Heliza dedah nak berangkat tunaikan umrah dengan suami, Sekali ini yang dia mohon pada orang ramai

artis

Selebriti terkenal ini mohon agar orang ramai untuk sentiasa doakan supaya ziarah dan umrah buat mereka diterima Allah. Penyanyi terkenal, Datin Seri Heliza Helmi tampil dedahkan dirinya dan suami, Datuk Seri Mahadi telah pun berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah. Mohon Doa Orang Ramai. Malah di kesempatan ini, Heliza pohon agar orang ramai dapat sama-sama mendoakannya agar amal ibadatnya diterima Allah serta mohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap.  “Dengan penuh kerendahan hati, kami ingin memohon maaf sekiranya ada salah silap, doakan agar ziarah dan umrah diterima Allah. Sesiapa ada doa boleh share diruangan komen, moga Allah angkat doa doa kita semua yang terbaik di sisi Allah swt.”- tulis Heliza. Video. Klik link

Dibanjiri Komen Peminat & Rakan Selebriti. Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat  membanjiri dengan pelbagai ucapan dan mendoakan agar urusan ibadah umrah Heliza dan suami dipermudahkan. “Amin Ya Rabb, jumpa di Mekah InsyaAllah.”-Diana Amir “Alhamdulillah..Moga diberkati dan mudahkan segalanya kak ja & family. Moga dalam rahmat dan mendapat umrah yang mabrur.”-Ardell Aryana. “Semoga dipermudahkan urusan kakja di Tanah Suci”. “Alhamdulillah..Semoga dipermudahkan urusan..Aminn..” komen mereka.

Sumber, Murai.my

Sejak Kahwin Dengan Heliza Benda Ni Bukan Kali Pertama. Terkejut Bila Suami Heliza Dedahkan Ini Yang Terjadi Sampai Dia Kena Buat Laporan Polis. “Ini bukan kali pertama nama saya digunakan, malah semakin menjadi-jadi sejak saya mendirikan rumah tangga bersama Heliza,” kata Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium yang juga suami kepada selebriti, Datin Seri Heliza Helmi itu mendakwa namanya digunakan sindiket penipu4n pelaburan tidak wujud.

Beliau mengesan pihak dan individu terbabit menggunakan akaun palsu di media sosial seperti Facebook dan Instagram selain aplikasi sembang maya seperti Telegram untuk memperdaya mngsaa. Akibatnya, beliau dan syarikatnya menerima banyak kiriman mesej daripada mereka yang mendakwa menanggung kerugian akibat ditipu sindiket berkenaan.

“Berdasarkan maklumat, mereka ditawarkan skim pelaburan serendah RM300 dan menjanjikan pulangan antara RM10,000 sehingga RM18,000 hanya dalam tempoh tiga hari. “Scmmer ini menggunakan nama, gambar dan video ceramah saya kononnya saya adalah bos mereka.

“Kebanyakan mereka yang terpedaya memasukkan wang diminta ke dalam akaun bank diberikan tetapi selepas tiga hari, mereka diminta memasukkan sejumlah wang lagi sebagai deposit bagi mendapatkan wang pelaburan mereka. “Mereka hanya menyedari ditipu apabila individu terbabit gagal dihubungi selepas memasukkan wang itu,” katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Sungai Penchala di sini, hari ini.

Mahadi berkata, setakat ini pihaknya mengesan kira-kira 100 akaun media sosial dan laman web yang menggunakan identitinya untuk mempromosikan skim pelaburan dan menpu mereka. Antara akaun media sosial yang menggunakan namanya adalah Al Kahtifah Trust, Aurora Mining Team, Al-Dagang Malaysia, Bijak Labur, Madinah Mining, Pelaburan Al-Marzuqi, MoneyStone dan Xafee Trade.

Berikutan itu, katanya, pihaknya sudah membuat lima laporan polis sejak awal tahun ini dengan terbaharu dibuat pada 25 Februari lalu di Balai Polis Kelana Jaya. “Setakat ini, saya belum dimaklumkan polis mengenai tindakan diambil. Namun kami difahamkan polis sudah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, kegiatan sindiket penpuan itu turut menjejaskan urusan syarikatnya selain mencemar reputasi dan nama baiknya. “Saya minta tolong mereka buat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengikut undang-undang. Tidak perlu gusar tindakan mereka akan menjejaskan saya kerana saya sendiri buat laporan polis,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi syarikat melalui laman web www.aufmbz.com atau menghubungi 018-2550707/5752 untuk mengelak menjadi mngsaa penipuan. ‘Scmmr online’ menjadi-jadi

Sebanyak 8,162 kes penipuan e-dagang dengan kerugian berjumlah RM57.73 juta dilaporkan di seluruh negara sepanjang tahun ini hingga 31 Oktober lalu. Pegawai Penyiasat (Pelaburan Bersindiket atau Lain-lain Jnyh) Jabatan Siasatan Jenyah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Sa’adon Sabirin berkata, trend penipuan e-dagang dilaporkan terus meningkat jika dibandingkan pada 2018 dengan 3,318 kes membabitkan kerugian berjumlah RM22.39 juta.

“Keadaan bertambah teruk pada 2020 apabila pandemik Cvid-19 melanda yang mana 5,848 kes penipuan e-dagang dilaporkan apabila lebih ramai orang membeli dalam talian. “Statistik ini adalah melibatkan mereka yang ditipu dan membuat laporan namun saya percaya masih ada tidak membuat laporan polis,” katanya pada sesi webinar Penipu4n e-dagang: Barang Hilang, Duit Melayang anjuran Bank Negara Malaysia (BNM), malam kelmarin.

Mohd Sa’adon berkata, jumlah keseluruhan kerugian dicatatkan bagi penipuan e-dagang untuk tempoh 2018 hingga Oktober lalu adalah bernilai RM149 juta. Beliau berkata, rakyat Malaysia terdedah kepada penpuan e-dagang berikutan peningkatan trend pembelian dalam talian secara tidak langsung boleh menjadi penipuan jika tidak berhati-hati ketika membuat urusan jual beli.

Pada masa sama, beliau meminta agar mereka penipuan e-dagang untuk membuat laporan polis bagi membolehkan maklumat dan data berkaitan scmmr dikumpul untuk tindakan selanjutnya. Katanya, maklumat antaranya nombor telefon dan akaun bank yang diterima daripada laporan penpn akan dikemaskini dalam aplikasi Semak Mule bagi membolehkan orang ramai menyemak maklumat penjual sebelum membuat sesuatu urus niaga.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pulau Pinang Sazuree Shuib menasihatkan peniaga e-dagang agar mendaftarkan perniagaan mereka di bawah SSM BizTrust iaitu platform dibangunkan untuk melindungi pengguna dan mengekang aktiviti penipuan oleh peniaga yang menawarkan produk atau perkhidmatan secara dalam talian.

Menurutnya, sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 625,000 perniagaan didaftarkan di bawah SSM BizTrust, namun hanya 43,000 perniagaan masih aktif. “SSM masih memberi promosi percuma untuk pendaftaran BizTrust sehingga 31 Disember ini bagi peniaga yang menjalankan perniagaan dalam talian. “Jadi, pembeli boleh menyemak, yang mana SSM BizTrust berfungsi sebagai simbol bahawa perniagaan anda memenuhi dasar ditetapkan,” katanya. Sumber : https://printlyrics.net

[VIDEO] “Panggil Kak Ja saja” – Heliza Helmi masih tak biasa bawa gelaran Datin Seri, murah rezeki selepas berkahwin. Selepas bergelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, pelakon dan pengacara Nur Heliza Helmi mengakui sedang membiasakan diri dengan gelaran panggilan Datin Seri. Heliza, 36, bagaimanapun memberitahu dia lebih selesa jika orang ramai menyapanya dengan panggilan Kak Ja kerana ia membuatkan dia lebih dekat dengan peminat dan masyarakat. “Panggil Kak Ja saja. Saya masih sama. Itulah saya dari dulu. Kalau ada yang panggil Datin Seri, kita raikan tapi lepas tu saya cakap saya okay dan lebih selesa dipanggil Kak Ja. Kita kadang-kadang buat buat program motivasi dengan pelajar, jadi panggilan Kak Ja itu membuatkan kami lebih rapat dan mesra, nampak macam kakak dan adik. Untuk majlis formal atau rasmi kita ikutlah tapi untuk panggilan boleh sahaja Heliza atau Kak Ja,” katanya.

Heliza seronok melayari alam perkahwinan.

Heliza ditemui semasa pelancaran filem Road To Heaven yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa. Heliza dan Mahadi disatukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu. Bila dah kahwin ni rezeki memang tak jangka, nikmat Allah sangat dahsyat, kita pula rasa cuak sebab terkejut dengan apa yang Allah bagi Selepas 40 hari mendirikan rumah tangga, pelakon filem Syurga Cinta ini berkata masih banyak lagi perkara baharu mengenai alam perkahwinan yang perlu dipelajari. “Sejujurnya banyak lagi kena belajar, iyalah benda baharu mesti ada yang kita tak biasa lagi, jadi saya sedang menyesuaikan diri… kiranya macam budak tadika yang baharu nak masuk sekolah. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Soal kerjaya tak mengganggu kerana sebelum ini pun dia tahu jadual saya agak padat tapi apa-apa pun kita akan berbincang dan dapatkan kata sepakat dahulu. Ya betul bila dah kahwin ni rezeki memang tak jangka, nikmat Allah sangat dahsyat, kita pula rasa cuak sebab terkejut dengan apa yang Allah bagi… tak sangka, bersyukur sangat,” ujarnya. Bercakap mengenai Road To Heaven, filem terbitan AIMC ini mengisahkan mengenai dua beradik yang aktif menyertai misi bantuan kemanusiaan dan akan menjalani penggambaran di Palestin. Selain Heliza, filem arahan Nizam Zakaria ini turut dibintangi oleh adiknya iaitu Hazwani Helmi dan Josiah Lim. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.