Akhirnya tercapai, Aeril Zafrel hadiahkan isteri sesuatu sampai cecah nilai jutaan ringgit

Viral

Pelakon Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal tidak menyangka impian mereka untuk mempunyai ibu pejabat atau wisma baharu syarikat Wawa Cosmetic akhirnya tercapai. Paling mengagumkan, wisma Wawa Cosmetic yang terletak di Bandar Baru Bangi itu dianggarkan bernilai RM5.2 juta. Tambah manis, Aeril sendiri mengakui ibu pejabat itu merupakah ‘hadiah’ istimewa buat Wawa. “Bangunan ini sendiri berharga RM3.2 juta kos renovation pula RM2 juta. Kos keseluruhan bernilai RM5.2 juta. Jadi RM5.2 juta harga nilai cinta saya pada Wawa,” ujar Aeril secara berseloroh. Sementara itu, menurut Wawa, ibu pejabat itu menjadi ‘saksi’ hasil titik peluh mereka yang selama ini bertungkus lumus dalam memastikan perniagaan terus maju dan berkembang.

“Tak sangka akhirnya kami berjaya dapatkan HQ ini walaupun banyak dugaan dan rintangan dulu. Masa mula-mula berniaga, orang ketawa, hina, anggap kami akan berpisah. Awal-awal dulu kan, masa kami nak kahwin ada orang cakap kami akan hidup sesusah. Akhirnya kami buktikan boleh berjaya. Kata-kata itu buat Wawa dan Aeril kuat. Wawa sangat berjaya dengan kejayaan ini dan tak percaya. Now pun sudah ada yayasan dan boleh buat Masjid pula lepas ni,” katanya. Wawa dan Aeril berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Wawa Fantasy Dream dan perasmian ibu pejabat baharu, semalam. Difahamkan, sebanyak 80,000 unit produk akan dikeluarkan dengan membabitkan 50,000 unit untuk ‘batch’ pertama. Sumber: Mstar

Pernah Dituduh Kahwin Lepas Ada Anak. Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Sedih Bila Ada Orang Yang Sanggup Cakap Macam Ni. Setiap kali mengimbau ketika awal perkhwinan, aktres dan usahawan Wawa Zainal mengakui berdepan situasi sukar terutama apabila dikatakan memiliki anak Iuar nikah. Menerusi laporan Harian Metro, pendedahan tersebut dikongsi menerusi rancangan dikendalikan Datuk Aznil Nawawi iaitu Hard to Heart yang disiarkan. “Orang tahu kami sudah berkhwin selepas mempunyai seorang anak, kami rhsiakan perkahwinan kami ketika itu. “Macam-macam tuduhan, ada yang cakap kami berkhwin slepas ada anak. Ada juga yang kata, anak yang saya Iahirkan itu anak luar nikah dan sebagainya.“Apabila fikir balik perkara itu, saya jadi sedih. Ibu bapa mana yang tak sedih, apabila anaknya ditudh macam-macam,” katanya.

Bagi suaminya Aeril Zafrel, dia mengakui kontroversi ‘kahwin senyap’ ketika itu berpunca daripada kesiIapan sendiri sehingga terpksa mempertahankan maruah selepas pendedahan tergempar tersebut. “Ketika itu, kami berdua masih baru dalam kerjaya lakonan. Wawa pula terikat dengan kontrak syarikat yang tidak membenarkan artis bercinta sesama sendiri. “Kita hormatlah, memang itu salah kami kerana tk patuh syarat kontrak. Tapi, naluri manusia. Walaupun cakap tak boleh bercinta, tapi perasaan itu membara,” ujarnya. Bagaimanapun, aktor berusia 33 tahun itu mengakui kesilapannya kerana menyembunyikan hubungan haIal mereka disebabkan kontrak syarikat.

Malah tambah Wawa, kontroversi tercetus turut menyebabkan rumah tangga yang dibina hampir berakhir dengan perpisahan. “Ada sampai satu tahap, saya cakap tak nak teruskan hubungan ini. Tapi Aeril yang pujuk, katanya kita tak boleh mengalah nanti orang akan ketawakan kita. “Kami tahu ada yang cakap kami bakal hidup susah, kami yang akan datang balik mereau, termasuk mengemis kerja,” tambahnya. Difahamkan, pernikahan pertama mereka pada 25 Februari 2012 secara rahsia manakala pernikahan kedua pula pada 4 Februari 2013 dengan berlandaskan syariat dan undang-undang Malaysia. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya. Sumber : www.dnq.pw

Wawa Zainal buang implan cegah hamil gara-gara dua bulan haid tak henti, sedia timang anak kelima “Saya pasang implan memang sebagai perancang untuk jarakkan tempoh kehamilan. Bagaimanapun disebabkan kitaran haid yang tidak terkawal saya rasa lebih baik buang sahaja. Sudah dua bulan period saya tak berhenti. Tambahan pula kita nak menyambut Ramadan tidak lama lagi, jadi kalau terus pasang alat ini saya tidak tahu sama ada dalam keadaan suci atau tidak untuk berpuasa. Kalau ikut nasihat doktor, perlu tunggu selama tiga bulan, tetapi saya dah tak tahan. Jadi buka sahaja alat tersebut,” ujarnya. Dalam pada itu, Wawa yang berkongsi masalah itu dengan pengikut di Instagram turut menerima pelbagai respons berkaitan pemasangan alat pencegah kehamilan itu. “Syukur saya tidak menerima kesan teruk. Ada follower yang DM beritahu mereka mengalami sakit kepala yang teruk selepas pasang implan,” katanya.

Wawa memilih untuk membuat perancangan sendiri dalam soal hamil semula.

Kalau ikut nasihat doktor, perlu tunggu selama tiga bulan, tetapi saya dah tak tahan. Jadi buka sahaja alat tersebut. Sementara itu, Wawa berkata, dia akan membuat perancangan keluarga sendiri dan tidak menolak jika diberikan rezeki anak kelima dalam masa terdekat. “Jadi sekarang ini kami buat perancangan sendiri sahaja untuk jarakkan usia kandungan. Tetapi jika diberi rezeki anak dalam masa terdekat, saya tidak menolak,” ujar Wawa. Isteri kepada pelakon Aeril Zafril ini baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama JIbril Ibtisam pada 30 November lalu. Wawa dan Aeril berkahwin pada tahun 2013 dan selain Jibril mereka mempunya tiga orang anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2. Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Wawa memberitahu dia kini sedang sibuk dengan jadual penggambaran dan promosi produk tudung dan kosmetik menjelang Aidilfitri. Sumber, Mstar

“Lain macam sakit dia” – Wawa Zainal selamat bersalin anak keempat. Wawa dan Aeril timang anak keempat. Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel selamat menimang cahaya mata keempat pada pagi Selasa. Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 30, berkata kelahiran kali ini benar-benar mencabar dan lebih menyakitkan berbanding tiga anak yang lain. “Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi… pukul 2 pagi menahan sakit tak sampai hati nak kejut Aeril. Tunggu la sampai pukul 5 pagi, sampai-sampai hospital dah sembilan sentimeter (bukaan). Lain macam sakit dia walaupun anak keempat dah,. Nama belum ada, ada cadangan ke?” katanya menerusi laman Instagram.

Aeril bersyukur isteri selamat lahirkan anak keempat.

Dalam perkongsian itu bagaimanapun Wawa tidak menyatakan jantina bayi mereka. Sementara itu suaminya Aeril pula mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kelahiran anaknya itu. Assalamualaikum anakku… terima kasih semua atas doa-doanya! “Assalamualaikum anakku… terima kasih semua atas doa-doanya,” tulisnya. mStar sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelahiran anak pasangan selebriti terkenal ini. Sebelum itu, Aeril memberitahu isterinya mengalami kontraksi hendak bersalin dan kelahiran itu awal seminggu daripada jangkaan. “Pagi ini tiba-tiba bayi nak keluar (bersalin). Awal seminggu dari tarikh yang diberikan (tarikh jangkaan bersalin). Doakan semuanya selamat,” katanya.

Wawa lahirkan anak lebih awal dari jangkaan.

Dalam muat naiknya itu, Aeril berkongsi gambar menunjukkan Wawa terbaring di atas katil hospital dalam keadaan seperti sedang menahan kesakitan. Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.