Ahli keluarga dah terima wang pampasan RM1.5M, Kini PM minta kes Muhammad Adib disiasat secara menyeluruh

Viral

Seluruh Malaysia pasti masih tidak boleh lupakan apa yang berlaku saat November 2018 yang mengakibatkan Muhammad Adib Mohd Kassim yang terlibat dalam rsuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. Terima pampasan RM1.5 juta. Kini PM, Datuk Seri Ismail Sabri mendedahkan pihak kerajaan telah pun memberi wang pampasan berjumlah RM1.5 juta buat ahli keluarga Muhammad Adib pada 29 November 2021. Beliau juga turut menjelaskan bahawa siasatan berkenaan kejadian tersebut masih lagi dijalankan dan perlu disiasat secara menyeluruh agar dapat beri pembelaan yang sewajarnya.

Kes kehilangan Muhammad Adib masih lagi dalam siasatan secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan yang sewajarnya. Jawatankuasa khas siasatan telahpun bentangkan laporan interim pada 15 Mac 2022. Terdahulu, mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kehilangan Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jnyh yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. Sumber : Kosmo

Kehilangan Muhammad Adib terbela. Penubuhan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kehilangan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan tanda prihatin kerajaan kepada kebajikan penjawat awam. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tan Sri Mohammad Hamdan Wahid, berkata penubuhan jawatankuasa itu sejajar hasrat dan cadangan diutarakan pihaknya supaya kekusutan serta pertikaian berbangkit kes Allahyarham Muhammad Adib dirungkai dengan penuh iltizam serta bertanggungjawab.

“Saya mewakili seluruh warga JBPM berdoa supaya kes Allahyarham Muhammad Adib mendapat keadilan sewajarnya. Ini sekali gus menyampaikan mesej jelas kepada masyarakat keselamatan nyawa penjawat awam, khususnya petugas barisan hadapan sentiasa menjadi keutamaan dan tanggungjawab kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohammad Hamdan turut merakamkan penghargaan atas kesungguhan dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersetuju menubuhkan jawatankuasa itu. Kabinet menubuhkan jawatankuasa khas itu yang akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun. Muhammad Adib, cedera parah ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018.

Allahyarham dikatakan diserang serta dipukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan, selain dua kenderaan lain dibakar dalam rusuhan berlaku berikutan perselisihan di antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil berusia lebih 100 tahun itu. Prosiding inkues bagi menyiasat kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam di hadapan Koroner Rofiah Mohamad berlangsung selama 41 hari dan berakhir 24 Julai 2019. Seramai 30 saksi dipanggil dan 137 bahan bukti dikemuka. Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah dilakukan lebih dua individu tidak dikenali. Sumber: BH

Jangan tutup siasatan kes Muhammad Adib walau sementara – PPMM. PPMM mendesak Peguam Negara dan Ketua Polis Negara menzahirkan kedudukan terperinci mengenai kes Muhammad Adib (gambar) dan tidak hanya berdiam diri. Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menzahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang memaklumkan bahawa kes kehilangan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara. PPMM dalam satu kenyataan hari ini mendesak siasatan kes pembnh.4n arw.4h Muhammad Adib tidak ditutup walaupun sementara dan usaha perlu dilipatganda bagi mencari keadilan.

Tegas Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, kenyataan menutup sementara kes seharusnya tidak dikeluarkan oleh seorang menteri, apatah lagi yang tidak berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang jnyh.“Sewajarnya Peguam Negara atau Ketua Polis Negara yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pendakwaan dan siasatan jnyh. “Jika siasatan ditutup bagaimanakah bukti baharu akan diperolehi?” soal Zainul Rijal. PPMM juga mendesak Peguam Negara dan Ketua Polis Negara menzahirkan kedudukan terperinci mengenai siasatan tersebut dan tidak hanya berdiam diri. Sabtu lalu, Zuraida berkata, kes kematian Muhammad Adib ditutup sementara dan akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.Katanya, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib. Muhammad Adib pergi buat selamanya selepas mengalami luka parah dalam satu kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada tahun 2018.Allahyarham pergi di Institut Jantung Negara (IJN). Sumber: Astro Awani

‘Kenapa masih nak siasat punca kehilangan Adib’. “Kenapa masih nak siasat punca kehilangan Adib, mereka tidak percaya kepada keputusan mahkamah?” luah Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, bapa kepada anggota bomba, Muhammad Adib yang pergi buat selamanya akibat rsvhan ketika kekecohan di tapak kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018. Menurut Mohd Kassim, ahli keluarga kini hanya mahu tahu pelaku yang menyebabkan kehilangan anak keduanya itu. “Kami sudah lama bersabar untuk melihat sendiri wajah pelaku yang menyebabkan kehilangan Adib. Tetapi sampai sekarang kerajaan masih hendak siasat penyebab kehilangan Adib. Bukankah keputusan inkues yang lepas sudah jelas mengatakan bahawa kehilangan Adib disebabkan perbuatan jnyh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini. Menurutnya, mahkamah sebelum ini juga sudah mengeluarkan arahan untuk menyiasat dan mencari individu yang menjadi penyebab kehilangan Muhammad Adib.

“Semua dokumen sudah ada, sepatutnya mereka gunakan dokumen siasatan itu untuk cari pelaku yang terlibat dalam kes ini. Saya bukan cakap kosong, saya cakap berdasarkan keputusan Mahkamah Koroner, bukan seorang saksi yang tampil beri penerangan sepanjang inkues itu, bukti-bukti pun ada. Jadi sudah-sudah la buang masa, nak tangguh sampai bila. Kami ahli keluarga semua berpegang pada keputusan inkues itu dan kami nak kerajaan cari pelaku secepat mungkin,” katanya.

Zuraida beri jaminan kes Adib akan diselesaikan. Pembela gesa PDRM, KDN perjelas kes Allahyarham Adib. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat memberitahu bahawa hasil siasatan terhadap penyebab kematian Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi. Menurutnya, siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya. Pada 27 September 2019, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali. Sepanjang prosiding inkues bermula Februari 2019, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan Mohd Kassim turut dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan. Sumber, Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.