpa perlukan adegan yang tak manis macam ni. Tengok je lah filem Iran tu, takde pun tunjuk benda-benda macam ni tapi filemnya ditonton di seluruh dunia. Sumber, Oh Bulan

Teruk Dikritik Ramai, Kini Menteri Komunikasi Beri Komen Dan Ini Tindakan Yang Bakal Beliau Lakukan. Drama bertajuk Perempuan Itu yang cetuskan kritikan orang ramai baru-baru ini mungkin tidak akan dapat ditontonkan di kaca televisyen jika pihak produksi tidak berjaya berikan laporan bertulis gara-gara kejadian tersebut. Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, jika laporan yang diberikan tidak munasabah, kerajaan bertekad untuk tidak akan memberikan tayangan tersebut bakal disiarkan semasa bulan ramadhan. Malah menurutnya, stesen televisyen perlulah juga menghormati bulan ramadhan. Pihak bertanggungjawab juga tidak boleh benarkan menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian di bulan mulia tu. “Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut. Sekiranya laporan itu tidak memuaskan, kita tidak benarkan stesen televisyen menyiarkan tayangan drama tersebut,” katanya selepas menyampaikan bantuan Back To School kepada pelajar tingkatan enam di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat di sini hari ini.

TV3 pandang serius isu adegan panas drama Perempuan Itu. Stesen TV3 Malaysia bertegas adegan panas drama tersebut amatlah tidak sesuai untuk dijadikan bahan tontonan umum walaupun ianya sekadar untuk promosi. Stesen TV juga tampil beritahu pihaknya amatlah memandang serious dengan isu terbabit terutamanya setelah rakaman tersebut tular sehinggakan menjadi bahan kritikan orang ramai. “Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan drama Perempuan Itu. Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi,” katanya.

Tambahnya, aksi panas tersebut juga tidak pernah dibincangkan atau mendapat kelulusan pihak stesen untuk ditayang kepada umum. “Adegan tersebut tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). “Kami juga mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana drama,” katanya lagi.

Terdahulu, teraju utama drama tersebut iaitu Zul Ariffin mencetuskan kekecohan dalam media sosial apabila memuat naik sedutan adegan panasnya bersama pelakon baru, Siti Hariesa. Antara aksi yang dianggap keterlaluan ialah ketika Zul mendukung Hariesa dan babak menyuap whipping cream. Rata-rata orang ramai memberi reaksi negatif dan membantah sekiranya babak tersebut ditayangkan kepada umum. Rakaman tersebut turut mendapat teguran daripafa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad yang berpendapat babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti. Sumber,  KOSMO! ONLINE

Dari Awal Erma Fatima Dah Tak Senang Hati Adegan Zul Ariffin, Kini Umie Aida Tampil Dedahkan Perkara Sebenar. Umie Aida tampil dedahkan sedutan panas dalam drama kakaknya Erma Fatima. Tak sangka, rupanya sejak mula-mula lagi penerbit Erma Fatima sudahpun mula luahkan rasa bimbang mengenai adegan panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dalam drama yang bertajuk Perempuan itu. Perkara ni telah dijelaskan oleh adiknya, Datin Seri Umie Aida yang tampil beritahu Erma bahawa ada adegan yang terlalu daring yang membuatkan kurang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan tontonan umum.

“Baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit fasal isu ini… dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya bila dia tengok footage cerita ini. Dia kata mereka shoot (babak) sangat daring. Me (panggilan diri Umie) pesan awak sebagai penerbit kena tegas dan beritahu mereka rakaman atas landasan yang dibenarkan. Lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di Instagram. Motif keluarkan footage yang belum edit dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk viral?” katanya menerusi laman Instagram. Malah, Umie akui dia sudahpun menonton sedutan adegan tersebut yang dikongsikan sendiri oleh Zul Ariffin di akaun Instagram miliknya pada malam Jumaat. Namun, dia juga pinta pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil berat atas apa yang berlaku.

Perkongsian Umie Aida di Instagram.

Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan. “Saya sempat tengok post dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kat Erma… apa cerita korang buat ini? Gila ke? Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu? Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan… antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza. Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau produser dan sebagai pelakon wajar tolak screenplay yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,” ujarnya.

Warganet tampil kritik adegan panas hasil lakonan Zul Ariffin.

Tak pasal-pasal pada malam jumaat, Instagram Zul telahpun dijadikan tempat lepas geram warganet setelah dia tampil muat naik adegan panas didalam drama lakonannya tersendiri di laman sosial miliknya. Rakaman tersebut jelas kelihatan Zul sedang mendukung Siti Hariesa dari depan dan dikatakan melakukan perkara yang tak sesuai untuk jadi tayangan masyarakat di negara ini. Malah ianya bukan sahaja jadi bahan kritikan warganet, rakaman ini juga turut tarik perhatian ramai setelah pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang juga tampil beri teguran pada adegan panas tersebut. Walau macam manapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif tampil jelaskan adegan yang telah dibocorkan itu rupanya adegan kedua yang mungkin tidak akan ditayangkan dan hanya bertujuan untuk menarik publisiti. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.