Tengah azan boleh pulak dia buat macam tu pada anak orang. Ini luahan dari Zarina Zainuddin.

artis

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin tampil bersuara selepas tular video tak elok yang melibatkan tujuh remaja lelaki yang melakukan srangan ke atas seorang remaja lelaki lain di Kunak, Sabah. “Saya Lihat Jadi Sakit Hati”-Zarina Zainuddin. Menerusi posting di Instagram, Zarina akui terkesan menonton video tersebut yang disifatkannya sebagai hilang pertmbangan kerana sanggup mengasari remaja itu sehingga lemah longlai apatah lagi sewaktu azan sedang berkumandang.

“Di waktu azan sedang berkumandang mereka seperti orang hilang pertimbangan kasari sampai lemblk anak orang..Saya lihat jadi saklt hati.. Kes macam ni kalau sekadar diberi amaran dan hukman ringan mereka takkan takut sebab orang kalau dah biasa pkl orang dia jadi sedap nak pkl lagi dia rasa dua hero gngstr kampung dorang.”- pesan Zarina

Mahu Mereka Dikenakan Hkuman Pnjra Seumur Hidup

Tambahnya lagi, dia mencadangkan agar budak seperti itu dikenakan hkuman ditahan seumur hidup supaya mereka yang berslah akan berasa insaf dan dapat belajar menghormati orang lain. “Saya cadangkan budak sebegini diberikan tindakan DITAHAN SEUMUR HIDUP..Biar matl pun nanti dalam tahanan baru dia insaf belajar agama belajar hormat kat orang..

Belajar buat perkara yang berfaedah kat dalam tu. Sampai hujung nyawa dia mesti bahagia kat dalam tu.”- katanya lagi. Memetik laporan Berita Harian, baru-baru ini tular sebuah klip video kejadian pergdhan sekumpulan remaja lelaki yang telah menmbk dan menendang seorang remaja lelaki lain. Kesemua mereka telah ditahan di Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Kunak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Ksksn kerana mersh di tempat awam.

Sumber : murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Video Zarina Zainuddin Menangis Gara Gara Ketuk Azil Dengan Senduk. Terkejut Rupanya Sebab Ini Zarina Buat Macam Tu.

GARA-GARA bertindak kasar kepada anak sulungnya yang menghidap autisme iaitu Muhammad Razil Azrai atau Azil, pelakon Zarina Zainuddin menangis kesal atas tindakan luar kawalannya itu. Sebak mengenangkan kejadian pada pagi Selasa, Zarina berkata dia berasa serba salah kerana memkl anaknya yang diketahui tidak mampu berfikir secara normal seperti remaja lain.

“Selepas saya bagi Azil makan, dia mengmuk… semasa itu saya tengah memasak rendang, tiba-tiba dia datang mengmuk, saya tengah berhadapan dengan benda pnas tak sengaja terketuk dia dengan senduk. “Saya sensitif sangat, Ya Allah kenapa aku ketuk dia. Saya sendiri terkejut… saya terfikir kenapa saya ketuk dia, saya menyesal Ya Allah.

“Apa yang buat saya sedih lagi hari ini… kawan rapat saya pergi menghadap illahi semalam, macam tak percaya dengar khabar itu,” katanya. Zarina berdoa minta beri kekuatan menjaga anak istimewa. Dalam siaran langsung menerusi laman Instagram itu, Zarina dilihat menangis sebak kerana bertindak kasar dengan Azil yang kini berusia 25 tahun.

Kesal dengan apa yang berlaku, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini menasihati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini supaya banyakkan bersabar berdepan kerenah mereka. Malah, dia sendiri mengakui tidak berhenti berdoa supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai ibu.

“Sabarkanlah aku Ya Allah, kuatkan la aku sebab kalau kita tak sabar yang jadi sasaran anak tak berdosa, (dia) tak tahu cakap, tak tahu apa-apa… tak tahu nak explain nak minta apa.

https://www.instagram.com/p/CWUiinJoyIE/

“Ibu ayah yang ada anak macam ni memang kena banyak sabar, sabar, selalulah berdoa dekat Allah kuatkan kita… bagi kesabaran yang tinggi sebab kita menguruskan anak begini bukan senang, kalau kita silap, kita berdosa sebab dia orang tak tahu apa-apa.

“Biarlah kalau dia nak buat saya tak apa, saya bagi kepala saya, ketuklah buat lah apa-apa… sebab dia selalu pukul diri dia, saya tak sanggup tengok,” ujarnya. Selain Azil, Zarina juga memiliki seorang lagi anak lelaki yang merupakan kembar Azil iaitu Azal juga penghidap autisme.

Komen Warganet:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Mstar

Zarina Zainuddin Terkejut Bila Duit Simpanan Anak Tinggal RM 100. Sekali Ini Yang Zarina Dedahkan.

Pelakon Zarina Zainuddin, 51, terkilan namun reda apabila wang sebanyak RM900 milik anaknya Azal, 25, ‘lesap’, baru-baru ini. Zarina berkata, sebelum itu dia memberikan RM1,000 kepada Azal untuk kegunaannya. Walaupun reda dengan nasib malang itu, dia tidak menafikan berasa sedih kerana ada individu sanggup mengambil kesempatan terhadap anaknya yang menghidap autisme itu.

“Saya sebak, tetapi betul-betul reda. Cuma sedih kerana Azal itu anak istimewa pun, ada orang terasa nak ambil (kesempatan). Bagi saya RM900 itu banyak. “Selalunya kalau ke mana-mana, saya yang bayarkan tapi tempoh hari, dia minta berhenti di stesen minyak nak beli barang. Kemudian, dia tunjuk beg duit kata duitnya tinggal RM100.

“Saya tanya dia, terlupa di mana-manakah dan dia jawab memang dalam dompet itu saja duitnya. Saya kata, tak apa bukan rezeki kami dan bersangka baik sajalah,” katanya. Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu nyata bersimpati dengan nasib malang menimpa anaknya apatah lagi wang itu diperoleh hasil kerja-kerasnya.

“Kasihan sebab dia kerja tapi orang lain ambil duit dia. Memandang dari sisi baik, mungkin orang yang ambil itu dalam kesusahan, tak tahu mungkin sudah ditakdirkan bukan rezekinya. “Kita diajar tidak ambil duit orang, usik barang orang. Kalau nak, kena minta izin dulu,” katanya. Terdahulu, Zarina berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram Live dan meminta Azal reda serta menghalalkan wang yang hilang itu.

Sumber : HMETRO ONLINE

Gara Gara Rakam Video Senaman Sambil Melompat. Kini Zarina Zainuddin Dedah Ditegur Oleh Suami.

Pelakon, Zarina Zainuddin mended4hkan dia ada menerima tergvran dari suami susulan satu video yang dikongsi di Instagram. Menurut Zarina, tegvran tersebut berkaitan dengan r4kaman video dia sedang bersenam sambil melompat bersama anak lelakinya, Azal.

“Assalamualaikum Selamat pagi Khamis. Semuga Allah permudahkan segalanya dalam hidup kita semua. amin. Semalam saya dapat tegvran dari suami tentang video saya excersize lompat lompat dalam bilik dengan azal. Suami cakap kita hidup dalam masyarakat, semua nak kena jaga. Akaun IG saya dipntau oleh suami dan anak-anak termasuk anak buah saya. Mereka ada id IG saya kalau dirasa tak sesuai dorang terus deIete,” tulisnya.

“Saya hidup dikelilingi anak-anak lelaki dan anak buah saya pun lelaki, ramai betul bodyguard saya ni. Tak tercapai akal saya untuk berfikir sejauh mereka walaupun saya dah tua tq,” tulisnya lagi.

Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun. Sumber:MH

Mempersoalkan Cara Jaga Anak Istemewa. Pelakon Zarina Zainuddin Meluahkan Rasa Kecewa.

KUALA LUMPUR : Pelakon, Zarina Zainuddin,51, meluahkan rasa kecewa kerana sehingga sekarang masih ada kalangan warganet yang mempersoalkan caranya menjaga anak-anak istimewanya yang menghidap autisme.

Menurut Zarina, dia berpendirian bahawa setiap orang mempunyai cara masing-masing dalam membentuk, mendidik dan menjaga anak dan urusan itu tidak seharusnya perlu dilakukan dengan cuma menuruti kata orang.

“Anak saya, sayalah jaga. Saya lebih kenal anak sendiri. Makan minumnya saya jaga dari kecil, didik dia, setiap orang itu berbeza cara hidupnya. Kenapa nak suruh saya kena buat macam itu, buat macam ini?

“Cara saya, sayalah jaga. Cara kita tak sama. Saya tak nak hidup sebab nak tunjuk pada orang yang diri ini baik. Semua Allah SWT yang nilai, bukan manusia. Zahir saja manusia nampak, baik buruknya kita sendiri yang tahu,”katanya.

Zarina berkata demikian dalam satu perkongsian di Instagram (IG) hari ini.

Terdahulu, Zarina berkongsi sebuah video ringkas di IG dengan memaparkan anaknya, Azil dan usaha untuk membawanya ke kedai gunting rambut hari ini bagi merapikan diri.

“Azil sudah 25 tahun dan sudah dewasa. Selalu saya cakap padanya, Allah SWT sayang Azil. Dia tiada dosa dan tak boleh berkata. Azil tak boleh berfikiran macam orang lain selain tiada nafsu macam orang lain.

“Selalu orang cakap jangan cium anak itu, dia pun ada nafsu. Tapi Azil tak ada pun macam itu. Kadangkala dia mandi pakai tuala depan tutup, belakang nampak. Belakang tutup, kadang depan nampak. Kalau dia sedang mengamuk, dia buka saja.

“Orang gaji saya pun sudah berhenti. Apa pun alasan dia berhenti, saya terima seadanya,”katanya.

Dalam pada itu, Zarina juga berpendapat dia lebih selesa untuk menjadi diri sendiri selain bimbang untuk bergaul dengan orang yang mula menilai dirinya.

Sebagai seorang manusia, kata Zarina, dia tentunya sentiasa mencuba memperbaiki diri dan kelemahan diri perlahan-lahan.

“Namun saya berterima kasih kepada semua yang memberi teguran. Cuma jangan tegur saya di IG, saya akan padam dan sekat. Nak tegur sila mesej di ruangan peribadi atau DM, saya akan cuba perbaiki.

“Terima kasih untuk doa dan kasih sayang semua,”katanya.

Untuk rekod, Zarina adalah ibu kepada pasangan kembar autisme, Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal). Sumber: Utusan Malaysia

Dulu Tengok Muka Dia Pun Tidak Sanggup Nak Terima. Kini Ibu Anggap Anak Istimewa Anugerah Terindah.

VIDEO keletah anak syurga yang berusia setahun tiga bulan ini sering dikongsi oleh ibunya menerusi aplikasi TikTok.

Selain telah mengumpul hampir 200,000 pengikut, video-video mereka turut meraih jutaan tontonan di platform berkenaan.Menurut Azmanina Azihan atau Chibby, 23, anaknya yang diberi nama Nur Ariana Hessa Nor Azlan dilahirkan pada 6 Jun tahun lalu.

Imbas Chibby, dia menerima perkhabaran bahawa bayi sulungnya itu menghidap slndrom d0wn ketika kandungan berusia tujuh bulan.

Biarpun sukar menerima hakikat pada awalnya, Chibby reda dengan ketentuan takdir dan menganggap si comel yang mesra disapa Hessa itu sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.

“Saya dapat tahu ketika dia masih dalam perut. Saya buat imbasan lima dimensi (5D) ketika kandungan berusia tujuh bulan. Masa tu kami dapat lihat dia ada simptom slndrom d0wn, jantungnya juga ada masalah.

“Suami banyak bagi kata-kata semangat pada saya pada waktu itu. Ketika dilahirkan, doktor sekali lagi maklumkan kepada kami bahawa Hessa menghidap slndrom d0wn. Masa tu saya tak boleh terima, tapi nak tak nak kena terima.

Video: Tiktok @yawhessaaa

Hessa kini berusia setahun tiga bulan.

“Bila tengok muka dia, automatik jadi tak sanggup untuk tak terima dia. Selepas kelahiran Hesa, Alhamdulillah rezeki tak putus datang. Hessa pun senang jaga. Dia seorang anak yang ceria dan susah menangis.

“Masa Hessa lahir, ada tiga lubang pada jantungnya. Alhamdulillah, masa habis berpantang, kami pergi check semua dah tertutup sendiri. Jantung dia dah OK,” ujarnya kepada mStar.

Anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki.

Bercerita lanjut, Chibby bersyukur apabila dia meraih banyak sokongan warganet sejak berkongsi video keletah anaknya menerusi TikTok. Selain itu, ramai ibu muda termasuklah yang mempunyai anak slndrom d0wn turut menghantar mesej dan bertanya pelbagai soalan kepadanya. Dalam pada itu kata Chibby, dia turut berdepan situasi yang mana ada segelintir individu yang ‘bercakap-cakap’ mengenai keadaan anaknya itu.

Chibby bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Di TikTok, ramai yang mesej minta pendapat dan kata-kata semangat dengan saya kerana mereka tengok saya positif membesarkan Hessa.

“Pesanan saya kepada ibu-ibu di luar sana, anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki. Abaikan saja mulut orang mengata, mereka tak alami sendiri.

“Awal-awal dulu ada yang cari pasal, sekarang makin berkurang. Saya tak tahu sekiranya mereka tak takut kalau kata-kata tu berbalik semula kepada mereka,” ujarnya lagi.

Berkongsi khabar gembira, Chibby kini sedang hamil tujuh bulan dan bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Video pasangan ibu dan anak ini sering tular di TikTok.

Bercerita mengenai dirinya, Chibby sudah empat tahun menjalankan perniagaan pakaian.

Ujarnya, dia tiada masalah menguruskan anak dan bisnes serentak serta berharap ibu di luar sana juga mampu melakukan perkara yang sama.

“Saya dah empat tahun jual baju, sejak belum kahwin lagi. Dari bujang sehinggalah dah ada anak. Memang susah nak handle dua-dua. Tapi kita kena cari duit lebih pada musim pandemik.

“Alhamdulillah, masih ada permintaan walaupun Covid-19 sedang melanda. Kalau ada ibu-ibu yang nak buat bisnes, anak bukan alasan. Ia merupakan kehendak sendiri. Yang penting kena pandai urus,” ujarnya yang turut memiliki saluran youtube sendiri. Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *