Sekali lagi Ds Vida dan Iqbal jadi bualan ramai. Ds Vida siap bongkarkan rahsia Iqbal masa zaman sekolah lagi.

artis

Nama usahawan Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli kembali menjadi bualan ramai selepas mereka ‘berprng’ di media sosial. Pertelingkahan ini berpunca daripada komen Iqbal terhadap satu status sebuah portal berita mengenai tajaan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Biarpun Iqbal tidak menyebut nama, Vida dilihat terasa lantas’naik hantu’. Vida membalas komen itu dengan mengkritik kenyataan Iqbal dan mendakwa usahawan itu sudah ‘lupa daratan’. Tidak mendiamkan diri, Iqbal membalas dengan menyatakan dia sedang diuji sekali lagi. Eh kenapa tiba-tiba terasa? Saya langsung tak mention (sebut) nama pun dan langsung tak tuju ke situ. Allahuakbar. Ujian lagi buat saya.

Tanggung dari zaman sekolah lagi

Terbaru, Vida ada membuat siaran langsung di Instagram (IG) miliknya, lewat malam tadi. Turut bersama dengan Vida adalah pembantunya dan personaliti media sosial, Zarina Anjoulie. Vida mendedahkan dia merupakan individu yang menanggung Iqbal sejak sekolah lagi namun balasan yang diterima adalah sindiran dan kutukan.

Nak brblah sangat kan, aku boleh ja buka cerita pasal mu (Iqbal) tu. Aku meniaga sampai banyak rugi. Mu tak tau semua tu. Aku tanggung mu (Iqbal) dari zaman sekolah lagi. Perbelanjaan sekolah tiap minggu aku la bayar. Aku tak suka marah-marah, takut tekanan bp tinggi.

Sedih aku.. Aku dah tolong, mu mengata aku meniaga dekat televisyen. Aku dah tabur macam-macam, ilmu bagai. Tolong sedar diri. Kalau bukan sebab aku, mu ingat ada orang nak pandang mu? Sekarang mu dah tersohor, satu dunia kenal, mu campak aku! Aku pecat dia sebab perangai hodoh la. Drh dah naik ke bulan. Aku ni banyak dah sabar. Mu suka orang luar tengok perangai aku macam ini!

Hasil pemerhatian OhBulan!, selepas Vida mengamuk, Iqbal dilihat sudah tidak mengikuti (unfollow) akaun media sosial pelantun lagu Lavida Raya itu. Terdahulu dalam ruangan komen terhadap status portal berita itu, Iqbal memuji penaja GV musim ini yang sangat bagus dalam mengendalikan program.

Sumber: Instagram @datoserivida

Lepas Ds Vida Kali Ni Giliran Iqbal Pula Berhasrat Nak Taja Gegar Vaganza. Siap Nak Bawa Kelainan 200 Peratus Lagi Pada Rancangan Tu.

Usahawan kntroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk menaja program nyanyian terkenal, Gegar Vaganza (GV), musim hadapan. Mendedahkan mengenai perancangannya itu, Iqbal, 27, berkata sejak awal tahun 2021 dia sudah mengintai peluang untuk menaja program berkenaan namun rezeki masih belum memihak kepadanya.

“Sepatutnya tahun ni saya nak taja GV, saya dah adakan perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen (TV) tapi sebab dah ada penaja lain yang ambil dulu jadi terlepaslah peluang itu. “Dalam banyak-banyak program hiburan, saya nampak GV ada pasaran luas, memang dah lama saya impikan untuk gunakan program ini bagi mempromosikan produk… kalau taja program Islamik atau ilmiah ni kurang sambutan penonton.

“Saya dah berniaga selama empat tahun dan bayar beberapa program di stesen TV lain tapi masih ramai orang belum tahu apa produk saja jual, maklumlah orang kita ni tak nak tengok program ilmiah,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Iqbal berkata dia mahu menaja program nyanyian terbitan Astro itu bukanlah kerana mahu bersaing dengan mana-mana pihak termasuklah bekas majikannya yang juga merupakan penaja musim terdahulu, Datuk Seri Vida (DSV).

Sebaliknya, dia mahu menggunakan platform rancangan itu untuk mempromosikan perniagaannya di samping membantu penyanyi-penyanyi lama. “Sebelum saya viral lagi saya dah rancang nak taja GV, bukan sebab DSV pun ya. Saya yang buat keputusan ini, lagi pun ini bukan program dia. “Cuma buat masa ini belum ada rezeki saja, ikutkan bila-bila masa saya boleh jadi penaja. Tujuan saya nak menaja program ini untuk angkat semula orang lama industri yang berkualiti…. mahu bantu mereka tingkatkan strategi marketing kerana hal ini juga penting dalam masa sekarang.

“InsyaAllah kalau musim akan datang saya diberi peluang, saya akan bawa kelainan, saya jamin 200 peratus berbeza tak sama macam sekarang. “Tapi jangan risau saya tak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. Saya akan patuh dengan apa yang dirancang dan ditetapkan oleh stesen TV, kita hormati kru-kru dan cuba bantu industri,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mstar

Ada Yang Persoalkan Iqbal Tak Bagi Bantuan Pada Mngsaa Banjir. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Respon Iqbal Buat Ramai Yang Terkedu.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, usahawan dan penyanyi baru, Iqbal Zulkefli kini berada di Indonesia. Iqbal juga kerap berkongsi perkembangan dan pendapat di akaun Instagram (IG) miliknya. Antara yang terbaru, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida itu akui mengutamakan golongan yang memerlukan bantuan di depan matanya terlebih dahulu, kerana walaupun bukan di negara sendiri, mereka juga manusia.

“Ramai yang berkata kepada saya, rakyat Malaysia ramai yang susah, bantulah orang Malaysia. “Begini, pada saya, apa yang ada di depan saya, yang mahu saya bantu, saya utamakan dulu. Tidak kira mereka dari negara mana kerana mereka juga manusia,” kongsinya di IG Story.

Dalam pada itu, Iqbal juga memohon kepada pihak berkaitan agar tidak memaksa dia menunjuk perihal bantuan yang dihulur ke Malaysia atas dasar privasi. Katanya juga, ada pihak dari Malaysia yang tidak jujur dalam meminta bantuan dengan meminta perkara yang tidak sepatutnya.

“Bantuan ke Malaysia, juga saya bagi cuma jangan memaksa saya untuk tunjukkan di media sosial. Ini privasi saya, jadi bagaimana dengan ribuan orang DM meminta bantuan, tetapi tidak dibantu? “Saya ada bantu cuma tidak ramai. Saya tidak menerima info yang jelas dan tidak mampu memeriksa satu persatu.

Oleh kerana banyak juga yang tidak jujur, banyak juga yang meminta perkara yang bukan keperluan,” tambahnya. Justeru, penyanyi lagu Hujan itu lebih selesa jika menghulurkan bantuan dengan tangan sendiri atau melalui individu yang betul-betul dipercayai. “Saya lebih senang memberikan bantuan dengan tangan saya sendiri ataupun orang yang say percaya yang menghulurkannya,” kongsinya lagi. Terdahulu, Iqbal memaklumkan perancangannya berada di Indonesia untuk satu tempoh panjang atas urusan kerja dan mencari ketenangan di luar Malaysia.

Sumber : GEMPAK

Sebelum Ni Iqbal Nak Dekati Rossa. Tak Boleh Berdiam Sekali Rossa Tampil Bersuara Bongkarkan Sesuatu Pasal Ni Buat Iqbal Terdiam.

“Siapa lelaki itu yang mahu kenal lebih dekat dengan saya?” Demikian reaksi spontan penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa, 43, ketika ditanya komennya terhadap hasrat usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli, 27, yang ingin cuba mendekatinya.

Rossa yang ditemui ketika sidang media secara virtual single terbaharu berjudul Terlalu Berharap berkata dia tidak mengenali Iqbal dan berfikir-fikir apakah mereka pernah berjumpa sebelum ini. Apabila dimaklumkan Iqbal ada berjumpanya ketika hadir di tayangan perdana filem Love Knots di Jakarta, baru-baru ini, Rossa mengakui dia memang ada bertemu seseorang dari Malaysia yang minta bergambar dengannya.

“Maaf, saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, pada hari itu (ketika hadir di acara tayangan perdana filem) memang ada seseorang yang bertemu saya dan perkenalkan dirinya dari Malaysia untuk minta bergambar sama. “Saya okey saja jika peminat minta bergambar dan sesudah itu terus berlalu. Kami tak bercakap apa-apa pun, kerana saya fikirkan dia hanya peminat,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani berkata dia tiada masalah sekiranya ada individu yang berminat ingin berkenalan dengannya. “Kalau sekadar mahu kenalan tidak apa-apa. Saya okey saja kerana boleh bersahabat seperti rakan-rakan yang lain juga,” katanya.

Rossa yang sudah 12 tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal berkata dia kini selesa dengan hidup solo dan hubungan cinta bukan keutamaan baginya. “Soal jodoh, saya lebih selesa serahkan kepada Allah kerana Dia Maha Tahu. Lagi pula, saya yakin jika ada jodoh buat saya suatu hari nanti, pasti tiba masanya.

“Saya tidak menutup hati untuk menerima cinta, tetapi sekarang saya memang masih sendiri dan tidak berkawan rapat dengan sesiapa pun,” katanya. Rossa yang sangat merindui Malaysia berkata sudah lebih dua tahun tidak berkunjung ke negara ini dia terlalu rindu untuk bertemu rakan-rakan, peminat dan menikmati kulinari enak seperti nasi kandar, roti canai dan teh tarik.

Terdahulu, Rossa yang popular dengan lagu Pudar dan Ayat-Ayat Cinta pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo pada 2004. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan, 15.

SUMBER:HMETRO

Lepas Iqbal Kali Ni Giliran Ds Vida Pula Bakal Lancarkan Single Terbaru. Terkejut Rupanya Lagu Tu Ditujukan Pada Iqbal.

Nampaknya selepas usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli melancarkan lagu Hujan, giliran jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida pula bakal melancarkan single baru. Menurut Vida, dia mengakui terkesan dengan lagu dikeluarkan oleh Iqbal yang menceritakan tentang kisah percintaan mereka dan memilih untuk berdiam.

“Sebenarnya bila Iqbal keluarkan lagu, saya berdiam je. Sekarang ni cakap banyak pun tak guna jadi saya nak keluar lagu dan menjawab segala apa yang kau (Iqbal) kata. “Apa yang kau lirikkan dalam lagu itu, kali ini dengar saya pula punya. Ini jawapan yang perlu ada dalam lagu saya sehingga orang menangis,” katanya.

Mengambil pendekatan untuk meluahkan isi hatinya dalam sebuah lagu yang ditujukan kepada Iqbal, Vida berkata dia mahu semua yang mendengar merasakan kesedihannya. “Saya akan membawa lagu balada kali ni penuh dengan sentimental with love yang akan mengungkap kesedihan saya, saya nak anda semua rasakan,” katanya. Terdahulu, Vida berkata dia yakin bahawa Iqbal tidak akan dapat cari pengganti sepertinya seorang wanita yang rupawan dan genit-genit manja.

Rindu DSV Tak? Ini Jawapan Padu Iqbal! – “Semestinya Tidak Mudah Untuk …”

Umum mengetahui kisah cinta tak jadi usahawan yang kini bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli dan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV). Putus belum sempat ke jenjang pelamin, ramai yang turut berduka dan kecewa atas gagalnya hubungan yang cuba dibina pasangan itu. Bagaimanapun, kedua-duanya masih terbuka dan berlapang dada menerima ketentuan takdir yang tidak menemukan mereka bersama.

Buktinya, Iqbal tampil menjawab soalan yang diajukan pengikutnya mengenai DSV di Instagram pada Sabtu. Ditanya adakah Iqbal masih merindui DSV, ini jawapannya! “Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama. Saya serahkan kepada Allah.

“Cuma untuk toleh ke belakang, pasti tidak,” tegasnya. Iqbal juga mengakui akan membuka hatinya untuk mengenali lebih ramai wanita selepas ini tanpa meletakkan harapan tinggi. “Saya perlu bukakan hati untuk kenal dengan ramai orang tanpa menaruh harapan tinggi dan tidak memberi harapan.

“Usia saya sudah 27 tahun terasa mahu ada anak sendiri. Sekarang saya terbuka untuk kenal sesiapa sahaja. “Tetapi tidak mudah jumpa yang tepat kerana saya juga ada kekurangan,” tambahnya. Iqbal yang pernah menjadi pembantu peribadi DSV mula menjadi buah mulut ramai apabila kedua-duanya mula mengakui hubungan yang terjalin dan mendedahkan bakal berkahwin pada Disember tahun ini.

Selain membuat pemeriksaan kesuburan, DSV dan Iqbal juga sudah bersiap sedia menempah persiapan perkahwinan namun hubungan mereka mendapat tentangan daripada anak DSV, Cik B. Kontroversi terus berlarutan apabila DSV muncul ke kediaman Iqbal seawal 3 pagi bagi memujuk jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu serta menghadiahkan sebentuk cincin. Iqbal juga pernah mengeluarkan kenyataan memberitahu DSV merupakan wanita pertama dan terakhir yang ‘disentuhnya’, namun enggan memperincikan maksud kata-katanya itu.

Masih Belum Sedia Nak Terima Wanita. Iqbal Luahkan Rasa Sunyi. Terkejut Bila Tiba Tiba Dia Nak Ambil Anak Angkat.

Selepas mendedahkan jumlah gaji sebenar yang diterima daripada Datuk Seri Vida, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli kembali dengan episod baharu apabila meluahkan hasrat ingin mengambil anak angkat. Iqbal, 27, berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa sekiranya diberi peluang untuk menjaga anak angkat.

“Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi. “Baru-baru ini ada orang hantar gambar wanita hamil yang tiada bapa, jadi saya rasa kasihan dan terfikir untuk ambil anak angkat. “Kehidupan saya sekarang sunyi dan sepi mungkin sudah tiba masanya untuk fikirkan tentang anak angkat,” katanya kepada mStar. Terdahulu, Iqbal menerusi Instastory berkongsi foto seorang wanita Indonesia yang s4rat mengandung.

Sementara itu, bercakap soal jodoh, Iqbal berkata, dia masih belum terbuka hati untuk mengenali mana-mana wanita selepas hubungan percintaannya dengan Vida terputus di tengah jalan. “Kalau fasal wanita tu, saya hanya nak mengenali dia. Yela nak jadi ayah angkat kena la kenal mak dia. “Tapi nak kenal bukan bermaksud nak kahwin saya hanya nak berkenalan sahaja. Tapi kalau memang dah jodoh saya, saya tak boleh nak tolak.

“Saya tak sampai hati tengok dia ditinggalkan suami. Jadi saya sanggup jaga anak dia sebab nampak air muka dia lembut dan baik,” ujarnya. Tambah Iqbal, soal kewangan dia yakin mampu untuk menyara dan membesarkan anak tersebut sehingga dewasa.

“Dari segi kewangan dan menyara hidup anak dan si ibu saya rasa mampu,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *