Keluarga minta untuk cepatkan majlis dan bercadang untuk bulan madu di Eropah tapi ada perkara yang menghalangnya. Ini penjelasan Yonnyboii dan isteri.

artis Uncategorized

Mendirikan mahligai dalam usia muda bukan suatu yang mudah, namun penyanyi rap popular, Yonnyboii, 23, sudah bersedia memasuki fasa baharu dalam kehidupan. Walaupun mengambil keputusan untuk bernikah dengan Nik Nazira Narriman, 22, dibuat pada saat akhir pada 20 November lalu, namun penyanyi yang popular dengan lagu Salahku ini bersyukur segala urusan untuk ‘mendirikan masjid’ dipermudahkan. Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, keputusan untuk mempercepatkan majlis nikah dan resepsi dibuat tiga hari sebelum acara sebenar.

“Keluarga meminta kami mempercepatkan majlis. Majlis ringkas saja dihadiri kira-kira 20 ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak. Tiada niat hendak merahsiakan pernikahan, cuma kami hanya ingin menjaga hati keluarga yang mana jumlah tetamu terpaksa dihadkan. Oleh itu, kami memilih untuk tidak terlalu menghebahkannya. Alhamdulillah, semua urusan untuk bernikah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh sehari saja. Malah, baju nikah kami berjaya disiapkan sehari saja. Sebenarnya keputusan untuk berkahwin ini dibuat tiga hari sebelum tarikh 20 November lalu.

“Ibu saya yang meminta kami untuk memuat naik gambar di Instagram bagi mengelakkan fitnah. Kata orang, elok dihebahkan urusan perkahwinan,” katanya. Yonnyboii berkata, dia berhasrat untuk berbulan madu di Eropah bersama cinta hatinya itu, namun hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

“Bercerita mengenai bulan madu, saya ingin ke Eropah bersama isteri, namun melihat angka kes CvdI9 yang belum reda, hasrat itu terpaksa ditangguhkan dulu. Mungkin buat masa ini kami bercuti dalam negara dulu. Banyak tempat yang ingin saya kunjungi dan jelajahi apatah lagi bersama orang tersayang, namun banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Terutama sekali mengenai faktor kesihatan, jangan kerana ingin bercuti, lain pula jadinya nanti. Insya-Allah sekiranya keadaan semakin baik dan kes menurun, kami pasti ingin bercuti melihat negara luar. Lebih manis, detik itu dikongsikan bersama orang tersayang,” katanya. Terdahulu, Yonnyboii bertunang dengan Nazira pada 9 Oktober lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 22 Januari tahun depan. Sumber : Hmetro

Sekali Lagi Yonnyboii Buat Kejutan. Baru Sebulan Bertunang Sekarang Dah Jadi Suami Orang.

Tiada angin tiada ribut, baru sebulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Yonnyboii selamat bergelar suami kepada influencer Nik Nazira Nariman dalam sebuah majlis di Duchess Place, Ampang pada Sabtu lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, di Instagram dengan kapsyen ‘Bismillahirrahmanirrahim, hai isteri’.

Manakala, Nik Nazira, 22, turut memuat naik foto-foto di Instagram memperlihatkan pasangan itu berpakaian warna putih duduk di atas pelamin.

“Bismillah, I married my bestfriend.

“Kami melangsungkan majlis nikah yang kecil dan intimate yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

“Jumpa nanti pada majlis sanding kami tahun depan,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan itu bahagia sehingga ke akhir hayat.

“Our Yonnyboii dah jadi Yonnyman. Congrats Yonny dan wife.

“Tahniah semoga dikurniakan perkahwinan yang aman dan bahagia sampai syurga.

“Tahniah kedua-duanya semoga kekal hingga ke jannah,” antara komen peminat di media sosial.

Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada Januari tahun depan.

Yonnyboii mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Nik Nazira Narriman pada 9 Oktober lalu selepas sebulan bercinta.-Sumber: Mstar.

Punca Hubungan Retak Salah Imran Sendiri .Tunang Yonnyboii Dedah Isu Rampas Merampas.

Sejak berkongsikan berita majlis pertunangan di media sosial, dakwaan tentang isu rampas-merampas antara Yonnyboii, Nik Nazira dan Imran Aqil nampaknya masih belum berakhir. Hasil temu bual bersama pihak Melodi nampaknya telah berjaya mendedahkan penjelasan lain tentang isu yang sedang melanda.

Kami memang kawan dan benda dah jadi…Kami pun tak boleh nak explain.

Apabila ditanyakan kepada Yonny, dia dengan tenang menjawab bahawa Nik Nazira atau dikenali sebagai Nina sebenarnya kawan baiknya setelah sekian lama. Mereka sering berkongsikan masalah antara satu sama lain.

Tidak melepaskan peluang yang ada, Yonnyboii memberi nasihat kepada Imran Aqil agar bermuhasabah diri terhadap perkara sudah terjadi.

Saya reda dengan apa yang jadi…Basically berpunca daripada saya, banyak berlaku tak sefahaman

Melihat Imran Aqil memuat naik posting di IG dengan kapsyen seperti tidak move on, dia mengaku bahawa bukan mudah untuknya terus melupakan bekas teman wanitanya itu dalam masa sebulan.

Menurutnya ketika masih bercinta dengan Nina, dia meletakkan kepercayaan kepada kedua-duanya untuk berkawan baik.

Bila dah tawar hati pandang muka dia pun tak boleh…Pilih Yonnyboii sebab dia ada kriteria yang Imran tak ada

Nina juga berkesempatan memberi respon bahawa Yonny tidak merampasnya dari Imran Aqil kerana hubungan percintaan mereka sememangnya sudah lama berakhir, Dia juga menegaskan bahawa keputusannya untuk bersama dengan penyanyi itu bukanlah disebabkan popularitinya selain sempat berseloroh tidak akan menjemput bekas teman lelakinya ke majlis perkahwinannya nanti.

Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official

Cukup Cukuplah Nak Kaitkan Isu Ini. Dikatakan Ambil Kekasih Orang Dan Ini Penjelasan Yonnyboii.

Pertunangan penyanyi rap Yonnyboii pada Sabtu lalu mungkin dianggap satu berita gembira khususnya buat ahli keluarga dan peminat. Namun, dalam pada ramai yang ‘tumpang gembira’ dengan ikatan tersebut, ada pula suara-suara sumbang bercerita mengenai perkara yang tidak enak. Semuanya tercetus apabila penyampai radio, Imran Aqil meluahkan rasa terkejut apabila bekas kekasihnya iaitu Nik Nazira Narriman, 22, kini sudah menjadi tunang kepada Yonnyboii.

Difahamkan, Imran dan Nik Nazira baru sahaja berpisah September lalu. Susulan itu, muncul dkwaan dan ‘mulut jahat’ warganet mengatakan Yonnyboii sebagai perampas. Menceritakan kepada Gempak, menurut Yonnyboii, keputusan untuk mengikat tali pertunangan adalah selepas mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak.

“Selama ini saya memang berkawan saja dengan Nina (Nazira). Jadi apabila dapat persetujuan dan restu keluarga, kami terus buat keputusan nak bertunang. Alhamdulillah, memang jodoh saya dengan dia,” katanya.

Jelas Yonnyboii dia tidak mengenali Imran secara peribadi dan sehubungan itu, tiada istilah dirinya merampas atau seorang perampas. “Dia sendiri kata soal jodoh sudah ditentukan Allah. Kalau betul dia terima, kena la move on dan doa yang baik-baik untuk kami berdua. Ikutkan saya pun malas nak layan isu. Apa yang penting sekarang ini, urusan nak berkahwin saja yang dijangka berlangsung 22 Januari depan. Cukup-cukuplah nak perbesarkan isu ini,” katanya.

Sekadar info, menerusi laporan sebuah portal hiburan, Imran yang juga bekas teman lelaki kepada tunang Yonnyboii mengakui terkejut dengan berita pertunangan penyanyi berkenaan. Imran, 22, berkata, dia tak sangka pasangan itu mengikat tali pertunangan memandangkan hubungan dia dan bekas kekasihnya itu putus pada 9 September lalu. Sumber : Gempak

Tiba Tiba Bertunang Dan Coret Ayat Jiwang.Yonnyboii Pilih Gadis Instafamous.

Selepas setahun berkenalan, komposer dan penyanyi, Yonnyboii, 23, bertunang dengan model yang juga Instafamous, Nik Nazira Narriman, 22, di kediaman keluarga gadis itu di Shah Alam, tengah hari semalam. Majlis pertunangan berlangsung sederhana dengan hanya dihadiri kira-kira 10 tetamu rapat. Yonnyboii atau nama penuh, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, mereka berkenalan melalui permainan video atas talian.

“Saya tak pernah percayakan cinta, saya tak pernah percaya pada peluang, tak pernah seyakin ini, tak pernah segembira ini, tak pernah tersenyum sebegini lama. Saya tak pernah merasai perasaan ini sehingga saya bertemu dengan kamu. Bersama denganmu, hati berdegup kencang,” tulis Yonnyboii. Insya-Allah, kami bakal melangsungkan pernikahan pada 22 Januari depan. Harap segala-galanya akan dipermudahkan,” katanya.

Tambahnya, dia tidak pernah menyayangi individu lain lebih daripada dirinya sehingga bertemu dengan Nik Nazira. “Saya pernah merasa janggal atau gementar sehinggalah bertemu kamu. Selama ini tiada alasan untuk menyayangi orang lain lebih daripada diri sendiri sehinggalah saya bertemu kamu.”Saya yakin kamulah orangnya sahabatku, untuk dihabiskan sisa hidup bersama.

Sayang awak selama-lamanya,” tulisnya lagi.Sementara itu, Nik Nazira punyai sebab sendiri untuk menerima Yonnyboii hadir dalam hidupnya.”Pilih seseorang yang memilih kamu tanpa membuatkan kamu bertanya akan nilai kamu dalam hidup mereka,” coretnya yang berpakaian sedondon berwarna kelabu bersama tunangnya.

Pada majlis ringkas itu, Yonnyboii sempat mendendangkan lagu Salahku di atas pelamin sambil memetik gitar.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *