Terkejut bila warganet siasat harga kasut Nabil Ahmad cecah hampir 12 ribu. Sekali ini respo Nabil buat ramai yang terdiam.

artis

Petaling Jaya – Penampilan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada malam Gegar Vaganza minggu kelapan jadi perhatian pengguna media sosial. Biarpun setiap minggu mengacara bersama Jihan Muse, kali ini kasut Nabil menjadi perhatian warganet. Kasut jenama Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 itu digayakan bersama sut berwarna oren, semalam.

Tertarik dengan gaya tersebut, warganet lantas mencari harga kasut itu di pasaran. Berdasarkan ciapan di Twitter HarmanHarison, dia menyatakan kasut itu dianggarkan berharga RM 11,919. Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata wargamaya akui turut sama memerhati kasut yang digayakan pemilik Ahmad Nabil Ahmad.

Malah, ada yang menyifatakan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memang gemar mengumpul koleksi kasut. Sebelum ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah menjadi bualan warganet selepas warganet gigih menggali harga jam tangan mewah dan tudung yang dipakai beliau.

Nabil Balas Balik

“Saya dah beli lama kasut ini sekitar empat tahun lepas, tak sangka sekarang harga dia dekat RM 12,000.” Demikian komen daripada pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad yang jadi perhatian warganet apabila menggayakan kasut berjenama, Air Jordan 1 Retro High OG Chicago pada konsert suku akhir Gegar Vaganza kelapan GV8 hujung minggu lalu.

Kata Nabil, 38, waktu dibeli, kasut berkenaan harganya hanya sekitar AS 500 iaitu RM 2096 dan dia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk barangan berjenama miliknya. “Saya tak tahu pun kasut yang saya pakai menjadi cakap-cakap orang dalam media sosial dan saya tiada niat nak menunjuk-nunjuk apa yang saya pakai.

“Kebetulan awak telefon baru saya tahu orang sibuk bercakap tentang kasut yang saya gayakan. Dah lama beli sebenarnya kasut berstatus Hypebeast ni. Dulu beli murah je tiadalah sampai harga berbelas ribu,” katanya kepada sebentar tadi.

Seloroh Nabil, isterinya, Nazirah Ayub, selalu menasihatkan dirinya agar berjimat cermat dalam berbelanja. “Kalau isteri tahu saya beli kasut sampai harga berbelas ribu, n.ahas saya. Dia akan cakap, daipada habis duit beli kasut mahal baik habiskan duit beli tas tangan untuk dia.

“Inilah nasib seorang suami tapi yang penting saya memang tiada niat nak menunjuk-nunjuk kasut mahal atau apa sekalipun. Kebetulan kasut kena dengan sut yang saya gayakan malam itu, saya pun pakai sahaja. Tak sangka jadi buat mulut warganet,” katanya.

“Nanti kita pergi menghadap illahi, semua kita tinggalkan. Isteri, anak-anak, kawan-kawan dan kasut barangan mewah. Semua ini sementara sahaja dan janganlah diagung-agungkan. “Jumpa Allah nanti kita bawa iman dan amal untuk dihitung. Allah tak tengok kita pakai baju atau kasut jenama apa. Mungkin kedengaran klise orang dengar ini keluar dari bibir saya tapi itulah realiti sebenarnya,” ujarnya.

Kredit : OB/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Terkejut Ada Mangsa Banjir Ketuk Cermin Kereta Minta Bantuan Kerana Kelaparan. Nabil Ahmad Sebak Tapi Luah Rasa Kagum Disebabkan Ini.

KUALA LUMPUR: Insiden tingkap kenderaan diketuk mangsa banjir yang kelaparan ketika menyertai misi bantuan sekitar Hulu Langat, Selangor tidak mampu dilupakan pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad sampai bila-bila. Berpeluang melihat depan mata keadaan kawasan yang ditimpa musibah, Nabil gagal membendung air mata, malah, timbul keinsafan dalam diri dengan kekuasaan Allah.

Melihat kanak-kanak yang terpaksa duduk di luar rumah, hati Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2009 itu bertambah sayu. Kebanyakan rumah diliputi lumpur tebal sehingga ke paras lutut, jadi apa pilihan mangsa banjir selain terpaksa duduk di luar rumah. Keadaan tidak ubah seperti gelandangan.

Menceritakan insiden yang tidak mampu dilupakan, Nabil berkata, dia dan rakan-rakannya dalam perjalanan menghantar makanan tersentak apabila tingkap kereta diketuk ketika kenderaan berhenti akibat kesesakan lalu lintas. “Ketika sedang melintasi satu kawasan perumahan, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki diketuk mangsa banjir. Apabila membuka tingkap, mereka terkejut melihat saya.

“Seorang lelaki bertanya adakah kami mempunyai bekalan makanan yang boleh dimakan dengan segera kerana penduduk sudah kelaparan akibat tidak menjamah sebarang makanan sejak semalaman. “Secara kebetulan, kami membawa 400 bungkus nasi untuk dihantar ke kawasan lain. Namun, disebabkan tidak sampai hati melihat keadaan lelaki berkenaan, kami singgah di taman perumahannya untuk mengagihkan makanan.

“Di situ, ada kira-kira 60 rumah yang belum mendapat apa-apa bantuan,” katanya. Pengacara program Gegar Vaganza dan MeleTOP itu berkata, sebelum ini, salah seorang sahabatnya menerima pesanan dari aplikasi WhatsApp daripada penduduk taman perumahan yang terletak di Batu 10, Hulu Langat yang mengadu bantuan tidak sampai disebabkan kedudukan rumah jauh ke dalam.

“Mereka mengadu kehabisan susu, lampin pakai buang, malah duit pun tiada untuk membeli barang keperluan. Ketika sampai, pasukan kami diserbu. “Mangsa banjir berebut-rebut mengambil barang. Melihatkan keadaan ini hati saya sangat sedih, tidak dapat dibayangkan sekiranya berlaku kepada ahli keluarga saya.

“Pada masa sama, ia pengalaman yang menginsafkan. Saya teringat potongan ayat dalam al-Quran dan pesanan disampaikan Nabi Muhammad SAW yang kini satu persatu mula berlaku. “Ada kalanya saya terfikir adakah masanya sudah tiba,” katanya. Namun, katanya, hati bertambah sayu melihat kanak-kanak berada di luar rumah selepas rumah ditenggelami lumpur.

“Keadaan mereka tidak ubah seperti gelandangan. Saya sebak kerana kejadian ini berlaku di negara kita,” katanya yang mula memasuki kawasan Hulu Langat bagi membantu seorang teman kumpulan Tabligh yang diuji apabila kediamannya musnah akibat banjir, Sabtu lalu.

Melihat teman yang dikenali sebagai Talha yang cukup tabah berdepan ujian, meskipun kini tinggal sehelai sepinggang Nabil amat mengaguminya. Katanya, sahabatnya itu bukan sahaja masih mampu mengukir senyuman, malah sempat menghulurkan tenaga membantu mangsa lain yang terjejas akibat banjir.

“Talha tinggal di kawasan Sungai Serai. Seperti diberitahu, kawasan ini sudah hampir 13 kali dinaiki air, tetapi tidak pernah seteruk apa yang berlaku, minggu lalu.

“Malam Jumaat pula elektrik terputus. Talha terpaksa bergelap dan anaknya pula menangis dengan kuat.

“Namun, saya kagum dengan semangatnya. Baginya, ujian dihadapi kecil, walaupun rumahnya musnah dalam musibah banjir ini. Dia masih boleh tersenyum dan sempat membantu orang lain,” kata Nabil.

Selain itu, Nabil mengagumi kegigihan rakan baiknya yang juga penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau Shiera yang gigih mengumpul dan mengedarkan barangan keperluan kepada mangsa banjir dalam kesibukan tugasannya.

Katanya, dia tidak mampu menjadi segigih Shiera yang sanggup bersusah payah menjadikan rumahnya sebagai hub meletakkan barang bantuan mangsa banjir.

“Saya tabik dengan Shiera. Bayangkan bukan setakat mengumpulkan barang, tetapi dia dan suami menghantar sendiri barang keperluan. Malah, Shiera akan keluar membeli keperluan yang tidak mencukupi.

“Cara Shiera mengendalikan barang keperluan dihantar ke rumah juga wajar dicontohi. Dia tidak kisah menjadikan rumahnya sebagai hub mengumpulkan barang bantuan. Malah, Shiera masih sempat turut turun padang mengagihkan barangan biarpun sibuk dengan kerja.

“Saya menyertai pasukan Shiera. Apabila ke rumahnya mengambil barang untuk dihantar kepada mangsa banjir, saya lihat caranya bekerja memang mengagumkan.

“Dia sanggup mengumpul dana membeli keperluan yang belum cukup, malah, saya percaya Shiera juga banyak menggunakan wang sendiri untuk membeli barang,” katanya.

Nabil berharap, nasib mangsa banjir akan lebih terbela kerana bukan mudah untuk membina semula kehidupan yang ranap.

“Saya yakin kos yang perlu ditanggung mangsa banjir bukanlah sedikit jika harta benda rosak dan hancur,” katanya.

Kredit : BH

Nabil Ahmad Sebak Sehingga Menitiskan Air Mata Dengar Cerita UEL. UEL Kongsi Cerita Serba Sedikit Cara Untuk Terus Istiqamah Untuk Membantu Orang Ramai.

Berlangsung semalam,program MeleTOP telah menjemput tetamu istimewa iaitu pendakwah tersohor, Ustaz Ebit Lew secara atas talian untuk berkongsikan cerita mengenai misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh beliau. Melalui temu bua itu,UEL turut bercerita tentang sedekag serta permulaan beliau melakukan kerja kerja amal dan dakwah.

Mendengar cerita perjalanan dakwah Ustaz Ebit, pengacara program tersebut iaitu Nabil Ahmad sebak sehingga menitiskan air mata.Lebih menjadi perhatian adalah jawapan Ustaz Ebit apabila Nabil ada bertanyakan apa yang membuatkan pendakwah itu terus istiqamah untuk membantu orang ramai.

“Saya ingat daripada saya usia 12 tahun, selalu cikgu saya ajar, doa ‘Ya Allah jadikan saya matahari kebaikan untuk manusia dalam dunia,” katanya.Diakhir temubual itu, Nabil turut mendoakan agar misi bantuan Ebit Lew dipermudahkan serta meluahkan rasa rindu untuk bertemu dengan pendakwah tersebut.

Ada Yang Merasa Pelik Bila Nabil Masuk Tandas Khas Untuk Orang Kurang Upaya. Nabil Ahmad Akhirnya Buka Mulut Hal Tersebut

Rupanya masih ramai yang tidak tahu akan nasib malang yang telah dilalui oleh pelakon dan pelawak terkenal Nabil Ahmad sewaktu bekerja sebagai seorang Mat Dispatch suatu ketika dahulu. Imbas kembali kejadian yang tidak diingini yang belaku di saat dia berusia 19 tahun. Jelas Nabil,gara gara kejadian tersebut itu juga,dia terpaksa berpaut pada sesuatu benda untuk kembali berdiri sekiranya duduk dalam jangka masa yang lama.

Tanpa ragu dia membuka akan rahsia hidupnya, Nabil mengakui bahawa pada usia yang begitu muda iaitu 15 tahun dia sudah mula bekerja di warung. “Saya masih bersekolah pada masa itu, tetapi semuanya saya tanggung sendiri. Yuran sekolah pun saya yang bayar sendiri. Kemudian pada umur 16 ke 17 tahun, saya bekerja di sebuah kedai yang menjual nasi lemak. Selepas itulah baru saya menjadi seorang dispatch.”

“Pada umur 19 tahun, saya hanya terlantar selama setahun kerana telah mengalami kejadian tersebut. Paha saya ptah dan inilah yang menyebabkan saya sebenarnya cact. Ramai orang yang merasa pelik apabila melihat saya masuk ke tandas OKU. Memang mengejutkan kerana jika dilihat dengan mata kasar, saya di kaca televisyen nampak begitu sempurna. Tapi sebenarnya semua orang tidak tahu bahawa saya tidak boleh bangun dengan cepat sehinggalah ke hari ini.” Kenyataan eksklusif ini telah didedahkan sendiri oleh Nabil menerusi rancangan ‘Rumah No 107’.

“Sebenarnya, orang tak tahu bahawa saya selepas membuang tak boleh bangun terus secara mendadak sehinggalah ke hari ini.  Selepas saya duduk di dalam tandas untuk satu tempoh yang agak lama, saya akan susah untuk bangun dan terpaksa berpaut pada sesuatu.”“Badan saya ada besi yang bermula dari tulang pinggul hingga ke bahagian tulang paha. Gigi depan saya juga adalah gigi palsu sebab gusi saya patah susulan kejadian itu sewaktu saya bekerja sebagai dispatch,” kongsi Nabil.

Pernah Tular Lepas Ikuti Jemaah Tabligh. Nabil Dan Isterinya Sekali Lagi Raih Tumpuan Ramai Lepas Mereka Buat Satu Perkongsian Ini

Khabar berita tentang pelawak dan pengacara Nabil Ahmad sebelum ini yang mengikuti jemaah tabligh telah mendapat respon positif daripada warganet apabila video luahan tersebut mengaitkan tentang pengalam sepanjang mengikuti jemaah.

Tambahan pula,penampilan terbaru isteri kepada Nabil iaitu Zira Ayuh menjadi tumpuan warganet apabila mengenakan hijab dalam gambar gambar yang dikongsi di IG. Melalui akaun IG kendalian dia dan suami,Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub memuat naik beberapa gambar dan video terkini dengan mengenakan tudung secara sopan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet serta rakan selebriti menyokong usaha wanita berusia 32 tahun itu dan memuji kecantikan serta penampilannya sewaktu berhijab. Ada juga seorang bekas pelakon iaitu Azuan Mazlan yang meluahkan rasa hormat kepada pasangan terbabit kerana mereka dikatakan semakin mendekatkan diri dengan ilmu agama Islam.

Tambah Azuan lagi,dia memuji sikap Nabil sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri untuk mendalami ilmu agama.Menerusi akaun Instagram miliknya, Azuan memuji sikap Nabil sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri mendalami ilmu agama. Difahamkan lagi gambar yang dikongsi oleh Azuan diambil ketika pasangan itu menyertai jemaah masturat

“MasyaAllah Allahuakbar Tabarakallah. Tahniah Nabil. Sejuk mata memandang. Bukan senang ya untuk bawa keluarga amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.“Seronok sangat bila Allah SWT pilih mereka ini, untuk buat kerja Agama Allah SWT. Semoga pengrbanan mereka dalam usaha dakwah ini, hidayah tersebar seluruh Alam. Allahumma Ameenn,” tulisnya.

Rata-rata peminat Nabil gembira dengan perkhabaran tersebut dan mendoakan agar kedua pasangan itu terus istiqamah untuk melakukan kebaikan kerana Allah SWT.Buat pengetahuan, pasangan tersebut berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan bernama Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani. Alhamdulillah semoga terus istiqamah di jalan Allah SWT! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *