Dijual dengan harga RM890, Penjual baju mickey mouse dedah kenapa baju kedut ni harga mahal

Viral

Makin lama makin rancak di media sosial peniaga-peniaga yang menjual pakaian bundle. Namun, tidak mustahil ada juga yang dijadikan perniagaan baju sebagai salah seorang sumber rezeki utama walaupun ada juga yang menganggap ianya sebagai pendapatan sampingan. Dalam pada itu, tidak dapat di nafikan harga baju bundle kini ada yang dijual lebih mahal berbanding pakaian baharu atas beberapa faktor. Begitu juga dengan seorang lelaki yang hanya mahu di kenali sebagai Nik Pok Den yang menjual sehelai baju bundle pada harga RM890.

“Saya berniaga pakaian bundle ni sejak tahun 2017 sampai sekarang atas dasar minat. Saya tiada sebarang pengalaman berniaga dalam dunia bundle, sebelum ni cuma mampu ber serah pada rezeki ditetapkan oleh Allah. Cuma saya pilih jalan ni sebab sebagai orang kampung, nak keluarkan modal besar tu tak mampu. Saya berniaga bundle secara 0nline bermula dengan modal RM200 sehingga RM300. Saya jual di Facebook dan TikTok saja. Tapi saya lebih banyak tumpu kan jualan di Facebook sebab dalam tu ramai kawan support saya berniaga. Saya bekerja kerajaan jadi tak dapat tumpu kan sepenuhnya ber niaga bundle. Ada masa baru saya masukkan gambar dalam media sosial baju-baju yang saya jual,” jelasnya. Bercerita lanjut mengenai perkongsian video sehelai pakaian yang berjaya dijual dengan harga RM890, lelaki ini menerima kecaman daripada warganet. Malah ramai yang tidak percaya baju vintaj MickeyMouse tampal ini tersebut terjual setelah melihat keadaan baju yang kedut dan agak lusuh.

“Ramai yang kritik bila tengok keadaan baju tu siap ada yang cakap saya salah tulis harga, sepatutnya RM8.90. Tapi saya tengok pada sudut positif saja bila ramai lagi yang komen baik-baik. Bagi yang tak tahu menilai barang bundle mungkin mereka tak akan faham. Baju tu pada awal nya baru keluar guni, biasalah… kedut-kedut tu. Tapi kalau bagi customer, lagi kedut lagi ramai orang cari sebenarnya sebab mereka tahu tu baju ‘baharu’. Saya anggap saja mereka yang kecam tu tak tahu pasal dunia bundle,” ujar Pok Den.

Bercerita lanjut mengenai bagaimana ia terjual, Pok Den menyatakan bahawa dia pada mulanya mengiklankan baju tersebut di Facebook. Menurut bapa kepada lima anak ini, baju ini kemudian nya dibeli oleh salah seorang pelanggan yang juga kenalannya. Tambahnya, pembeli ini merupakan seorang lelaki dari Kelantan yang meminati barang-barang kartun Mickey yang telah berurus niaga dengannya di WhatsApp.

“Saya bersyukur bila customer ni beli baju vintage tahun 80an ini. Apatah lagi sekarang susah nak buat sale. Tambah lagi di zaman CvdI9 ni nak dapat seorang customer pun payah. Semua orang nak berjimat tapi saya fikir semua peniaga bundle alami situasi yang sama. Sebab seronok, saya postlah video baju terjual tapi ramai pula perli saya. Pelanggan yang yakin nak beli baju bundle dengan harga tu mungkin sebab dia tahu menilai barang. Biasanya mereka akan check bahagian tag di kolar baju. Dekat situ mereka boleh tengok nilai baju tu yang sepatutnya dijual dengan harga berapa. Lagipun saya boleh tahu nilai baju tu setelah sekian lama berada dalam bidang jualan bundle. Saya pun ada baca buku bundle dan semua orang boleh buat rujukan setiap item baju dibeli samada ia fake atau original,” jelasnya.

Justeru, menurut lelaki yang menetap dan berniaga di Ipoh, Perak ini, dia bercadang untuk meluaskan perniagaan bundle dengan membuka sebuah kedai kelak. Menurut Pok Den, dia yakin apabila perniagaan bundle semakin dikenali ramai, tiada pihak akan pertikaikan jika harga mahal ditetapkan untuk sesetengah barangan terpakai. Sumber, MSTAR

Peniaga bundle sedekah pakaian, sebak kedai belum buka mangsa banjir dah tunggu depan pintu nak tukar baju basah – “Ada yang bawa duit RM10’’. Orang ramai datang mengambil pakaian percuma di Z Bundle, Shah Alam, pada Ahad. Tragedi banjir yang melanda beberapa negeri ternyata meruntun hati kita semua. Dalam duka yang melanda, ramai rakyat negara ini turut mengambil peluang untuk memberi bantuan mengikut kemampuan masing-masing. Tidak terkecuali seorang peniaga bundle di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor yang membuat agihan baju percuma pada Ahad. Menurut Mohd Ismail Abdullah, 38, dia terpanggil untuk menghulurkan bantuan memandangkan ramai orang sekeliling di kawasan itu teruk terjejas ekoran banjir yang melanda.

“Pertamanya, saya bersyukur kawasan sekitar kedai dan rumah saya tidak ditenggelami air banjir. Saya lihat komuniti dekat-dekat kawasan ini banyak yang terjejas. Saya tengok kedai kawan-kawan pun banyak yang ditenggelami air. Dalam keadaan itu, saya niatkan buka kedai untuk bagi pakaian secara percuma. Sesiapa yang datang, boleh ambil saja. Sebelum saya buka pintu kedai dah ada makcik-makcik yang menunggu kat depan. Mereka tak tahu pun yang saya nak bagi percuma, pada pagi itu saya belum buat hebahan lagi. Ada yang datang dengan duit RM10, nak beli pakaian sebab baju dipakai mereka sudah basah. Kita faham, mereka dilanda musibah, jadi saya pun niatkan untuk bersedekah,” ujarnya.

Mesra disapa Mael, lelaki yang berasal dari Perak itu mendedahkan dia dikunjungi lebih 100 pelanggan yang terdiri daripada mangsa banjir pada hari tersebut. Saya terharu dapat bantu, saya bukannya Ustaz Ebit Lew. Antara yang diagihkan secara percuma termasuklah baju, seluar dan baju sejuk. Dalam pada itu, Mael akui puas dapat menghulurkan bantuan mengikut kemampuannya sendiri.

“Saya sedih tengok mereka. Kebetulan pusat pemindahan hanya 400 meter dari kedai saya. Yang mana datang, saya minta mereka uar-uarkan pada orang lain pula. Saya terharu dapat bantu, saya bukannya Ustaz Ebit Lew. Kali ini rasa berbesar hati dapat bantu mereka yang sedang memerlukan. Lagi terkejut bila video di kedai bundle saya turut viral di TikTok. Saya terharu baca komen warganet semua,” ujarnya lagi.

Dalam video tular itu, kelihatan seorang wanita sebak selepas dia menerima pakaian percuma yang diberikan oleh Mael di kedainya. Video itu sehingga kini meraih lebih 64,000 tontonan di aplikasi TikTok, Menurut Mael, kedai Z Bundle itu sebelum ini diusahakan oleh bekas majikannya, namun ia diambil alih oleh dia sendiri pada tahun 2017. Imbas Mail yang sudah 15 tahun berniaga, dia sebelum ini turut terjejas teruk dek pandemik yang melanda negara sejak tahun lalu. “Saya ni baru saja terlepas. Baru nak bernyawa selepas CvdI9 melanda. Masa CvdI9, agak perit sebenarnya. Dulu saya makan gaji, kemudian saya ambil alih daripada bos pada tahun 2017. Saya ni dikira bernasib baik sebab berniaga sendiri, tiada staf. Isteri saya kerja pembantu klinik. Ketika kedai tak dibuka, dia yang banyak bantu selama ini,” ujarnya lagi. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.