Kongsi gambar baju dengan pakaian ketat. Sekali Ameera Khan dikatakan jalani sesuatu pulak pada tubuh badannya.

artis

Rata-rata warganet mempersoalkan aksi Ameera sehingga turut melibatkan abang iparnya, PU Riz. Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan mendapat kritikan pedas daripada warganet selepas memuatnaik foto dirinya bersama sebuah beg jenama mewah antarabangsa. Menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram, Ameera dikatakan telah mengenakan pakaian yang agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya. “Beg ini adalah karya seni.”- tulis Ameera.

Dkwa Buat Pembesaran Payd4ra 

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mempersoalkan aksi Ameera  sehingga turut melibatkan abang iparnya yang juga pelakon dan pendakwah, PU Riz berikutan aksinya itu dilihat kurang sesuai bagi wanita berhijab.  Lebih mengejutkan, ada yang mendakwa Ameera telah membuat pembedahan payudara. 

Sekadar info, Ameera turut dikenali sebagai seorang usahawan dan mempunyai beberapa perniagaan di bawah jenamanya sendiri. Sumber : Murai.my

Ada Yang Tanya Isu Kahwin Pada Ameera Khan. Sekali Dia Dedah Insyaallah Pada Tahun 2022 Dan Ini Responnya.

Adik kepada personaliti popular Neelofa, Ameera Khan menjawab beberapa persoalan yang diberikan wargamaya menerusi Ask Me Question di Instagram. Menarik perhatian, bintang media sosial itu memberikan jawapan serba ringkas mengenai beberapa soalan terpilih, termasuk mengenai perancangan masa hadapannya. Tulis Ameera, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

“InshaAllah 2022,” jelas Ameera mengenai persoalan ‘Are you getting married’. Bagaimanapun di dalam paparan berlainan, Ameera menjelaskan calon bakal suami masih belum ada, cuma dia merancang. “Dah ada calon husband tak?,” soalan yang diberikan. “Belum lagi tapi cincin dan date dah ada. Nak cari jodohlah ni,” reaksinya.

Dalam pada itu, gadis ini turut berkongsi mengenai nasihat paling baik yang pernah diberikan Neelofa. Malah Ameera juga mendedahkan, dia kerap bercakap dengan ahli keluarga andai rasa kurang bermotivasi dalam impian mencapai cita-cita.

Sumber : Media Hiburan

Sekali Lagi Ameera Khan Muat Naik Gambar Undang Kritikan Warganet. Terkejut Sekali Selamba Je Ada Individu Yang Perli Macam Ni.

Bertindak memuat naik sendiri foto dirinya mempamerkan “posing” seakan duduk bercangkung sambil mengenakan busana cantik dan simple. Menerusi posting berkenaan, jelas kelihatan penampilan Ameera kini seakan persis model antarabangsa kerana aksi Ameera Khan kini raih perhatian warganet. Difahamkan, foto itu diambil sewaktu Ameera menjadi duta kepada salah sebuah jenama baju.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut adik usahawan popular, Neelofa ini dibanjiri dengan pelbagai reaksi. Bahkan, wujud juga segelintir pihak yang tampil mengkritik tindakannya itu kerana dilihat agak keterlaluan sehingga ada yang mendakwa foto itu kelihatan seperti membuang air besar.

KOMEN WARGANET:

Sumber:Instagram Ameera Khan

Gambar Fesyen Ameera Khan Tarik Perhatian Warganet. Ada Pula Yang Samakan But Bulu Dengan Karpet Nilai 3.

Adik kepada usahawan Neelofa, Ameera Khan memang cukup dikenali sebagai pempengaruh fesyen yang sering memperagakan pakaian dan aksesori berjenama mewah dari luar negara.Sebut sahaja jenama mewah yang ada, pasti ada antaranya yang pernah digayakan oleh Ameera.

Sungguhpun wanita berusia 21 tahun itu sudah pun mengenakan tudung, namun, gayanya sebagai seorang ‘fesyenista’ tidak pernah kalah di mata peminat. Terbaharu, Ameera menerusi akaun Instagramnya, @littlemisskhan memuat naik beberapa siri gambar yang menampilkan dirinya melaram beberapa persalinan dan aksesori daripada jenama Miu Miu.


Jika dilihat pada tag nama di setiap gambar, foto-foto yang dimuat baik adalah dengan kerjasama majalah Citta Bella Malaysia. Ameera menggayakan topi kait bulu, tas tangan bulu dan beberapa lagi aksesori terbaharu daripada koleksi jenama berkenaan.

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah sepasang but bulu tebal yang disarungkan pada kakinya.“Ingatkan karpet Nilai 3,” tulis seorang pengguna Instagram ringkas pada ruangan komen. Kemudian, ada juga yang menyamakan Ameera dengan puteri negara Mongolia.“Hanya membuatkan saya terfikirkan puteri dari Mongolia!” tulis seorang lagi pengikutnya.

Sementara itu, menerusi gambar seterusnya, gaya topi yang dipakai oleh Ameera turut menjadi persoalan memandangkan dia kini telah mengenakan hijab.“Gambar terakhir tu apa benda la yang kau pakai kat kepala tu adik?” tanya seorang warganet.

Bagaimanapun, pertanyaan tersebut dijawab oleh seorang pengguna Instagram. Katanya: “Maknanya, kamu tidak tahu apa-apa mengenai fesyen saya rasa,” tulisnya.Namun, komen berkenaan dibalas semula oleh warganet yang sama itu tadi. Katanya: “Haha okay, fashion over a proper hijab… oh well,” tulisnya. Kredit foto: Instagram Ameera Khan

Pergi Sebutan Kes Tapi Gelagat Neelofa Pegang Perut Jadi Perhatian Warganet.

Sebelum ini, pasangan selebriti Neelofa bersama suami, Muhammad Haris mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai.

Susulan itu, hari ini Mahkamah Majistret menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes pelanggaran SOP yang didakwa dilakukan pasangan suami isteri itu.

Khabar angin yang mendakwa selebriti sensasi, Noor Neelofa Mohd. Noor sedang hamil semakin bertiup kencang selepas kelihatan kerap memegang ‘baby bump’ ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban di sini hari ini.Noor Neelofa yang memakai jubah berwarna kelabu sesekali dilihat memegang perutnya dan sering dipimpin tangan oleh suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail ketika berjalan.

Pasangan selebriti itu hadir di mahkamah pada prosiding sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lalu.

Hasil bidikan gambar Noor Neelofa oleh jurukamera Kosmo!, Mohd. Shahjehan Maamin juga menampakkan perutnya yang seakan sedang hamil, namun sehingga hari belum ada pengesahan rasmi oleh Noor Neelofa tentang berita gembira tersebut.

Neelofa usap perut.

Bagaimanapun, perkara yang menjadi perhatian warganet adalah gelagat usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa yang mengucap perutnya berjaya ditangkap wartawan di tempat kejadian. Berdasarkan gambar yang ditangkap oleh Mohd. Shahjehan Maamin jelas menampakan usahawan berkenaan sedang mengusap perutnya.

“Tengok perut lofa je…”

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet seolah-olah menjawab teka teki bahawa pasangan tersebut sedang menanti cahaya mata pertama. Malah, mereka turut mengucapkan tahniah selain turut teruja akan perkara itu.

Sumber: Redaksi.

Mama Neelofa Baik Hati Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya.

Rata-rata daripada ibu mengandung pasti akan melalui fasa mengidam, kan? Ada sahaja makanan yang ingin dirasai sebelum tiba waktu bersalin. Ada makanan yang senang diperoleh, ada juga pelik-pelik! Baru-baru ini, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berkongsikan ada menerima emel daripada pengikutnya yang hamil tiga bulan teringin merasai nasi goreng daging harimau menangis air tangannya.

“Aina tak kisah kalau Aunty nak jual pun tak apa tapi memang mengidam sangat.” Malah, individu ini juga sanggup membayar harga nasi goreng asalkan dapat melepaskan rasa ‘mengidam’. Tidak mahu menghampakan permintaan ibu mengandung, Datin Kartini segera masak. Siap hantar depan pintu rumah lagi sementara nasi masih panas!

Menurutnya, sebaik membaca hasrat tersebut dia berasa tersentuh dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan. Dia bersyukur dapat menghantarnya sendiri kepada Aina. Dia juga berharap kejadian ini menjadi titik permulaan silaturahim di antara mereka.

Di ruangan komen, orang ramai turut berasa sayu dan memahami apa yang sedang dilalui ibu mengandung seperti Aina. Mereka turut memuji sikap keibuan Datin Kartini dalam menunaikan hasrat ibu hamil mengidam makanan sebelum melahirkan. Sumber: Rotikaya

Sekali Lagi Berkongsi Rezeki. Kali Ni Noor Kartini Masak Nasi Goreng Harimau Menangis Untuk Sedekahkan Kepada Pekerja Alam Flora.

Ibu selebriti dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini sekali lagi berkongsi rezeki, kali ini bersama pekerja Alam Flora di sekitar kawasan kediaman Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Selangor pada hari Jumaat minggu lalu. Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Kartini memasak Nasi Goreng Daging Harimau Menangis untuk disedekahkan kepada seramai 50 individu yang bekerja di sana.

Kongsi rezeki setiap Jumaat

Menurutnya, dia menggunakan sebanyak 3 pek produk Harimau Menangis jualannya untuk menyediakan hidangan tersebut. “Saya rasa sangat bersyukur kerana setiap Jumaat kita dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Mungkin ramai yang terlepas pandang jasa mereka membersihkan persekitaran rumah kita. “Tanpa mereka, mungkin kawasan rumah kita tak seindah yang kita dapat kecapi sekarang, Alhamdulillah,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap kemurahan hati wanita berusia 55 tahun berkenaan. Dalam pada itu ramai juga yang berasa sebak tatkala melihat wajah-wajah pekerja Alam Flora yang mana kebanyakannya sudah berusia.

Alhamdulillah moga murah lagi rezeki

Terdahulu, Noor Kartini pernah mengagihkan roti serta kuah kari yang disediakannya sendiri bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan pekerja penyapu sampah di kawasan perumahannya.

Sumber: Instagram Noor Kartini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *