Berita gembira lagi untuk rakyat, akhirnya bantuan yang kerajaan bagi akan mula disalurkan pada tarikh ni.

berita

BERITA baik buat Keluarga Malaysia apabila pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa satu akan disalurkan kepada 8.6 juta penerima, secara berperingkat mulai 28 Mac ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40. “Seramai 8.6 juta penerima akan menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima. “Ia merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, sama ada bujang atau tiada pasangan dan 3.4 juta individu bujang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ismail Sabri berkata, pembayaran BKM juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutama dalam menyambut bulan Ramadan. Menurut beliau, bagi penerima membabitkan isi rumah, warga emas dan individu bujang, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 28 Mac hingga 8 April ini. Sementara itu, katanya, penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, bantuan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), pada 30 Mac. “Pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari masa ke semasa,” tambahnya.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan. “Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). “Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya. SUMBER, MSTAR

Alhamdulillah Ini Yang Rakyat Tertunggu Tunggu. Akhirnya Kerajaan Bagi Tahu Ini Jadual Bayaran Bkm Yang Terbaru. Rupanya Empat Kali Duit Masuk. Kuala Lumpur – Pastinya ramai nak tahu bilakah tarikh bantuan kerajaan akan dibayar. Kerajaan setiap tahun menyediakan pelbagai jenis bantuan khusus untuk kelangsungan hidup rakyat. Bantuan tunai seperti Bantuan Keluarga Malaysia BKM amatlah membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia yang terkesan akibat ekonomi dan juga penularan wabak.

Dengan adanya bantuan daripada pihak kerajaan, ianya sedikit sebanyak dapat meringankan kos sara hidup yang ditanggung orang awam. Selain itu, bantuan ini juga dijangka dapat membantu mereka yang pemergian ahli keluarga menerusi skim khairat kemtian yang ditawarkan. Jadi bilakan bantuan-bantuan ini akan disalurkan? Rujuk maklumat yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa di bawah. Terdapat pelbagai jenis bantuan yang akan disalurkan oleh kerajaan menerusi Pembentangan Belanjawan 2022 yang telah diumumkan dahulu.

Bantuan Keluarga Malaysia BKM pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM 8.2 bilion, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, jumlah ini meningkat daripada 8.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM 7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat BPR pada tahun lalu. Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data yang berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya sempena pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN di Jalan Duta.

Data itu ialah penerima BPR 2021, penerima Bantuan Khas Covid19 BKC B40 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin. Selain itu, data agensi kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Orang asli Jabatan Kemajuan Orang Asli, gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM serta DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Perkeso dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang.

Perkembangan ini sesuatu yang positif kerana ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penularan Covid 19 apabila pemohon tidak perlu keluar dari rumah dan hadir ke kaunter perkhidmatan BKM. “Kerajaan mahu memastikan bahawa mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mendaftar dan memohon,” katanya. Beliau berkata penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang untuk membuat pengemaskinian. Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, LHDN mengambil inisiatif untuk membuka kaunter perkhidmatan BKM di semua pejabat cawangan LHDN, Pejabat Satelit, Pusat Khidmat LHDN dan Pusat Transformasi Bandar di seluruh negara pada hujung minggu.

Menurutnya, langkah itu untuk memudahkan urusan rakyat mendaftar bantuan tersebut terutamanya bagi pemohon yang tidak mempunyai kemudahan Internet. Ia dibuka pada 7, 8, 28 dan 29 Januari 2022 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala pada 8, 9, 29 dan 30 Jan 2022 bagi negeri-negeri lain. Umum mengetahui bahawa bantuan bagi tahun 2022 antaranya adalah Bantuan Keluarga Malaysia BKM iaitu bantuan kewangan yang akan menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat BPR. Info terkini mengenai bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Diharapkan dengan perkongsian ini, semua penerima-penerima bantuan dapat menyusun atur perbelanjaan dan menggunakan duit bantuan dengan sebaiknya. Boleh kongsikan pada orang lain agar ramai lebih peka. Kredit, Sinar/MySBR

Ramai Sangat Yang Desak Akhirnya Menteri Kewangan Tampil Buat Keputusan Ini Untuk Pengeluaran Wang Kwsp Untuk Rakyat. KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan memberi bayangan tiada lagi pengeluaran khas dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibenarkan selepas pelaksanaan skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebelum ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebelum ini merupakan pengeluaran pra-persaraan yang hanya diperkenalkan sebagai langkah sementara.

“Tiga program ini hanya langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli KWSP dalam menempuh impak Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKR). “Negara lain seperti Australia, Chile dan Peru juga membenarkan akses awal kepada simpanan persaraan bagi membantu rakyat, tetapi sekarang tidak lagi dibenarkan. “Singapura pula langsung tidak membenarkan sebarang pengeluaran dana persaraan atas tujuan Covid-19,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini sekali lagi menggesa kerajaan untuk benarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP), mengatakan ia adalah demi memenuhi permintaan rakyat. Berucap pada perbahasan sidang Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata ini adalah kali keempat beliau membuat gesaan tersebut.

“Siapa hendak claim kredit (mendapat nama) tak kisahlah. “Asalkan permintaan pengeluaran kali terakhir ini, yang sangat diharapkan oleh rakyat dapat dipenuhi kerajaan dengan segera,” katanya seperti dilaporkan Bernama. Najib adalah antara yang lantang mendesak kerajaan supaya membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan mereka dari KWSP walaupun ahli ekonomi dan badan itu mengatakan simpanan pencarum sudah semakin terhad selepas pengeluaran sepanjang pandemik Covid-19.

Pada Disember, KWSP berkata walaupun caruman boleh dikeluarkan sepanjang sekatan pergerakan bagi membendung wabak, namun ia tidak boleh dilaksanakan kerana terikat dengan undang-undang yang memberikan panduan bagaimana caruman pencarum diuruskan. “Skala dan kesan pandemik Covid-19 yang tidak dijangka serta kejadian bencana alam baru-baru ini menolak perlindungan sosial semasa negara ke tahap maksima,

dan pendekatan menggunakan simpanan KWSP untuk keperluan kecemasan pastinya akan memberikan impak yang teruk tatkala ahli sedang berhadapan dengan ketidakcukupan wang simpanan persaraan, ditambah lagi dengan ketidaktentuan lain seperti peningkatan kos penjagaan kesihatan,” kata KWSP.

Gesaan Najib supaya rakyat dibenarkan untuk melakukan “pengeluaran kali terakhir” dibangkitkan semula ketika banjir melanda Kelantan dan Terengganu, selepas sebelum ini menyasarkan serangannya terhadap Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang menolak untuk membenarkan pengeluaran simpanan KWSP ketika bencana alam itu melanda beberapa negera akhir tahun lalu.

“Usahlah dengar nasihat menteri kewangan ketinggalan zaman PN,” katanya, merujuk kerajaan Perikatan Nasional. “Dengarlah rintihan rakyat. Last sekali pengeluaran khas. Lepas itu, fokus untuk bina balik simpanan pendeposit baki rendah dalam KWSP. Banyak caranya,” kata Najib. Dalam ucapannya hari ini, Najib turut berkata beliau menerima permintaan pengikutnya di media sosial yang mahu isu pengeluaran i-Citra dibangkitkan dalam perbahasan Dewan Rakyat.

Tahun lalu, kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka. Namun pada Disember, KWSP berkata langkah tersebut menyebabkan penyusutan sebanyak RM101 bilion melibatkan 6.1 juta pencarum, di mana ia menyebabkan ramai daripada mereka hanya mempunyai baki simpanan kurang dari RM10,000, sementara 2.6 juta lagi pencarum kini memiliki simpanan kurang dari RM1,000.

Alhamdulillah Ada Yang Cadangkan Pengeluaran Kwsp 10k Buat Kali Terakhir. Sekali Ini Penjelasannya. Seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan ‘i-Ceria’ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir. Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan saya ini juga bukanlah menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua. “Tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini,” katanya.

Justeru, Mohd Salim berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan. Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP menerusi beberapa siri inisiatif, i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari.

Cadangan berkenaan turut dipersetujui beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), M. Karupaiya (PH-Padang Serai), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat). Sementara itu Karupaiya dan Hasan berpendapat, kerajaan perlu mengawal kenaikan harga barang susulan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab cenderung menaikkan harga ketika rakyat menerima bantuan kewangan.

Hasan berkata, ini menyebabkan kuasa beli kalangan rakyat semakin berkurang walaupun mempunyai wang, oleh itu kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan dalam mengawal harga barangan terutama di kawasan luar bandar. Xavier pula berpendapat cadangan i-Ceria itu bertepatan dengan keadaan semasa ekonomi negara yang memerlukan masa untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kerajaan bertanggungjawab membantu anggota Keluarga Malaysia khususnya golongan B40.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul telah menjawab cadangan pihak-pihak yang menyuarakan pengeluaran khas KWSP bagi yang terjejas banjir melalui 2 buah video di Facebook bertarikh 17 Januari 2022. Dalam video berdurasi 6:28 minit ini, beliau menjelaskan bahawa sehingga kini pencarum telah mengeluarkan sehingga RM71,000 melalui i-Lestari, i-Sinar & i-Citra, manakala dalam bahagian kedua video tersebut, impak pengeluarannya turut diperincikan.

Secara keseluruhannya, RM101 bilion telah dikeluarkan pencarum. Jelas beliau, bahawa Malaysia dijangka akan mencapai status Negara Tua pada tahun 2030. Ini bemaksud, dalam masa 8 tahun, rakyat Malaysia akan memerlukan wang simpanan yang lebih banyak untuk membiayai hidup masing-masing selepas bersara. Atas sebab itu, desakan beberapa pihak untuk membenarkan pengeluaran KWSP akan menjejaskan isu kekurangan persaraan yang kini berada dalam tahap yang membimbangkan.

Sebagai contoh, median simpanan ahli B40 adalah sebanyak RM1000, bersamaan RM4 sebulan untuk tempoh 20 tahun. Manakala, bagi M40, jumlah simpanan adalah RM25,000 iaitu bersamaan RM104 sebulan untuk tempoh 20 tahun. Tengku Zafrul juga menjelaskan bahawa pada tahun 2014 Malaysia juga dilanda banjir yang teruk.

Ketika itu, tiada pengeluaran KWSP yang dibenarkan walau 1 sen pun. Sebaliknya, kerajaan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu untuk membantu rakyat terjejas mendapatkan bantuan kewangan, barangan keperluan dan tempat tinggal bagi meneruskan kehidupan.Pendekatan ini juga digunakan bagi mangsa banjir tahun ini yang boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir yang terjejas. Sumber, news

Leave a Reply

Your email address will not be published.