Makin Segak, Kini Wajah Keluarga Hairie Othman Tarik Perhatian Ramai

artis Uncategorized

Siapa sahaja pasti mengenali dengan bintang filem Leftenan Adnan, Hairie Othman. Buat peminat filem, sudah semestinya anda mengenali selebriti yang sentiasa bawa watak dengan cukup baik. Pernah juga sepi sekejap daripada dunia lakonan. Malah Hairie telah kembali ke set penggambaran sejak setahun yang lalu. Hairie juga pernah ke India hanya untuk mendalami ilmu agama. Walaupun sudah tidak ada lagi tawaran berlakon sewaktu itu dan pendapatan juga semakin berkurang. Hairie tetap gembira dengan kehidupannya kini. Menerusi akaun instagram Hairie, jelas kelihatan gambarnya bersama isteri dan anak-anak. Namun foto yang dimuat naik sewaktu sambutan ulang tahun kelahiran Dalia pada April tahun lalu.

Tibanya anak-anak sudah meningkat dewasa, mak dan ayah juga turut kelihatan seperti abang dan kakak je. Wajahnya juga tidak banyak yang berubah, cuma kelihatan sedikit beruban di janggutnya. Anak-anaknya turut berkulit putih dan cerah. Wajahnya sekeluarga juga turut kelihatan bahagia. Ramai peminat yang tampil beri pujian dan ini antara komen yang diberi. ”Handsomenya anak abang Hairie Othman ni. Besaq dah depa semua.. “”Teringat lagi masa saya handle your akad nikah at jeumpa. Still look like just after married. Anak-anak pun dah besar.. “ ”Masya Allah, segak semua family Hairie Othman ni. Senyuman semua manis-manis belaka.. “ ”Sanah Helwah to your wife. All the best rie, anak-anak besar-besar dah semua.. “ ”Happy birthday Dalia Diyana, semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu.. “ Hairie juga mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Dini Marinie, El Farish Kamil dan El Harith Kamil. Hairie juga mengahwini Dalia Diyana dan hidup bahagia sehingga kini. Sumber: KL Menjerit

Penumpang Grab Car Teruja Selepas Menyedari Hairie Othman Pemandunya! Seorang penumpang Grab Car, teruja apabila menyedari pemandu pengangkutan awam tersebut merupakan pelakon popular 90an, Hairie Othman. Menerusi laman sosial Facebook, lelaki yang menggunakan nama Mike Manicka itu sempat bertanya kepada Hairie samada dia seorang pelakon. Tulisnya lagi, Hairie hanya tersenyum dan menjawab “Ya”. “Pada mulanya saya tidak perasan yang pemandu Grab Car itu adalah pelakon Hairie Othman, namun mula menyedarinya ketika saya hampir tiba di destinasi saya. “Itupun selepas saya memandang ke arahnya dan terdetik di hati saya yang wajahnya seperti pernah saya lihat. Dan selepas itu barulah saya beranikan diri bertanya samada dia seorang pelakon. “Saya teruja kerana, seorang pelakon hebat seperti Hairie sangat merendah diri dan mesra serta tidak sombong,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak. Kali terakhir Hairie Othman, 45, muncul di kaca televisyen ialah pada Jun 2012 menerusi drama lakonannya berjudul Waris. Selepas tinggalkan dunia lakonan lima tahun lalu, teraju utama filem Leftenan Adnan ini lebih aktif menghadiri majlis-majlis agama dan kadang-kala dijemput sebagai penceramah motivasi. Hairie juga dilaporkan sempat mengembara ke India selama empat tahun untuk mempelajari ilmu agama. Sumber: Gempak

Dahulunya Hero Malaya, Kini Hairie Othman Dilihat Selesa Ikut Kerja Dakwah. Siapa tidak kenal dengan nama Hairie Othman, beliau sangat terkenal dengan watak ikonik Leftenan Adnan dalam sebuah filem ketenteraan suatu ketika dahulu. Ramai di antara kita pastinya pernah berebut untuk menjadi Leftenan Adnan disaat bermain ‘perang-perang’ ketika masih kecil dahulu. Namun kini, wajahnya jarang sekali dilihat di layar perak. Orang ramai terutamanya peminat-peminat beliau pasti tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh beliau sekarang.

Rupanya, kini pelakon tersebut lebih selesa dengan kerja-kerja dakwahnya dan banyak mengikuti majlis ilmu di samping menyampaikan ceramah kepada orang ramai. Jika dilihat di laman Instagram beliau, pelakon itu juga banyak meluangkan masa bersama keluarga, mengembara bersama rakan-rakannya sementara meneruskan aktiviti dakwah beliau. Terdahulu, Beliau pernah berlakon dalam drama Leftenan Zana yang ditayangkan pada awal tahun lalu. Diharapkan semoga Hairie berjaya dalam kerja dakwah dan bidang lakonannya. Sumber: The Vocket

Hairie Othman belajar ilmu agama sampai ke India. Lima tahun tidak aktif berlakon, Hairie Othman, 45, menggunakan tempoh berkenaan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta. Malah, bintang Leftenan Adnan itu juga sempat mengembara ke India selama empat tahun untuk mempelajari ilmu agama. Sebelum ini, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Kad Cinta itu turut aktif bersama sebuah parti politik.

“Ketika itu, saya belajar bersusah-payah demi agama. Dalam hidup ini, kalau kita mahukan sesuatu, kita perlu berusaha dan bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kesenangan takkan datang tanpa kita berusaha. Sesuatu yang saya belajar ketika mendekatkan diri dengan hal kebaikan ialah kita tak perlu menghukum atau menghakimi orang. Usaha berdakwah ini lebih kepada mengajak orang kepada kebaikan. Kita bukan badan kehakiman yang menentukan sesuatu perkara. Saat ini juga, dalam sebulan saya memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga hari untuk ke jalan Allah,” katanya dalam pertemuan bersama BH Online baru-baru ini.

Ketika beliau cuba mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi, Hairie turut menyatakan keinginannya untuk kembali berlakon. Selepas mencuba pelbagai pekerjaan, jiwanya masih dekat dengan lakonan yang diceburi sejak hampir dua dekad. Waris terbitan Filmscape Sdn Bhd menjadi drama terakhir lakonannya yang menemui khalayak, iaitu menerusi TV3 pada Jun 2012. “Saya memang ingin kembali berlakon dan semestinya saya berasakan kerinduan untuk berbuat demikian,” katanya yang kini bahagia dengan perkahwinan keduanya, yang sudah hampir lima tahun usianya. Menerusi perkahwinan pertama, Hairie dianugerahkan tiga cahaya mata iaitu Dini Marinie, El Farish Kamil dan El Harith Kamil. Sumber: BHarian

Kerjaya Hairie Othman Berakhir Selepas Sertai PAS. Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu. Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenaraihitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

“Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut. Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, yang diadakan di Hotel De Palma, di sini, Ahad. Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Majlis berkenaan adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013. Tambah Hairie, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata. “Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis. Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan,” katanya. Sementara itu, Wardina Safiyyah,32, yang turut berucap berkata, kedudukannya sebagai selebriti memberi kelebihan kepadanya untuk berdakwah.

“Secara realitinya dunia seni tidak begitu cantik dan tidak sesuai lagi dengan jiwa saya. Namun begitu saya gunakan status selebriti ini untuk menyedarkan manusia untuk kembali semula ke jalan Allah,” katanya. Wardina berkata, dengan kesedaran itu dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Mizan yang bertindak memberi khidmat nasihat kepada wanita. Dalam pada itu, Ahmad Yaakob berkata pihaknya merancang untuk membina sebuah Akademi Seni Islam bagi membantu penggiat seni. “Kerajaan Kelantan sedar dengan kepentingan seni dan selebriti bagi membantu membangunkan negara Islam kerana Islam itu sendiri adalah seni,” katanya. Antara selebriti yang hadir ialah Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hyy, Waheeda, Rabbani dan Ainan Tasneen. Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.