Dah tak tahan tengok kawan sendiri kena kritik, Iqbal tampil dedahkan perangai sebenar Zul Ariffin yang ramai tak tahu

Viral

Seperti yang diketahui, sebaik sahaja nama Zul Ariffin dikritik oleh seluruh Malaysia. Kini Zul Ariffin tampil memadamkan rakaman adegan panas tersebut bersama Siti Haries di laman instagram miliknya. Namun, Zul tampil muat naik satu rakaman pendek di laman sosial miliknya bagi memberi respon terhadap kontroversi yang melibatkan nama baiknya. Berbusana segak berona biru seakan-akan berada dalam panggung wayang, pelakon kelahiran Taiping, Perak itu tersenyum sinis dan bertepuk tangan menunjukkan isyarat tanda bagus seraya tinggalkan bangku penonton.

“Back to w.ork kembali bekerja,” tulis pelakon filem Penunggang Agama itu di ruangan kapsyen video yang dimuat naik. Sementara itu, menjengah di ruangan komen, pengguna media sosial terus melahirkan rasa tidak puas hati terhadapnya meskipun video itu telah hilang daripada akaun Instagram pelakon berbadan s.asa tersebut. Reaksi Iqbal Yang Juga Pelakon Drama Perempuan Itu

Sumber: Online Malaya

Dulu Tidak Ada Letakkan Syarat Macam Ni Sewaktu Iqbal Jadi PA DSV. Sekali Ini Pesanan Khas Iqbal Buat PA Baru DSV. ALL the best! Itu ucapan ringkas usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli kepada pembantu peribadi (PA) baharu Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Qush. Mengakui tidak ambil tahu mengenai perkara berkenaan, Iqbal berharap Qush atau nama sebenar Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar dapat bekerja dengan baik bersama bekas majikannya itu. “Sejujurnya saya tak ambil tahu tentang dia (Vida). Saya ada ternampak berita tentang PA baharu dia tu, tapi saya tak baca selanjutnya. Saya mampu cakap all the best saja la… saya tak ada hak nak komen lebih-lebih, cuma pesanan saya kerja baik-baik. Dia kena lalui pengalaman itu sendiri, belajarlah sendiri tengok cara kerja DSV, saya tak boleh nak cakap apa-apa cuma bersedialah dengan sebarang kemungkinan.

Iqbal tak ambil tahu mengenai PA baharu Vida.

“Untuk makluman pemilihan saya dulu tak sama macam sekarang, saya diuji buat banyak kerja, selepas setahun baru dilantik jadi PA dengan gaji RM1,200. Yang sekarang ni DSV terus popularkan. Sangat berbeza!” katanya. Pada malam Khamis, Vida menerusi Instagram mengumumkan Qush yang juga merupakan personaliti media sosial berjaya mengisi kekosongan jawatan PA dengan bayaran gaji RM10,000. Kisah pencarian PA oleh jutawan kosmetik ini menarik perhatian warganet sejak Disember tahun lalu, di mana antara kriteria calon mestilah lelaki muda dan memiliki wajah kacak.

Qush tak mahu campur urusan peribadi Vida.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini berkata dia tidak ambil pusing dengan pelantikan tersebut yang disifatkan hanya sebagai gimik atau marketing. “Sikit pun saya tak terasa hati… cuma tak sabar nak tengok drama seterusnya, saya dah masak dengan perangai DSV. Kalau tanya saya secara peribadi besar kemungkinan PA baharu ni ada taste yang DSV suka, kulit putih, soft spoken dan senang mengikut permintaannya,” ujarnya. Sumber : MSTAR ONLINE

Lepas Teruk Dikritik Oleh Warganet Akhirnya Pihak Penerbit Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sebab Sebenar Iqbal Dipilih Dalam Rancangan Tu. Penerbit program realiti nyanyian Big Stage musim keempat iaitu Astro Ria menegaskan usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli memenuhi semua kriteria ditetapkan Big Stage walaupun tindakan membawa masuk Iqbal sebagai peserta ke 12 mengundang kritikan hebat pelbagai pihak termasuk penyanyi tanah air. Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh ketika dihubungi berkata, pihak penerbitan juga menyediakan pelbagai inisiatif kepada semua peserta untuk memperbaiki mutu persembahan mereka. “Dengan 2.1 juta views yang dimiliki Iqbal menerusi single pertama, Hujan, Big Stage menawarkan platform untuk membuktikan kebolehan dan kemampuan dirinya di pentas yang lebih besar. “Apatah lagi di era digital kini, kita dapat lihat ramai bakat baharu di platform digital, namun vokal yang dipamerkan masih tidak dapat dibuktikan sepenuhnya. Ini kerana selepas melalui proses rakaman, banyak penambah baikan dilakukan dan hasilnya, lagu itu seakan sempurna dan sedap didengar. Namun, Big Stage adalah pentas dan realiti sebenar untuk peserta serlahkan kemampuan nyanyian mereka dan untuk penonton menilai,” katanya.

Norzeha berkata, di Big Stage mereka turut menyediakan kelas dan bimbingan daripada profesional seperti guru vokal untuk membimbing mereka. “Kita harapkan mereka dapat membuktikan kemampuan masing-masing. Kita sudah sediakan platform dan kini terpulang kepada mereka untuk menyahut cabaran dan meneruskan agenda seterusnya. Juri dan penonton akan membuat pilihan sekiranya dirasakan mana-mana peserta tidak layak untuk mara ke minggu seterusnya,” katanya.Menurut Norzeha, Big Stage membuka peluang yang sama rata buat semua bakat muda dan penyanyi baru nak up yang sudah berada di dalam industri untuk melangkah lebih jauh.

“Untuk Big Stage kali ini, kita ada kepelbagaian peserta, iaitu peserta berbakat dan peserta tular seperti Iqbal dan Jerung Merah. Syarat utama buat peserta, mereka haruslah berusia 30 tahun ke bawah dan memiliki video sama ada lagu sendiri atau co.ver di mana-mana platform media sosial dengan tontonan lebih 500,000. Dan, semua peserta Big Stage 2022 termasuk Iqbal memenuhi kriteria itu,” katanya. Ditanya mengenai kenyataan Iqbal dalam satu temu bual selepas dia membuat persembahan yang mana mahu menarik diri, Norzeha berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa pemakluman. Setakat ini pihak produksi dan Astro tidak menerima sebarang berita mengenai mana-mana peserta yang ingin menarik diri.

Sama seperti peserta lain, Iqbal sudah pun menandatangani perjanjian untuk berada di dalam pertandingan selama lapan minggu jika nasib menyebelahi dirinya dan jika tidak, dia perlu berada dalam pertandingan sehingga tersingkir. “Namun, seandainya ada peserta yang ingin menarik diri atas sebab-sebab yang munasabah, kami akan mempertimbangkan,” katanya. Big Stage 2022 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria. Terdahulu, kemunculan Iqbal dalam program berkenaan, Ahad lalu menyampaikan lagu Biarlah Bulan Bicara mengundang kritikan ramai.

Rata-ratanya menyifatkan nyanyiannya t.eruk dan tidak layak berada di pentas itu. Malah, juri tetap program itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak tahu mahu memberikan komen apa. “Saya sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana, tak tahu nak bagi markah macam mana. Memandangkan syarat nak masuk Big Stage view di YouTube lebih dari 1 juta dan view Iqbal lebih 2.1 juta itu membuatkan layak berada di sini. Kita tak nafikan. Tapi tak apa, saya bagi peluang. Mana tahu dia bagi kejutan pula untuk minggu seterusnya,” katanya. Kredit, HM

Datuk Hattan berang tegur pihak penyiar TV. Sekali sampai dedahkan berapa markah dia akan beri dekat Iqbal. Penyanyi Datuk Hattan, 58, menyeru pihak penyiar TV supaya harus ada rasa bertanggungjawab untuk mengangkat industri hiburan ke tahap lebih bagus dan tinggi. Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin merujuk keputusan memasukkan usahawan tular Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai peserta program Big Stage 2022 yang bukannya menyanyi bagus. “Apa yang cuba dilakukan pihak penyiar ? Kalau ya pun nak r.ating, tak payah sampai begitu, banyak cara lain lagi. Takkanlah pihak produksi sewaktu sesi raptai tak tahu bagaimana persembahannya? Kamu tahu peserta itu tak boleh nyanyi? Kenapa kamu panggil juga?” katanya. Penyanyi Rendang Tak Berbuah itu tidak menafikan gimik kejutan sebegitu memang memberi impak besar daripada segi pemasaran. Tapi, ia cukup memalukan untuk industri secara keseluruhannya.

“Ini seperti yang pernah saya cakap sebelum ini. Dalam program itu ada peserta dari Indonesia. Kalau orang Indonesia tengok beginilah kita punya penyanyi kualiti?. Kasihan 11 peserta yang lain bertanding beria-ria. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, oh sudah layak? Walaupun persembahan standard begitu, punya s.ampah,” katanya. Hattan turut terkilan kerana pertandingan yang diadili penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sepatutnya dibuat selari dengan standard jauh lebih baik. “Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan untuk buat satu-satu programlah,” katanya. Semalam, pengumuman Ahmad Iqbal menjadi peserta ke 12 di Big Stage mendapat kritikan ramai warganet. Apalagi nyanyiannya menerusi lagu Biarlah Bulan Bicara disifatkan terlalu t.eruk.

Susulan kejutan demi kejutan ini ternyata membuatkan peminat rancangan tersebut marah dan hilang arah dengan apa yang cuba disampaikan oleh penyiar rancangan tersebut. Sementara itu rata-rata warganet menyatakan bahawa gimik murahan sebegini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi juri yang ada adalah lagenda negara. Malah kenyataan Iqbal sendiri yang mend.akwa mahu menarik diri pada minggu hadapan sedikit sebanyak membuatkan warganet turut muak dengan drama sebegini.

Selamba DSV beri komen nyanyian Iqbal. Sekali ini respon padu Alif Satar buat ramai setuju. Nampaknya gimik-gimik di program Big Stage musim ke-3 terlihat agak berhasil walaupun dari sisi negatif. Selain daripada kemunculan Dato’ Seri Vida yang ditugaskan menjadi Presiden Warganet dengan membaca komen-komen dari ruangan Twitter, kehadiran peserta ke-12 turut mengejutkan banyak pihak. Peserta ke-12. Pihak penganjur telah memanggil Iqbal Zulkefli untuk sama-sama bersaing di pentas Big Stage musim ini walaupun nyanyiannya malam tadi benar-benar membuatkan pihak juri tetap pening kepala.

Kena sound macam tu je. Walaupun juri-juri sukar memberikan markah dan komen untuk persembahan pemuda itu, Dato Seri Vida dilihat begitu teruja memberikan komen dengan menyatakan bahawa nyanyian Iqbal sangat baik dan sedap didengar. Susulan daripada keterujaannya memberikan komen, pengacara program tersebut, Alif Satar telah kembali mengingatkan DSV tentang tugas sebenarnya iaitu sebagai Presiden Warganet dimana hanya perlu membaca komen-komen yang dikongsikan oleh warganet di Twitter. “Presiden Warganet, sebenarnya tugas Presiden Warganet cuma baca Twitter je, tak perlu bagi komen pun. okay, terima kasih” kata Alif dalam nada ketawa. Tindakan spontan Alif yang memotong komen yang diberikan oleh DSV kepada Iqbal untuk memberi laluan kepada juri tetap mengulas persembahan tersebut telah mendapat sokongan ramai. Rata-rata bersetuju dengan apa yang dilakukan pengcara tersebut kerana sentiasa mengingatkan tugas juri agar tidak ada sebarang pencanggahan dan membuang masa dengan perkara-perkara yang itdak perlu di dalam program itu.

Untuk makluman, Ahmad Iqbal Zulkelfi telah mendapat kedudukan kedua terendah selepas Megat Rahim yang tidak dapat membuat persembahan susulan dijangkiti CvdI9. Iqbal menjadi peserta ke-12 dan para juri serta penonton tidak tahu akan kejutan yang dibuat oleh pihak penganjur para minggu pertama Big Stage musim ke-3 ini. Sumber: Rose Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.