Lepas remaja hilang ditemui sekali ibu tampil bongkarkan ada sesuatu yang individu ni nampak tapi orang lain tak nampak.

Viral

Gua Musang – Remaja lelaki yang hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini, malam kelmarin ditemui dalam keadaan kepenatan serta kebingungan di atas sebuah jambatan, petang ini. Dia yang berusia 13 tahun itu ditemui penduduk pada 5.30 petang pada jarak dua kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, remaja itu berjalan dalam kepenatan serta kelihatan kebingungan ketika ditemui penduduk yang kebetulan melalui kawasan kampung itu. “Penduduk yang menemuinya segera membawa remaja itu pulang ke rumah keluarganya. Melihat keadaannya yang membimbangkan, kami akan membawa dia ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, keluarga remaja itu bersyukur kerana anak mereka ditemui dalam keadaan selamat selepas lebih 24 jam dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Ibu remaja berkenaan, Khairul Nisa Hamzah, 45, berkata, anak bongsunya itu ditemui oleh seorang wanita dikenali sebagai Kak Yah berusia 50 an yang kebetulan ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan tersebut selepas ia tular di laman sosial.

“Kata Kak Yah, semasa dalam perjalanan ke sini dia bersama rombongan lain melalui jalan tersebut dan melihat seorang remaja lelaki sedang berjalan dalam keadaan lemah serta kotor sambil memegang selipar. “Kak Yah memberhentikan keretanya dan membawa Muhammad Iznun Al-Azim untuk diserahkan kepada saya,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, mengikut cerita orang lain yang turut bersama Kak Yah pada waktu itu, mereka tidak nampak kelibat Muhammad Iznun Al-Azim seperti yang dilihat oleh Kak Yah. Katanya, malah mereka juga mengatakan tidak dapat melihat Muhammad Iznun Al-Azim ketika Kak Yah berhenti mengambilnya. Dia berkata, orang ramai hanya dapat melihat anaknya itu apabila selamat tiba di rumahnya.

Terdahulu, remaja lelaki itu dipercayai hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak pada 10 malam kelmarin. Dia dikatakan sedang bermain bersama rakannya di gelanggang sepak takraw yang terletak berhampiran rumahnya sebelum masuk ke kawasan semak untuk membuang air kecil. Bagaimanapun, dia tidak keluar semula menyebabkan rakannya menyangka remaja itu sudah pulang ke rumah.

Kredit : HM/Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Mak Selalu Mengadu Isteri Jarang Sangat Datang Bantu Bila Ada Kenduri Belah Keluarga Suami. Lepas Hilang Sabar Ini Yang Suami Buat Sampai Dia Menyesal Seumur Hidup.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam semua. Aku buntu. Apa tips untuk ambil hati bekas isteri semula? Dia nampak lebih happy lepas pisah dengan aku. Aku sorang saja ke yang rindu dia? Aku rindu manja dia. Rindu suara lembut dia. Rindu masakan dia. Bau perfume vanilla dia. Dulu masa awal kahwin. Aku tak de apa². Isteri aku gaji 6k. Aku gaji 1.6k saja. Kereta takde. Masa tu aku bahagia sangat walaupun takde anak.

Isteri aku ni tak berkira. Selalu pinjamkan kereta dia untuk aku bawak mak aku pergi beli barang dapur, bawak mak ayah aku pergi kenduri/ rumah anak-anak lain. Isteri aku jarang dapat ikut sebab dia sibuk. Aku faham tapi keluarga aku, mak² sedara aku tak faham. Diaorang selalu hasut aku katakan yang isteri aku tu sombong. Mereka kata isteri aku tu bila kenduri payah nk nmpk muka tlng2 mcm ipar lain. Lama² aku pun terpercaya. Padahal aku sedar saja dia pergi outstation. Aku tau dia kerja bersungguh² untuk tingkatkan ekonomi kami.

Tapi setahun dua pertama saja aku faham. Makin lama aku pun hilang jugak sabar bila isteri aku jarang-jarang dapat join kenduri, aktiviti sebelah family aku. Kalau dia beli barang kemas… dia akan cakap kat family dia yang aku belikan. Kalau balik kampung dia, dia akan hulurkan duit kat aku supaya bila pergi mana² aku yang bayar. Nanti fam dia nampak macam aku ni suami yang baik. Family dia tak tau gaji aku kecik. Ayat dia selalunya “biarlah mak ayah saya senang hati tengok saya bahagia”.

Mak aku suka datang rumah aku, sebab isteri aku dah complete kan rumah yang selesa. Setiap bilik ada aircond, rumah dia deco lawa2. Wangi. Tenang hati bila balik kerja tengok rumah. Tu semua duit dia. Aku mana mampu. Tapi mak aku tak tahu, mak ingat tu duit kami bersama. Mak tak suka pergi rumah kakak aku sebab duduk flat. Ada yang duduk dengan mertua. Jadi diaorang tak selesa. Tapi tiap kali mak datang mesti complain. Sebab isteri aku tak masak. Kitaorang makan luar saja. Bab masak memang isteri aku fail.

Masuk tahun kelima kahwin, aku dapat kerja. Gaji besar. Itupun isteri aku tolong. Dia yang sediakan resume. Dia training aku cara cakap. Dia ajar aku guna computer. Dari aku kayu. Aku jadi berkeyakinan. Gaji dalam 2.5k. Dengan gaji tu, lepas la untuk aku buat loan beli kereta tempatan. Masa ni la mak aku suruh aku kawen lain, dia cakap ada dah mampu untuk berpoligami atas alasan untuk dapatkan zuriat. Mak kata isteri aku busy.

Dia suruh aku cari isteri baru untuk jaga makan minum pakai aku. Mak aku marah sangat sebab masa dia masuk hospital seminggu, isteri aku tak boleh cuti untuk temankan mak di hospital. Atas nasihat mak sy pisah dengan dia dan kahwin dengan menantu pilihan mak. Ye sekarang memang aku bakal dapat zuriat dengan isteri baru. Tapi hati aku kosong. Aku nak dia semula. Aku cemburu bila fikirkan dia banyak deal dengan client lelaki kat luar sana. Macam mana kalau diaorang suka jugak bau perfume vanilla dia tu?

Isteri baru aku tak macam yang lama. Semua dia nak aku sediakan. Drive pun tak reti. Aku rimas isteri aku yang ni clingy. Lepastu sikit² nak mengadu kat keluarga dia. Sikit² up kat fb. Sangat tak matang. Lepas bersalin dia tak mau kerja dah. Mana nak cukup gaji aku sorang… Aku rindu isteri dulu yang indipendent. Yang pandai jaga aib aku.

Isteri dulu aku sediakan nafkah 50 saja sebulan. Tapi dia tak pernah merungut. Tiap kali dapat nafkah dia sentiasa doakan moga aku murah rezeki. Isteri sekarang, nafkah 200 aku dah bagi. Nanti dia nak beli skincare makeup semua dia mintak duit aku. Duit beli pad pun dia claim kat aku. Dulu dengan gaji 2.5k ni aku rasa cukup besar dah. Tapi dengan isteri baru. Sungguh aku rasa gaji ni tak cukup.

Isteri dulu memang mak aku. Sedara aku tak suka. Sebab dia memang tak pandai masak. Tak kenal halia lengkuas. Lepastu tak mengandung walau dah lama kahwin. Tapi percayalah. Walaupun dia tak sempurna di dapur. Tapi dia sangat² melengkapi aku…semua pergi sendiri. Dia sakit pun pergi klinik sendiri. Balik kampung mak dia pun drive sendiri… pendek kata semua dia uruskan diri sendiri… memang tak susahkan aku.

Isteri sekarang kejap² aku kena amik cuti. Sebab nak kena bawak dia. Bantu aku macam mana nak pikat semula bekas isteri aku. Kadang habis saja kerja, aku akan pergi parking depan rumah dia, dapat tengok bayang pun aku dah happy. Aku nak miliki dia semula. Korang tolong doakan moga allah jodohkan kami kembali. Sungguh dia wanita yang sangat berbeza dari yang lain. – Ady (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Shida:
Aku doakan…aku doakan ko menyesal seumur hidup, aku doakan bekas isteri ko dpt lelaki yg lagi banyak duit dari dia, yg kaya yg loving yg ringan tulang dan hensem. Bior padan kemuka kamu dengan mak kamu tu. Dah dahla nak banding isteri sekarang dgn bekas isteri, nak jadi bapak dah pon. Bela la anak tu elok2, bimbing la isteri tu jd bidadari kamu. Bukan org paksa, kamu jugak yg pilih

Radin:
Tak pasti confession ni betul sbb rasa mcm troll. Tapi kalau betul, ko ni x layak berbini sebenarnya, menyusahkan anak org je. Nak berbini tapi nak senang2 x nak susah. Nak bini gaji banyak tapi kena hadap muka ko 24 jam. Dpt bini baru yg boleh hadap muka ko 24 jam pun ko komplen sbb x de duit, ko kena tanggung ko kena drive sana sini. Eh, mmg tanggung jawab ko sebenarnya tanggung bini tu, beli itu ini utk dia. Kalau bini boleh tolong tu kira bonus. Pegi duduk bawah ketiak mak dgn mak sedara tu sana. Gaji 2k pun rasa hebat dah. Sampah betul. Dan semoga x-bini jumpa org baru yg hebat, beriman, hensem dan hargai dia selayaknya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *