Sebelum ni asyik kena kritik je dengan warganet, tapi apa yang Shima buat kali ni pulak ramai yang puji

artis

Tular di media sosial milik penyanyi, Baby Shima baru-baru ini yang memuatnaik videonya mengemas pinggan kotor selepas makan di sebuah medan selera mencuri tumpuan ramai. Menerusi muatnaik tersebut, penyanyi tersebut hanya sekadar mahu membantu meringankan tugas pekerja di kedai makan dengan menyusun pinggan-pinggan kotor dan mengelap meja ditempatnya. Melihat video pendek tersebut, ramai yang memuji sifat membantu penyanyi tersebut dan ramai yang berkongsi melakukan amalan yang sama apabila keluar makan di kedai makan dan mengatakan amalan seperti itu patut dicontohi.

Dalam pada itu, ada juga yang memberi komen tidak menyangka selebriti cantik seperti Shima juga makan di kedai biasa seperti orang lain. Menurut Shima, dia akui suka makan di kedai biasa dan warung di tepi jalan kerana rasanya lebih sedap. Seperti kata warganet, amalan seperti ini patut dicontohi lagi pun memudahkan kerja orang lain juga satu amalan yang mulia betul tak. Klik sini untuk lihat video.

Dikatakan Jual Minuman Keras Bukannya Jamu. Baby Shima Tampil Perjelaskan. Penyanyi sensasi Baby Shima sekali lagi menjadi individu dikritik warganet apabila ada yang mendkwa produk madu yang dijualnya merupakan minuman terlarang. Lebih menyedihkan, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 27, dia didkwa menggunakan wang harm menjalankan perniagaan produk penjagaan kesihatan tersebut. “Mungkin mereka tak suka saya, jadi apa pun saya lakukan tetap salah pada mata warganet. Padahal dari segi botol jamu, memang tak ada persamaan langsung dengan botol minuman tersebut. Saya juga digt supaya berhenti jual jamu. Lebih teruk, ada yang sampai cakap, hasil jamu yang saya jual adalah duit yang hr.4m. Mereka marah-marah dan tak bagi saya jual jamu,” katanya.

Beberapa hari lalu, Baby Shima memuat naik beberapa hantaran dalam InstaStory memaparkan komen-komen warganet yang mengatakan produk jamu jualannya. Antara komen yang ditinggalkan warganet, mereka berkata, penyanyi itu menjual ar.4k kerana bentuk botol produk jamu tersebut seakan-akan sama dengan minuman keras. Kongsi penyanyi lagu Pura-pura Bujang itu lagi, kebencian warganet terhadapnya sangat melampau sehingga tahap ada yang menyuruhnya membuang jamu tersebut ke dalam longkang.

“Kalau tak sukakan seseorang, saya tak kisah dih.1na. Tapi janganlah h.na rezeki. Saya sendiri dah tak kisah kalau orang benci atau tak suka saya. Sebab saya tak boleh nak buat apa pun. Apa yang penting, saya tak kacau dan hancurkan kehidupan orang lain,” katanya lagi. Baby Shima yang terkenal dengan banyak publisiti atau gimik sebelum ini bagaimanapun menafikan kritikan yang diterimanya disebabkan produk jamu tersebut adalah salah satu strategi pemasaran daripada dirinya sendiri. “Setakat ini saya tak nampak komen mengatakan ini gimik. Warganet sendiri pun tahu saya memang ramai pembenci. Pergilah tengok mana-mana video atau gambar yang ada saya, tetap akan nampak komen kritikan walaupun dalam perkongsian kandungan yang positif,” jelasnya. Sumber KOSMO! ONLINE

Ada Yang Nampak Kelibat Misteri Dalam MV Baby Shima. Sekali Dia Dedahkan Ada Sesuatu Yang Jadi Masa Shooting. Shima berdepan gangguan mistik ketika penggambaran MV lagu baharu. Video muzik (MV) lagu terbaharu Baby Shima berjudul Bak Zaman duet bersama Fairuz Misran menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial. Ini selepas penonton mendkwa melihat kelibat dan bayangan misteri dalam MV tersebut yang dimuat naik di laman YouTube sejak Selasa. Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan oleh peminat mengenai bayangan misteri yang dilihat dalam MV berkenaan.

“Sejujurnya saya pun terkejut apabila tiba-tiba pengikut cakap nampak jelmaan dalam MV itu, saya pun tak pasti dekat minit ke berapa muncul bayangan itu. Saya muat naik sedutan MV itu di TikTok malam Selasa, terus jadi seram bila orang komen bercakap mengenai perkara itu… sampai trending video itu di laman tersebut. “Saya dan pengurusan tonton semula MV itu dan cari mana jelmaan yang dikatakan itu, kami pun hairan macam mana ada orang nampak bayangan misteri itu, mungkin pandangan orang berbeza,” katanya.

Sebelum itu, menerusi TikTok, pengikut memaklumkan melihat jelmaan misteri seakan-akan bayangan seorang wanita dalam MV lagu terbaharu nyanyian Baby Shima itu. “Seram nampak macam bayang-bayang di dinding itu, tengok belah kanan sekali. Adakah itu jelmaan? “Ada benda yang nak menyelit sekali… seelok-eloknya Baby Shima amalkan membaca doa sebelum memulakan apa-apa kerja supaya tak ada yang menumpang. Kenapa aku nampak bayangan dalam MV ni tapi korang kata tak ada? Serius seram masa tengok bahagian tu,” tulis warganet di ruangan komen.

Dalam pada itu, Baby Shima turut berkongsi pengalaman mistik yang dilalui olehnya dan produksi ketika penggambaran MV tersebut pada hujung tahun lalu. Cerita Shima, beberapa orang kru turut menerima gangguan hingga terpaksa mendapatkan bantuan ustaz. “Sebenarnya semasa penggambaran ada sedikit gangguan di mana jurumekap dan produser mengalami gangguan sampai terpaksa panggil ustaz untuk pulihkan kawasan. “MV itu menjalani penggambaran di sebuah tapak kilang di Puchong. Selesai penggambaran pengarah kami demam tapi Shima tiada apa-apa masalah cuma terasa seram sebab shooting dari pagi sampai malam. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Cuma tak sangka selepas MV dah siap timbul pula isu ini,” ujarnya.

Sedutan MV Bak Zaman yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu mendapat lebih 3.5 juta tontonan dalam masa 10 jam. MV penuh di saluran YouTube Rusa Music pula menerima lebih 100 ribu tontonan dalam masa sehari. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.