Ramai yang rasa teruja, Azira Shafinaz tampil kongsi hubungan terkini dengan Sharnaaz Ahmad

Viral

Sejak aktor Sharnaaz Ahmad berpisah dan duda ‘terhangat Malaya’, ada sahaja usik-usik belakang tabir yang cuba mendekatkan bekas suami Noor Nabila, itu dengan beberapa artis wanita tempatan. Bagaimanapun, nama yang melekat di minda kebanyakan peminat dan pengikutnya adalah pelakon cantik yang juga anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz. Usikan itu tidak cuma berlaku di kalangan warganet sahaja dek ada yang dapat menghidu bauan kemesraan kedua-dua selebriti popular ini.

Hal itu juga turut menjadi bahan usikan sesama rakan artis yang mengenali Sharnaaz dan Azira, sekali gus menguatkan lagi tekaan ramai bahawa kedua-dua mereka kini sedang dalam fasa bercinta. Namun, dalam satu kenyataan, Sharnaaz pernah memberitahu bahawa dia sememangnya sedang berkawan rapat dengan Azira namun belum mendedahkan sejauh mana hubungan itu sedang berlangsung. Lalu, bagaimana pula dengan Azira? Berikut adalah temubual bersama penyanyi ini. Dalam satu temu bual dengan Sharnaaz baru-baru ini, dia mengaku pada rakan media bahawa kini sedang berteman rapat dengan Azira. Katanya juga sudah berjumpa dengan keluarga awak, betulkah?

Dia cakap dah jumpa keluarga? Aduhai…Macam mana saya nak cakap ya? Iyalah, saya mengaku kami berdua memang berkawan. Maksud saya, tak salah bukan kalau kita berkawan? Tetapi, tak semestinya dalam berkawan itu maka ia adalah hubungan yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘ada sesuatu’. Bagi saya doakan sajalah yang terbaik. Tetapi, bukan sahaja warganet, rakan-rakan terdekat juga jelas memberikan usikan-usikan buat awak berdua, membuatkan ramai yang percaya memang Azira dan Sharnaaz sedang bercinta. Bagaimana pula itu? Saya hormati telahan dan pandangan masing-masing. Tapi jangan mudah juga terus berkata iya. Saya akui, memang berkawan baik dengan dia kebelakangan ini. Cuma, untuk saya berkata berlebih-lebihan itu tidaklah. Rasanya tak manis juga untuk saya bercakap panjang akan hal ini. Cukuplah orang tahu saya dengan dia kawan baik dan rapat.

Kalaulah memang ditakdirkan Azira berkahwin dengan Sharnaaz, apa yang boleh Azira katakan?
Hal jodoh, rezeki dan ajal maut ini, semua orang tahu, ia adalah urusan Tuhan. Dia yang Maha Mengetahui. Saya hanya manusia biasa dan tidak tahu apa takdir saya di kemudian hari. Jodoh dengan sesiapa pun, saya tak akan tahu sebab itu adalah ketentuan-Nya. Secara peribadi, adakah Azira sendiri sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang? Macam mana nak cakap ya, tentang komitmen bagi saya, kita sebagai manusia ini tidak akan tahu bilakah masanya untuk kita rasa bersedia atau tidak. Bagi saya, kalau ada, saya terima. Maksudnya, kalau ada, adalah.Saya pun terbuka. Cuma, tak adalah sampai kirnak akhiri kehidupan sebagai seorang wanita bujang itu sekarang. Tapi, kalau betul jodoh itu sudah sampai, maka siapalah saya untuk menghalang bukan?

Tapi ramai yang dah mula bercakap bau nasi minyak awak dengan Sharnaaz ini macam dah dekat-dekat. Macam mana pula itu? Saya tak boleh cakap…. Sekali lagi saya tekankan. Soal jodoh itu di tangan Allah SWT. Kalau saya cakap ini, kedengarannya agak klise. Tapi memang betul, saya nak fokus pada diri sendiri dahulu dan kerjaya. Banyak lagi perkara dalam hidup yang belum saya capai. Ada lagi impian yang belum dikecapi. Azira sebelum ini juga pernah ada kekasih yang bertahun-tahun lamanya bercinta, namun tidak pula mengumumkan status sama ada sudah single atau tidak selepas ura-ura sudah putus sebelum ini. Komen? Apa yang boleh saya katakan, mungkin persahabatan saya dengan si dia yang lalu itu cuma setakat itu sahaja. Sebab itulah saya cakap, sekarang nak fokus pada diri sendiri dulu dan kerjaya. Adakah bila Azira rasa dah capai semua impian kerjaya itu kemudian barunak fikir soal kahwin? Terus-terang, kalau dah sampai jodoh itu saya okey saja. Tak ada nak katakan tak nak atau apa. Kalau ada, ada. Saya ini dah sampai tahap begini dah nak cakap pasal kahwin. Logiknya, saya sudah meningkat usia, tentulah saya pun ada terfikir nak kahwin. Tahun ini umur saya dah masuk ke angka 31 tau. Sumber, Utusan

Azira Tampil Dedah Ada Sesuatu Yang Terjadi Pada Dirinya Sampai Minta Maaf Pada Semua. Sekali Ini Komen Sharnaaz Sampai Tarik Perhatian Ramai. Perkara yang paling ditakuti penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz iaitu menjadi mgsa Cvdl9 akhirnya berlaku apabila dia disahkan p0sitif. Menerusi hantaran dalam Instagramnya, Azira, 31, memaklumkan bahawa dia dijangklti wbak berkenaan selepas ujian PCR yang dilakukannya buat kali kedua menunjukkan keputusan p0sitif.

“Mimpi terbvruk saya akhirnya jadi nyata hari ini. Dengan berat hati, saya ingin maklumkan bahawa saya disahkan positif Cvdl9. Saya minta maaf kepada semua yang berkontak rapat dengan saya, sila lakukan ujian dengan segera. Maafkan saya kerana telah menyvsahkan. Insya-Allah saya akan segera baik dan doakan kesembuhan saya,” tulisnya. Disebabkan positif, Azira terpksa menunda kerja-kerja seni seperti penggambaran untuk menjalani kuarantin. Malah katanya, varianOmlcr0n bkan main-main kerana ketika pertama kali melakukan ujian PCR, hasil keputusan adalah negatlf.

“0mlcron bkan main-main. Semalam ujian PCR saya negatlf. Hari ini tiba-tiba ujian PCR kali kedua saya positif. Saya harap kalian jaga diri dan kekal selamat pada musim sekarang. Minum banyak air kosong dan ambil suntikan penggalak. Tolong jaga diri,” pesannya. Beberapa minggu lalu, beberapa selebriti menjadi mgsa Cvdl9 antaranya Ariff Bahran dan Afdlin Shauki. Jika Dilihat Diruang koman ramai rakan artis turut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Azira. Namum yang mendapat perhatian Komen dari Shaarnaz Ahmad Dengan ucapan “Semoga cepat sembuh saya tahu kamu wanita yang kuat”.

Melihat komen shaarnaz mendapat 300 tanda suka dari peminat. Sebelum ini Azira dan Shaarnaz dikatakan sedang bercinta tapi hingga saat ini masih belum disah kan oleh Shaarnaz dan Azira. Semoga kita doakan Azira dipermudahkan urusan dan kembali sembuh sediakala. Sumber : Rose Merah

Teruk Dikritik Oleh Syada Amzah. Sekali Ini Luahan Dari Sharnaaz Ahmad Sama Ada Dia Marah Atau Tidak. Tak Sangka Sampai Macam Ni Respon Sharnaaz Ahmad. Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai status luahan adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah seolah merujuk kepada pelakon Sharnaaz Ahmad. Memetik laporan Kosmo!, Sharnaaz berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut serta tidak mahu bersifat negatif.

“Hanya benda-benda positif dalam hidup saya. Yang negatif minta dalam test kit (ujian kendiri) Covid-19 sahaja. “Saya tak berminat nak komen panjang. Saya sekarang ada kehidupan yang indah bersama yang tersayang, Jebat Jayden,” katanya. Ditanya sama ada dirinya marah dengan isu yang tercetus, Sharnaaz berkata dirinya gembira sahaja dan mengakui sudah lama tidak marah-marah. Tak marah aih. Gembira sahaja. Dah lama tak marah-marah ni. Kena marah ada lah dengan Jebat,” katanya. Terdahulu, Sharnaaz berkata dia tidak mampu menghalang peminat untuk mendoakan tentang jodohnya namun dia percaya semua itu di tangan Allah.

Kembali pada Shila Amzah, Sharnaaz tak tolak takdir Tuhan. Gara-gara terbuka memberi sokongan kepada Shila Amzah, 31, yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) tempoh hari, pelakon popular, Sharnaaz Ahmad,36, sedar, ramai yang mengusik manja andai wujud kemungkinan dia akan kembali bercinta dengan penyanyi tersebut. Kata Sharnaaz, sebagai manusia biasa, dia tidak mampu menghalang peminat dan pengikut untuk mendoakan hal yang baik pada dirinya namun percaya, di akhirnya urusan rezeki, jodoh dan ajl itu berada di tangan Allah SWT.

“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu. “Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan.Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’(terbuka) kepada sesiapa sahaja. Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” katanya semasa ditemui di restoran Cili Kampung, di sini, semalam. Selain itu, ditanya mengenai kesediaannya untuk berbaik semula dengan keluarga Shila seperti suatu ketika dahulu, Sharnaaz ada jawapan sendiri. Tak tahulah. Kalau nak berdendam pun dah tua sangat dah kot,”katanya. Selain itu, pelakon ini juga mengaku, selepas Shila berpisah dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias sekitar awal Februari lalu, mereka ada berhubungan menerusi telefon dan Sharnaaz banyak memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut.

“Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh. “Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga. Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunuh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,”katanya. Dalam pada itu, Sharnaaz juga mengaku memberikan kata-kata semangat buat penyanyi itu sewaktu dia membuat persembahan di AJL36.

“Tapi bukan dia seorang sajalah, rata-rata yang bertanding pada malam itu pun adalah kawan saya juga. Saya doakan kejayaan buat mereka semua. Sebenarnya, kalau nak tahu, genre muzik yang dibawakan oleh Shila di AJL36 itu adalah genre sebenar yang dia paling suka. Sejak kami bercinta dulu, saya tahu, memang itulah dia. Shila cukup suka genre muzik seperti kumpulan Evanescence. Tapi biasalah, dulu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal dia, jadi tak diberikan peluang itu. “Tapi, tempoh hari, dia dapat peluang itu. Dia menyanyi dengan baik sebab benar-benar menjiwai. Akhirnya, kejayaan milik dia,”katanya. SUMBER KOSMO!

Leave a Reply

Your email address will not be published.