Terharu suami sentiasa membantu, Kaka Azraff tampil luah perasaan menjalani fasa berpantang

artis Uncategorized

Memang betul, kenangan menjalani fasa berpantang setelah selesai bersalin dan perlu uruskan anak yang masih lagi kecil bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan buat para ibu. Namun ianya buat penyanyi Noor Atiqa Noor Azraff ataupun turut diketahui sebagai Kaka Azraff akui sangat seronok bagi menjalani rutin berpantang setelah bersalin anak keduanya, Aryan pada 22 Februari lalu. Namun kini hampir sebulan jalani tempoh berpantang, Kaka dedah maklumkan suaminya, Adam Azriff sentiasa turut menolong bagi menguruskan anak sulungnya, Aslan. Buat penyanyi ini telah pun tampil dedahkan pengalaman buat para pengikut mahupun peminatnya di media sosial Instagram miliknya, baru-baru ni. “Pantang day 22 for my 2nd child who was born on 22.2.2022 Tengok lah anak no 1 tu. So cheeky! Geram sangat dgn perangai dia sekarang. Masih dengan uniform pantang hehe. So far, my pantang journey best! Thank you @lycmotherchild and also thank you to my husband @helloadamazriff sbb dia take over 100% jaga Aslan,” tulisnya.

kaka telah pun mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan turut dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Aslan yang kini baru sahaja berusia 2 tahun. Kini, Kaka telah pun selamat melahirkan cahaya mata kedua secara normal pada 22 Februari lalu pada 12.54 pagi. Sumber: Media Hiburan

Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Kaka Azraff Nama penuh. Nor Atiqa binti Noor Azraff. Nama popular. Kaka Azraff. Tarikh lahir. 20 Mei 1989. Umur. 30 tahun. Kelahiran. Klang, Selangor, Malaysia. Pekerjaan. Penyanyi, pelakon dan pengacara. Media sosial. Instagram @kakaazraff. Fakta Menarik. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012. Anak saudara kepada penyanyi rock wanita yang mendapat jolokan nama ‘Ratu Rock Negara’, Ella. Namun beliau enggan menumpang populariti wanita itu, sebaliknya ingin membina nama dengan keupayaan bakat sendiri. Memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B. Mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff yang juga seorang usahawan pada 14 Disember 2018. Mula mencipta nama menerusi lagu Bawaku Pergi ciptaan Malique, duet bersama penyanyi dan pelawak, Zizan Razak. Kejayaan single itu membawa kepada kelahiran sebuah lagi lagu kolaborasi antara mereka berjudul Infiniti Cinta pada tahun 2013.

Selain itu, Kaka pernah merakamkan single Terpulanglah (OST Lara Terindah), Perjalanan (bersama Sleeq), Bukan Hal Aku (feat. Sleeq), Terima Kasih, Ada JalanNya (feat. Awi Rafael), Sibuk (feat. Alif) dan Getaway (bersama Maya Karin). Pernah membintangi filem Aliff Dalam 7 Dimensi, Interchange, Paradoks dan Zharfa The Movie. Pembabitannya dalam drama menerusi Dunia Generasi Baru, Plan Cinta Tak Jadi, Inai Yang Hilang dan Hijrah Cinta, Kerana Dia. Termasuk telefilem Kesempatan Kedua dan Rama-Rama. Beliau yang bergandingan dengan penyanyi Awi Rafael dalam pertandingan nyanyian Duo Star berjaya merangkul trofi naib juara. Menyahut cabaran menyertai rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua, bergandingan dengan aktor Johan As’ari, begitupun hanya mampu bertahan sehingga episod kesepuluh. Sumber: Illuminasi.my

“Mama Kerja Kilang Besarkan Kami…” – Kaka Azraff Dedikasi Kejayaan Buat Ibu Tercinta. Penyanyi yang juga juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), Kaka Azraff mendedikasikan kejayaannya untuk ibu tercinta. Menurut Kaka, ibunya telah banyak berkorban untuk dia serta tiga adik beradik lain. Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya. “Semuanya untuk Mama, Kaka pilih bidang ini sebab Kaka minat dan nak bantu keluarga Kaka. Kaka nak senangkan Mama, nak Mama relaks, sebab Kaka tahu macam mana susahnya Mama besarkan kami empat beradik,” tulisnya sebagai kapsyen. Tambah Kaka, ibunya pernah bekerja kilang dan menyara anak-anak hanya dengan hasil usaha sendiri selepas kehilangan suami. “Selepas Ayah pergi, Mama sorang-sorang besarkan kami, kerja kilang, shift pagi, petang, malam tapi tak pernah complain. Besar peng.0rbanan Mama, tak mungkin dapat Kaka balas segala jasamu, terima kasih Mama untuk segalanya,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Kaka yang tersentuh membaca perkongsiannya itu. Dalam pada itu, ramai juga yang mengucapkan tahniah atas kejayaannya di pentas AJL35 baru-baru ini. Ahad lalu, Kaka bersama Loca B dan Noki dinobatkan sebagai juara AJL35 menerusi lagu Gila.Tempat kedua dan ketiga masing-masing diduki oleh penyanyi berbakat Aina Abdul dan Wany Hasrita bersama Datuk Jamal Abdillah. Manakala Ernie Zakri memenangi kategori vokal terbaik diikuti Zizi Kirana untuk persembahan terbaik. Sumber: Gempak

Kaka Azraff selalu berangan? Penyanyi wanita, Kaka Azraff meluahkan rasa terharu dan teruja apabila dapat membuat persembahan bersama penyanyi lagenda ratu rock Malaysia iaitu Ella Aminuddin baru ini. Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff berkata, setelah sekian lama berada di persada hiburan ini, akhirnya baru saja mendapat peluang untuk bersama penyanyi berkenaan yang merupakan ibu saudaranya. Gandingan persembahan mantap tersebut telah pun dilakukan pada di hari Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian baru ini. Kaka yang memangilnya ibu saudaranya itu dengan panggilan “Uteh” berkata, impiannya sewaktu kecil adalah untuk melakukan persembahan bersama di pentas yang prestij seperti ini.

“Masa kecil dulu selalu berangan “Nak nyanyi dengan Uteh ( @ellaaminuddins ) satu pentas.”
Pertama kali kami di satu pentas besar , terima kasih @beritaharian @abpbh34kitabersama,” perkongsian Kaka. Selain itu, Kaka juga menaruh impian ingin mengadakan konsert besar bersama ibu saudaranya itu suatu hari nanti, dan itu merupakan impian yang terbesar dalam karier nyanyiannya kini.

Suatu hari nanti, kita ada konsert besar bersama pulak. Tak salah berangan, mana tau jadi kenyataan juga,” ujarnya. Menjengah diruangan komen, rata-rata turut mendoakan agar impiannya itu tercapai untuk bergandingan bersama Ella. “Awak memang terbaik kak Kaka dan kak Ella, suara dan vokal yang sangat mantap dan terbaik “Suka sangat persembahannya, tolong buat konsert bersama ya. “Best macam konsert, taniah dah setanding dengan Ella, tak puas tengok, sebab rasa kejap sangat,” komen pengikutnya.

Karma Kaka Azraff dan Jaz. Diberi tanggungjawab merakam lagu yang bukan kebiasaan bukanlah perkara mudah, namun Kaka Azraff tetap menyahut cabaran untuk mencuba. Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azaff, 31, yang sebelum ini terkenal sebagai penyanyi irama pop dan R & B, kini menyanyikan lagu bergenre balada berjudul Karma. Jelas Kaka, beliau bersetuju merakam lagu Karma, ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh Aisha Retno kerana keindahan lagu itu menjadi tarikan utama untuknya mencuba genre baharu. “Paling meyakinkan saya adalah melodi serta susunan muzik itu sendiri memang sedap. Saya rasa ia sebuah lagu balada dan runut bunyi yang sangat berkualiti. Karma sangat berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini. Saya sendiri tidak pernah terbayang akan nyanyikan lagu sebegini. Bagaimanapun, saya sangat gembira dengan keputusan menyanyikannya. Sebenarnya ia menunjukkan sebuah sisi lain Kaka Azraff kerana ini lagu balada pertama yang benar-benar menunjukkan vokal saya yang dibantu oleh Afif Tirmizie selaku pengarah vokal saya yang memudahkan nyanyian saya,” katanya.

Untuk lagu Karma, Kaka bukan menyanyi solo tapi berduet dengan Jaz, penyanyi dari Brunei yang kini mencipta nama di Indonesia. Jelas Kaka, untuk rakaman lagu tersebut, mereka tidak berjumpa dan melakukan rakaman secara berasingan kerana situasai sekarang dan Jaz terima audio yang sudah ada rakaman vokalnya. Bagi Jaz pula, beliau sangat sangat berbesar hati apabila diberi peluang terbabit dalam projek ini. Apalagi, digandingkan pula dengan Kaka yang sememangnya sudah cukup kukuh namanya di persada muzik tempatan. “Saya sangat berterima kasih dengan peluang diberikan Sony Music Malaysia untuk berduet dengan penyanyi Malaysia, Kaka. Ia satu penghormatan yang sangat bermakna buat saya terbabit dalam projek ini kerana ia jauh berbeza dengan projek lain pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya.

Sebagaimana Kaka, Jaz,28,  juga menganggap projek ini menjadi satu lagi transisi penting dalam karier nyanyiannya. Sudah terbiasa dengan genre ringan dalam karyanya selama ini, lagu Karma jelas memberi gaya baharu buat kerjya seninya. “Kebiasaan lagu saya adalah yang berentak santai dan riang. Merakam lagu ini ada cabarannya tersendiri. Namun, menerusi lagu ini, saya benar-benar melakukan sesuatu yang di luar genre sendiri. Bahagian paling susah adalah harmoni antara nyanyian kami berdua. Terima kasih pengarah vokal saya, Danish yang banyak membantu melancarkan nyanyian saya. Tentunya, Karma sangat mencabar buat saya. Karma adalah sebuah lagu balada yang perlu penjiwaan berat di mana saya sendiri secara peribadi lebih terbiasa dengan melodi riang. Alhamdulillah, saya sudah mendengar hasilnya dan sangat berpuas hati. Mudah-mudahan lagu ini bakal diterima baik pendengar di Malaysia,” katanya penuh harapan.

Gandingan antara Kaka dan Jaz atau nama sebenarnya, Aziz Hayat, adalah satu pilihan yang tepat kerana pengikut mereka cukup besar di negara masing-masing. Kaka sendiri cukup meledak dengan lagu hit termasuk Bawaku Pergi, Sibuk, Bukan Hal Aku, dan terkini lagu, Gila bersama Noki dan Loca B yang berjaya mara ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35). Manakala, Jaz antara penyanyi muda di Indonesia yang kian mendominasi carta-carta muzik di sana. Jaz mula mendapat perhatian selepas muncul dengan lagu berjudul Dari Mata pada tahun 2016. Nyanyiannya yang begitu lembut dan sedap didengar menjadi kekuatan serta identitinya sebagai penyanyi.

Menariknya, lagu Karma gandingan Kaka dan Jaz turut dijadikan runut bunyi bagi drama Takdir Yang Tertulis, arahan Shahrulezad Mohameddin. Drama yang dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad dan Alvin Chong sedang bersiaran di slot Samarinda, TV3, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam. Video muzik Karma dapat ditonton di Vevo dan YouTube rasmi Sony Music Malaysia (sonymusicMYVEVO). Video muzik berdurasi 4:18 minit ini telah dihasilkan oleh produksi 6ix Studios dari Malaysia yang diarahkan oleh Hafiz Shafie dan Nocturnal Projects dari Indonesia di bawah arahan Bobby Adrian Vitra. Karma juga boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. Sumber: Bebasnews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.