Uqasha dikatakan sedang berbadan dua, tak boleh berdiam akhirnya tuan badan tampil bongkaran hal sebenar

artis

Aktres jelita Uqasha Senrose menafikan dirinya yang dikatakan sedang berbadan dua. Tular di platform TikTok apabila Uqasha dan suami Kamal Adli berjalan di sebuah pasar malam sambil pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa dilihat memegang bahagian perutnya sambil berjalan. Tampil menjawab dakwaan itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, memaklumkan dia masih belum hamil. “Masa tu baju yang Qasha pakai besar dan dia macam terbang-terbang, so Qasha pegang kat bahagian perut. Baju tu pulak senteng.

“Benda baik mestilah orang macam happy dan excited, orang pulak ingat Qasha dah ada isi. “Qasha tak nak cakap banyak tapi buat masa sekarang kami berdua masih sibuk dengan kerja. Nak kata merancang pun tak jugak tapi kalau ada rezeki, ada,” jelasnya kepada Gempak. Tambah kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini lagi, berat badannya bertambah selepas berkahwin sehingga membuatkan tubuhnya kelihatan berisi. “Banyak yang tegur Qasha dah berisi. Tapi bukannya isi apa, Qasha memang dah gemuk.

Berat badan pun naik sebab enjoy sangat makan. Kamal pun berat naik. Tapi itu la, kalau dah ramai orang tegur tu, kami kena berpada-padalah,” ujarnya lagi. Sekadar info, Uqasha dan Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 36, mendirikan rumah tangga pada 5 November lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah vila di Janda Baik, Pahang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, gempak

Dikatakan Tidak Sombong. Sekali Ada Sesuatu Yang Uqasha Buat Sampaikan Ramai Yang Rasa Ada Sesuatu. Pasangan pelakon yang begitu disukai ramai, siapa lagi kalau bukan Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Selebriti berkenaan yang dilihat serasi dalam beberapa drama, tidak disangka-sangka benar-benar mendirikan rumah tangga bersama. Pada 5 November lalu, pasangan sama cantik sama padan tersebut sah bergelar suami dan isteri dan membuatkan ramai tumpang bahagia melihatkan Kamal Adli akhirnya disatukan dengan pelakon jelita tersebut.

Tentu sahaja gelagat mereka tidak henti-henti menarik tumpuan umum dan nampaknya perkongsian terbaharu oleh seorang pengguna aplikasi TikTok ini pula mencetuskan mereka tular sekali gus masuk ke ruangan fyp. Mana tidaknya, sempoi sungguh pasangan terbabit apabila ke sebuah pasar dan dipuji kerana sikap mereka yang tidak sombong dengan orang ramai. Namun begitu, apa yang menarik perhatian juga Uqasha Senrose dilihat peminat seperti memegang perutnya sekali gus membuatkan ada yang tinggalkan kata tahniah selepas didkwa hamil. Dalam pada itu, gelagat Kamal Adli disamping Uqasha Senrose itu turut meraih pujian disamping ditinggalkan pelbagai reaksi diruangan komen menerusi perkongsian tersebut.

Tahu La Baru Kahwin Tapi Tak Malu. Video Aksi Mesra Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Teruk Dikritik Oleh Warganet. Rupanya Ini Yang Terjadi. Buat peminat drama tempatan, pasti kisah berjudul Setelah Terlafaznya Akad menjadi antara yang begitu disukai oleh anda apabila selain jalan cerita yang menarik, lakonan antara pelakon, Kamal Adli sebagai Hanan dan Uqasha Senrose pula memegang watak Nawal menyebabkan drama ini mendapat sambutan. Tambahan pula, keserasian Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang berjaya memegang watak masing-masing itu mengundang drama terbabit juga trending di media sosial.

Malah drama Setelah Terlafaznya Akad juga hangat diperkatakan ramai peminat apabila ditayangkan sekitar tahun 2019. Walau bagaimanapun, terbaharu difahamkan bahawa kedua-dua pelakon terbabit bergandingan lagi dalam Setelah Terlafaznya Akad musim kedua. Rasanya makin istimewa drama tersebut, ini kerana di musim pertama mereka digosipkan oleh peminat disebabkan keserasian mereka namun siapa sangka, mereka telah sah bergelar suami dan isteri pada tahun lalu.

Jadi melihatkan pula satu perkongsian yang memaparkan gelagat mereka di set penggambaran Setelah Terlafaznya Akad musim kedua, tentu sahaja peminat begitu gembira dan teruja. https://www.instagram.com/p/CaWrfTtFiQy/. Perkongsian di akaun Instagram bernama KamalxUqashafanclub itu bagaimanapun membuatkan peminat pasangan sama cantik, sama padan itu turut terhibur melihatkan kecomelan mereka yang sempat diusik lalu dirakam. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! https://www.instagram.com/p/CaRQJkTFcE9/

Sumber : HCL

Kamal Adli atau dikenali sebagai Ahmad Kamal bin Ahmad Adli. Dikenali sebagai Kamal Adli. Lahir pada 16 April 1986 di Pekan, Pahang, Malaysia. Berketinggian 178 sentimeter. Anak ketiga daripada tujuh beradik. Kediamannya terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Mempunyai kelulusan dalam jurusan Penyiaran di Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM; Akademi TV3). Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008. Merupakan pelakon, pengacara, model dan pelawak. Bekas juara pertandingan Hero Remaja 2007/2008. Lakonan sulungnya menerusi watak Budi dalam siri drama Renjis musim kedua yang disiarkan di saluran Astro Ria pada 2008. Pernah membintangi filem, antaranya Niyang Rapik, Senjakala, Apa Celop Toqq, Abang Long Fadil, Cerita Hantu Malaysia, Isteri Untuk Dijual dan Blok 404.

Beberapa drama dilakonkannya seperti Mayang Mengurai, Ana Lu’lu, Apa Celop, Bila Hati Perempuan Menjerit, Jodoh Sebelah Pintu, Black Belt Kaler Pink, Duda Pujaan Dara dan Jika Masih Ada Rindu. Juga telefilem Otai Rempit, Kekasihku Is Setan, Lagu Kita, Sayangku Damia, Suamiku Encik Beruang, Ms Oxford Mr Mesir, Jongkong, Suatukala, I Heart You Cik Yah, Haloba, Hantu Don dan banyak lagi. Termasuk teater muzikal Impak Maksima, Gerimis Mengundang dan Asmara Songsang. Bergelar Juara Super Spontan Superstar 2017, Naib Juara Liga Lawak Superstar dan pemegang trofi Pelakon Lelaki Prolifik di Anugerah Telenovela 2017. Pernah bercinta dengan aktres Intan Ladyana selama lebih enam tahun sebelum dilaporkan menjalinkan cinta dengan aktres Emma Maembong. Namun pada 2017, perhubungan itu gagal kerana kehadiran orang ketiga. Mereka bagaimanapun tetap terus berkawan, namun sejauh mana status hubungan itu masih menjadi tanda tanya.

Nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha binti Nik Sen. Dikenali ramai sebagai Uqasha Senrose. Kelahiran Kota Bahru, Kelantan pada 6 Julai 1992. Berusia 27 tahun. Berketinggian 1.66 meter. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur. Anak kepada pasangan Nik Sen (bapa) dan Rosmizai Mohd Noor (ibu). Anak kedua daripada tujuh adik-beradik. Kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose (adik tiri). Ibu saudaranya, Rosnah Mohd Noor juga merupakan pelakon, termasuk aktres Octovia Manrose dan Aprena Manrose yang merupakan sepupu sebelah ibunya.

Pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010. Namanya meledak menerusi drama Tundukkan Playboy Itu, Hero Seorang Cinderella dan Rahsia Hati Perempuan. Antara drama lain dibintanginya seperti Sebenarnya Saya Isteri Dia, Kerana Anisa, Spanar Jaya X dan Setelah Terlafaznya Akad. Termasuk telefilem Arman, Ilham, Pok Ya Cong Codei, Kampung Kuala Lambat, Hantu Don, Saya Jual Ye Bang, Boyfriend Aku Dari Nrka dan banyak lagi.

Pembabitannya di layar perak menerusi filem Lukisan Hati, Paku Pontianak, Bencinta dan Hantu Kak Limah 3. Antara lain, beliau pernah membintangi teater Ombak Rindu membawa peranan sebagai watak Izzah / Suri dalam pementasan yang berlangsung pada tahun 2016. Pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia. Pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Pekin Ibrahim dan Hefny Sahad. Pada 28 Ogos 2016, beliau membuat pendedahan sudah tidak lagi bertudung selepas mengenakan imej itu sejak pertengahan 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published.