Muat naik foto pakai tudung masa buat umrah, sekali ini doa yang Reen Rahim minta dari orang ramai

artis

Perkongsian Reen Rahim masa mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah bersama ibu bapanya menarik perhatian warganet dalam Instagram apabila rata-rata suka melihat penampilannya yang sopan dan menutup aurat. Malah, gara-gara tampil dengan imej bertudung, ramai peminatnya berharap agar Reen terus kekal dengan imej berhijab bila ke tanah air nanti. Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik Reen ketika berada di tanah suci Mekah sejak 4 Mac lalu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dihujani komen-komen positif daripada peminatnya yang menyifatkan dirinya kelihatan lebih cantik dan manis apabila berhijab.

Terdahulu, satu perkongsian pemilik nama lengkap Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dalam Instagram berlatarkan Bukit Uhud di Madinah, memancing perhatian peminatnya. “Alhamdulillah hari terakhir di Madinah. Tolong doakan kami semua jemaah di sini diberikan kesihatan dan kekuatan. Amin,” tulisnya pada ruangan kapsyen. Perkongsian itu sekali gus mendapat pujian peminat apabila memuji penampilannya dan berharap supaya Reen kekal istiqamah berhijab. “Cantik kakak (Reen) pakai sebegini. Cantik sangat.

Sudahlah muka cantik, pakai pula sopan. Sangat sempurna,” komen seorang pengikutnya. “Ya Allah, kau kekalkanlah penampilan reen Rahim menutup aurat dengan sempurna apabila pulang ke tanah air nanti,” doa seorang lagi peminatnya. “Sejuk hati tengok Reen bertudung. Bertambah comel,” kata seorang warganet. Sementara itu, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, yang masih berada di Mekah ketika dihubungi Kosmo! Online menerusi WhatsApp enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut namun berharap supaya peminat mendoakan yang baik-baik untuknya.

“Maaf, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya mohon doakan yang baik-baik sahaja,” katanya yang akan pulang ke Malaysia pada 16 Mac nanti (esok). Dalam pada itu, Reen turut menzahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah SWT bersama kedua-dua orang tuanya dan melihat sendiri keindahan Kota Mekah. “Saya sangat bersyukur. Allah SWT jemput saya dan kedua-dua orang tua untuk lihat sendiri betapa indahnya suasana di Mekah. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, mengimbau semula perjalanannya mengerjakan umrah, Reen berkata, pada mulanya dia hanya mahu menghantar ibu bapanya sahaja. “Jujur kalau ikutkan saya cuma mahu menghantar mereka ke lapangan terbang sahaja, tetapi entah macam mana hati ini terdetlk dan Allah gerakkan saya untuk sama-sama pergi menemani keluarga,” katanya Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber Slamber Media

Reen Rahim Dedah Terbuka Hati Di Saat Akhir Nak Ikut Ibu Bapa Tunai Umrah. Sekali Doa Untuk Beri Keluarga Hidup Senang. Reen dedah tunai umrah bersama ibu bapanya. Peluang berada di Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah dimanfaat sebaik mungkin pelakon Reen Rahim untuk memohon doa agar sentiasa dilimpahkan rezeki. Kata Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dia berhasrat suatu hari nanti ibu bapanya dapat hidup senang dengan hasil titik peluhnya sendiri.

“Semestinya saya minta pada Allah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Jika terus diberikan rezeki yang banyak, saya mahu bantu ibu bapa dan mereka boleh berehat jadi bos di rumah. Biarlah ibu bapa saya dapat merasa hidup yang lebih senang selepas ini,” katanya. Reen yang berangkat ke sana pada 4 Mac lalu juga tidak sangka dirinya berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali bersama kedua ibu bapa. Menurut Reen, niat asal hanya untuk menghantar ibu bapa sahaja, namun di saat akhir hatinya terbuka untuk turut ikut sama dan segala urusan dipermudahkan.

Ini sedikit biodata Reen Rahim. Nama penuhnya Noreen Ashikin binti Abdul Rahim atau dikenali sebagai Reen Rahim lahir pada 3 November 1988 lahir di Klang, Selangor, Malaysia. Bekerja sebagai Pelakon, model dan pendandan rambut. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.2. Berkelulusan diploma dalam bidang Dandanan Rambut. Sebelum menjadi pelakon, beliau merupakan seorang pendandan rambut. Dinobatkan sebagai juara program Pilih Kasih musim ketiga pada tahun 2012 iaitu sebuah pertandingan lakonan drama pentas teater anjuran pelakon senior, Rosyam Nor untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Lakonan pertamanya menerusi drama Aku Tak Percaya Cinta memegang peranan sebagai Elia. Antara drama dibintanginya seperti Aku Tak Percaya Cinta, Evolusi KL Drift The Series, Sahara, Jodoh, Kampung Girl, Cinta Jannah, Lara Ameena, Terlanjur Mencintaimu, Sayangku Kapten Mukhriz, Abang Sado Boleh Beres, Tauke Jamu, Mencari Qiblat, Raisha 2 dan Pujaan Hati Kanda. Menerusi layar perak, Reen membintangi filem Gangster Celop, Mirip, Mawar Putih, Soulmate Hingga Jannah, Balun dan Rempit Sampai Langit.

Tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi filem Talak di Anugerah Skrin 2015.9. Bakal menceburi cabang seni baharu sebagai penyanyi. Berhubungan cinta dengan pelakon Mustaqim Bahadon sekitar tahun 2016 iaitu sewaktu sama-sama menjayakan drama bersiri HidayahMu Ramadan. Menerusi laporan media pada pertengahan tahun 2018, beliau dikatakan sedang intim dengan seorang jejaka yang menetap di Scotland yang mana mereka telah berkenalan selama setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published.