Abang Viva umum sesuatu pada live buat ramai kecewa, Sekali ada yang tampil dedahkan nama gadis tersebut

Viral

Nama abang Viva bukanlah bukanlah satu nama asing lagi di Malaysia ni. Ataupun nama sebenarnya Azwan Omar,30, tampil mendedahkan rupanya telahpun mempunyai calon isteri melalui sesi Facebook dan juga Tiktok live yang dibuat olehnya malam tadi. Abang Viva juga yang turut dikenali sebagai ‘Wira Banjir’ negara telahpun akui perkara tersebut setelah ditanya soalan yang sama banyak kali daripada pengikut wanita yang ditanyakan bila dia akan mula menamatkan zaman bujang. “Alamak bila nak kawen ek, InsyaAllah calon dah ada tapi belum dibuat betul-betul, diconfirmkan lagi. Calon dah ada tengah dalam proses ujian lagi,” katanya. Dalam sesi live tersebut yang dibuat dalam jam 8.50 malam, Azwan juga terkedu setelah salah seorang pengikutnya menyebut nama Emelda.

“Salam.. tak join Emelda ke malam ni gi makan,” tulis Aida Khalid. Azwan bagaimanapun membalas secara bergurau “Aik.. Aida Khalid, jangan buat kantoi,” katanya. Beberapa pengikut wanita kemudian dilihat tinggalkan komen berbaur kecewa dengan cuba mendapatkan kepastian sama ada jejaka kelahiran Melaka itu telahpun mempunyai kekasih hati atau sebaliknya. “Betul ke abang viva dah ada awek?,” tulis salah seorang daripadanya. “La kawen dah haha,” ujar Nurul Dini pula. “Bang kasi alamat penuh bang. Nak gi jumpe mak abang ni,” tambah Ieda Stellaszils. Dalam pada itu terdapat juga pengikut yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin. “Wah! dah ada calon, tahniah semoga berkekalan hingga ke jannah. Makan nasi minyak jangan lupa jemput yer,” kata Mimi Fazilah Hamzah. Sumber, KL Menjerit

Baru Je Sampai Terengganu Untuk Misi Bantuan Banjir. Terkejut Ini Pulak Yang Jadi Dekat Abang Viva Buat Ramai Yang Tak Sangka. Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan Abang Viva zwan Omar, dipercayai sudah memulakan usahanya secara peribadi membantu mereka yang terlibat dengan banjir di Terengganu. Satu tangkap layar yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Farah Rusdi, kira-kira enam jam yang lalu, menunjukkan perbualan Azwan, 30, dengan seorang pengguna media sosial, di mana sukarelawan itu memberitahu beliau sedang membuat persiapan untuk ke Pantai Timur. “Sudah baca, terima kasih atas maklumat mengenai banjir di Terengganu. Saya pun tengah bersiap untuk ke sana,” katanya. Pengguna media sosial itu kemudian membalas dengan ucapan terima kasih dan mendoakan keselamatan perjalanan Azwan bagi membantu mereka yang terlibat dengan banjir di negeri itu. “Sekarang Kampung Lubuk Pait di Kuala Berang, Terengganu, masih ramai terperangkap atas bumbung rumah. Mereka perlukan bot besar,” katanya. Sementara itu, Azwan menerusi perkongsian di Facebook miliknya kira-kira jam 7 malam, hanya memuat naik status ringkas tanpa sebarang gambar dengan menulis bismillah sekali gus memberi bayangan seolah-olah beliau sudah memulakan pergerakannya membantu mereka yang terlibat dengan banjir. Status dimuat naik sekitar jam 8 malam ini, mendapat hampir 8,000 reaksi reaksi dalam tempoh sejam, dengan ratusan pengguna media sosial mendoakan urusannya membantu banjir dipermudahkan.

Saya Doakan Dia Dapat Hidayah. “Saya doakan agar dia mendapat hidayah Allah,”. Itu reaksi ringkas hero yang selamatkan mereka yang terlibat dengan banjir, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, mengenai tindakan individu yang membuka akaun palsu di Facebook menggunakan gambarnya dipercayai bertujuan memperdaya orang ramai bagi meraih sumbangan sejak semalam. Dia yang baru tiba di Terengganu jam 4.50 pagi tadi mengakui sudah lali dengan kejadian sedemikian termasuk tindakan individu terbabit yang meminta dana ihsan orang ramai walaupun RM1 seorang kononnya bagi membantunya dalam menyelamat mngsaa bnjir di Terengganu. “Jujurnya perkara menyamar begini saya dah macam biasa hadapi sebab dulu pun masa awal-awal saya viral ada juga yang buat akaun palsu sebegini.

“Biarlah itu antara dia dengan Tuhan dan saya doakan dia mendapat hidayah Allah. Tidak ada kesan pun pada saya,” katanya dihubungi hari ini. Azwan berkata, dia tidak mahu perkara sedemikian mengganggu fokus untuk membantu mereka yang terlibat dengan banjir yang lebih utama dan penting untuk dibantu berbanding memikirkan kesan pada dirinya. Malah katanya, dia juga tidak bercadang membuat laporan polis kerana yakin masyarakat hari ini lebih bijak menilai ketulenan sesuatu akaun sebelum memberikan sumbangan. “Benda-benda menyamar macam ini tak ke mana pun. Biarlah tak lama lagi dia berhentilah tu,” katanya enggan memanjangkan perkara itu.

Terdahulu, kewujudan akaun Facebook p.alsu itu dikesan berlegar di media sosial sejak malam tadi, namun ada dalam kalangan warganet yang dapat menghidu penpuan akaun terbabit. Ini berdasarkan ejaan pada nama Azwan di akaun Facebook berkenaan yang berbeza daripada akaun rasmi Abang Viva yang menggunakan nama Azwan Omar. Kredit, MG

Hujan Lebat Berterusan Sampaikan Pantai Timur Di Landa Banjir. Terkejut Sekali Ini Tindakan Abang Viva Buat Ramai Yang Tak Sangka. Hujan lebat berterusan di negeri di Pantai Timur sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Kelantan kembali dilanda banjir. Di Terengganu, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak pagi tadi iaitu tujuh di Kemaman dan satu di Setiu membabitkan 383 orang daripada 114 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan 191 individu daripada 55 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teladas, diikuti Balai Raya Padang Kubu (79 orang, 26 keluarga), Dewan Sivik Air Putih (50 orang, 12 keluarga), Masjid Kampung Dadong (tujuh orang, dua keluarga), Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor (tujuh orang, dua keluarga), SK Air Putih (tujuh orang, dua keluarga) dan Balairaya Padang Kemunting (empat sekeluarga).

“Di Setiu pula, 38 individu daripada 14 keluarga ditempatkan di Balairaya Kampung Hulu Seladang,” menurut kenyataan itu. Di Kelantan, tiga PPS dibuka iaitu dua di Tanah Merah dan satu di Kuala Krai membabitkan 52 orang daripada 17 keluarga setakat 4 petang tadi. Dalam pada itu, Abang Viva yang terkenal dengan semangat membantu mereka yang terlibat dengan banjir di lihat sedang bersiap siaga bersama keretz pacuan 4 roda Triton untuk bergerak ke pantai timur bagi memberikan bantuan kepada mereka yang terlibat dengan banjir di sana.

Banjir Terengganu. Penduduk panjat bumbung rumah selamatkan diri. Situasi banjir di daerah Hulu Terengganu semakin buruk sejak awal pagi Ahad berikutan paras air sungai yang naik mendadak menyebabkan kebanyakan daripada penduduk terkandas dan tidak sempat menyelamatkan diri. Penduduk di kawasan terjejas hanya sempat keluar sehelai sepinggang untuk menyelamatkan diri dengan memanjat bumbung rumah serta menuju ke kawasan lebih tinggi di bukit berhampiran kampung sementara menunggu bantuan tiba. Difahamkan, pasukan penyelamat sedang berusaha menyelamatkan penduduk yang terkandas dan terperangkap kerana paras air dengan arus deras kini naik sehingga menghampiri bumbung rumah. Bagaimanapun, usaha menyelamat kini berdepan cabaran berikutan situasi berbahaya kerana banjir arus deras melanda kawasan tersebut.

Dilaporkan juga bekalan elektrik di kawasan terjejas terputus sejak pagi tadi. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Hulu Terengganu, Kepten Mohd Zabri Abd Razak ketika dihubungi berkata, pihaknya turut bergabung tenaga dengan agensi lain untuk menyelamatkan mereka. Katanya, pasukan penyelamat turut memberi maklum balas terhadap situasi bencana yang disalurkan menerusi semua platform media sosial. Ujarnya, proses mengeluarkan mereka ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Mengkawang masih dilakukan walaupun berdepan kesukaran kerana arus begitu deras. Antara penduduk yang terperangkap memanjat bumbung rumah di Kampung Lubuk Pait, Hulu Terengganu.

Mangsa banjir di Terengganu meningkat, Jangan lnggr pantang ‘edah monsun’ Bantuan banjir kali ini perlu lebih daripada biasa. Pengamal media turut berdepan kesukaran ke kawasan banjir kerana terputus hubungan ke lokasi berkenaan dan masalah pengangkutan. Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 15 buah PPS dibuka di daerah itu dan kini menempatkan 772 mereka yang terlibat dengan banjir yang dijangka semakin bertambah sehingga lewat petang Ahad. Sementara itu, Polis Daerah Hulu Terengganu turut menasihati mangsa banjir agar segera berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini. Antara kawasan paling teruk terjejas ialah sekitar Kampung Sekayu, Kampung Kemat, Kampung Tapah, Felcra Bukit Kepah, Kampung Lubuk Periuk, Kampung Sungai Berua dan beberapa lagi kawasan berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.