Tular dikatakan membuat kecoh sesama pihak media, Kali ni bekas suami Siti Saleha tampil ingin beri pampasan sebulan gaji

Viral

Kini salah seorang pegawai khas Ahli Parlimen Pekan Najib Razak, Ahmad Lutfi Azhar tak pasal-pasal dijadikan tumpuan warganet setelah dikatakan membuat kekecohan dan brtngkar sesama pihak media. Kini Lutfi yang juga merupakan bekas suami pelakon terkenal, Siti Saleha telah bertindak untuk menunjukkan kemarahannya kepada wartawan terbabit gara gara enggan memadamkan foto yang diambil olehnya. Lutfi juga dikatakan telah menghemburkan perkataan kes.4t dan merapatkan wajahnya dengan wartawan itu. Ahmad Lutfi Azhar (in blue coat), the special officer to former PM Najib Razak, has offered an apology as well as a month’s salary after a row with a journalist on Tuesday, where he supposedly berated the newswoman.

Tidak mahu terukkan lagi keadaan, Lutfi pula tampil lakukan permohonan maaf dan tampil perjelaskan perkara sebenar. Dia cuma menganggap tindakannya tegas tapi tidaklah kes.at dan tampil akui perkara itu sememangnya benar berlaku. Namun, Lutfi juga ada menawarkan wang pampasan sebanyak satu bulan gaji terhadap pihak yang terkesan di atas kejadian yang berlaku. “Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf atas saIah faham dan jika saya nampak seolah-olah meny1nggung perasaan.” Saya tegas tetapi tidak kes4t, bagaimanapun saya tahu saya saIah kerana saya tidak sepatutnya meminta media mem4damkan gambar walaupun dia mengambil gambar saya dan bukan Najib. Ujar Lutfi, tindakan itu adalah di luar kebiasaan dan mungkin terjadi disebabkan oleh situasi teg4ng dan juga keletihan. Sumber, Motif Viral

Siti Saleha sah berpisah. Pelakon Siti Saleha, 32, sah berpisah dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini. Siti Saleha mengaku perpisahan itu berlaku secara baik dan reda jodoh dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan empat tahun. “Okay, untuk hari ini, kami sudah berpisah secara baik. Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini sahaja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebihnya, saya tak nak ulas apa-apa,” katanya.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini juga enggan mengulas lanjut mengenai butiran berkenaan prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang. “Kami tiada persefahaman, itu sahaja… Terima kasih,” katanya. Terdahulu, pada 13 Oktober tahun lalu, Siti Saleha mengesahkan sudah memfailkan perpisahan terhadap Ahmad Lutfi. Siti Saleha dilaporkan berkata, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah. Berita keretakan rumah tangga mereka agak mengejutkan kerana Siti Saleha tidak pernah berkongsi masalah peribadi secara terbuka dalam media sosial atau media massa. Kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar bersama suami pada 24 Mac tahun lalu. Hantaran itu sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35. Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Sumber – HM Online

Bawa watak wanita ada masalah rumah tangga, Siti Saleha akui ada terkait kisah peribadi. Saleha profesional dalam menggalas watak dalam lakonan. Memegang watak seorang isteri dan ibu yang berhadapan dengan masalah kerjaya dan rumah tangga, pelakon Siti Saleha akui ia sedikit sebanyak memberi gambaran terhadap kisah peribadinya. Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 32, bagaimanapun mengambil sikap profesional dan tolak tepi semua masalah peribadi untuk menjayakakan watak Doktor Suzana dalam drama terbaharu berjudul Love In Lockdown.

“Betul ada sedikit terkait dengan kisah peribadi saya. Bagaimanapun seperti mana-mana tawaran berlakon, saya akan letakkan sepenuh jiwa untuk menjayakan sesebuah watak. Saya sentiasa bersikap profesional dan tolak tepi kisah peribadi,” ujar Saleha. Untuk rekod, Saleha sah berpisah dengan bekas suami Ahmad Lutfi Azhar pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Klang. Mereka mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Berkongsi lanjut tentang drama tersebut, Saleha juga amat teruja kerana diberi tanggungjawab sebagai seorang frontliner ketika berhadapan dengan situasi pandemik CvdI9.

Saya sentiasa bersikap profesional dan tolak tepi kisah peribadi. Dia juga menjadikan watak Meredith dalam drama popular Grey’s Anantomy sebagai inspirasi ketika di set penggambaran. “Watak ini adalah sesuatu yang saya hendak cuba kerana saya boleh rasa bagaimana menjadi frontliner yang bekerja tanpa henti ketika situasi pandemik. Sering kali melakukan swab test untuk bekerja, jadi serba sedikit memberi gambaran kepada saya tentang watak ini. Selain itu saya melihat bagaimana penatnya watak Meredith yang merupakan seorang doktor sebagai salah satu contoh. Kekuatan watak Doktor Suzana dalam cerita ini mungkin tidak sama seperti diri saya, tetapi sifat sebagai seorang yang sangat suka dengan kerjanya adalah gambaran tentang diri saya,” katanya. Drama ini turut membariskan pelakon lain seperti Shah Iskandar, Julia Farhana dan pelakon baharu Sara Mack. Ia bakal ditayangkan bermula 20 Februari secara pensrtiman di platform SOOKA. Sumber: Mstar

Watak terkait kisah sendiri, Siti Saleha okey. “Saya sentiasa bersikap profesional dan tolak tepi kisah peribadi.” Itu pengakuan pelakon jelita, Siti Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd. Baharum yang diberi tanggungjawab memainkan peranan seorang isteri dan ibu berhadapan masalah rumah tangga dalam drama terbaharu, Love In Lockdown. Kata Saleha, 32, memegang watak Doktor Suzana dalam drama berkenaan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya. “Betul ada sedikit terkait dengan kisah peribadi saya. Bagaimanapun seperti mana-mana tawaran berlakon, saya akan letakkan sepenuh jiwa untuk menjayakan sesebuah watak,” katanya sambil meluahkan rasa terharu atas setiap  sokongan yang diberikan kepadanya. Siti Saleha menyifatkan takdir tertulis (perpisahan) untuknya adalah aturan terbaik daripada Tuhan.

Mengulas lanjut tentang drama tersebut, Saleha berasa amat teruja kerana diberi tanggungjawab sebagai seorang petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan situasi pandemik CvdI9. Saleha menjadikan watak Meredith dalam drama popular, Grey’s Anantomy sebagai inspirasi ketika berada di set penggambaran. “Watak ini adalah sesuatu yang saya hendak cuba kerana saya boleh rasa bagaimana menjadi ‘frontliner’ yang bekerja tanpa henti ketika situasi pandemik. Sering kali melakukan ujian calitan untuk bekerja, jadi serba sedikit memberi gambaran kepada saya tentang watak ini. Selain itu saya melihat bagaimana penatnya watak Meredith yang merupakan seorang doktor sebagai salah satu contoh. Kekuatan watak Doktor Suzana dalam cerita ini mungkin tidak sama seperti diri saya, tetapi sifat sebagai seorang yang sangat suka dengan kerjanya adalah gambaran tentang diri saya,” katanya.

Selain Saleha, Love In Lockdown turut membariskan pelakon handalan lain seperti Shah Iskandar, Julia Farhana dan pelakon baharu, Sara Mack. Drama rantaian berkenaan bakal ditayangkan bermula 20 Februari menerusi laman penstriman, SOOKA. Terdahulu, Saleha sah bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Klang. Sumber: KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.