Ramai pihak pertikaikan bila cikgu diasingkan di dalam bilik stor. Akhirnya pengetua sekolah tampil beri penjelasan.

Amalan Info ISU SEMASA Viral

Ipoh – Video seorang guru mendakwa dia diasingkan pihak sekolah di sebuah bilik simpanan stor tukang cuci yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi warganet.

Video berdurasi sekitar tiga minit itu menjadi tular pada aplikasi TikTok yang dimuat naik pemilik akaun bernama Asda Yanti Mh sejak semalam dan sudah mencecah 1.2 juta tontonan sehingga kini.Guru salah sebuah sekolah menengah di Ipoh tersebut dipercayai diasingkan pihak sekolah ekoran beliau belum menerima suntikan vaksin.

Video berkenaan memaparkan pendidik tersebut meluahkan rasa kesal atas layanan yang diberi pihak sekolah terhadapnya.Pada mulanya dia ditempatkan di stor pendidikan jasmani, namun ditukarkan ke stor tukang cuci atas alasan ia merupakan kawasan laluan serta mempunyai banyak peralatan sukan.

Katanya, bilik setor tukang cuci tersebut hanya mempunyai meja serta kipas namun tidak mempunyai kerusi serta plug untuk menggunakan komputer riba dan sebagainya.

Sebab Guru Diasingkan

Lembaga Pengelola Institusi St Michael BOG menyokong tindakan pengetua sekolah itu mengasingkan seorang guru yang tidak divaksin, kata pengerusi Tan Sri Lee Oi Hian.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkannya dengan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu Simon Yeong Chin Chow pada Khamis 25 Nov, mereka bersetuju bahawa pengetua telah mematuhi semua prosedur.

BOG dan Persatuan PIBG sekolah menambah bahawa mereka mengetahui prosedur operasi standard C0vid 19 di bawah A.kta Kawalan Penyakit J.angkitan serta arahan daripada Kementerian Pendidikan.

Video berkenaan memaparkan pendidik tersebut meluahkan rasa kesal atas layanan yang diberi pihak sekolah terhadapnya.Pada mulanya dia ditempatkan di stor pendidikan jasmani, namun ditukarkan ke stor tukang cuci atas alasan ia merupakan kawasan laluan serta mempunyai banyak peralatan sukan.

Katanya, bilik setor tukang cuci tersebut hanya mempunyai meja serta kipas namun tidak mempunyai kerusi serta plug untuk menggunakan komputer riba dan sebagainya.

VIDEO:

https://www.facebook.com/watch/?v=3150961168521403

Sebab Guru Diasingkan

Lembaga Pengelola Institusi St Michael BOG menyokong tindakan pengetua sekolah itu mengasingkan seorang guru yang tidak divaksin, kata pengerusi Tan Sri Lee Oi Hian.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkannya dengan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu Simon Yeong Chin Chow pada Khamis 25 Nov, mereka bersetuju bahawa pengetua telah mematuhi semua prosedur.

BOG dan Persatuan PIBG sekolah menambah bahawa mereka mengetahui prosedur operasi standard C0vid 19 di bawah Akta Kawalan Penyakit Jangkitan serta arahan daripada Kementerian Pendidikan.

“Pengetua kami telah mematuhi semua prosedur, dan BOG menyokong tindakannya,” tambah mereka dalam kenyataan itu.

Media pada Rabu 24 Nov melaporkan mengenai keluhan seorang guru yang ditempatkan berasingan di bilik stor sekolah itu kerana menolak daripada divaksin.

Pengetua SMK St Michael, Sit Wai Yin berkata, guru itu adalah satu-satunya guru yang masih belum mendapat dos vaksin Covid 19 dan oleh itu dia tidak dibenarkan berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pelajar lain.

Mengikut garis panduan pengurusan dan operasi sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian, mereka yang belum diberi vaksin atau menolaknya masih perlu pergi ke sekolah tetapi perlu mematuhi semua garis panduan dan arahan.

Mereka tidak dibenarkan menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dan tidak berada di dalam bilik atau kawasan yang sama dengan pelajar atau kakitangan sekolah yang lain.

Laporan Dalam Masa Terdekat.

Siasatan terperinci telah dilakukan Jabatan Pendidikan Negeri JPN Perak berhubung dakwaan seorang guru diasingkan di bilik simpanan tukang cuci kerana tidak divaksin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah dimaklumkan JPN Perak berkenaan isu berkenaan selepas tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Menurutnya, pihak KPM akan memaklumkan laporan penuh berkenaan insiden terbabit dalam masa terdekat.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Rita Rudaini Bengang Bila Ada Sekolah Yang Letakkan Guru Yang Tolak Vaksin Di Dalam Tandas Sebagai Bilik Khas Guru.

“Hati binatang is real!” Panas betul hati pelakon sensasi Rita Rudaini apabila mengulas mengenai nasib menimpa guru yang enggan divaksin. Menerusi Instastory, Rita menyifatkan tindakan meletak guru yang menolak vaksin di dalam tandas sebagai bilik khas guru adalah tindakan melampau. Justeru, Rita mempersoalkan nasib Guru Besar sekolah berkenaan di akhirat kelak atas tindakannya yang patuh pada arahan pihak atasan.

“Guru Besar sekolah ni rasa di padang mahsyar nanti tempat dia dalam air-cond ke sebab patuh dan sokong arahan atasan?” tulisnya. Dia juga nekad mendedahkan nama sekolah yang dimaksudkannya itu. “Binatang lagi mulia dari manusia sekarang,” katanya lagi. Kita tunggu Rita dedahkan nama sekolah ini dan reaksi pihak sekolah terhadap tindakan Rita itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: cari

Baru Je Rita Rudaini Tampil Pertikaikan Individu Lengkap Vksin. Sekali Doktor Ini Terus Tampil Bidas Kenyataan Rita.

Nampaknya ada sahaja kontroversi melibatkan Rita Rudaini lebih-lebih lagi mengenai pendapat peribadi pelakon itu tentang keburukan v.ks1n CvdI9. Baru-baru ini, menerusi satu video tular di media sosial, Rita mendkwa dirinya insan terpilih kerana Tuhan membuka matanya untuk menolak pengambilan vks1n.

“Kami nak habaq, kita sebenarnya insan terpilih, Tuhan bukak mata kita, Dia tak pilih orang yang pakai lebai ka, pakai jubah ka, belajaq kat London ka, Oxford ka pejadah semua, Tuhan berkehendak sesiapa saja yang Dia nak bukak mata,” katanya. Dalam pada itu, Rita turtut mempersoalkan mengapa golongan yang sudah mengambil v.ks1n namun masih lagi memakai pelitup muka di tempat awam dan tidak seperti di luar negara. Kalau hangpa kata kat oversea dah 100 peratus v.ks1n buka mask, awat hang tak buka mask? Kalut sangat. Cakap tak guna o.tak. Itu kami kata lembu. Lembu kacuk,” katanya.

Rita turut mempersoalkan apabila masih ada yang dij.angkiti CvdI9 di set penggambaran meskipun sudah cukup dua dos v.aks1n. Malah, Rita turut mend.kwa golongan yang div.ks1n adalah golongan yang tak normal kerana terpaksa disuntik setiap tahun. Sebelum ini nama pelakon itu menjadi bualan ramai apabila menolak v.ks1n CvdI9. Bagaimanapun, Rita berkata dia bukan seorang a.nti v.askin namun lebih selesa digelar prosafe.

Doktor Bidas Kenyataan Rita

Tindakan aktres popular Rita Rudaini yang tidak habis-habis mempertikaikan keberkesanan v.ks1n CvdI9 semakin mendapat perhatian banyak pihak malah turut dibidas oleh komuniti pakar perubatan. Seorang doktor pelatih dalam bidang perubatan keluarga family medicine, Dr. Nimelesh Balanthiren menegaskan, sudah kerap kali diberitahu bahawa v.ks1n tidak boleh mencegah j.ngkitan CvdI9 seratus peratus namun ia boleh mencegah j.angkitan t.eruk yang mengakibatkan komplikasi.

“Berapa banyak sudah nyawa yang hilang kerana CvdI9. Vks1n boleh melindungi seseorang tetapi sistem imuniti badan juga memainkan peranan penting. Jika imuniti rendah, risiko untuk kena tetap ada. Sebab itu masih ada nasihat untuk ikut prosedur operasi standard SOP, pakai pelitup muka dan sebagainya,” katanya menerusi bebenang ciapan di laman Twitter baru-baru ini. Tambah Nimelesh, ramai pesakit yang tidak sempat divks1n dan mengalami komplikasi CvdI9 sekarang, berbulan-bulan batuk, sukar bernafas malah ada juga yang keluar masuk h.ospital.

“Kita yang kerja dalam bidang kes.ihatan yang terdedah kepada k.es sebegini. Ingat senang ke nak sampaikan berita kehilangan insan tersayang akibat CvdI9 kepada ahli keluarga?. Jika anda Rita rasa anda artis atau orang berpengaruh, gunalah suara anda di jalan yang betul,” ujar beliau. Bidasan tersebut adalah balasan pada satu video aktres tersebut yang meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada warganet yang memberikan pelbagai gelaran kepadanya setelah lantang mempersoalkan tentang v.aksinasi C0vid 19. Sumber : Trending Sangat

Akibat Tukar Tajuk Poster Filem Lakonannya. Rita Rudaini Beri Teguran Keras Dan Gelarkan Ini Pada Individu Ini.

Pelakon jelita, Rita Rudaini tampil mengkritik tindakan seorang pengulas filem bebas yang dikenali sebagai Zhafvlog selepas individu itu telah menyunting poster tajuk filem lakonannya kepada anti-vaksin, meruju kepada diri Rita yang tidak divaksin.

Akal Yang Diberi Tuhan Bukan Diguna Untuk Hina Orang Lain

Menerusi Insta Stories, pelakon ini menjelaskan bahawa akal yang diberikan oleh Tuhan bukan digunakan untuk menghina orang lain. “Tuhan bagi akal dekat ko bro bukan untuk ko guna menghina orang. Ramai orang Islam macam ni mencaci cerca orang yang tak vaksin.. Malu la kat agama lain bro..Lepas vaksin dah jadi lembu..Tuhan bagi ko jadi manusia ko pilih nak jadi LEMBU..”- tegur Rita

Gelar Zhafvlog Sebagai “Blogger Lembu”

Rita Rudaini atau nama penuhnya Rita Rudaini Binti Mokhtar turut menggelarkan Zhaf sebagai ‘blogger lembu’ yang hanya melakukan kandungan yang tidak bijak. “Blogger Lembu memang akan buat konten bodoh-bodoh macam Lembu. Takat tu ja pun otak mampu pikiaq..Nak masuk 2022 dah oii. Takat tu ja ka? Biasa lah blogger sampah. Gelar diri sendiri blogger. Tapi tak nampak macam blogger pun..Lebih mirip kepada LEMBU kacuk b4b1”- tegasnya

Terdahulu, melaporkan pelakon ini  mempersoalkan sikap warganet yang ‘panas’ dengan dirinya yang masih tidak mahu divaksin. Akui Rita, dia hanya berada dalam rumah dan rasa pelik dengan sikap segelintir warganet yang telah menerima vaksin. Sumber: Murai.

Akhirnya Rita Rudaini Dedah Cerita Sebenar Kenapa Dia Tolak Vksin. Sedih Bila Prinsipnya Disalah Tafsir Oleh Warganet.

Pelakon Rita Rudaini menafikan dia menolak untuk mengambil suntikan vksin CvdI9, sebaliknya berpegang kepada prinsip untuk menerimanya apabila diiktiraf di seluruh dunia. Rita mengakui dia dikritik teruk warganet yang tidak mengetahui sebab dan prinsip yang dipegangnya. Lebih menyedihkan apabila prinsipnya itu disalah tafsir banyak pihak. Rita menerusi hantaran di Instagram Story sebelum ini berkata, dia bingung dengan t.indakan segelintir pihak itu yang turut dirasakan d.engki terhadapnya.

Bagaimanapun, Rita mendoakan mereka yang lengkap dua dos v.ksin dan bercadang pulang ke kampung halaman selepas kebenaran merentas negeri dibenarkan kerajaan mulai semalam supaya menjaga kese.lamatan diri. “Saya doakan selamat merentas negeri, negara, planet dan alam semesta dengan selamat. Semoga selamat pergi dan kembali. Menurut Rita, apa yang penting buat dirinya kini adalah menjaga kesihatan dirinya berbanding keluar berjalan-jalan. “Bagi saya, tak penting balik kampung, bercuti, rentas negeri, negara atau dine-in. Apa yang penting sekarang adalah kes.ihatan. Itu keperluan asas saya sekarang,” katanya.

Sebab Sebenar

“S.untikan v.ksin masih lagi berada dalam ujian klinikal dan uji kaji, malah dalam Parlimen pun tidak memaksa untuk mengambil v.ksin. Ia tidak termaktub sebagai sesuatu yang wajib lagi. Saya juga tidak mempengaruhi ahli keluarga yang sudah mendapatkan v.ksin. Tidak salah untuk mengamalkan pemakanan sunnah untuk menjaga kes.ihatan, bukan saya amalkan ilmu h.itam. Terpulang kepada individu sendiri, saya bukan menolak v.ksin atau anti, sebaliknya saya memerlukan sedikit masa lagi. Apabila tiba masanya, pasti saya akan mendapatkan v.ksin juga. Lagipun, saya jenis yang gemar duduk di rumah. Saya membeli barang keperluan secara dalam talian saja. Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu, saya hanya keluar jika ada urusan saja,” katanya.

Berkongsi mengenai sumber pendapatan, Rita bersyukur kerana rezekinya tidak p.utus biarpun diduga dengan pelbagai t.ohmahan dan c.emuhan. “Alhamdulillah. Walaupun tidak dibenarkan menjalani penggambaran, namun rezeki Allah datang daripada pelbagai sudut. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita manusia. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa, jadi saya bersetuju untuk tidak berlakon buat sementara waktu. Saya kini bergantung kepada perniagaan minyak wangi yang diusahakan dan kini sudah mencapai lebih 40 cawangan di pusat beli-belah AEON. Insya-Allah, sekiranya dipermudahkan minyak wangi saya ini bakal berada di 40 hingga 50 cawangan Watson pula. Saya percaya rezeki Allah ada di mana-mana,” katanya. Sumber : Online Malaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *