Tak sanggup tengok adegan artis yang tular baru ni, kali ni giliran Prof Ridhuann Tee pulak bagi satu cadangan

artis

SELEPAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegur aksi panas Zul Ariffin, kini penceramah bebas iaitu Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut kesal dengan aksi pelakon berkenaan. Ridhuan yang juga merupakan Profesor di Pusat Pengajian Teras (PPT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkata dia tidak menyangka seorang pelakon beragama Islam tergamak melakonkan aksi jijik sedemikan tanpa rasa malu. “Kenapa pelakon kita gatal sangat? Macam tak pernah masuk TV dan macam tak pernah berlakon. Takkan selaku orang Melayu tak tahu cara budaya hidup sendiri… kalau bukan orang Islam yang buat, saya tak hairan sangat.

“Saya naik geli dan nak muntah apabila melihat adegan panas pelakon tanah air beragama Islam yang sanggup melakonkan babak berkenaan, seolah-olah kita ini pelakon barat. Ridhuan tak sanggup lihat aksi jijik dalam sedutan drama itu. “Jika kamu ada anak, isteri atau suami, kamu tak rasa malu ke mereka tengok suatu hari nanti? Di mana adab budaya sebagai seorang Islam dan yang penuh dengan kelembutan Melayu? “Elok mereka ini hantar CV (resume) ke Korea atau Amerika Syarikat untuk menjadi pelakon di sana supaya lebih international,” katanya kepada mStar.

Ridhuan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pelakon Zul Ariffin berkongsi sedutan babak panas bersama aktres Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu. Saya cukup hairan, kenapa filem dan drama kita tidak ada identiti dan jati diri berbanding negara lain. Kenapa kita terlalu kebaratan? Sementara itu, Ridhuan turut menegur pengarah drama berkenaan kerana tidak sensitif dan berani membawa masuk budaya barat dalam karya arahan mereka.

“Sama ada akan disiarkan atau tidak itu lain cerita. Masalahnya di mana adab budaya kita. Kalau filem orang putih masih boleh terima lagi, ini filem Melayu. Pengarah pun satu hal, orang Melayu juga. “Berpada-padalah dalam mengarahkan anak buah untuk berlakon. Kita ini orang negara timur bukan barat. Kita ada adab!” katanya. Warganet kritik Zul Ariffin di media sosial selepas muat naik sedutan babak panas dalam drama. Dalam pada itu, Ridhuan mencadangkan supaya mereka yang terlibat dengan industri kreatif mengambil kursus berkaitan budaya dan adab.

Ini memastikan industri hiburan kita tidak terpesong dan terpengaruh dengan budaya luar yang bertentangan dengan agama dan norma hidup orang Melayu. “Saya syorkan supaya semua mereka yang terlibat dalam proses penerbitan filem drama diwajibkan mengikuti kursus adab sopan, tatacara adat budaya timur dan kursus asas penerbitan Islam. “Kita tidak mahu nanti, filem atau drama kita sama seperti apa yang berlaku di barat dan Korea. Semua perkara itu tidak mustahil berlaku kerana bibit-bibit itu telah pun di rasai.

Menteri Hal Ehwal Agama menegur babak panas Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu. Isu ini menarik perhatian ramai pihak termasuk Menteri Hal Ehwal Agama. “Saya cukup hairan, kenapa filem dan drama kita tidak ada identiti dan jati diri berbanding negara lain. Kenapa kita terlalu kebaratan?” ujarnya. Pada Jumaat lalu, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan. Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk pelakonnya Zul Ariffin serta Siti Hariesa berkait adegan panas yang bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana M.enteri Hal Ehwal Agama, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, selain itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia K-KOMM bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

“Cuma dari sudut panduan agama Islam budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur,” katanya selepas diminta mengulas lakonan panas antara Zul Ariffin bersama Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu di sini pada Ahad. Sebelum itu beliau hadir ke Kejohanan Muay Thai Kebangsaan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan PUTIK Pengkalan Chepa. Menurutnya, seluruh pemain industri drama dan filem serta hiburan di negara ini perlu sentiasa peka dengan perkara ini. Beliau berkata, perkara tersebut telah menimbul keresahan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perkara itu akan menjadi ikutan sekiranya gagal ditangani dengan sebaik mungkin. Pada Sabtu, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat mendukung seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Siti Hariesa dan aksi mereka dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk ditayangkan secara umum. SUMBER, HMETRO, MSTAR

Tular Adegan Panas Drama Yang Bakal Ditayangkan Itu, Kini JAKIM Dedah Bakal Panggil Zul Ariffin Dan Siti Hariesa. Belum sempat ditontonkan oleh khalayak umum, kini drama Erma Fatima telah pun jadi buah mulut seluruh negara gara gara adegan panas tersebut. Namun, perkongsian tersebut telah pun dipadamkan Sabtu lalu. Tular dua pelakon ini setelah menunjukkan aksi keterlaluan seperti menyuap whipping cream dan juga membuat aksi-aksi yang tidak senonoh seperti babak lvch didalam filem barat. Disebabkan ini, pelakon,pengarah dan pihak produksi telahpun dikritik ramai oleh warganet gara gara meluluskan babak seperti ini serta ianya bakal ditayangkan pada bulan ramadhan.

“Bercanggah dengan tuntutan agama”. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga dedahkan pihaknya bakal memanggil pihak produksi drama tersebut termasuk juga pelakon terkenal Zul Ariffin dan Siti Hariesa selepas tular adegan panas yang dilihat bercanggah dengan tuntutan agama dan juga budaya hidup masyarakat di negara kita. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary jelaskan pihaknya bakal bertemu dan berbincang sesama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia soal perkara tular ni. Malah dari sudut panduan agama (Islam) perkara ni tidak seharusnya diamalkan di negara ini yang berpegang teguh pada ajaran islam dan budaya timur.

Datuk Ahmad Marzuk juga tampil beri nasihat buat pemain industri dan filem supaya lebih peka terhadap perkara sebegini gara gara ianya menimbulkan perasaan negatif pada orang ramai dan khuatir ianya bakal menjadi ikutan jika gagal ditangani dengan baik. Banyak lagi cara lain untuk buat filem yang berkualiti tanpa perlukan adegan yang tak manis macam ni. Tengok je lah filem Iran tu, takde pun tunjuk benda-benda macam ni tapi filemnya ditonton di seluruh dunia. Sumber, Oh Bulan

Teruk Dikritik Ramai, Kini Menteri Komunikasi Beri Komen Dan Ini Tindakan Yang Bakal Beliau Lakukan. Drama bertajuk Perempuan Itu yang cetuskan kritikan orang ramai baru-baru ini mungkin tidak akan dapat ditontonkan di kaca televisyen jika pihak produksi tidak berjaya berikan laporan bertulis gara-gara kejadian tersebut. Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, jika laporan yang diberikan tidak munasabah, kerajaan bertekad untuk tidak akan memberikan tayangan tersebut bakal disiarkan semasa bulan ramadhan. Malah menurutnya, stesen televisyen perlulah juga menghormati bulan ramadhan. Pihak bertanggungjawab juga tidak boleh benarkan menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian di bulan mulia tu. “Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut. Sekiranya laporan itu tidak memuaskan, kita tidak benarkan stesen televisyen menyiarkan tayangan drama tersebut,” katanya selepas menyampaikan bantuan Back To School kepada pelajar tingkatan enam di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat di sini hari ini.

TV3 pandang serius isu adegan panas drama Perempuan Itu. Stesen TV3 Malaysia bertegas adegan panas drama tersebut amatlah tidak sesuai untuk dijadikan bahan tontonan umum walaupun ianya sekadar untuk promosi. Stesen TV juga tampil beritahu pihaknya amatlah memandang serious dengan isu terbabit terutamanya setelah rakaman tersebut tular sehinggakan menjadi bahan kritikan orang ramai. “Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan drama Perempuan Itu. Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi,” katanya.

Tambahnya, aksi panas tersebut juga tidak pernah dibincangkan atau mendapat kelulusan pihak stesen untuk ditayang kepada umum. “Adegan tersebut tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). “Kami juga mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana drama,” katanya lagi.

Terdahulu, teraju utama drama tersebut iaitu Zul Ariffin mencetuskan kekecohan dalam media sosial apabila memuat naik sedutan adegan panasnya bersama pelakon baru, Siti Hariesa. Antara aksi yang dianggap keterlaluan ialah ketika Zul mendukung Hariesa dan babak menyuap whipping cream. Rata-rata orang ramai memberi reaksi negatif dan membantah sekiranya babak tersebut ditayangkan kepada umum. Rakaman tersebut turut mendapat teguran daripafa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad yang berpendapat babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti. Sumber,  KOSMO! ONLINE

Dari Awal Erma Fatima Dah Tak Senang Hati Adegan Zul Ariffin, Kini Umie Aida Tampil Dedahkan Perkara Sebenar. Umie Aida tampil dedahkan sedutan panas dalam drama kakaknya Erma Fatima. Tak sangka, rupanya sejak mula-mula lagi penerbit Erma Fatima sudahpun mula luahkan rasa bimbang mengenai adegan panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dalam drama yang bertajuk Perempuan itu. Perkara ni telah dijelaskan oleh adiknya, Datin Seri Umie Aida yang tampil beritahu Erma bahawa ada adegan yang terlalu daring yang membuatkan kurang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan tontonan umum.

“Baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit fasal isu ini… dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya bila dia tengok footage cerita ini. Dia kata mereka shoot (babak) sangat daring. Me (panggilan diri Umie) pesan awak sebagai penerbit kena tegas dan beritahu mereka rakaman atas landasan yang dibenarkan. Lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di Instagram. Motif keluarkan footage yang belum edit dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk viral?” katanya menerusi laman Instagram. Malah, Umie akui dia sudahpun menonton sedutan adegan tersebut yang dikongsikan sendiri oleh Zul Ariffin di akaun Instagram miliknya pada malam Jumaat. Namun, dia juga pinta pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil berat atas apa yang berlaku.

Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan. “Saya sempat tengok post dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kat Erma… apa cerita korang buat ini? Gil ke? Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu? Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan… antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza. Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau produser dan sebagai pelakon wajar tolak screenplay yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,” ujarnya.

Tak pasal-pasal pada malam jumaat, Instagram Zul telahpun dijadikan tempat lepas geram warganet setelah dia tampil muat naik adegan panas didalam drama lakonannya tersendiri di laman sosial miliknya. Rakaman tersebut jelas kelihatan Zul sedang mendukung Siti Hariesa dari depan dan dikatakan melakukan perkara yang tak sesuai untuk jadi tayangan masyarakat di negara ini. Malah ianya bukan sahaja jadi bahan kritikan warganet, rakaman ini juga turut tarik perhatian ramai setelah pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang juga tampil beri teguran pada adegan panas tersebut. Walau macam manapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif tampil jelaskan adegan yang telah dibocorkan itu rupanya adegan kedua yang mungkin tidak akan ditayangkan dan hanya bertujuan untuk menarik publisiti. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.