Memang betul rezeki. Kali ni Abang Viva dapat motor besar. Terkejut bila pihak kedai tampil bongkarkan siapa yang belanja motor tu.

Viral

Alor Gajah – “Andai kata dapat diundurkan masa, tidak mahu jadi seperti ini kerana amanah serta kepercayaan yang diberikan oleh orang ramai terlalu tinggi, saya khuatir tidak mampu untuk membawanya,” itu kata Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva.

Menurut Azwan, 29, niatnya sepanjang 10 hari turun membantu mereka yang terlibat dengan banjir di Selangor dan Pahang bukan untuk meminta balasan mahupun penghargaan sebaliknya dilakukan atas dasar ikhlas ingin membantu mereka yang ditimpa musibah.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, keputusan untuk pergi membantu mereka yang terlibat dengan banjir dibuat secara spontan dan selepas meminta izin daripada orang tuanya dia terus bertolak dari Melaka ke Puchong. “Apabila terbaca ramai mereka yang terlibat dengan banjir terkandas terus terdetik kenapa saya yang mempunyai bot tidak turun membantu menyelamatkan nyawa dan daripada situ saya membuat keputusan untuk pergi membantu apa yang termampu.

“Perancangan awalnya saya ke Puchong hanya untuk sehari sahaja tetapi apabila melihat keadaan yang teruk saya kemudian ubah fikiran untuk terus menyambung misi menyelamat serta membantu lebih ramai lagi dan Alhamdulillah urusan cuti turut dipermudahkan,” katanya ditemui dirumahnya di Taman Sri Pengkalan Indah, di sini.

Menurutnya, sumbangan daripada bot kecilnya tidaklah seberapa berbanding dengan individu lain yang turut turun sama membantu menyelamatkan mngsaa yang terperangkap. “Kalau difikirkan sumbangan saya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan orang lain. Ada yang saya kenal sanggup datang dari Pulau Pinang dan sewa lori untuk membawa bot nelayan bagi membantu mereka yang terlibat dengan banjir.

Ada Individu Hadiahkan Motor

Sejak Abang Viva Viral mula dikenali orang ramai, ada beberapa pihak telah menghubungi beliau untuk memberikan hadiah sebagai penghargaan kepada pengorbanannya membantu mngsaa banjir pada Disember tahun lalu. Terbaharu, syarikat ICITY Motorworld Sdn Bhd telah berkongsi satu hantaran di mana Abang Viva Viral telah selamat menerima motosikal jenis Yamaha XJ6S berserta beberapa aksesori lain seperti topi keledar, jaket dan beg galas.

Menurut portal Motomalaya, pihak mereka dimaklumkan oleh ICITY Motorworld Sdn Bhd bahawa ada seorang individu tidak dikenali menghadiahkan motosikal tersebut kepada Abang Viva Viral atau nama sebenarnya Azwan Omar. Rata-rata ramai mengucapkan tahniah kepada Azwan kerana beliau layak menerima hadiah terbabit dan mendoakan kebaikkan buat individu misteri

yang sudi memberikan hadiah penghargaan kepada hero negara ini pada hantaran Facebook tersebut. Ketika dihubungi, dimaklumkan oleh pihak ICITY Motorworld bahawa motosikal tersebut telah dibeli oleh seseorang untuk tujuan menghadiahkan kepada saudara Azwan.

Kredit : BH/Malaya/FB

Ramai Yang Tanya Pasal Kereta. Akhirnya Sha Hassan Tampil Bersuara Cerita Hal Sebenar Pasal Kereta Untuk Abang Viva.

ALOR GAJAH: ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, mengesahkan, beliau telah bersetuju untuk menerima ha­diah sebuah kereta pacuan empat roda (4×4), sumbangan Pe­ngasas Shalicious Empire Sdn. Bhd., Sha Hassan tidak lama lagi. Menurut wira banjir itu, dia telah menemui Sha minggu lalu bagi berbincang mengenai hasrat usahawan itu untuk memberikannya kenderaan tersebut secara percuma

Ada Usahawan Nak Beri Kereta

Seorang wanita dipercayai usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sha Hassan tampil menjelaskan perkara yang sebenar selepas niat murninya untuk menolong Abang Viva mengundang kritikan orang ramai di laman sosial. Dipercayai, perkara itu tular apabila beberapa portal melaporkan pemberian kereta oleh usahawan itu ditolak kerana bertujuan untuk pemasaran semata-mata.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, Sha menjelaskan bahawa Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan, 29, tidak pernah menolak tawarannya itu malah memberitahu akan menghubunginya selepas selesai membantu mereka yangterlibat dengan banjir di Pahang.

“Pada mulanya, saya hanya diamkan diri kerana tidak mahu keadaan bertambah teruk dan saya juga tidak memaksa Abang Viva untuk menerima pemberian saya itu. “Dari awal niat saya ikhlas dan tidak lain tidak bukan untuk memberikan sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang.

“Malah Abang Viva pun tidak pernah tolak dan hanya menghantar mesej untuk menghubungi saya selepas ini,” katanya. Dalam pada itu, Sha turut memuat naik beberapa gambar serta sebuah video menunjukkan perjumpaannya bersama Abang Viva di sebuah restoran di Bangi, Selangor.

“Saya minta izin dengan abang Azwan untuk rakam video ini supaya dapat jelaskan kepada orang ramai yang membuat pelbagai andaian sebelum ini. “Saya dan Abang Viva tidak ada masalah malah saya seronok dengar kisahnya yang menggalas tanggungjawab besar menjaga orang tuanya dan sekarang membantu orang ramai tanpa menghiraukan apa sahaja halangan,” ujarnya.

Sementara itu, Azwan melalui Live Facebook memberitahu akan menerima kereta pacuan empat roda daripada Sha minggu hadapan selepas beberapa urusan diselesaikan. “Kita nak update la since hari hari org dok tanya kita mana keretanya ? dh naik nama senyap dh ? mmg marketing jelah kan?.

“Macam ni awak, skrg kereta byk 4×4 yg tak available dan kena tunggu sampai 2-3 bulan baru boleh dapat even cash sekalipun tetap kena que. Yang 4×2, spec paling low ada la tp x puas hati la plk. Alang alang bg, bg yg ok sikit la. “Ramai yg byk membantu sampai ke kl selangor, kelantan, terengganu carikan. Semalam finally alhamdulillah kita dh dapat 1 unit yg ngam sesuai dgn abg ni.

So smlm dh settle booking, tp tetap kena tnggu dlm 1 minggu utk settlekan semua benda. sabar nohh korang, abg viva ni santai je. Sha msj dia tunjuk gamba yg tu yg ni dia jawab mana mana pun boleh x kisah dia x de tanya apa lgsg baik betul orgnya.

Kredit : Kosmo/FB

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Lepas Perodua Kalini Sha Hasan Pula Yang Cari Abang Viva. Terkejut Rupanya Ini Hadiah Yang Sha Hasan Nak Bagi Pada Abang Ni.

Seorang usahawan produk kosmetik, Sha Hasan menyatakan hasrat bagi menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada lelaki yang tular selepas menyelamatkan sasaran banjir, Azwan Omar atau ‘Abang Viva’. Menerusi satu posting di laman Facebook, usahawan berusia 25 tahun tersebut memohon bantuan warganet selepas dirinya gagal menghubungi Azwan yang dipercayai sedang sibuk menjayakan misi di sekitar Pahang.

‘Tolong Sha please. Dah banyak kali cuba hubungi tapi tak dapat. Harap Abang Viva sudi terima,” tulis pemilik nama Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan itu. Sha berkata, inisiatif tersebut sekali gus dapat memudahkan niat murni lelaki dari Melaka itu dalam membantu lebih ramai sasaran terjejas termasuk sebarang situasi di masa akan datang.

“Ada tak sesiapa boleh bantu saya untuk hubungi Abang Viva? Saya ada WhatsApp dia tapi takde respons. Insya-Allah saya nak hadiahkan kereta baharu. Moga urusan dia dipermudahkan dalam membantu lebih ramai orang,” kongsinya. Posting berkenaan dikongsi sebanyak 1,000 kali serta ratusan komen warganet yang menyambut baik hasrat ibu kepada seorang cahaya mata itu selain mendoakan Sha dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda.

Selain itu, ada juga segelintir individu berharap supaya orang ramai memberikan masa dan ruang buat Azwan sekiranya mahu menyumbangkan sesuatu selepas nama lelaki itu ‘trending’ di semua platform media sosial.

Semalam, seorang pengguna Twitter @ushardaniele yang juga wartawan memaklumkan pihak Perodua mencari Azwan namun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai tujuan tersebut. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: Facebook Sha Hasan , Twitter @ushardaniele

Nama Siap Disebut Sebut Dalam Doa Waktu Khutbah Jumaat. Kali Ni Pihak Perodua Pulak Tampil Cari Abang Viva.

Nama pemuda berhąti murni, Azwan 0mąr atau dikenali sebagai ‘Abang Vivą’ terus mendapat tempat di hąti warganet sejąk beberapa hari lalu sekali gus mąsih trending di laman Twitter. Terbahąru, se0rang individu @rafiquemuzhaffa memąklumkan khutbah Jumąat hari ini turut menitipkan doa buat pemudą berusia 29 tahun itu selepąs misi bąntuan bnjir dilakukannya tuląr di media s0sial.

Bagaimanapun, tidak dapat dipąstikan imam mąsjid mana yang membacąkan doa tersebut. Malah, ada juga individu mendąkwa sifat kebaikan Azwąn disebut-sebut di beberapa l0kasi mąsjid antaranya di Masjid Negara.

“Masa khutbąh, imam baca doa untuk Azwąn 0mar, abang Vivą. ‘Rahmątilah hambamu yang menolong mgsą banjir waląupun ada RM50 sahaja’. Jemaąh satu masjid doąkan untuk dia, mungkin sątu Kuala Lumpur kalau khutbąh dan doa diseragąmkan,” tulis @rafiquemuzhaffa.

Sementara itu, se0rang lagi individu @ushardaniele memuat naik satu ciapan meminta orang ramai sekiranya terdapat nombor telefon bagi menghubungi Azwan kerana mendkwa pihak Perodua mencari pemuda berkenaan.

Perlukan ‘contąct’ dia dengan segera!

Terdahulu, kisah Azwan dikągumi ramai apabila sanggup mengąmbil cuti kerja dan berbekąlan RM50 sebelum membąwa b0t menggunakan kereta Per0dua Viva bagi menyelamatkan mgsą bąnjir di sekitar Shah Alam. Difahamkan, dia yang bekerja sebagai 0perator mesin kini berada di sekitar Pahąng pula yang turut terjejas aklbąt bencana banjir sekali gus bergąnding bahu dengan 0rang ramai dalam menghulurkan bantuąn. Sumber: Twitter / OMM

Mahu Kenang Jasa Jutaan Rakyat Malaysia. Dengan Kudrat Yang Ada Bapa Ainul Mardhiah Berazam Bantu Mangsa Banjir.

Jika kita masih ingat akan kisah adik Ainul Mardhiah iaitu bayi yang menghidap tumor di bahagian mulut dan diterbangkan ke London untuk menjalani operasi pasti akan tersenyum apabila mendengar khabarnya yang kian pulih.

Bayi kesayangan rakyat Malaysia ketika itu mendapat perhatian ramai dan turut dibantu doktor pakar kelahiran Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom untuk menjalani pembedahan di sana.

Kenang kebaikan rakyat Malaysia

Berkat usaha banyak pihak serta doa yang tak pernah putus dari rakyat Malaysia, pembedahan tersebut berjaya dan adik Ainul Mardhiah kini sudah boleh berjalan dan kembali sihat.

Terkenangkan kebaikkan dan bantuan yang cukup besar terhadap anaknya, bapa kepada adik Ainul telah bertekad untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor ketika ini.

Usaha beri bantuan semampunya

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ahmad Safiuddin memaklumkan yang dia sangat berterima kasih dengan bantuan yang pernah jutaan rakyat Malaysia berikan kepada mereka dan ini masanya untuk dia membalas budi walaupun tidak seberapa.

Dia yang mengusahakan perniagaan barangan runcit dan memiliki pasar mini sendiri di Melaka akan mengedarkan barangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor.

Akan hantar dari Melaka ke Selangor

Walau bagaimanapun, Ahmad Safiuddin mengakui tidak dapat memberikan banyak namun sumbangan yang diberikan diharap mampu meringankan sedikit beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Dia juga turut mengumpulkan barangan yang diinfaqkan orang ramai dan membawanya  sama ke Selangor dari Melaka. Dikesempatan itu, Ahmad Safiuddin mengakui sama sekali tidak akan melupakan segala jasa baik rakyat Malaysia dan syukur Alhamdulillah anaknya kini membesar dengan baik serta ceria.

Barang bantuan yang disediakan dan telah dikumpulkan akan mula dibawa ke Selangor bermula Rabu dan berharap agar segala urusan dipermudahkan.

Sumber: Facebook Ahmad Safiuddin

Tersadai Dan Tersekat Dari Pukul 4 Petang Semalam. Ini Keadaan Terkini Yang Masih Sangkut Dalam Banjir Di Selangor.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memindahkan individu yang terlibat dengan banjir yang terkandas serta menyediakan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan. Beliau berkata, setakat pukul 11 malam tadi, sebanyak 188 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di seluruh negara di enam buah negeri yang terjejas iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Setakat ini seramai 11,384 mngs4 daripada 4,500 keluarga telah dipindahkan ke PPS dan pada masa sama terdapat 521 pangkalan Jabatan Kebajikan Masyarakat tersedia di seluruh negara bagi membantu mangsa yang ditempatkan di PPS. Keutamaan sekarang adalah untuk menyelamatkan nyawa dahulu. Mana yang masih terperangkap kita mahu pindahkan, tidak boleh lama kita tak tahu sama ada paras air akan naik atau surut,” katanya pada sidang akhbar di Markas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di sini lewat malam tadi.

Tambah beliau, sebarang pemberian berbentuk bantuan kewangan dan sebagainya akan dibincangkan kemudian memandangkan yang lebih utama adalah keselamatan serta nyawa mangsa yang terlibat. Menurut Ismail Sabri, beliau juga telah berhubung dengan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang agar menggerakkan lebih ramai anggota bersama aset untuk membantu operasi pemindahan mangsa terperangkap kerana air naik dengan cepat.

“Berhubung pengisytiharan darurat di Selangor dan Kuala Lumpur, kita masih menunggu dan melihat sama ada terdapatnya keperluan untuk berbuat demikian. Saya juga telah berhubung dengan Ketua Setiausaha Negara dan Majlis Keselamatan Negara untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini, tindakan yang dibuat adalah menggerakkan seramai mungkin anggota tentera, polis dan bomba termasuk aset-aset untuk kita lakukan aktiviti menyelamat mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut situasi banjir di Selangor, Ismail Sabri berkata, keadaan menjadi agak kelam kabut memandangkan negeri itu kebiasaannya tidak terjejas apabila tibanya musim tengkujuh. “Kejadian banjir di Selangor agak mengejut kerana bagi negeri-negeri di pantai timur, segala persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh telah dilakukan lebih awal dan Selangor sebelum ini sangat jarang dinaiki air dengan teruk apabila tibanya monsun timur laut.

“Walaupun mengejut, kita tetap bersedia dan telah membuka sebanyak 45 PPS yang menempatkan 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga. Sebanyak 453 aset kenderaan dan logistik daripada pelbagai agensi kerajaan juga telah digerakkan untuk membantu mangsa dengan kekuatan 2,817 anggota,” ujar beliau.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 5,731 buah PPS tersedia di seluruh negara yang boleh menempatkan seramai 1,628,512 mangsa. “Mereka yang terkandas atau memerlukan sebarang bantuan boleh menghubungi hotline National Disaster Command Centre (NDCC) di talian 03 80642400,” katanya

Mereka tersadai dan tersekat, tanpa dapat bergerak ke mana-mana daripada pukul 4 petang semalam! Ini visual terbaru pukul 8 pagi ini, nak ke depan, ke belakang, u- turn semua tak boleh. Masing-masing keletihan, kelaparan, mengantuk, lunyai etc..Allahu..

PM akui keadaan banjir di Selangor kelam-kabut

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui situasi banjir di Selangor agak kelam-kabut pada musim tengkujuh yang jarang berlaku di negeri ini. Justeru katanya, sebanyak 45 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka melibatkan 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga.

Agong redah banjir tinjau situasi bencana

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meredah air banjir di sekitar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, malam tadi ketika meninjau situasi banjir di ibu negara. Keberangkatan Seri Paduka bagi meninjau situasi banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat itu turut dirakamkan dan dimuat naik di laman Facebook Istana Negara. Catatan itu menyatakan Seri Paduka telah berkenan turun dari kenderaan Baginda sewaktu hujan lebat di jalan susur menghala WTC dan meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi di sekitar kawasan tersebut.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca,” menurut catatan tersebut. Lembah Klang dilanda banjir menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara serta sejumlah pengguna jalan raya terkandas akibat laluan yang dinaiki air dan ditutup.

Selain Lembah Klang, banjir turut dilaporkan berlaku di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan dan Terengganu. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan semua kementerian berkaitan menggerakkan aset ke kawasan terjejas banjir bagi memastikan rakyat diselamatkan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara dengan segera.

Sumber : Rose Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *