Dedah ada syarikat rakaman mahu ambil isteri untuk jadi penyanyi. Sekali ini jawapan Haqiem Rusli.

artis Hiburan Kehidupan Kisah Rumahtangga selebriti

Penyanyi Haqiem Rusli, 23, mendedahkan syarikat rakaman, FMC Music mahu mengambil isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, untuk dijadikan penyanyi. Bagaimanapun, Haqiem berkata, dia tidak bersetuju, sebaliknya berpendapat biarlah dirinya seorang sahaja berkecimpung dalam dunia muzik.

“Sofea boleh menyanyi, suaranya sedap seperti penyanyi Indonesia yang mempunyai ‘tone’ suara yang baik.

“Namun, biarlah saya seorang sahaja bergelar anak seni, lagipun, saya mahu isteri fokus pada perniagaan kami, SanThai Village sebab mahu buka francais kedua dan seterusnya.

“Lagipun, Sofea tidak biasa dengan dunia hiburan, jadi biarlah dia fokus dengan perniagaan. Kalau nak cakap soal cemburu, sebagai suaminya tentulah saya cemburu, sebab itulah lumrah. Tetapi, cemburu saya tidaklah keterlaluan,” katanya.

Mengulas adakah selesa Sofea mendapat perhatian ramai, Haqiem berkata, dia dan isterinya tidak mempunyai masalah.

“Buat masa ini, saya gembira apabila Sofea mendapat perhatian. Bukan mahu berbangga pengikutnya dalam laman sosial naik, namun, saya gembira apabila sesuatu perkara boleh membuatkan isteri gembira.

“Seperti anda juga gembira apabila jumlah pengikut naik. Namun, saya tidak menafikan Sofea malu dan gementar berhadapan dengan wartawan, tetapi saya banyak memberikan nasihat.

“Kini, Sofea sedang belajar menerima perhatian dari orang ramai,” katanya.

Haqiem yang mendirikan rumah tangga pada 19 November lalu mengakui, kehidupannya kini lebih sempurna dengan kehadiran Sofea.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 itu berkata, hidupnya kini lebih terisi dengan kehadiran isteri yang sentiasa di sisi.

“Saya seronok dan bahagia sebab ini adalah fasa baharu dalam hidup saya. Sekarang, saya ada seseorang yang boleh membimbing selama 24 jam. Maksudnya, Sofea boleh menegur jika saya melakukan kesilapan dan sebagainya.

“Sebelum ini, ibu bapa menegur, tetapi ada isteri agak berbeza. Saya akui perjalanan baru ini seronok kerana apa sahaja urusan Sofea, saya perlu ada, begitu juga sebaliknya.

“Dalam pada itu, kami masih mencari keserasian dan mematangkan hubungan agar tiada benda yang tidak baik terjadi. Doa yang terbaik buat kami,” katanya.

Haqiem berkata, keseronokan bergelar suami secara tidak langsung menepis sangkaan orang ramai bahawa berkahwin muda mengehadkan pelbagai perkara.

Malah, pada masa sama, penyanyi lagu Mimpi ini juga tidak merasakan kahwin pada usia ini mampu membuatkan popularitinya merudum.

“Berkahwin muda adalah urusan Allah. Kalau bercakap soal populariti, semuanya berbalik pada rezeki, nak kata populariti merudum selepas berkahwin, itu semua juga urusan Allah.

“Allah memberikan rezeki, jadi saya akur dengan ketentuan-Nya. Jadi, saya tidak terkesan dengan isu kahwin muda boleh membuatkan populariti merudum.

“Di sebalik itu, saya tetap akan berusaha untuk kekal relevan. Insya-Allah, saya akan menghasilkan karya berkualiti kerana sebagai penyanyi, perlu mempunyai karya berkualiti untuk terus mengekalkan kejayaan,” katanya.

Haqiem turut menyokong rakan lain berkahwin pada usia muda sekiranya situasi mengizinkan.

“Tak perlu dengar mulut orang mengatakan habislah segala-galanya jika berkahwin muda.

“Sekiranya habis sekalipun, itu sudah pun ditulis. Janji sebagai manusia, kita buat perkara wajib dan gembira dengan apa yang dilakukan,” katanya.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Haqiem Dan Isteri Akui Belum Bersedia Untuk Timang Anak Pada Usia Sekarang. Sekali Ini Penjelasan Haqiem.

Haqiem berkata dia belum bersedia untuk menimang cahaya mata pada usia muda. Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat, soalan tentang cahaya mata pasti akan muncul sebaik terhadap pasangan yang baharu berumah tangga. Penyanyi Haqiem Rusli yang baru memperisterikan Anis Sofea sejak dua minggu lalu tidak terkecuali menerima pertanyaan seperti itu. Bagaimanapun Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli,23, memilih untuk merancang keluarga memandangkan dia dan isteri masih muda.

“Saya tak menolak rezeki, kalau dah perjalanan hidup saya dan Sofea akan ada cahaya mata dalam masa terdekat kami terima… itu rezeki Allah. Tapi untuk masa sekarang bukan kami taknak cuma kami masih nak memantapkan lagi hubungan daripada segi kesefahaman. (Perlu bincang) adakah kami sudah bersedia (timang anak) dalam umur sekarang ni. To be honest saya tak bersedia lagi, saya masih buat research macam mana nak jadi suami yang baik, masih cari pengalaman la. belum sedia ada anak dalam usia muda ni,” katanya.

Haqiem dan Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 19 November lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Dalam pada itu penyanyi lagu Tergantung Sepi ini berkata dia dan isteri masih dalam proses untuk mengenali antara satu sama selain belajar menjadi pasangan yang baik.

Saya tak menolak rezeki cuma kalau dah perjalanan hidup saya dan Sofea akan ada cahaya mata dalam masa terdekat kami terima

Akui Haqiem dia sendiri agak kekok selepas memikul tanggungjawab sebagai suami terutamanya perlu mengambil tahu hal berkaitan isterinya. “Dalam hal berkaitan rumah tangga kami akan bertanya kepada ibu bapa saya dan Sofia, mereka yang membantu mematangkan lagi hubungan kami. Mereka yang lebih berpengalaman dalam rumah tangga. Kalau nak bercakap soal perbezaan selepas berkahwin, pada mulanya memang rasa berbeza sebab saya perlu memikul tanggungjawab yang lain. Apa sahaja urusan Sofea saya turut perlu ambil tahu.

Haqiem bernikah dengan Anis Sofea pada 19 November lalu.

Ketika ditanya tentang perancangan untuk berbulan madu, Haqiem berkata dia masih terikat dengan beberapa program yang perlu diselesaikan. “Hari tu sempat babymoon je kat Port Dickson. Buat masa sekarang saya ada komitmen setiap hari Ahad untuk Suara Viral. InsyaAllah tahun depan nak pergi umrah dulu dan mungkin nak bercuti ke London atau Korea,” katanya. Sumber : Mstar

Tengah Sedap Menyanyi Ramai Yang Terkejut. Haqiem Rusli Tiba Tiba Sebak Dan Menangis Masa Tengah Menyanyi.

CYBERJAYA: Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular, Haqiem Rusli, 24, sah bergelar suami kepada pilihan hati, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, pada majlis tertutup patuh prosedur operasi standard SOP di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, di sini, pada jam 3.40 petang tadi.

Segak mengenakan persalinan baju Melayu rona kelabu, Haqiem atau nama sebenar, Ridzuan Haqiem Rusli dan Wan Anis Sofea selamat diijabkabulkan Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Ustaz Zamzuri Ruslan dengan disaksikan keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan wang hantaran bernilai RM 100,000 dan mas kahwin RM 300 serta lima dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pengantin perempuan.

Berkongsi perasaan sebaik bergelar suami, Haqiem meluahkan rasa syukur kerana Tuhan menghadirkan peneman hidupnya hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah, sayalah lelaki paling bahagia ketika ini kerana ada seseorang yang bukan sahaja menjadi peneman hidup, malah, berkongsi suka dan duka bersama.

Haqiem tertawan dengan sikap, budi pekerti dan ketrampilan Wan Anis Sofea yang dianggap calon isteri tepat.

“Dia Anis Sofea amat sempurna. Saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilannya berjaya menambat hati saya untuk memilikinya,” katanya.

Tengah Menyanyi Haqiem Menangis

Sementara itu, Wan Anis Sofea atau lebih mesra disapa Sofea mengakui penyanyi lagu Mimpi dan Tergantung Sepi itu memiliki kriteria yang tepat untuk dijadikan suami.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” katanya.

Malam ini, pasangan mempelai ini akan diraikan pada majlis resepsi bertemakan Raikan Cinta di Langit Asmara di skyGlass Cyberjaya, di sini.

Majlis resepsi berkonsepkan perkahwinan dalam taman yang dibuat secara tertutup itu bakal dihadiri 200 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat, rakan selebriti serta media.

Perkenalan pasangan sama cantik sama padan ini bermula sebagai rakan kongsi perniagaan dua tahun lalu apabila mereka membuka restoran steam bot sebelum pemenang trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Anugerah Bintang Popular BH ABPBH Ke 34 itu memutuskan untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya.

Mei lalu, pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 33 ini mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga menerusi siaran langsung di Instagram IG pada jam 2 pagi.

Pada malam kemuncak ABPBH 34 Sabtu lalu, Haqiem mengumumkan pernikahannya hari ini bagi mengambil keberkatan Jumaat sebagai penghulu hari.

Dengan dua kali lafaz, Haqiem sah bergelar suami kepada Wan Anis Sofea pada majlis tertutup patuh SOP di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, pada jam 3.40 petang tadi.

Kredit : BH/HotFM

Betul Betul Wedding Of The Year Ni. Terkejut RM7 Juta Kos Majlis Kahwin Haqiem Rusli.

Laksana bulan dengan matahari… Dengan dua kali lafaz, penyanyi Haqiem Rusli selamat menjadi suami kepada gadis pilihannya iaitu Anis Sofea, 19, di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira-kira pukul 3.40 petang, Jumaat. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat mereka. Bersyukur acara akad nikah berjalan lancar, Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 23, berkata Anis sudah cukup sempurna di matanya dan sikap lemah lembut serta keterampilan gadis itu berjaya menambat hatinya.

“Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang menambat hati saya untuk memilikinya,” kata Haqiem. Pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini menjalin percintaan sejak dua tahun lepas, berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan mereka. Dalam pada itu, Anis Sofea mendedahkan hatinya terpikat dengan Haqiem kerana memiliki sifat seorang yang bertanggungjawab serta mempunyai cita-cita tinggi.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” ujar Anis.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, wang hantaran berjumlah Rm100,000 dan selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Bagi meraikan hari bahagia, pasangan tersebut memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis yang diberikan nama The SOFEA berinspirasikan Floral Garden persis taman di kayangan dalam rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis Sofea yang minat kepada fesyen dan drama Korea.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran berbalas lima.

Pasangan ini menggayakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan Razman Razmi bagi majlis indah ini. Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini ialah Habib Jewels, jenama barang kemas tempatan bagi menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis. Haqiem memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia kepada isterinya. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta. Sumber : mStar

Tampil Dedah Wajah Bakal Isteri Dan Bakal Langsungkan Majlis Pada 19 November. Sekali Haqiem Rusly Jawab Isu Nikah Gadis Umur 19 Tahun.

Sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusly telah mengejutkan para peminat apabila mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya pada 19 November (Jumaat) ini.

Bakal bernikah pada 19 November

Menerusi temu bual di Melodi pada Ahad, pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli bakal melangsungkan pernikahannya pada petang dan pada sebelah malam pula akan diadakan satu resepsi secara kecil-kecilan untuk keluarga serta beberapa rakan artis sahaja. Saya akan bernikah pada 19 November. Saya akan buat nikah petang tu dan malam kita akan buat resepsi secara kecil-kecilan. Saya hanya buat jemputan untuk keluarga dan rakan artis pun tak banyak yang boleh datang.

Setelah dua tahun bersulam cinta, pelantun lagu ‘Mimpi’ ini menyatakan bahawa dia ingin menjaga privasi hubungannya. Lebih menarik lagi apabila wanita yang berjaya memikat hati Haqiem adalah rakan kongsi dan bukan seorang artis. Saya jenis menjaga privasi sebab dahulunya saya bukan seorang yang menjaga privasi dan itu memakan diri saya.

Dia seorang rakan bisnes saya. Kami berjumpa dalam bisnes dia bukan seorang artis dan kenal-kenal dari situ lah. Dia sangat sempoi. Pada pandangan saya dia sangat lengkap untuk saya. Untuk menemani saya, hidup dengan saya selama-lamanya. Saya sangat happy. Kedatangan dia dalam hidup saya banyak mengubah saya.

Haqiem Rusly gatal nak kahwin?

Apabila ditanya mengenai dirinya ‘gatal’ hendak berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun, Haqiem mengatakan bahawa dirinya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami dan tidak ada istilah ‘gatal’ untuk berkahwin bagi dirinya. Saya ni bukan buat benda yang salah. Saya war-warkan benda ni. Kalau saya senyap-senyap tu ye lah. Tak ada istilah gatal nak kahwin sebab saya rasa saya dah bersedia tapi dalam masa yang sama saya nak menjadi seorang suami ni saya masih belajar apa yang sedang buat.

Dalam pada itu, Haqiem turut memberitahu bahawa tema perkahwinannya adalah bertemakan sky glass, namun dia memberi bakal isterinya untuk memilih tema bagi resepsi mereka. Untuk baju pernikahan kita ada Razman Razmi. Malam tu respesi kita pakai baju dari Rizman Ruzaini.

Sumber : Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *