Tular gambar nampak macam baby bump, tak boleh berdiam akhirnya tuan badan sendiri tampil buat pengesahan

artis

Penyanyi Sheryl Shazwanie tampil menjawab persoalan peminat mengenai telahan ramai yang mengatakan dia kini sedang hmil anak pertama. Menurut isteri kepada penyanyi Azzam Sham ini, dia belum lagi mengndung, namun meminta semua agar mendoakan yang terbaik. “Previous post was very controversial. Azzam Sheryl Junior belum ada lagi guys. Doakan yang baik baik untuk kami okay,” jelas Sheryl pada hantaran terkini di Instagram. Sementara itu menerusi Insta Stories, penyanyi lagu Perasaan dan Hati-Hati Dengan Cinta ini sekali lagi menjelaskan perkara sama.

“Komen kat FB semua tak rileks. Btw saya belum pregnant. Doakan yang baik-baik,” tulisnya lagi. Terdahulu, perkongsiannya di Instagram menjadi perhatian peminat apabila ada yang mendakwa figura Sheryl tampak berubah dan ‘baby bump’ juga seolah-olah kelihatan. Sekadar informasi, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Petaling Jaya. Sumber, MH

Pasangan penyanyi Azzam Sham, 25, dan Sheryl Shazwanie, 25, sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, jam 10 pagi, hari ini. Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham ketika dihubungi memohon maaf kerana tidak berkongsi perkara itu bagi memenuhi permintaan kedua belah keluarga. “Sebenarnya majlis pernikahan sudah rancang lama. Tarikh hari ini pun dipilih dan dipersetujui kedua belah keluarga, malah mereka juga minta kalau boleh tidak dihebahkan sebab majlis hari ini hanya membabitkan keluarga saja,” katanya kepada Harian Metro.

Pada majlis itu, Azzam yang juga juara program Big Stage 2020 menyerahkan mas kahwin RM300 berserta wang hantaran RM12,000. Berkongsi mengenai perkahwinan itu, Azzam berkata, sekarang dia sudah menggalas tanggungjawab baharu dalam kehidupan selain berharap perhubungan mereka dipermudahkan Allah SWT. “Sekarang saya sudah menjadi suami orang. Pastinya sebagai suami saya kena belajar menjadi lebih matang selain memikul tanggungjawab yang lebih besar.

“Perkahwinan ini juga bermakna saya sudah masuk fasa baru dalam hidup. Saya bersyukur sepanjang perkenalan dan perhubungan kami dipermudahkan sebelum memutuskan untuk bernikah,” katanya. Mengenai soal cahaya mata, Azzam berkata, dia menyerahkan perkara itu pada rezeki Allah. “Cahaya mata, belum terfikir lagi. Kalau boleh nak kukuhkan ekonomi dan kewangan dulu. Buat masa sekarang biarlah relax dulu. Insya Allah, kalau ada rezeki kami tidak menolak,” katanya. Azzam dan Sheryl berkawan selama enam tahun sebelum mula rapat pada 2019 dan kemudian melangsungkan pertunangan mereka pada 30 September lalu.

HANYA hangat dengan kisah cintanya bersama penyanyi Azzam Sham, selain itu nama Sheryl Shazwanie, 24, tidak pernah terkait dengan sebarang cerita sensasi mahu pun kontroversi. Malah, dia yang juga sudah lali dengan pelbagai kritikan diterima, selesa membiarkan saja apa yang hendak diperkatakan orang terhadap dirinya. Selama enam tahun membina kerjaya nyanyian, Sheryl atau nama sebenar Sheryl Shazwanie Samsulbahri mengakui banyak dugaan ditempuhi terutama dalam memastikan single yang dirakam mendapat sambutan.

“Kalau diukur dari segi popular dan nama dikenali, saya sedar masih perlu terus berusaha lagi. Ini kerana, dalam kerjaya nyanyian ada pasang dan surutnya. “Saya dulu pernah hilang semangat dan rasa tak mahu menyanyi lagi ketika single pertama Hati Hati Dengan Cinta yang dilancar pada 2017 kurang mendapat sambutan. “Namun, keadaan sebaliknya dengan kehadiran single Perasaan pada 2018 yang membantu saya dikenali segelintir peminat. Jadi, saya rasa selagi ada rezeki menyanyi, baik teruskan saja,” katanya.

Muncul dengan single baharu berjudul Jangan Ragu ciptaan Asfan Shah pada Februari lalu, Sheryl berkata, dia gembira lagu itu semakin mendapat sambutan, mesra pendengar dan tersenarai dalam carta lagu popular di radio. “Saya tak menjangka dalam situasi pandemik sekarang, lagu Jangan Ragu masih ada rezekinya diminati pendengar. Bagi saya, syukur pada Allah kerana masih ada ruang bernafas untuk kerjaya nyanyian ini. “Hampir dua tahun Covid-19 melanda negara, saya akui sudah lama tidak menyanyi. Malah, untuk promosi lagu Jangan Ragu di radio pun saya tak dapat buat,” katanya.

Ditanya mengenai sumber pendapatan, Sheryl tidak berselindung dan memaklumkan ia diperoleh hasil dari saluran YouTube miliknya dan ‘review’ produk di Instagram. “Alhamdulillah, sepanjang pandemik ini rezeki pendapatan saya datangnya dari ‘content’ di YouTube dan Instagram. Cukup untuk menampung kelangsungan hidup saya. “Saluran Youtube saya hingga kini mempunyai 563,000 ‘subscriber’ dengan 125 video yang dimuat naik. Bahkan, setakat ini juga jumlah tontonan semua video saya mencecah 87 juta.

“Terus terang saya akui hanya mampu bersyukur dengan rezeki Allah. Meskipun kerjaya nyanyian saya seakan suram, tapi rezeki tetap ada dari cabang yang lain. Saya pun bukan selalu muat naik video baharu di YouTube,” katanya. Kata Sheryl lagi, saluran YouTube itu dibangunkannya sejak 2013 dan memuat naik video lagu ‘cover’ popular dinyanyiankan. Katanya, ia sekadar untuk berkongsi minatnya menyanyi pelbagai jenis lagu. “Sebenarnya saya pun tak bercita-cita nak jadi penyanyi. Hanya kerana minat, tapi rezeki dari Allah yang sudah membawa saya melangkah sejauh ini. Jadi, sekarang saya ikut ‘flow’ saja.

“Malah, genre muzik yang sesuai dengan vokal saya adalah balada. Jadi, saya akan terus menyanyikan lagu balada, manakala genre muzik lain pernah juga cuba, tapi kurang dapat sambutan,” katanya. Sudah merakamkan beberapa lagu duet ‘cover’ dan sendiri seperti Suaramu Syairku, Bicara Rasa, Saat Bahagia dan Jika Ini Takdirnya, Sheryl berhasrat mahu tampil dengan karya duet pada tahun depan. Bakal berganding dengan kekasih hati, Azzam katanya, mereka sudah berjaya menyiapkan satu lagu duet baharu bersama-sama. Cuma, belum dapat dirakamkan di studio lagi.

“Saya dan Azzam, kami bercadang mahu tampil menyanyi duet dengan lagu sendiri. Apatah lagi, ia sebagai memenuhi permintaan peminat kami. Alhamdulillah, sokongan diterima sangat positif. “Kami mahu terus cuba berduet lagi walaupun single terdahulu, Jika Ini Takdirnya mendapat sambutan yang baik. Lagipun, menyanyi lagu duet ada cabaran tersendiri,” katanya. Berbicara mengenai lakonan, Sheryl yang berlakon dalam Rusa After Class di YouTube berkata, pembabitannya sekadar mencuba kembangkan bakat seni.

Ditambah, dapat peluang dari pihak syarikat rakamannya. “Untuk lakonan, bagi saya sekarang biar berlakon dalam ‘content’ YouTube dulu. Saya masih perlu timba banyak pengalaman berlakon lagi jika mahu mencuba nasib beraksi dalam drama selepas ini. “Apapun, saya tak nak terburu-buru dalam membuat keputusan. Pada saya, rezeki akan tetap datang kepada saya apabila sampai waktunya. Jadi, tak perlu saya nak memaksa diri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.