Memang nampak lain sangat, warganet risau bila gambar terbaru Zahirah nampak cengkung

artis

Zahirah MacWilson atau nama penuhnya Nur Zahirah MacWilson binti Zainol. Lahir pada, 1 Februari 1995 di Kuala Lumpur, Malaysia. Memiliki Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin, Perth, Australia. Bekerja sebagai model dan pelakon yang aktif dari 2015 sehingga kini. Memiliki ketinggian 5 kaki 8 inci (1.73 meter). Nur Zahirah MacWilson binti Zainol atau nama komersialnya, Zahirah MacWilson adalah pelakon dan model wanita Malaysia. Nama tersebut merupakan gabungan nama dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Nama yang diberikan ialah Nur Zahirah dan nama keluarganya ialah MacWilson. 

Meskipun dilahirkan di Kuala Lumpur, Zahirah membesar di Sydney, Australia dan berketurunan British di sebelah ayah dan Melayu di sebelah ibu. Beliau adalah anak sulung dari empat adik-beradik. Mungkin ramai tak mengetahui yang ayahnya, Zainol Johari Macwilson pernah berkhidmat sebagai penyampai berita TV3. Bergelar model seawal usia 12 tahun sewaktu masih berada di sekolah rendah. Pada tahun 2015, Zahirah membintangi drama orientasi remaja, Dunia Generasi Baru (watak Zahra) yang menjadi penanda aras kerjaya lakonan profesional. Kemudian, beliau memegang pula watak Dr. Katrina dalam drama Hidayahmu Ramadan.

Namanya mula menjadi sebutan setelah menjayakan drama Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad. Memegang watak Annisa, drama ini berkisar tentang kisah percintaan antara Anissa dan Hisham. Anissa seorang yang berfikiran jauh dan ingin menyambung pendidikan di menara gading. Dipasangkan dengan Shukri Yahaya dalam drama Cik Cinderella dan Encik Tengku, watak Puteri Nuraisha yang dimainkan oleh Zahirah sekali lagi membuahkan hasil. Oleh kerana sambutan yang begitu memberangkan, telefilem khas Aidilfitri, Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya juga menemui penonton setianya.9. Paling terbaru ialah drama Tak Ada Cinta Sepertimu (watak Athea Irdeena) bersama Syafiq Kyle yang ditayangkan di Astro Ria, menggantikan drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose.

Ramai memuji dan tidak kurang juga mencemburui Zahirah Macwilson apabila pelakon itu semakin kurus. Bagaimana dia jaga berat badan untuk kekal langsing sebegitu selepas melahirkan cahaya mata? Pun begitu, ada juga menzahirkan rasa bimbang dek penampilannya kini kelihatan cengkung berbanding sebelum ini.

KOMEN WARGANET:

Baru Anak Seorang. Sekali Ada Satu Benda Yang Buat Ramai Cembvru Dengan Zahirah Macwilson. Umum tahu, pelakon Zahirah Macwilson kini memegang status ibu selepas dianugerahkan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees. Penampilan Zahirah di Instagram (IG) sentiasa menarik perhatian wargamaya. Dengan tubvh badan langsing tidak ubah seperti sebelum berkahwin, pemilik nama Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson membuatkan rata-rata peminat terutama wanita berasa cemburu. Menjengah di ruangan komen,

rata-rata warganet ‘insecure’ dengan pervt kempis isteri aktor Aiman Hakim Ridza yang seakan tidak pernah bersalin. Malah, ada pengikut yang bertanya sama ada wanita berumur 27 tahun itu mengamalkan diet dalam kehidupan harian. Bagaimanapun, sebelum ini pelakon drama Cvri-Cvri Cinta mended4hkan berat badannya svsut mungkin disebabkan terlalu sibuk menguruskan anak. Terdahulu, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Zahirah selamat melahirkan Isaac di Perth pada 5 Januari lalu. Sumber, Rose Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.