​​Bukan nak berdakwah sampai jadi macam ustaz. Yusuf Bahrin pilih mahu istiqamah jaga batas dalam lakonan.

Amalan artis Hiburan Kehidupan OH AGAMA selebriti

SABAN hari seorang demi seorang selebriti tempatan mula berhijrah ke fasa yang lebih baik dalam kehidupan mereka.

Terbaharu pelakon Yusuf Bahrin juga mula menunjukkan minat ke arah keagamaan apabila sering berkongsi perkara-perkara yang positif di media sosial.

Malah Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 29, sempat meluangkan masa hujung minggunya dengan mengikuti kuliah Dhuha di Putrajaya pada Sabtu lalu.

“Ini pertama kali saya sertai kuliah Dhuha anjuran Perbadanan Putrajaya, penceramah jemputan adalah ustaz Wadi Annuar.

“Dah lama nak pergi tapi tak ada kesempatan. Saya buat ini kerana Allah sebab buatkan saya sedar kehidupan ni sebenarnya mengingatkan mati dan dan akhirat yang kekal.

“Sebelum ni saya leka dengan dunia sehingga lupa fasal akhirat. Sedangkan kita perlukan bekalan dan persediaan untuk ke sana.” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang perubahannya ke arah kebaikan, Yusuf berkata tanggungjawab sebagai suami kepada penyanyi Zizi Kirana membuatkan dia lebih sedar tentang peranan seorang pemimpin dalam rumah tangga.

Katanya dia cuba memperbaiki diri dan dalam masa sama membimbing Zizi ke jalan yang diredai Allah.

Kalau ada babak sentuhan saya akan beritahu pengarah, lagipun saya dah kahwin kena hormat isteri, Ujarnya.

“Apabila dah jadi suami, diri sendiri kena betul kerana tak mahu pengikut jadi songsang. Suami adalah cerminan isteri dan isteri akan sedar, dia pun akan ikut.

​​”Saya bukan nak berdakwah sampai jadi macam ustaz, sekadar mendekatkan diri dengan agama,” katanya.

Dalam pada ditanya tentang hala tuju kerjaya sebagai pelakon, Yusuf berkata dia akan cuba membataskan diri dalam pergaulan.

Ujar Yusuf, dia juga akan mahu mengelak daripada melakukan adegan keterlaluan atau berpegangan tangan dengan pelakon wanita.

“Saya ada satu drama ni dah habis penggambaran sebelum PKP hari tu. Masa tu saya belum kahwin dan masih tak tahu (batas pergaulan).

“Saya hanya fikir fasal kerja… jadi benda tu haram, ada scene sentuhan. Tapi sekarang saya dah faham sikit-sikit, saya kena jaga perkara itu.

“Untuk masa akan datang kalau ada babak sentuhan saya akan beritahu pengarah, lagipun saya dah kahwin kena hormat isteri… kalau dialog je tak mengapa,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya tentang spekulasi bahawa Zizi sedang hamil, Yusuf bagaimanapun enggan berkongsi lanjut.

“Saya hanya harapkan doa daripada orang ramai tentang kesihatan Zizi.

“Fasal zuriat Allah yang tentukan, insyaAllah kami masih mencuba,” ujarnya.

Yusuf dan Zizi bernikah di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu.-Sumber: Mstar.

Hampir 7 Hari Zizi Kirana Di Hospital. Kini Doktor Terpaksa Masukkan 2 Beg Cecair Merah.

“Sudah lima hari Zizi ditahan di hospital. Pada awalnya, dia mengadu lemah dan mengah serta loya-loya. Saya bawa ke klinik untuk pemeriksaan. Tak sangka pula dia mengalami kekurangan cecair merah dan seterusnya dibawa ke hospital.

“Sekarang, keadaannya stabil, cuma pernafasannya masih agak lemah dan tak boleh banyak bergerak,” kongsi suami penyanyi Zizi Kirana, Yusof Bahrin ketika dihubungi yang memaklumkan keadaan kesihatan isterinya yang kini semakin stabil.

Difahamkan, Zizi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya selepas mengalami kekurangan cecair merah sejak lima hari lalu. Pelakon drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ itu juga memaklumkan bahawa isterinya terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34) yang akan berlangsung malam ini.

“Atas faktor kesihatan, doktor menasihatkan Zizi supaya berehat buat sementara waktu dan kerana itu, dia terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di ABPBH34 pada malam ini,” katanya.

Dalam masa sama, Yusof memaklumkan Zizi masih perlu melalui proses memasukkan cecair merah: “Doktor maklumkan, perlu masukkan dua beg cecair merah dan untuk habiskan satu beg cecair merah pun memakan masa yang agak lama. Jadi, saya tak pasti bila doktor akan benarkan dia pulang,” jelasnya lagi.

Zizi sepatutnya membuat persembahan pada malam ini bergandingan bersama penyanyi Fauziah Latiff. Kerana masalah kesihatan, tempat Zizi akan digantikan oleh Wani Kayrie.

Sumber: Edisisiasat.

Terpaksa Tarik Diri Menyanyi Bersama Penyanyi Idola Di ABPBH. Rupanya Zizi Kirana Dimasukkan Ke Hospital Atas Sebab Ini.

KUALA LUMPUR: Zizi Kirana terpaksa menarik diri beraksi bersama penyanyi idolanya, Fauziah Latiff dalam segmen persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, esok.

Tempat Zizi digantikan dengan Wani Kayrie yang kebetulan tidak terikat dengan komitmen seni dan baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Tahyul di Perlis bersama Fauziah atau lebih mesra disapa Jee.

Keputusan menarik diri dimaklumkan kepada pihak TV3 pada Rabu lalu disebabkan Zizi dimasukkan ke hospital. Namun, puncanya tidak diketahui.

Usaha menghubungi Zizi gagal apabila panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas.

Namun, pengurusnya, Farahrizan Razak atau Farah mengesahkan penarikan diri Zizi berikutan faktor kesihatan tidak mengizinkan.

Katanya, Zizi amat ralat tidak dapat meneruskan persembahan yang dipersetujui awal, apatah lagi, berkongsi pentas dengan penyanyi idolanya sejak kecil.

“Zizi bekerja tanpa henti selepas sektor industri kreatif diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Sehari selepas mendirikan rumah tangga, Zizi terus menyambung kerja. Isnin lalu, kami ada bersembang kosong kerana masing-masing sudah kepenatan,

“Saya menemani Zizi menghadiri sesi latihan untuk sebuah program televisyen.

“Keesokannya, Zizi memaklumkan tidak sihat dan sakit perut. Saya mendapat tahu Zizi ke hospital pada hari berkenaan untuk membuat pemeriksaan, seterusnya ditahan masuk wad,” katanya.

Bagaimanapun, Farah berkata, dia juga gagal menghubungi Zizi untuk punca dimasukkan ke hospital.

“Jika berdasarkan apa yang kami sembang, Zizi memang penat bekerja tanpa henti. Cuma, jika ada penyakit lain diberitahu doktor, saya memang tidak tahu.

“Semalam, Zizi sempat menghantar mesej memaklumkan risau dan ralat tidak dapat membuat persembahan serta menyusahkan penganjur ABPBH 34,” katanya.

Terdahulu, Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil mengakui teruja bergandingan dengan Jee yang disifatkan sebagai idolanya.

ABPBH 34 dibawa penaja utama, Xiaomi dan bakal disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), jam 9 malam, esok, tanpa penonton.

Sibuk Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Isteri Setiap Hari. Aktiviti Harian Zizi Kirana Berubah Lepas Berkahwin.

GENAP sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Zizi Kirana berkata dia bahagia melayari alam perkahwinan bersama suami yang juga pelakon Yusuf Bahrin.

Menurut Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, aktiviti hariannya berubah selepas berkahwin kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Sekejap sahaja dah sebulan kami berkahwin, sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri saja, sekarang ni kena buat semua kerja berdua, dah jadi rutin sediakan bekal makanan untuk Yusuf. Pagi-pagi dah sibuk di dapur.

“Alhamdulillah Yusuf tak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak dia makan. Lagipun dia makan makanan diet, tak susah nak sediakan. Ada hari yang saya sibuk dan perlu bergegas untuk bekerja, dia pula yang masak.

“Sebelum ini kami hanya saling mengenali menerusi video call, bila dah kahwin baru saya tahu Yusuf ni rajin orangnya. Kalau saya kerja dan dia pula cuti, dia akan selesaikan semua kerja rumah,” katanya kepada mStar.

Sekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat!

Zizi dan Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu.

Pernah meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah selepas disatukan sebagai suami isteri, penyanyi lagu Eh ini memberitahu dia sedang mencari waktu sesuai untuk merealisasikan impiannya itu.

Zizi dan Yusuf lakukan kerja rumah bersama-sama.

“Alhamdulillah seronok dengar dah boleh buat umrah, memang ada perancangan nak pergi… sekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat.

“Bestnya kalau dapat pergi umrah dalam masa terdekat ni… InsyaAllah kalau ada rezeki, kami pasti akan ke sana juga.

“Apa-apa pun kami mahu selesaikan dahulu kerja di sini, Yusuf pun tengah sibuk dengan penggambaran sehingga Disember depan… bila dah selesai semua tu barulah boleh buat umrah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Mstar.

Hampir Tiga Minggu Bergelar Pasangan Suami Isteri . Zizi Kirana Dedah Sikap Yusuf Bahrin.

Sudah hampir tiga minggu bergelar pasangan suami isteri, pasangan Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tegar melayari bahtera rumah tangga dan melewati fasa perkenalan antara satu sama lain.

Berkongsi sedikit kisah menerusi wawancara di saluran radio Singapura, Ria 897 baru-baru ini, dedah Zizi, suaminya punyai cara sendiri untuk menyantuninya sebagai isteri dan wanita.”Dia tak bagi saya buat kerja berat-berat…Katanya tak payah.

“Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang. Jadi, saya pula rasa tak biasa…”Sebab sebelum ini pun saya tinggal seorang, jadi dah terbiasa buat sendiri semuanya,” katanya.

Dalam wawancara itu juga, Yusuf sempat berseloroh mendedahkan ayat pertama yang diucapkannya ketika mula berkenalan dengan Zizi.”Saya DM dia saya cakap; ‘Hai Zizi, lawa kasut!’.Mengimbas semula, kedua-duanya mulai menyulam perasaan ketika terbabit dalam rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Ditanya tentang siapa lebih cerewet menguruskan rumah tangga, akui Yusuf isterinya merupakan individu yang kerap memastikan kediaman mereka terurus dengan baik.”Saya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang ‘sakit mata’ bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula,” ujar Yusuf.Tambah Zizi; “Kalau makan pun dia akan cuci pinggan sendiri.”

Adat berumah tangga, pasti perlu bertoleransi dan menerima kekurangan pasangan. Bersetuju dengan frasa terbabit, kata pasangan merpati dua sejoli itu, perkahwinan bersifat saling melengkapi.

“Apa paling penting sabar. Kalau tak ada sabar boleh gaduh, cerai. Saya kena pegang dan belajar, biar betul-betul sabar, bila kena ujian.

Bertolak ansur, jangan nak tunjukkan ego masing-masing dan jumpa di tengah-tengah setiap masalah.Sementara itu, tambah Zizi; “Apa saya belajar dengan Yusuf, kami baru kenal bila dah kahwin.

“Sebelum kahwin jarang jumpa dan sekadar Facetime. Dia selalu pesan pada saya, kalau ada apa-apa kena cerita, kena beritahu jangan simpan.Sebab dia tahu saya sejenis orang tak suka bercerita malah dengan keluarga sendiri.

“Tambah Yusuf, sebelum berkahwin lagi dia kerap menghubungi ibu Zizi bagi mengenali keperibadian pelantun lagu Eh itu.

“Sebelum kahwin, saya call mak dia dulu. Mak dia cakap kalau marah pun dia, sedih pun diam. Susah nak luahkan perasaan dia. Jadi, saya kena sabar, bila sampai masa macam tu…,” ujarnya.

Pasangan berjodoh ekspres itu telah selamat mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu dalam majlis ringkas di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Sumber: Mediacorp Ria897

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *