Lana Nodin dah balik Malaysia siap buka kedai, Sekali ini soalan pertama Rita Rudaini tanya buat ramai setuju

Viral

Tak sangka diam-diam, pelakon terkenal Lana Nodin rupanya sudahpun pulang ke tanah air dan siap mempunyai gudang bakeri terbesar yang akan dibuka tidak lama lagi. Lana dedah dia juga teruja untuk lancarkan gudang jualan bakeri secara borong yang merupakan terbesar di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. “Dengan rendah diri , @lanabakeryland coming soon…very very soon pada bulan ini. So bakers bakers harap bersabar, kite akan launch wholesale bahan bakeri milik bumiputra pertama di malaysia yang terbesar area Kota Damansara…“Bukan saja bahan bakeri malah kite ada readymade roti roti dan pastry untuk mereka yang nak rasa produk dari air tangan Lana , One Stop Center, ” Where Everyone Can Bake” Bismillah,” tulisnya.

Suami kepada pelakon terkenal, Mohd Daud McKinzie tampil dedahkan berita gembira tersebut di laman sosial instagram miliknya. Perkongsian tersebut tarik perhatian ramai pengikut yang ramai luah rasa teruja dan tampil ucapkan tahniah di atas kejayaan tersebut. Tak ketinggalan, Rita Rudaini tampil berikan soalan panas adakah golongan yang belum ambil vksin CvdI9 sepertinya dibenarkan masuk. “Yang tak vaksin macam ‘kami’(saya) boleh ke masuk kedai hang (awak)? Ke hang nak sangkut signboard depan kedai ‘Hanya Yang Berdose Dose Sahaja Dialu-alukan?’” tanyanya. Malah komen tersebut juga dibalas oleh Lana yang dedahkan kedai miliknya tidaklah amalkan diskriminasi pada golongan yang tidak mengambil vksin malah gudang bakeri miliknya bakal mengalu-alukan setiap kedatangan walau sesiapa pun.

“Ampa (awak) rezeki tak salah alamat….kun fa ya kun…anyway Cik Rita kedai kami tak amalkan diskriminasi, semua orang dialu-alukan… Vksin ke tak, booster ke tak booster ke semua dijemput datang…rezeki jangan ditolak msvh jangan dicari…. Anyway kami memang masih sendu sebab tak banyak keluar TV,” katanya berseloroh. Tahun lepas, lana dan keluarga pulang ke AS dimana negara tempat lahir suaminya, David McKienzie dan jelas kelihatan seolah olah hendak menetap di sana. Lana dan Rita juga pernah menjadi bualan hangat warganet apabila lantang bersuara mengenai vaksinasi CvdI9 di Malaysia sehingga didkwa sebagai anti-vks.1n. Sumber: Gempak

Lana Nordin Muat Naik Gambar Suami Main Bola Tampar Wakil Sabah. Tapi Ini Pulak Respon Dari Rita Rudaini Buat Ramai Yang Terdiam. Pelakon Lana Nodin menyeru orang ramai untuk memberikan sokongan terhandal suaminya, Mohd Daud McKienzie yang menyertai Liga Bola Tampar Malaysia mewakili negeri Sabah. Menerusi laman sosial Instagram, Lana berkongsi foto suaminya ketika beraksi menentang pasukan Putrajaya pada malam tadi. “Jom support tengok volleyball live di Astro Arena 801 sekarang. My hubby @david_mckienzie bermain untuk pasukan Sabah,” tulis Lana di ruangan kapsyen.

Namun komen Rita Rudaini turut jadi perhatian ramai apabila bertanyakan adakah “suami” nya turut berada di sana, Menerusi platform TikTok pula, seorang pengguna berkongsi aksi hebat Daud di siaran langsung perlawanan bola tampar pada malam tadi. Daud yang merupakan bekas pemain bola tampar Amerika Syarikat di sukan Olimpik mempamerkan persembahan yang cemerlang yang menyaksikan mereka menewaskan pasukan Putrajaya untuk menempah tiket ke perlawanan akhir menentang Selangor pada malam ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya sangat kagum melihat servis hantaran bola yang dilakukan Daud cukup bertenaga.

Sumber, Instagram Lana Nodin

Maaf Ya, Aku Pilih ‘Hujan Emas'” – Lana Nodin Tayang Kehidupan ‘Bebas’ Tanpa Diskriminasi Di USA. Pelakon Lana Nodin terus berkongsi rutin sehariannya di bumi Amerika Syarikat selepas selamat pulang ke sana minggu lalu. Selain dapat merasa ‘dine-in’ tanpa perlu mengimbas suhu badan, Lana juga berpeluang membawa anak-anaknya mandi-manda di tempat awam.Terbaharu, Lana menegaskan dia memilih ‘hujan emas’ sepertimana pepatah Melayu ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. “Orang kata hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri, tapi maaf ya quote korang bagi ni…buat masa sekarang ni, aku pilih hujan emas sebab dah lama tak dapat shopping macam ni…”Tak ada diskriminasi dan freedom of choice tu yang penting!” tulis Lana dan hantaran video berserta tanda pagar #nodiscrimination #stopdiscrimination #mybodymychoice #noscan #freedomofchoice #malaysiaboleh #wakeupmalaysian.

Tambah Lana, ketika berada di Tampa Premium Outlets, orang ramai diberikan kebebasan sama ada untuk memakai pelitup muka mahupun tidak. Perkongsian Lana itu turut mendapat perhatian warganet yang meluahkan keresahan masing-masing di ruang komen.”Kat sini bukan hujan je mulut petir warganet pun menjadi-jadi. Sakit hati betul dengan orang tak vaksin.”Saya suka you bagitahu semua orang macam mana keadaan di sana. Sebab kat Malaysia semuanya ditutup, sedih tengok bergaduh hari-hari. “Dekat sini budak kecil semua tak boleh keluar. Kasiha mereka terperuk dalam rumah.”Tadi nak masuk kedai beli baju tak lepas. Atas bawah sales person tu tengok saya. Oklah tak apa ja, saya follow je. Tak bagi masuk tak apa,” tulis beberapa komen warganet. Sumber, Gempak

Saya tak terlibat, nak balik AS dah pun – Lana Nodin “Vaksin ke tak vaksin ke saya tetap tak boleh berlakon kerana akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) Sabtu ini”. Itu respons ringkas pelakon sensasi Lana Nodin susulan tidak akan dibenarkan untuk memasuki set penggambaran drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard kerana belum menerima sebarang vaksin Covid-19. Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, sebenarnya wujud salah faham yang akhirnya mengelirukan warganet.

“Sebenarnya pihak produksi nak sambung lagi 13 episod bagi musim terbaharu selepas sudah diberi kebenaran melakukan penggambaran. Awal-awal lagi mereka sudah tanya dan berbincang dengan saya mengenai perkara itu, tetapi saya memang tak dapat nak sertai disebabkan akan balik ke negara suami hujung minggu ini. Bukan sebab saya belum vaksin. Jadi saya memang terpaksa tolak tawaran tersebut dan mereka kini sedang mencari pelakon lain yang sesuai bagi menggantikan watak antagonis yang saya bawakan sebelum ini,” katanya.

Menjawab persoalan ramai mengenai dirinya yang bersikap anti vaksin, Lana menegaskan dia bukan seperti itu dan tetap akan mengambilnya tidak lama lagi. “Saya bukan tak nak ambil, tetapi anak saya ada masalah kesihatan, dia sakit jntung sejak lahir. Saya pula masih menyusukan dia sampai November nanti. Saya pun ada surat daripada doktor dan bukan suka-suka ingin menolak vaksin. Nyawa anak saya lebih penting dan jadi keutamaan sekarang ni,” ujarnya.

Tambah pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia tetap akan mengambil vaksin tetapi bukan di Malaysia dan tidak dalam masa terdekat ini. “Saya akan ambil di AS nanti bersama suami. Tunggulah mungkin awal tahun depan ke. Bukan tak nak ambil langsung. Benda nak masuk dalam badan dan saya kena pastikan betul-betul selamat digunakan serta melepasi ujian klinikal. “Saya ada sebab tersendiri kenapa tak nak ambil vaksin ketika ini. Itu hak peribadi dan hak asasi saya sebagai rakyat. Tiada siapa boleh paksa,” katanya. Terdahulu, nama Lana menjadi buah mulut warganet dan hangat diperkatakan kerana mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Dia turut ditdvh sebagai anti vksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vksin Cvd tersebut. Sumber, K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.