Ibu bapa dikatakan dah berpisah, akhirnya Shila Amzah tampil bongkarkan perkara sebenar tentang rumahtangga ibunya

artis

Bukan sahaja rumah tangga penyanyi Shila Amzah yang diuji tetapi hubungan rumah tangga ibu bapanya iaitu Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman kini berdepan masalah. Menjawab dakwaan kedua ibu bapanya sudah berpisah, Shila, 32, menyatakan kenyataan itu tidak betul. Kata pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah, perkahwinan ibu bapanya sedang diuji selepas 30 tahun mereka bersama. Dia macam separuh pokok bergoyang, memang mereka sedang melalui waktu sukar tapi tidak lagi bersama itu tak betul!

Selepas 30 tahun berkahwin mereka sedang melalui fasa sukar. Saya harap doakan yang terbaik untuk mereka terutamanya ibu saya. Kebetulan apabila saya diuji, ibu saya pun turut diuji. Akui bukan mudah untuk dirinya menjadi kuat dalam menempuh pelbagai onak duri, pelantun lagu Memori Tercipta terima takdir yang sudah tertulis dengan hati terbuka. Saya kena jadi kuat untuk keluarga kerana saya tulang belakang mereka. Saya melihat ini jalan yang sudah tertulis untuk saya. Apa yang terjadi ada hikmah.

Saya bersyukur dengan segala nikmat Allah bagi, ujian yang diberikan. Kerana pada saya kita memang kena seimbangkan. Saya cukup takut sekiranya hanya dilimpahi nikmat sebab kita ini manusia biasa.. Takut berlaku takbur dan riak. Pada Ahad lalu, Shila tampil memohon maaf kepada media Melayu yang terguris hati dengan tindakannya yang menyebabkan dia diboikot. Hubungan Shila dan media mula bermasalah apabila pihak pengurusan artis itu mengadakan sidang media dengan memperkecilkan peranan media Melayu selepas satu pendedahan dibuat akhbar Kosmo mengenai konsert artis itu yang ditaja sebuah syarikat perjdn.

Rentetan itu pihak Shila melalui syarikatnya Shila Amzah Entertainment Berhad telah memfailkan saman pada 16 Januari 2015 terhadap akhbar Kosmo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan ftnah. Namun pada 31 Mac 2017, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rosnaini Saub menolak saman penyanyi itu kerana mendapati artikel diterbitkan Kosmo adalah dibuat bawah perlindungan bersyarat dan Shila sebagai selebriti perlu terbuka dalam menerima kritikan. Justeru, mahkamah memerintahkan Shila membayar kos sebanyak RM20,000 kepada ketiga-tiga defendan iaitu wartawan hiburan Kosmo, Maliah Surip, pengarang akhbar itu dan penerbit, Utusan Melayu (M) Berhad. Sumber, Instagram @shahilaamzah

Akhirnya dah sah berpisah. Sekali ini kata kata dari Shila Amzah buat ramai yang sebak. Selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, rumah tangga penyanyi Shila Amzah dan suaminya, Haris Idraki Elias akhirnya sampai ke titik noktah. Perkara itu dikongsikan oleh Shila menerusi Instagram yang memaklumkan kes bersama bekas suami selesai. Menerusi entri tersebut, dia dan suami akan berusaha untuk menjaga serta menyayangi anak tunggal mereka Seth sampai bila-bila.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Shila apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan tiada siapa yang berkahwin mahukan perpisahan. “Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan. Tiada yang berkahwin untuk berpisah. Apa saja kemungkinan atau kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmah,” katanya. Terdahulu, pada Disember lalu, Shila mengejutkan ramai pihak apabila membuat pendedahan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan sudah menfailkan perpisahan.

Teruk Dikritik Oleh Syada Amzah. Sekali Ini Luahan Dari Sharnaaz Ahmad Sama Ada Dia Marah Atau Tidak. Tak Sangka Sampai Macam Ni Respon Sharnaaz Ahmad. Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai status luahan adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah seolah merujuk kepada pelakon Sharnaaz Ahmad. Memetik laporan Kosmo!, Sharnaaz berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut serta tidak mahu bersifat negatif.

“Hanya benda-benda positif dalam hidup saya. Yang negatif minta dalam test kit (ujian kendiri) Covid-19 sahaja. “Saya tak berminat nak komen panjang. Saya sekarang ada kehidupan yang indah bersama yang tersayang, Jebat Jayden,” katanya. Ditanya sama ada dirinya marah dengan isu yang tercetus, Sharnaaz berkata dirinya gembira sahaja dan mengakui sudah lama tidak marah-marah. “Tak marah aih. Gembira sahaja. Dah lama tak marah-marah ni. Kena marah ada lah dengan Jebat,” katanya. Terdahulu, Sharnaaz berkata dia tidak mampu menghalang peminat untuk mendoakan tentang jodohnya namun dia percaya semua itu di tangan Allah.

KUALA LUMPUR : Gara-gara terbuka memberi sokongan kepada Shila Amzah, 31, yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) tempoh hari, pelakon popular, Sharnaaz Ahmad,36, sedar, ramai yang mengusik manja andai wujud kemungkinan dia akan kembali bercinta dengan penyanyi tersebut. Kata Sharnaaz, sebagai manusia biasa, dia tidak mampu menghalang peminat dan pengikut untuk mendoakan hal yang baik pada dirinya namun percaya, di akhirnya urusan rezeki, jodoh dan ajl itu berada di tangan Allah SWT.

“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu. “Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’(terbuka) kepada sesiapa sahaja. “Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” katanya semasa ditemui di restoran Cili Kampung, di sini, semalam. Selain itu, ditanya mengenai kesediaannya untuk berbaik semula dengan keluarga Shila seperti suatu ketika dahulu, Sharnaaz ada jawapan sendiri.

“Tak tahulah. Kalau nak berdendam pun dah tua sangat dah kot,”katanya. Selain itu, pelakon ini juga mengaku, selepas Shila berpisah dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias sekitar awal Februari lalu, mereka ada berhubungan menerusi telefon dan Sharnaaz banyak memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut. “Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perppisahan. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh. “Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga.

“Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunuh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,”katanya. Dalam pada itu, Sharnaaz juga mengaku memberikan kata-kata semangat buat penyanyi itu sewaktu dia membuat persembahan di AJL36. “Tapi bukan dia seorang sajalah, rata-rata yang bertanding pada malam itu pun adalah kawan saya juga. Saya doakan kejayaan buat mereka semua. Sebenarnya, kalau nak tahu, genre muzik yang dibawakan oleh Shila di AJL36 itu adalah genre sebenar yang dia paling suka.

“Sejak kami bercinta dulu, saya tahu, memang itulah dia. Shila cukup suka genre muzik seperti kumpulan Evanescence. Tapi biasalah, dulu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal dia, jadi tak diberikan peluang itu. “Tapi, tempoh hari, dia dapat peluang itu. Dia menyanyi dengan baik sebab benar-benar menjiwai. Akhirnya, kejayaan milik dia,”katanya. SUMBER KOSMO!

Baru Je Lepas Sah Berpisah. Sekali Shila Amzah Tampil Dedah Satu Berita Baik. Setelah mengesahkan bahawa dirinya bukan lagi bergelar isteri, penyanyi Shila Amzah turut menerima satu lagi berita baik. Ini setelah bekas suaminya, Haris Idraki Elias, telahpun keluar dri rumah miliknya yang terletak di Cyberjaya. Sebelum ini, ketika proses mahkamah, Shila Amzah telah keluar dari rumah bersama anaknya, Seth dan tinggal di rumah ibu bapanya. Shila mengesahkan dia dah duduk di rumahnya di Cyberjaya menerusi satu post di IG, ketika menjawab persoalan dari seorang peminat. “Sha dah balik ke rumah di Cyberjaya ke.” Tanya seorang peminat setianya.

Ini jawapan dari Shila Amzah: “Sudah, syukur alhamdulillah. Saya dah penat mengemas rumah hari ini. Apapun ianya amat berbaloi. Nasib baik ada ibu saya dan beberapa lagi yang menolong saya kemas rumah.” Dalam pada itu, Shila Amzah juga bersyukur dengan semua penyelasaian yang telah dicapai. Proses perpisahan berjalan lancar serat rumah pun dah dapat duduk semula. “Secara jujurnya, memang saya tak sangka, memang orang lain rasa macam cepat. Tetapi bagi Sha, memag rasa lama. Sehari pun rasa amat perit. Apapun Sha bersyukur semuanya.” Ditanya tentang punca perpisahan, Shila Amzah tidak mahu menjawab tentang soalan berkenaan. Apa yang penting baginya dia mahu menjaga dirinya dan juga anak mereka iaitu Seth Uwais.

“Banyak hal dah dipertimbangkan sebenarnya, tapi Sha tak boleh la cerita lanjut secara detail, apa yang penting mahu jaga Seth.” Ditanya adakah dirinya dah bahagia, ini jawapan dari Shila Amzah: “Aku akan temui bahagia, walaupun kita tal lagi bersama.” Berkongsi keadaan rumahnya di Cyberjaya itu semalam, sudah pasti kini Shila seakan dapat menarik nafas lega selepas dapat pulang ke rumah sendiri. Ya, 8 Februari lalu, Shila mendedahkan tentang dirinya yang sudah sah berpisah dengan suaminya selepas selesai bicara k3s di mhkamah.

Pasti kini kehidupannya melalui fasa yang lebih stabil selepas dapat kembali berada di kediaman sendiri. Home sweet home kata orang. Apatah lagi sebelum ini warganet mengikuti perkembangan hidup Shila, pasti maklum akan kerinduannya untuk kembali ke rumahnya itu. Di hantaran Shila itu, ada pula yang bertanya sama ada rumah yang ditunjukkannya adalah yang di Cyberjaya itu sebelum ia disahkan oleh dirinya. Ramai yang mengucapkan tahniah kerana kembali dapat tinggal di situ.

“Masyallah, So happy for your sis”, “Enjoy your life sweetheart… Senyum mu sgt manis”, “Alhamdullilah. Happy for u if u got back yr house at cyberjaya”, “Beautiful house hunny”, “Enjoy ur life & eat rambutan”, “cantik dan bersih.. Love u Sha..”, itu antara komen warganet kepada Shila yg juga anak kepada penyanyi dan pelakon, ND Lala ini. Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Shila apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan tiada siapa yang berkahwin mahukan perpisahan. “Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan. Tiada yang berkahwin untuk berpisah. Apa saja kemungkinan atau kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmah,” katanya.

Terdahulu, pada Disember lalu, Shila mengejutkan ramai pihak apabila membuat pendedahan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan sudah menfailkan perpisahan. Untuk info, Shila Amzah dan Haris Edraki Elias, yang merupakan pekerja bank di London, bernikah pada tahun 2018, dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berumur dua tahun lebih. Perkahwinan mereka hanya bertahan empat tahun. Sumber : IG Shila Amzah

Leave a Reply

Your email address will not be published.