Ada yang pesan jangan tengok video muziknya,Ramai luah rasa risau bila jumlah video muzik DSV cecah 1M tontonan

Viral

Setelah tampil dengan dua lagu rancak termasuk satu lagu raya, kini DSV sekali lagi tampil dengan satu single balada terbaru miliknya yang bertajuk Ku Ikhlaskan. Mengikuti tinjauan, rakaman muziknya telah pun dimuat naik pada hari Isnin lalu di laman youtube Vida. Setakat ini, rakamannya telah cecah 1 juta tontonan hanya dalam masa 24 jam. Namun di laman sosial Tiktok, DSV bersiaran langsung dengan siap nyanyikan lagu tersebut secara live untuk dijadikan bahan tontonan warganet. @ojaaa.aa. Bukan setakat itu, kini dengan jumlah tontonan rakamannya itu membuatkan ramai yang runsing sekiranya presiden warganet bakal diundang untuk sertai program Big Stage pada tahun ni pulak. Video, Klik link

Menerusi laman sosial Twitter, ramai yang tampil luahkan rasa risau dengan nasib rancangan tersebut selepas ni. “Aku risau view dia juta-juta kat YouTube… tahun depan layak masuk Big Stage. Jumpa laaaaa dengan Ajai,” tulis seorang wargamaya. “JANGAN TENGOK MV VIDA. Nanti cukup viewers masuk Big Stage.“Next year big stage dato vida contestant lah kotttt. Kalau viewers lebih dari target rasanya boleh dah.“Dato Vida nak join AJL or Big Stage? Tacod,” ujar seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, rakaman muzik tersebut mengumpul sebanyak 44,000 tanda ‘dislikes’. Sekadar info, program Big Stage memberikan tumpuan kepada bakat-bakat baharu atau lebih mesra gelar Budak Baru Nak Up (BBNU) yang sebelum ini menjadikan platform media sosial atau YouTube sebagai gelanggang mereka mempamerkan bakat. Sumber,Gempak

Tampil Dedah PA Baru. Sekali DSV Bagitahu Rupanya Gaji Yang Dia Dapat Cecah 5 Angka. Sebelum ini, tular berkenaan kisah hubungan antara Datuk Seri Vida bersama Iqbal Zulkefli yang merupakan bekas pembantu peribadinya menjadi bualan ramai. Menurut laporan, Datuk Seri Vida sebelum ini ada mencari pembantu peribadi baru dan perkara ini dikongsikannya sendiri menerusi akaun Instagram.

Pengasas k.osmetik sensasi, Datuk Seri Vida baru-baru ini sekali lagi menarik perhatian warganet selepas memuat naik iklan mencari pekerja sebagai mengisi posisi pembantu peribadi menerusi Instagram miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Vida turut meletakkan ciri-ciri untuk menjadi pembantu peribadi dengan gaji lumayan iaitu sebanyak RM 10,000. Ciri-cirinya adalah lelaki bujang, berusia antara 25 hingga 30 tahun. Wajib handsome. Untuk perempuan ada jawatan lain ya,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen. Lalu, perkongsian tersebut pantas menerima reaksi ramai, yang mahu mencuba nasib dan tidak kurang ada yang mengusik dengan tinggalkan komen berbaur jenaka.

Pembantu Baru Dato Vida. Bismillah, PA baru saya Abang Qu. Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah semua hebat hebat. PA baru saya ni abg qu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah. Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki Hadiah dari saya? Tiber haha. InsyaAllah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kpd semua orang. Kehadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik baik, dikasihi team QuPuteh . Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn.

Reaksi Orang Ramai. QUPUTEH,QUPUTEH ,BARU LA PUTIH. semoga perniagaan Dsv semakin maju dan diberkati allah amin. Semoga dato murah rezeki, saya suka tgk pakaian dato sooo lawa dan tahniah utk PA baru dato moga tahun 2022 membawa impian dan sinar utk bu.siness dato amin. Mudah2n Dato Seri Vida diberikan Panjang Umur, Sehat Dzahir Batin, Dilapangkan Rizqinya, Senantiasa Mendapat Kemudahan segala urusan2nya, mendapatkan Li.ndungan, Kes.elamatan, pertolongan dr Allah SWT.

Tahniah kepada PA baru dato. semoga semangat dan terus menjdi yg terbaik Aamiin. buat dato kita sama-sama doakan yg baik-baik. dan buat kita semua semoga sentiasa dimurahkan rezeki panjang umur sehat walafiat dijauhkan aamiin. Barula puteh cantik sedondon selamat berkhidmat bersama team qu puteh abangqu keja elok2,kena rajin,sabar,jujur dan amanah semoga serasi dan niaga Dsv terus berjaya. Sumber: Online Malaya

DSV Akui Dah Tak Boleh Tahan Lagi. Sekali Dia Dedah Ini Yang Dia Alami Sepanjang Jadi Presiden Ntzen Di Big Stage. Usahawan kosmetik yang juga Presiden Nt.1zn untuk program Big Stage 2022 Datuk Seri Vida terus menjadi kritikan warganet. Semuanya gara-gara keterbukaannya untuk memberi komen dan pandangan terhadap peserta Big Stage pada konsert minggu lalu. Susulan itu, Vida meluahkan rasa sedihnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok semalam.


Menurut Vida, dia hairan kerana setiap tindak tanduknya menerima kritikan hebat daripada warganet. “Apa lagi salah saya, kenapa tak boleh terima setiap apa yang cuba saya lakukan. Kebiasaan balik daripada hotel baru saya akan buka phone, nak tengok komen dan feedback warganet. Tapi setiap minggu saya masih dikritik dengan bermacam kata, sedangkan saya dah jadi sebaik mungkin behave dengan kata-kata,” katanya.

Tambahnya, depan orang mungkin dia nampak gembira, namun di sebaliknya hanya Allah saja yang tahu. “Buat macam mana pun masih dibenci dikritik warganet. Sedih hati saya. Depan orang saya nampak suka nampak happy, tapi sebaliknya Allah saja tahu segala kesedihan dan kesusahan saya hadapi,” katanya.

Menerusi ruang komen, kebanyakan warganet dilihat bersikap positif dan memberikan kata-kata semangat buat usahawan tersebut. Ada yang meminta supaya Vida bersabar, namun tidak kurang juga memintanya supaya menurunkan ilmu untuk membuat kandungan pemasaran. Terdahulu, Vida menegaskan dia layak untuk memberi komen kepada peserta Big Stage. Ini kerana dia juga mempunyai ilmu tentang muzik dan seorang pencinta lagu. “Tak tahu ke saya dalam industri ni dah lama? Nak suruh saya sampai ada ijazah ke?” katanya. Untuk rekod, Lia Aziz diumumkan sebagai peserta kedua yang terpaksa meninggalkan Big Stage 2022. Ketika persembahan, Lia membawakan lagu Kisah Hati daripada Datin Alyah. Seramai 10 lagi peserta yang bakal meneruskan perjuangan menerusi Big Stage 2022 ialah Tuah Adzmi, Yazmin Aziz, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla, Tegar Septian, Syafiq Abdillah dan Aisha Retno. Sumber : GEMPAK

Dulu Tidak Ada Letakkan Syarat Macam Ni Sewaktu Iqbal Jadi PA DSV. Sekali Ini Pesanan Khas Iqbal Buat PA Baru DSV. ALL the best! Itu ucapan ringkas usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli kepada pembantu peribadi (PA) baharu Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Qush. Mengakui tidak ambil tahu mengenai perkara berkenaan, Iqbal berharap Qush atau nama sebenar Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar dapat bekerja dengan baik bersama bekas majikannya itu.

“Sejujurnya saya tak ambil tahu tentang dia (Vida). Saya ada ternampak berita tentang PA baharu dia tu, tapi saya tak baca selanjutnya. Saya mampu cakap all the best saja la… saya tak ada hak nak komen lebih-lebih, cuma pesanan saya kerja baik-baik. Dia kena lalui pengalaman itu sendiri, belajarlah sendiri tengok cara kerja DSV, saya tak boleh nak cakap apa-apa cuma bersedialah dengan sebarang kemungkinan.

Iqbal tak ambil tahu mengenai PA baharu Vida.

“Untuk makluman pemilihan saya dulu tak sama macam sekarang, saya diuji buat banyak kerja, selepas setahun baru dilantik jadi PA dengan gaji RM1,200. Yang sekarang ni DSV terus popularkan. Sangat berbeza!” katanya. Pada malam Khamis, Vida menerusi Instagram mengumumkan Qush yang juga merupakan personaliti media sosial berjaya mengisi kekosongan jawatan PA dengan bayaran gaji RM10,000. Kisah pencarian PA oleh jutawan kosmetik ini menarik perhatian warganet sejak Disember tahun lalu, di mana antara kriteria calon mestilah lelaki muda dan memiliki wajah kacak.

Qush tak mahu campur urusan peribadi Vida.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini berkata dia tidak ambil pusing dengan pelantikan tersebut yang disifatkan hanya sebagai gimik atau marketing. “Sikit pun saya tak terasa hati… cuma tak sabar nak tengok drama seterusnya, saya dah masak dengan perangai DSV. Kalau tanya saya secara peribadi besar kemungkinan PA baharu ni ada taste yang DSV suka, kulit putih, soft spoken dan senang mengikut permintaannya,” ujarnya. Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.