Dari awal Erma Fatima dah tak senang hati adegan Zul Ariffin, Kini Umie Aida tampil dedahkan perkara sebenar

artis Viral

Umie Aida tampil dedahkan sedutan panas dalam drama kakaknya Erma Fatima. Tak sangka, rupanya sejak mula-mula lagi penerbit Erma Fatima sudahpun mula luahkan rasa bimbang mengenai adegan panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dalam drama yang bertajuk Perempuan itu. Perkara ni telah dijelaskan oleh adiknya, Datin Seri Umie Aida yang tampil beritahu Erma bahawa ada adegan yang terlalu daring yang membuatkan kurang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan tontonan umum.

“Baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit fasal isu ini… dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya bila dia tengok footage cerita ini. Dia kata mereka shoot (babak) sangat daring. Me (panggilan diri Umie) pesan awak sebagai penerbit kena tegas dan beritahu mereka rakaman atas landasan yang dibenarkan. Lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di Instagram. Motif keluarkan footage yang belum edit dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk viral?” katanya menerusi laman Instagram. Malah, Umie akui dia sudahpun menonton sedutan adegan tersebut yang dikongsikan sendiri oleh Zul Ariffin di akaun Instagram miliknya pada malam Jumaat. Namun, dia juga pinta pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil berat atas apa yang berlaku.

Perkongsian Umie Aida di Instagram.

Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan. “Saya sempat tengok post dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kat Erma… apa cerita korang buat ini? Gila ke? Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu? Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan… antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza. Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau produser dan sebagai pelakon wajar tolak screenplay yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,” ujarnya.

Warganet tampil kritik adegan panas hasil lakonan Zul Ariffin.

Tak pasal-pasal pada malam jumaat, Instagram Zul telahpun dijadikan tempat lepas geram warganet setelah dia tampil muat naik adegan panas didalam drama lakonannya tersendiri di laman sosial miliknya. Rakaman tersebut jelas kelihatan Zul sedang mendukung Siti Hariesa dari depan dan dikatakan melakukan perkara yang tak sesuai untuk jadi tayangan masyarakat di negara ini. Malah ianya bukan sahaja jadi bahan kritikan warganet, rakaman ini juga turut tarik perhatian ramai setelah pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang juga tampil beri teguran pada adegan panas tersebut. Walau macam manapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif tampil jelaskan adegan yang telah dibocorkan itu rupanya adegan kedua yang mungkin tidak akan ditayangkan dan hanya bertujuan untuk menarik publisiti. Sumber: Mstar

Erma Fatima Tampil Kongsi Rahsia Anaknya Kini Seorang Bkas Bndvan. Sekali Ini Luahan Hatinya Buat Ramai Sebak. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Senakal mana sekalipun si anak, hati kecil si ibu tidak akan mampu untuk membuang mereka dari kehidupan. Itulah yang dapat digambarkan mengenai kasih dan sayangnya pelakon dan pengarah ternama tanah air, Erma Fatima dalam luahan rasa di laman Instagram peribadinya pada 2019 lalu.

Dalam entri tersebut, Erma berkongsi rahsia yang selama ini tidak diketahui umum. Anak ketiganya, Ahmad Aifin pernah dipenja.rakan sejak Mei 2016. Walaupun kasih dan sayang dicurah, ilmu pendidikan dibekalkan kepada Ahmad Aifin, namun, dia diduga dengan ujian yang amat berat itu. “YA, anak saya kini bekas seorang bn.duan. Atas izinnya saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Saya berkongsi semua ini bukan kerana mahukan simpati. Saya mahu berkongsi dengan semua anak muda di luar sana mengenai realiti hidup,” kata pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima mengenai kisah hidup anak angkat ketiganya, Ahmad Aifin, 23, yang baru dibebaskan dari pnj.ra.

Erma, 54, atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad ketika dihubungi berkata, Ahmad dipnjra ketika dia berumur 21 tahun. Namun katanya, dia belum bersedia berkongsi sebab anak angkatnya dipnjrakan. Menurut Erma, dia tidak pernah melawat anaknya itu di pnj.ra disebabkan kerana terlalu kecewa dan sedih. Biarpun hati Erma kecewa, namun sebagai ibu dia tetap menerima takdir anaknya yang kini bekas seorang bn.duan. “Sekali pun aku tak pernah jengok dia di pnj.ra kerana aku kecewa, sedih, hancur hati ini… Hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia. Semua dalam keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari pn.jra. Anak-anak aku yang lain jemput dia di pn.jra dan bawak pulang ke rumah. Semua takut aku tak terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya. Walaupun dia tinggalkan aku. Hancurkan hati aku tapi aku tetap ibu dia. Ye anak aku kini bekas seorang bn.duan,” ujarnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Erma mengakui tidak malu memiliki anak sepertinya kerana menganggap itu adalah dugaan paling besar dalam hidupnya yang terpaksa ditempuh. “Apabila saya minta izin berkongsi perkara ini, dia tanya saya, mama tak malu ke beritahu orang anak mama bekas bnd.uan? Saya cakap, tidak pernah malu memiliki anak dikurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup yang terpaksa ditempuh. Menerusi perkongsian ini, saya mahu keluarga yang memiliki anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan daripada cerita ini. Itu saja,” katanya.

Erma juga mengakui, anak yang dipelihara dari usia sehari itu kembali ke pangkuan bapa kandungnya ketika berusia belasan tahun. “Satu hari atas percaturan orang tertentu, dia kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya ketika itu. Pada Mei 2016, saya mendapat berita dia dit.ngkp p.0lis dan dipenj.rkan. Menurut Erma, dia ingin berkongsi perkara itu untuk golongan belia menyedari tentang realiti hidup.

“Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati. Aku mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup. Aku mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita aku ini. Itu saja, nanti aku akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk pn.jra,” ujarnya. Turut memberi sokongan dan doa yang terbaik buat Erma adalah adiknya sendiri iaitu pelakon Datin Seri Umie Aida menerusi komen di Instagram. Selain Ahmad Aifin, Erma mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 28, Ahmad Arir, 26 dan Nurain, 15. Sumber : mStar, Instagram Erma Fatima

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.