Menantu dedahkan perangai sebenar Tokti, sampai Lofa pun kagum bila tahu rupanya ini perangai Datuk Siti

artis

Umum diketahui, pelakon dan selebriti jelita iaitu Neelofa dan Izara Aishah merupakan sahabat yang sudah lama. Malah difahamkan, sebelum pencarian Dewi Remaja 2009 yang disertai mereka lagi, kedua-dua selebriti jelita ini sudah mengenali antara satu sama lain. Jadi melihatkan kedua-dua selebriti terbabit membuat live di Instagram bersama mengundang mereka nyata menjadi tumpuan dengan pantas oleh peminat mereka. Terdapat juga beberapa momen IG live mereka itu jadi tumpuan semula di aplikasi, TikTok selepas dikongsikan namun penampilan mereka cukup dikagumi ramai.

Menerusi perkongsian semula di aplikasi TikTok, atas nama seorangnur ini juga turut mendapat perhatian oleh warganet yang mana Neelofa berkongsikan rasa kagumnya terhadap penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut popular dengan panggilan Tokti. Umum diketahui juga, Tokti merupakan ibu mertua kepada Izara Aishah dan dia dilihat turut menjawab pertanyaan daripada Neelofa mengenai sikapnya. Ternyata perkongsian video-video yang dikongsikan semula itu turut masuk ruangan fyp atau for your page di aplikasi popular tersebut yang mana kedua-dua selebriti jelita itu juga menerima pelbagai pujian daripada warganet. Klik sini untuk tengok video. Sumber, HCL

Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Anak Buat Ramai Yang Dah Sabar. Bibir Dia Tu Mungil Macam Neelofa. Selepas selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Januari lalu, kini peminat begitu teruja untuk menantikan usahawan, pelakon dan pengacara, Neelofa untuk tampil berkongsi wajah putera kesayangannya, Muhammad Bilal selepas hampir tamat tempoh berpantang. Ternanti-nanti kemunculan Bilal di Instagram Uminya, kini wajah Bilal hanya dilihat sipi-sipi sahaja bila mana Neelofa mula berkongsi beberapa keping gambar Bilal biarpun tidak sepenuhnya. Melalui Insta Storynya, sesekali Neelofa turut berkongsi putera kesayangannya dan suami.

Tulis Neelofa melalui salah satu entrinya, biarpun duduk serumah namun rindunya pada Bilal takkan pernah padam. “Duduk satu rumah pun boleh rindu dekat budak kecik ni,” tulisnya.Menerusi entri berlainan pula, Neelofa turut berkongsi sekeping gambar Bilal yang dilonggarkan bedungnya. Sudah semakin membesar dan berisi. Comel! “Bedung ala-ala. “Masyallah geramlah dengan Bilal ni,” kata Neelofa. Dalam pada itu, perkongsian wajah sipi-sipi Bilal itu sudah semestinya membuatkan peminat selebriti cantik jelita ini begitu teruja malah turut memuji wajah comel Bilal biarpun tidak nampak sepenuhnya.Kata wargamaya, Bilal memiliki bibir mungil seperti ibunya malah memiliki kulit putih melepak seperti Abah dan Uminya. Comel sungguh.

“Yeay lofa dah tunjuk sikit… bibir Bilal.” “Mesti handsome macam abahnya..” “Masya Allah comelnya, mix ummi abah, putih merah, pipi bam bam, mulut mungil, dagu tu nampak macam abah dialah.” “Mulut macam mulut ummie lah. Comel walaupun nampak sipi-sipi je…” Terdahulu Neelofa selamat melahirkan putera sulungnya pada 29 Januari yang lalu dan kini hampir tamat tempoh berpantangnya selama 44 hari. “Dia ingat berpantang seronok macam pergi spa, sauna dan berurut, rupanya tidak…,” demikian perkongsian ibu selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed mengulas keadaan anaknya yang memperlihatkan diri seakan berada penjara ketika menjalani tempoh berpantang dalam perkongsiannya menerusi hantaran dalam Instagram, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Kartini berkongsi, Neelofa dalam keadaan baik dan sudah mula menyesuaikan diri. “Neelofa, seorang yang aktif, jadi mungkin banyak merasakan pertukaran fasa baharu apabila terima kena duduk rumah dan tidak melakukan pelbagai perkara lagi. “Semua ini ambil masa sekejap sahaja. Tetapi, sekarang saya sudah nampak Neelofa semakin memahami dan cepat belajar. Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online. Tambah Kartini, dia meluangkan masa antara empat hingga lima jam melawat Neelofa di rumahnya setiap hari bagi memberikan sokongan dan tunjuk ajar. “Neelofa berpantang di hospital selama seminggu, kemudian balik rumah saya lebih kurang seminggu. Sekarang ini, dia berada di rumahnya sendiri. “Saya faham apabila dalam pantang, kita mahu duduk di rumah kita kerana lebih selesa.

“Jadi, setiap hari saya ke rumahnya. Walaupun Neelofa sudah ada pengalaman menjaga anak-anak saudara, tetapi ia tidak sama apabila alami sendiri. Masih banyak perlu belajar. “Sebagai ibu, saya kena selalu berpesan memakai stoking tebal-tebal, duduk melunjur dan banyak lagi. Memang selalu kena ingatkan. Kita mengandung sembilan bulan dengan berpantang satu bulan, jauh bezanya. Tempoh berpantang adalah masa yang susah,” katanya. Namun, Kartini bersyukur cucunya, Muhammad Bilal Muhammad Haris senang dijaga dan tidak banyak meragam. Kartini turut menyatakan, dia menyerahkan keputusan kepada Neelofa berkongsi gambar cucunya kepada umum. Katanya, sehingga kini, dia tidak pernah bertanya kepada anaknya kerana ingin menghormati privasi dan pilihannya.

“Saya tak pernah tanya soal ini. Sebenarnya, keluarga terdekat di Kelantan pun tidak menerima gambar Bilal. Mereka minta pun, kami tak bagi. Dan, saya sendiri tak ambil gambar. “Neelofa akan menghantar gambar Bilal setiap hari, tetapi saya tidak akan bertanya bila nak tunjuk atau sebagainya. Saya beri Neelofa ruang buat keputusan. “Saya hormat pilihannya dan tidak bertanya kenapa. Bagi saya, kalau tak tanya pun kami sudah faham kenapa. Jika diikutkan, saya pun banyak benda nak tanya, tetapi saya fikir tak mengapalah kerana itu kehidupannya. “Saya percaya ramai bertanya bila Neelofa mahu kongsi wajah Bilal. Jadi, sebagai ibu saya kurangkan pertanyaan perkara sedemikian,” katanya.

Kartini ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu, Disney X Naelofar: The Little Mermaid di pusat beli-belah One Utama, baru-baru ini. Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan selamat menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu. Semua Orang Bercakap. Akhirnya Ibu Neelofa Tampil Dedahkan Sebab Dia Buka Akaun Tiktok. Bukan Nak Bersuka Ria. Ibu kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed mengakui memilih untuk membuka akaun TikTok demi mencari lebih peluang dalam perniagaan. Menurut Noor Kartini, 56, ini masa yang dirasakan paling sesuai memandangkan ramai yang mulai bercakap mengenai aplikasi sosial itu.

“Sebelum ini meski saya sudah agak lama dalam dunia perniagaan, kita tahu kalau nak berbisnes boleh lakukan di Facebook. Semua orang bercakap mengenainya. Tapi sehingga hari ini, saya masih kurang mahir ‘berFacebook’ dan tidak ambil peluang itu. “Jadi bila dengar mengenai Tik Tok sebagai satu platform yang trending, saya fikir inilah masanya untuk cuba dan kalau boleh mahu cepat-cepat menggunakan aplikasi tersebut. “Daripada situ kita nak tengok sejauhmana keberkesanannya. MasyaAllah tak pernah pula sangka sampai berjuta orang tonton sesebuah video yang dimuat naik. “Belajar (TikTok) sekejap tetapi pada masa sama pembantu peribadi yang ajarkan juga. Ada akaun TikTok bukanlah untuk bersuka ria, kita manfaatkan untuk berniaga.

“Pada masa sama, saya suka untuk ambil tahu hal yang menjadi trend khasnya dalam bisnes dan kita cuma aplikasikan,” katanya. Usahawan ini ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di Petaling Jaya, baru-baru ini. Ditanya sekiranya ada persepsi yang mempersoalkan mengenai individu yang sudah berusia turut aktif di TikTok, Kartini menyifatkan kecaman akan sentiasa ada. “Hal itu tidak boleh lari dah. Kalau orang nak bercakap dan sebagainya. Yang penting niat kita,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.