Pelanggan yang dedah resit sotong kayangan akhirnya tampil bongkarkan cerita sebenar buat ramai yang terkedu.

Viral

GEORGETOWN: Selepas tular harga ikan siakap kayangan di Langkawi, Kedah baru-baru ini, kini isu harga kayangan pula kecoh di Pulau Pinang apabila harga dua ekor sotong dikatakan mencecah RM 100. Ia berpunca daripada perkongsian seorang pelanggan di media sosial mengenai pengalamannya menikmati menu nasi kandar di sebuah restoran nasi kandar popular di itu semalam.

Pelanggan tersebut memuat naik gambar sepinggan nasi kandar berserta resit pembayaran yang memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM 100. Resit tersebut turut memaparkan harga bagi sepinggan nasi beriyani kosong berharga RM 4.50, nasi putih RM 1.50, dua biji telur masin RM 2, papadom RM 3 dan timun RM 2.

Menerusi perkongsian itu, pelanggan terbabit mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati sekiranya ingin menikmati nasi kandar di negeri tersebut kerana menyifatkan harganya agak mahal. Perkongsian pelanggan tersebut mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial hari ini yang rata-rata mend.akwa harga tersebut mahal.

Sementara itu, Pengarah Restoran Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim ketika dihubungi  hari ini memaklumkan pihaknya telah meletakkan tanda harga bagi setiap menu di restoran mereka. Katanya, pelanggan tersebut dipercayai telah memesan sotong bersaiz lebih besar dengan harga yang telah ditetapkan.

Ketika diberikan resit, pelanggan terbabit membayar harga makanan tersebut tanpa mempersoalkan harga yang dikenakan terhadap mereka. Bagaimanapun, pelanggan berkenaan bertindak memuat naik resit berkenaan di laman sosial Facebook pada malamnya seolah-olah tidak berpuas hati dengan harga berkenaan. Mengulas lanjut, Muhammad Riyaaz berkata, pihaknya membeli sotong mentah dengan harga yang mahal iaitu mencecah RM 35 hingga RM 50 sekilogram.

Harga untuk saiz sotong yang dipesan pelanggan tersebut adalah harga standard yang ditetapkan di restorannya, tambahnya. Berikutan itu, Muhammad Riyaaz berkata pihaknya sudah membuat penjelasan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP berhubung kos dan harga jualan sotong goreng berkenaan.

Pelanggan Dah Minta Maaf

Pelanggan sebuah restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang yang memuat naik resit harga dua ekor sotong RM 100 di media sosial memohon maaf kepada pemilik restoran berkenaan. Pengarah Restoran Nasi Kandar Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, mend.akwa pelanggan berkenaan memohon maaf kepada pihaknya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Menurut Muhammad Riyaaz, pelanggan wanita berkenaan mengakui memuat naik resit tersebut di media sosial, namun bukan bertujuan mempertikaikan harga hidangan sotong goreng berkenaan. Ini kerana, menurut wanita itu, dia mengakui tahu akan harga hidangan sotong goreng apollo tersebut.

“Pelanggan wanita berkenaan menjelaskan harga sotong berkenaan memang harga yang sepatutnya kerana bersaiz besar dan harga berkenaan tidak mahal,” dakwa Muhammad Riyaaz. Bagaimanapun, dakwanya, tindakan wanita itu memuat naik resit berkenaan telah disalah sangka oleh pihak lain yang kemudiannya menyunting gambar tersebut dengan kapsyen seolah-olah menggambarkan harga hidangan berkenaan terlalu mahal.

Justeru bagi memastikan orang ramai mendapat penjelasan sebenar berhubung isu berkenaan, Muhammad Riyaaz mendakwa, pelanggan wanita itu meminta dia memuat naik permohonan maaf daripada pihaknya di media sosial agar orang ramai tidak lagi tersalah sangka.

Sementara itu, Muhammad Riyaaz berkata, setakat ini pihaknya belum bercadang untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Namun, katanya, perkara tersebut sedikit sebanyak telah memberi reputasi yang buruk terhadap restoran mereka.

“Benda ini sudah viral, mahu buat macam mana lagi. Sedikit sebanyak isu ini akan memberi reputasi buruk kepada restoran kami, saya sudah terima permohonan maaf pelanggan terbabit melalui aplikasi WhatsApp malam tadi Rabu,” katanya.

Kredit : Astro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Tular Pasal 2 Ekor Sotong Goreng Harga RM100. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Penjelasan Dari Pihak Restoran.

Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell yang merupakan antara restoran nasi kandar popular di negeri ini menjadi topik panas dalam media sosial selepas resit hidangan dua ekor sotong berharga RM100 tular hari ini. Salinan resit berkenaan yang menunjukkan harga bagi dua ekor sotong goreng berharga RM100 manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2) menjadi perdebatan warga maya yang menganggap harga berkenaan melampau.

Perkongsian seorang pelanggan mengenai pengalamannya menikmati nasi kandar berlaukkan dua ekor sotong goreng berharga RM 100 di sebuah restoran nasi kandar popular di sini mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial hari ini. Menurut perkongsian oleh seorang lelaki di Facebook, dia mengingatkan agar rakan-rakannya berhati-hati sekiranya mahu menikmati nasi kandar di negeri ini kerana menganggap harganya yang mahal.

“Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah sampai RM 100,” katanya. Lelaki berkenaan turut berkongsi gambar hidangan sotong itu yang bersaiz agak besar dan dinikmati bersama nasi beriani.

Selain itu, pengguna Facebook itu turut berkongsi gambar sekeping resit yang dikeluarkan di restoran tersebut pada pukul 5.09 petang semalam. Resit itu memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM 100, manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM 4.50, nasi putih RM 1.50, dua biji telur masin RM 2, papadom RM 3 dan timun RM 2.

Sementara itu, wakil pengurusan restoran berkenaan ketika dihubungi hari ini memaklumkan pihaknya telah meletakkan tanda harga bagi setiap menu, manakala harga sotong berkenaan adalah harga standard di restoran itu.

Tampil Beri Penjelasan

https://www.facebook.com/watch/?v=448215143334158

Perghh sotong kayangan..dia ternak dlm sangkar jugak kot buat pameran. Zaman 80an kalau kena smblh pelanggan kena telan aje. Tidur malam pun tangan letak kat dahi. Zaman sekarang jangan buat main2..x sampai 5 minit dah viral. Harga makanan sekarang ini… Agak tak masuk akal, dan terlalu tinggi. Biarlah berpatutan, jangan untung banyak sangat.


Nak makan sedap sampai puas nak mmpos, masak lah sendiri… Pg pasar beli sotong berton2 tak taukey tu marah… Ukur dulu itu pocket, baru ukur perut nak makan apa d kedai. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit : Kosmo/MG

Belum Habis Cerita Pasal Harga Ikan Siakap. Kini Tular Pula Harga Sotong Goreng Di Restoran Nasi Kandar.

GEORGE TOWN – Perkongsian seorang pelanggan mengenai pengalamannya menikmati nasi kandar berlaukkan dua ekor sotong goreng berharga RM100 di sebuah restoran nasi kandar popular di sini mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial hari ini.

Menurut perkongsian oleh seorang lelaki di Facebook, dia mengingatkan agar rakan-rakannya berhati-hati sekiranya mahu menikmati nasi kandar di negeri ini kerana menganggap harganya yang mahal. “Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah sampai RM100,” katanya.

Lelaki berkenaan turut berkongsi gambar hidangan sotong itu yang bersaiz agak besar dan dinikmati bersama nasi beriani. Selain itu, pengguna Facebook itu turut berkongsi gambar sekeping resit yang dikeluarkan di restoran tersebut pada pukul 5.09 petang semalam. Resit itu memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM100, manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2).

Sementara itu, wakil pengurusan restoran berkenaan ketika dihubungi Kosmo! hari ini memaklumkan pihaknya telah meletakkan tanda harga bagi setiap menu, manakala harga sotong berkenaan adalah harga standard di restoran itu. – K! ONLINE.

Pemilik Restoran Dedah Ikan Siakap Tersebut Rupanya Hanya Untuk Tayangan. Akhirnya Ini Penjelasan Dari Pihak Berkuasa.

Langkawi: Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa terkilan selepas pelanggan berperwatakan alim bertindak menularkan harga ikan siakap di restorannya terlampau mahal. Malah dia turut mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit yang menularkan perkara itu selepas bersetuju membayar harga yang dikenakan pada hari kejadian.

“Saya betul-betul tak sangka orang yang berperwatakan alim dan warak sanggup buat kerja seperti ini, sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak. “Ketika mengambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan (yang dipilih) itu besar sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park di sini, hari ini.

Norasyikin turut menafikan sekeras-kerasnya pihaknya memaksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas teruk akibat pendemik Cvid-19.

“Sepanjang lapan tahun berniaga di sini, saya dan kakitangan tidak pernah memaksa pengunjung memilih ikan besar untuk menjamu selera di restoran ini. “Malah, ketika mengambil pesanan kami akan beritahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai makan kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang berjumpanya untuk bertanyakan mengenai harga yang dikenakan.

“Ketika melangkah meninggalkan restoran mereka juga tidak cakap apa-apa mengenai bayaran yang pihak kami kenakan ke atas ikan siakap yang dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu. “Sebenarnya ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan pengunjung restoran,” katanya.

Semalam, media melaporkan makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran terapung di pulau ini kelmarin, dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa mencecah RM1,196.80. Sementara itu, empat Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi turut kelihatan melakukan siasatan di restoran berkenaan hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, pihaknya sedang menyiasat dan mengumpul maklumat kejadian daripada pengadu dan peniaga. “Maklumat sudah diperolehi dari kedua-dua pihak dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil,” katanya ketika dihubungi di sini. NORASYIKIN menunjukkan menu masakan di restorannya yang memaparkan berat ikan dikira menggunakan sukatan gram dan lengkap dengan harga. FOTO Hamzah Osman

Pelanggan sendiri mahukan siakap itu – Pemilik restoran

“Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.

Menurutnya, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian. Katanya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g). “Saya sudah terangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7 kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran,” katanya.

Norasyikin turut menafikan dia mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan terbabit. Dia berkata demikian ketika dihubungi hari ini untuk menjawab dakwaan pelanggannya yang mendakwa harga ikan siakap dipesan mahal ketika mengunjungi restorannya di sini, semalam.

Satu resit dimuat naik individu sebelum ia tular di media sosial yang tertera ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang berharga RM1,196.80. Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain adalah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.

Individu terbabit turut mendakwa ada menasihati pihak restoran berkenaan supaya tidak mengulanginya termasuk menghidangkan ikan sebesar itu hanya untuk tujuh orang makan. Individu terbabit juga mendakwa pelanggan yang menunggu giliran membayar juga pasrah apabila bil yang dikenakan terhadap mereka sebanyak RM755 hanya untuk dua orang makan.

Resit bayaran dan hidangan ikan siakap yang didakwa mahal oleh seorang pelanggan restoran di Langkawi tular di media sosial. Foto Ihsan Pembaca

Kredit: transformasi.host.

Tular Harga Ikan Siakap Mahal. Ada Pula Pelanggan Tampil Dedah Cerita Lain Lepas Owner Jelaskan Siakap Mahal.

PETALING JAYA – Percutian sebuah keluarga ke Langkawi baru-baru ini tinggalkan memori yang tidak akan dilupakan apabila hidangan tengah hari mereka berjumlah RM 1738.70. Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang wanita berkongsi gambar bil yang menunjukkan harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal dan dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan.

“Dalam menu ada tulis RM 18 bagi ikan, saya tanya apa? Dia pekerja beritahu harga bagi 100 gram ikan. Jadi harga bagi satu kilogram ikan adalah RM 180. “Dia cakap siakap itu besar, okeylah sebab 10 orang makan tetapi tidak beritahu beratnya mencecah 6kg,” katanya. Menurut pengguna tersebut, dia berasa seolah-olah diti.pu dan minuman yang dihidangkan iaitu air tembikar sangat mengecewakan.

Wanita itu memberitahu, sebaik hidangan sampai, dia terkejut dengan saiz ikan tersebut yang sesuai dimakan oleh dalam kumpulan yang ramai bukannya 10 orang. Sebelum ini dilaporkan kisah yang hampir sama berlaku bagi sekumpulan individu apabila mereka terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat anggaran 7kg semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini. 

Pihak Kedai Jelaskan 7KG.


Assalamualaikm Sy wakil dari restaurants yg v.iral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg. Disini Sy dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari keja.dian, berkenaan dgn size ikan ,saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dgn size ikan yg besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni.

Sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan ikan merah Dan kerapu, size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega, dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing.

Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya. Berkenaan dgn anggaran size yg ditunjukkan Oleh pihak kami yg di katakan memani.pulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja.

Tetapi beliau Masih lg proceed untuk order. Dan ada yg mention berkenaan telur dadar yg mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dlm satu plate, Dan telur itu bersize besar Dan Sy rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yg perlu di keluarkan.

Point kedua berkenaan dgn cad credit 5 peratus pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yg di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm 1759.50 Dan bil kedua berjumlah Rm 93.00 total untuk 2 bil tersebut rm 1852.50. Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan pasrah dgn bill juga tu juga order lobster 950g hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.

Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin rm9 per gram tetapi kami menjual rm16 per gram disebabkan ikan hidup.

Kredit : Kosmo/FB.

Terkejut Dengan Harga Ikan Siakap Sampai Cecah Nilai RM1196. Sekali Tak Boleh Berdiam Diri Pihak Restoran Tampil Jelaskan Kenapa Harga Sampai Macam Tu Sekali.

Kecoh sejak semalam apabila ada sekumpulan pelancong dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didkwa terlalu mahal. Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan itu berjumlah RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula ialah RM1,759.50. Perkara itu sekali gus mencetuskan persoalan ramai adakah harga berkenaan munasabah dan masuk akal. Enggan situasi tersebut menjadi lebih serius, wakil restoran kemudian tampil memberi penjelasan sebenar mengenai kejadian itu.

“Assalamualaikum saya wakil dari restoran yang viral dengan siakap hidup 7.48kg. Saya dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian. Saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer dengan saiz ikan yang besar disebabkan ikan tersebut merupakan ‘ikan show’ di sangkar kami. Selalunya kami tidak jual ikan ini dan saya juga telah sarankan supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain di dalam petak yang untuk order makan. Saiz ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1kg – 1.5kg sahaja tetapi pihak customer masih insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah diberitahu ikan tersebut bersaiz mega,” kata wakil restoran berkenaan.

Menurutnya lagi, pihak restoran juga telah menangkap ikan siakap itu untuk ditunjukkan kepada pelanggan tersebut. “Tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dengan ordernya. Berkenaan dengan anggaran size yang ditunjukkan oleh pihak kami yang dikatakan memanipulasi saiz ikan, pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan memang besar. Point kedua berkenaan dgn kad credit 5 peratus pihak kami tidak caj apa pun di dalam pembayaran beliau. Bil yang ditunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm1759.50 dan bil kedua berjumlah Rm93.00 total untuk dua bil tersebut rm1852.50. Banyak yang dalam komen mention pejabat zakat, LHDN apa semua jangan risau semua kami pembayar zakat dan cukai sebagai warganegara malaysia,” jelasnya.

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *