Tampil beri amaran pada dalang penyebaran video tak berbaju gadis ni, Sekali Caprice nekad dan ini yang dia buat

Viral

Selebriti terkenal Caprice kini gunakan laman media sosialnya Instagram untuk tampil beri amaran buat seseorang lelaki yang dikatakan tampil sebarkan rakaman bekas kekasihnya dengan tidak mengenakan sebarang pakaian di laman sosial. Lebih terkejut lagi, gadis tersebut merupakan seorang remaja yang baru sahaja berusia 13 tahun. Menerusi rakaman yang ditularkan di Instagram, Caprice dikatakan gusar dengan perkara yang tular dan siap tampil beri amaran buat sesiapa sahaja yang terlibat untuk memadam segala rakaman yang berkaitan.

“Ramai yang DM saya untuk bercakap pasal ni, dan minta tolong saya. Seorang budak atau ex-boyfriend pergi sebar dan jual video bog3l ex-girlfriend dia yang berumur 13 tahun. Saya ulang 13 tahun. Lebih t3ruk, orang ramai DM akaun berkenaan dan minta video yang dimaksudkan. Sebagai sorang ayah, ini adalah am4ran pertama dan terakhir. Saya akan kerjasama dengan pihak polis, MCMC dan geng-geng h4cker. Sesiapa yang terlibat, yang sebar video, yang minta, saya akan cari korang sampai dapat. Sampai masuk dalam,” katanya. Caprice dedah, perbuatan kongsi rakaman kanak-kanak bawah umur tersebut adalah merupakan salah satu kesalahan jnyh. “Ugvt dan sebar video bawah umur merupakan satu jen4yah. Korang ada enam jam untuk del3te semua video. Berita-berita macam ni menyebabkan saya tidak memberikan anak saya telefon pintar. Kalau dia nak belajar, kita beli buku. Kalau dia nak main, kita beli mainan. Senang,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, ramai yang tampil berikan respon positif pada tindakan Caprice yang berani tampil beri amaran buat individu terbabit. Seorang warganet pula turut mengkritik mereka yang tidak mempunya rasa empati kerana menyal4hkan mgsa kerana berkongsi video sedemikian rupa. “Thank you Cap. Kesian adik tu. Jahat betul la orang yang sebarkan. Semoga dapat tangkap orangnya. Kepada yang takda empati kata kenapa bagi. Senang je kau nilai. Dia muda lagi mana kau tahu kalau dia tak kena grooming atau apa. Hanya kerana benda tak jadi dekat keluarga sendiri senang-senang je kau cakap kan. Ingat kifarah ada ya,” ujarnya. Sumber, Instagram capricedaddycap

Caprice Berang Dan Anggap Peningkatan Kes CvdI9 Sama Macam Tahun Lalu. Sekali Ini Penjelasan Caprice Yang Buat Dia Perasan Sesuatu. Penyanyi rap sensasi Caprice atau kini mahu dikenali sebagai Daddycap berpendapat trend peningkatan jangkitan baharu harian CvdI9 ketika ini sama seperti keadaan yang berlaku pada tahun lalu. Ujar Daddycap atau nama sebenarnya Ariz Ramli, situasi peningkatan kes baharu CvdI9 pada tahun lalu juga berlaku ketika umat Islam sedang menghitung hari untuk menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. “Kes jangkitan CvdI9 semakin meningkat. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes jangkitan harian boleh mencecah sebanyak 22,000 kes menjelang bulan Mac depan. Saya tidak tahu nak cakap apa. Cuma tiap-tiap tahun sebelum puasa dan raya, skripnya berbunyi sama, watak yang sama dan mgsaaa yang sama. Cuma yang berbeza tahun sahaja,” katanya.

Ujarnya lagi, tahun lalu juga menunjukkan trend apabila kerajaan galak memujuk masyarakat untuk mendapatkan suntikan vksin, sama seperti situasi pada tahun ini apabila rakyat disaran pula untuk mendapatkan suntikan dos penggalak (booster) “Tahun lepas kita promosi vaksin, tahun ini kita promosi ‘booster’ pula,” jelasnya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Tiger of Al Quds itu sempat menyeru masyarakat supaya kembali kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah serta doa. “Apabila benda yang kita tidak boleh nampak (CvdI9), boleh buatkan hidup jadi huru-hara, maksudnya kita kena lagi rajin cari semula sesuatu yang kita tidak nampak juga (Allah SWT), tapi mampu buat kita tenang. Perbanyakkan doa dan ibadah,” katanya.

Beberapa buah negara di seluruh dunia mula merekodkan peningkatan kes jangkitan harian CvdI9 termasuk Malaysia. Di Korea Selatan, kes harian CvdI9 dilaporkan melebihi 30,000 buat kali pertama dan mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu lebih 36,000 kes pada hari Sabtu lalu berikutan penyebaran varian Omicron selepas musim cuti. Tidak ketinggalan juga Malaysia, apabila mencatatkan kes melebihi 7,000 pada 5 Februari lalu selepas empat bulan kes berada bawah angka 7,000. Hari ini (Isnin), kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan peningkatan ketara dengan angka mencecah 11,034 kes jangkitan. Sumber, K! ONLINE

Dikatakan Seorang Ibu Tunggal Anak Satu. Rupanya Ini Perkerjaan Sebenar Suri Hati Caprice. Biarpun perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup tanpa hebahan rasmi, namun tiada lagi rahsia apabila wanita yang menjadi suri hati penyanyi hip-hop, Caprice hari ini merupakan seorang ibu tunggal anak satu berusia 26 tahun. Asal Kelantan, Seorang Usahawan.

Wanita berkenaan, Farra Inalis Hussni atau lebih selesa membahasakan dirinya, Elis itu berasal dari Kota Bharu, Kelantan namun menetap di ibu negara. Elis yang juga usahawan dan mempunyai ramai pengikut di laman sosial mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang berusia sekitar tujuh tahun. Menerusi Instagram, Elis sebelum ini pernah membuat pendedahan sudah enam tahun bergelar ibu tunggal.

Terdahulu, gambar Caprice menyarung cincin ke jari manis pengantin perempuan dikongsi beberapa rakan terdekat menerusi Instagram Story, petang tadi. Usaha mendapatkan Caprice untuk mendapatkan maklumat lanjut belum berhasil. Pengurusnya Aiman Munier ketika dihubungi meminta pihak media mendapatkan sendiri kesahihan berita tersebut daripada tuan punya badan (Caprice). Bagaimanapun, Aiman yang kini berada di Langkawi mengakui dikhabarkan mengenai hajat Caprice tiga hari lalu.

“Apa yang saya tahu, sepatutnya pernikahan dilangsungkan di sebuah masjid di Kuala Lumpur, tetapi berdasarkan gambar itu lokasi mungkin ditukar pada saat akhir. Saya sendiri dapat gambar mereka (nikah) daripada Azira Shafinaz, bukan Caprice, sebelum berkongsi di Instagram saya. Apa yang boleh saya maklumkan, saya pernah bertemu Elis dan dari situ yakin dia mampu menjadi isteri yang baik serta dapat menjaga Caprice dengan sempurna. Soal pernikahan mereka, biarlah Caprice sendiri jawab. Setahu saya mereka tidak bertunang, mungkin hantar tanda dalam majlis merisik sebelum ini,” katanya. Ditanya sama ada pasangan terbabit sudah lama berkenalan, kata Aiman hubungan mereka tidak terlalu lama atau baharu.

“Saya cuma boleh katakan mereka kenal tak lama, tak terlalu baharu. Tapi mereka memang serasi,” jawabnya yang turut menyatakan tidak berpeluang bertemu penyanyi itu lagi sejak dia pulang dari Jordan. Difahamkan, Caprice dan Elis hanya mengambil masa tidak sampai setahun untuk mengenali hati budi sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Sumber, K! ONLINE.

Iqbal Baru Tawar Bajet RM500K Untuk Buat Lagu. Tiba Tiba Dapat Respon Macam Ini Dari Caprice. Usahawan dan bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Iqbal Zulkefli terus mencetuskan kontroversi apabila menawarkan RM500,000 kepada mana-mana pihak yang boleh menghasilkan lagu untuknya. Menurut Iqbal, bajet itu disifatkan rendah kerana merangkumi kos video muzik. Katanya, dia harus berjimat ketika keadaan ekonomi yang tidak boleh dijangka.

“Saya mencari sesiapa boleh buat lagu dengan segera dengan kos rendah iaitu bajet RM500,000 sahaja.”Kenapa ramai pertikai saya mahu keluarkan bajet RM500,000? Nilai ini bukan untuk lagu sahaja, ia termasuk kos video muzik. Ada yang tawarkan RM600,000. Jadi saya rendahkan sedikit kerana ekonomi sekarang kita tidak boleh jangka. Saya terpaksa jimat cermat,” coretnya di Instagram Story.

Dalam pada itu, Iqbal tidak mahu disamakan dengan pengasas produk lain yang pernah menghasilkan lagu sebelum ini kerana dia mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian. “Satu perkara lagi, jangan samakan saya dengan founder lain; asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah juara nasyid Negeri Kelantan, juga naib juara peringkat Malaysia di radio.”Ibu saya penulis lirik album nasyid juara Kebangsaan,” tulisnya dalam perkongsian berlainan.

Sementara itu, rapper dan usahawan Caprice memberi respon kepada tawaran Iqbal menerusi Instagram Story miliknya. Kata Caprice, dia boleh hasilkan lagu serta video muzik atas pasir dengan kereta Range Rover.”@ahmadiqbalzulkefli kita boleh buat sekali dengan muzik video bro atas pasir range rover Insya-Allah sek sek kito,” tulisnya.Justeru, Iqbal meminta pendapat orang ramai sama ada Caprice boleh dipilih untuk menghasilkan lagu buatnya.

“Saya perlu minta pendapat semua, okay tak jika saya minta @capriceofficial buatkan lagu untuk saya? Saya perlukan pendapat orang ramai kerana saya bukan orang industri muzik dan saya tidak mahu dicop merosakkan industri muzik,” coretnya. Terdahulu, Iqbal terpalit dengan kontroversi ‘kahwin tak kahwin’ dengan DSV yang turut membabitkan nama dua jutawan kosmetik itu, Cik B & Kacak. Sumber:Gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.