Teruk dikritik ramai, Kini Menteri Komunikasi beri komen dan ini tindakan yang bakal beliau lakukan

Viral

Drama bertajuk Perempuan Itu yang cetuskan kritikan orang ramai baru-baru ini mungkin tidak akan dapat ditontonkan di kaca televisyen jika pihak produksi tidak berjaya berikan laporan bertulis gara-gara kejadian tersebut. Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, jika laporan yang diberikan tidak munasabah, kerajaan bertekad untuk tidak akan memberikan tayangan tersebut bakal disiarkan semasa bulan ramadhan. Malah menurutnya, stesen televisyen perlulah juga menghormati bulan ramadhan. Pihak bertanggungjawab juga tidak boleh benarkan menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian di bulan mulia tu. “Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut. Sekiranya laporan itu tidak memuaskan, kita tidak benarkan stesen televisyen menyiarkan tayangan drama tersebut,” katanya selepas menyampaikan bantuan Back To School kepada pelajar tingkatan enam di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat di sini hari ini.

TV3 pandang serius isu adegan panas drama Perempuan Itu. Stesen TV3 Malaysia bertegas adegan panas drama tersebut amatlah tidak sesuai untuk dijadikan bahan tontonan umum walaupun ianya sekadar untuk promosi. Stesen TV juga tampil beritahu pihaknya amatlah memandang serious dengan isu terbabit terutamanya setelah rakaman tersebut tular sehinggakan menjadi bahan kritikan orang ramai. “Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan drama Perempuan Itu. Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi,” katanya.

Tambahnya, aksi panas tersebut juga tidak pernah dibincangkan atau mendapat kelulusan pihak stesen untuk ditayang kepada umum. “Adegan tersebut tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). “Kami juga mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana drama,” katanya lagi.

Terdahulu, teraju utama drama tersebut iaitu Zul Ariffin mencetuskan kekecohan dalam media sosial apabila memuat naik sedutan adegan panasnya bersama pelakon baru, Siti Hariesa. Antara aksi yang dianggap keterlaluan ialah ketika Zul mendukung Hariesa dan babak menyuap whipping cream. Rata-rata orang ramai memberi reaksi negatif dan membantah sekiranya babak tersebut ditayangkan kepada umum. Rakaman tersebut turut mendapat teguran daripafa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad yang berpendapat babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti. Sumber,  KOSMO! ONLINE

Dari Awal Erma Fatima Dah Tak Senang Hati Adegan Zul Ariffin, Kini Umie Aida Tampil Dedahkan Perkara Sebenar. Umie Aida tampil dedahkan sedutan panas dalam drama kakaknya Erma Fatima. Tak sangka, rupanya sejak mula-mula lagi penerbit Erma Fatima sudahpun mula luahkan rasa bimbang mengenai adegan panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dalam drama yang bertajuk Perempuan itu. Perkara ni telah dijelaskan oleh adiknya, Datin Seri Umie Aida yang tampil beritahu Erma bahawa ada adegan yang terlalu daring yang membuatkan kurang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan tontonan umum.

“Baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit fasal isu ini… dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya bila dia tengok footage cerita ini. Dia kata mereka shoot (babak) sangat daring. Me (panggilan diri Umie) pesan awak sebagai penerbit kena tegas dan beritahu mereka rakaman atas landasan yang dibenarkan. Lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di Instagram. Motif keluarkan footage yang belum edit dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk viral?” katanya menerusi laman Instagram. Malah, Umie akui dia sudahpun menonton sedutan adegan tersebut yang dikongsikan sendiri oleh Zul Ariffin di akaun Instagram miliknya pada malam Jumaat. Namun, dia juga pinta pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil berat atas apa yang berlaku.

Perkongsian Umie Aida di Instagram.

Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan. “Saya sempat tengok post dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kat Erma… apa cerita korang buat ini? Gila ke? Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu? Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan… antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza. Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau produser dan sebagai pelakon wajar tolak screenplay yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,” ujarnya.

Warganet tampil kritik adegan panas hasil lakonan Zul Ariffin.

Tak pasal-pasal pada malam jumaat, Instagram Zul telahpun dijadikan tempat lepas geram warganet setelah dia tampil muat naik adegan panas didalam drama lakonannya tersendiri di laman sosial miliknya. Rakaman tersebut jelas kelihatan Zul sedang mendukung Siti Hariesa dari depan dan dikatakan melakukan perkara yang tak sesuai untuk jadi tayangan masyarakat di negara ini. Malah ianya bukan sahaja jadi bahan kritikan warganet, rakaman ini juga turut tarik perhatian ramai setelah pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang juga tampil beri teguran pada adegan panas tersebut. Walau macam manapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif tampil jelaskan adegan yang telah dibocorkan itu rupanya adegan kedua yang mungkin tidak akan ditayangkan dan hanya bertujuan untuk menarik publisiti. Sumber, Mstar

Tular Rakaman Adegan Panas Bersama Sama Zul Ariffin, Tapi Kali Ni Ini Pula Yang Berlaku Pada Siti Hariesa. Dah beberapa hari tular di media sosial satu rakaman adegan Zul Ariffin yang terlibat dengan babak panas dari satu drama terbaru iaitu Perempuan itu. Menerusi rakaman tersebut,Zul terlibat dalam aksi-aksi panas dengan seorang pelakon baru, Siti Hariesa yang digambarkan oleh warganet seolah-olah mirip dengan babak-babak dari drama dan filem luar negara. Kejadian tersebut membuatkan kedua-dua pelakon termasuk juga penerbit, Erma fatima dikritik ramai. Lagi-lagi drama ini bakal ditayangkan saat bulan Ramadan buatkan ramai tak setuju. Ini merupakan kenyataan media TV3 berkaitan adegan panas drama Perempuan Itu yang tular di laman medi sosial. “Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen. Babak panas mungkin tak ditayang di TV, hanya untuk publisiti… Dia macam ni. Janganlah kerana kita nak kejar rating tinggi, nak viral, nak publisiti, nak kaya, nak duit banyak, kita bertindak melampau hingga sanggup menggadaikan hukum Allah dengan dosa terang-terangan. Tertengok babak tu saya rasa tak patut nak bersangka baik apa pun weyyyyyy. Kalau kita boleh kaya dengan cara bad marketing and bad publicity sekarang, kita tak boleh lupa hakikat kita akan miskin pada waktu akhirat nanti akibat kemaks.1atan yang dibuat ni. Rasulullah gambarkan pada akhir zaman ini akan wujud suatu masa yang mana z.1na berleluasa dan dianggap biasa dikatakan boleh tengok orang berz.1na di tepi jalan. Pada masa tu orang yang baik hanya mampu beri nasihat, Kalau kau nak berz.1na, tolonglah berz.1na dalam bilik supaya orang tak nampak. Sampai tahap tu. Serius ke boleh tengok orang berz.na di tepi jalan je? Tak logik betul.

Makin lama hal-hal sksual kini dipertontonkan dan dianggap biasa. Bermula daripada adegan sentuh, pegang tangan, tidur berdua. Siap lelaki tidak memakai pakaian duduk dengan perempuan. Malah apa yang lebih teruk, siap ada adegan perstubvhan pula bakal dilakonkan dan bakal dipertontonkan oleh orang ramai. Jika diikutkan peredaran zaman, berkemungkinan tidak ada yang mustahil sekiranya satu masa nanti orang yang masih tak berz.na pula dijadikan satu perkara aneh. Na’uzubillah minzalik. Astaghfirullahal ‘azim. “Berlakon je takpe….” Ini bukanlah pertama kali yang dinasihatkan niat tidak akan menghalalkan cara kita. Malah pelakon yang buat adegan begini bukanlah pasangan suami isteri yang bersentuhan sehinggakan perlu buat adegan dimana hanya suami isteri saja yang mampu tahu dan layak untuk buat. Kini orang melayu sering mengikuti gaya barat dan ingin lakukan apa yang mereka buat. Tuhan kita hanyalah Allah, janganlah sehinggakan orang bukan islam memikirkan kita bertuhankan orang kafir gara gara rating, marketing, publisiti dan duit. Kita lakukan pelbagai usaha hanya untuk berbaik dengan masyarakat tetapi kini ada pula individu yang macam ni menganggap mudah untuk merosakkan masyarakat. Walaupun adegan tersebut tidak akan ditayangkan, lakonan itu telahpun berjalan dan malah telah pun disebarkan oleh seorang pelakon lalu tersebar ke seluruh negara. Dosa bakal kekal selamanya. Ya Allah, jauhkanlah kami, keluarga kami dan keturunan kami daripada menjadi sebahagian daripada mereka yang sebegini. Aameen.

Terbabit Dalam ‘Babak Panas’ Bersama Zul Ariffin, Jumlah Followers Siti Hariesa Di Instagram Naik Mendadak. Sejak semalam nama pelakon Siti Hariesa kini menjadi kritikan ramai setelah adegan panas tersebut tular menerusi drama bertajuk Perempuan Itu. Malah ianya juga turut memberi kesan kepada pelakon yang dikenali melalui DFKL 2019 itu apabila jumlah pengikutnya naik secara mendadak. Rakaman berkenaan mula tular di laman media sosial, pengikutnya di Instagram pun pada mulanya hanyalah 8,552 sahaja. Namun sejak kini, jumlah pengikutnya terus meningkat pada 12,800 kurang dari 24 jam.

Sehingga kini, video yang membabitkan Zul dan Siti Hariesa itu terus menjadi bualan warganet, meskipun Zul sudah bertindak memadamnya. Malah, ketika ini kedua-dua pelakon yang terlibat juga belum membuat sebarang kenyataan mengenai Perkara berkenaan. Berikut Sedikit Biodata Siti Hariesa. Nama Popular. Hariesa DFKL. Asal. Kuala Lumpur. Bangsa. Melayu. Agama. Islam. Kerjaya. Pelakon. Penglibatan. Bekas peserta DFKL 2019 / Perempuan Itu 2022 / Life Lila 2022. Drama. Utusan Cinta Buat Adam (2019) / Perempuan Itu 2022 / Life Lila 2022. Laman Sosial. Instagram. Laman Rasmi instagram. Untuk pengetahuan, Hariesa dicungkil menerusi DFKL 2019 dan mula mendapat perhatian menerusi drama Life Lila dan Pink Smile; kedua-duanya ditayangkan di saluran TV3. Menariknya, raut wajah Hariesa selalu dikatakan mirip seorang lagi pendatang baharu, Siti Khadijah Halim oleh peminatnya. Sumber, Trending Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published.