Ada yang tanya tentang DSV lepas gagal hubungan sebelum ini. Sekali ini jawapan Iqbal lepas bergelar penyanyi.

Amalan artis Hiburan Kehidupan selebriti

Umum mengetahui kisah cinta tak jadi usahawan yang kini bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli dan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV).Putus belum sempat ke jenjang pelamin, ramai yang turut berduka dan kecewa atas gagalnya hubungan yang cuba dibina pasangan itu.

Bagaimanapun, kedua-duanya masih terbuka dan berlapang dada menerima ketentuan takdir yang tidak menemukan mereka bersama.

Buktinya, Iqbal tampil menjawab soalan yang diajukan pengikutnya mengenai DSV di Instagram pada Sabtu.Ditanya adakah Iqbal masih merindui DSV, ini jawapannya!”Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama. Saya serahkan kepada Allah.

“Cuma untuk toleh ke belakang, pasti tidak,” tegasnya.


Iqbal juga mengakui akan membuka hatinya untuk mengenali lebih ramai wanita selepas ini tanpa meletakkan harapan tinggi.


“Saya perlu bukakan hati untuk kenal dengan ramai orang tanpa menaruh harapan tinggi dan tidak memberi harapan.


“Usia saya sudah 27 tahun terasa mahu ada anak sendiri. Sekarang saya terbuka untuk kenal sesiapa sahaja.


“Tetapi tidak mudah jumpa yang tepat kerana saya juga ada kekurangan,” tambahnya.


Iqbal yang pernah menjadi pembantu peribadi DSV mula menjadi buah mulut ramai apabila kedua-duanya mula mengakui hubungan yang terjalin dan mendedahkan bakal berkahwin pada Disember tahun ini.


Selain membuat pemeriksaan kesuburan, DSV dan Iqbal juga sudah bersiap sedia menempah persiapan perkahwinan namun hubungan mereka mendapat tentangan daripada anak DSV, Cik B.

Sumber: Gempak.

Sebelum Ni Muka Binatang Tapi Kali Ni Disunting Berseluar Dalam Pula. Sekali Iqbal Sentap Sampai Nak Pindah Ke Luar Negara.

Selepas kecoh foto disunting dengan wajah khnzir selepas melancarkan single pertama berjudul Hujan, kini wajah Iqbal sekali lagi disunting pula dengan tubuh lelaki berseluar dalam. Nafi Iqbal, gambar yang telah disunting itu jelas sekali bukan dirinya dan tidak memiliki tubuh badan sasa seperti dalam foto berkenaan.

“Menggeletar tangan saya post gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan.”Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada yang percaya. Bertubi-tubi saya terima mesej pagi ini, ramai bertanyakan adakah saya ada akaun Facebook baharu?”Tidak! Facebook saya satu-satunya adalah Ahmad Iqbal Zulkefli. Saya lihat ada lagi satu page palsu bernama IQbal Zulkefli mendapat komen beratus orang setiap post. Itu juga akaun palsu. “Sebelum ini ada jadikan wajah saya seperti seekor babi namun kali ini saya fikir gurauan ini tidak sesuai,” tegasnya.

Berkecil hati dengan kejadian yang berlaku bertimpa-timba, Iqbal seakan-akan memberikan bayangan untuk berpindah dan menetap di luar negara.”Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia. Apapun, saya tetap memilih untuk bertenang dan terus bertabah,” katanya.Awal minggu ini, Iqbal memuat naik hantaran di Instagram Stories sedang membuat persiapan membeli kelengkapan diri untuk ke luar negara.”Saya harus pulang ke Kuala Lumpur untuk urusan berhijrah ke luar negara. Kedatangan saya ke Sabah bukan untuk bercuti tetapi melawat orang sakit.”Dalam senarai, saya akan berhijrah sama ada ke Singapura, Brunei, Indonesia atau Australia dalam beberapa ketika,” maklumnya. Sumber : Gempak

Terkejut Sampai Ada Pihak Yang Sanggup Sunting Gambar Iqbal Menyerupai Binatang. Sekali Ini Respon Iqbal.

Bagaimanapun, Iqbal tidak berdendam dan tampil memohon maaf. Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memohon maaf di atas segala kesilapannya dan mengakui tidak menyimpan sebarang dendam pada pihak yang telah menyunting foto-fotonya.

Wajah Disunting Jadi Babi Dan Anjing 

Menerusi hantaran yang dimuatnaik di Instagram, kelihatan beberapa foto Iqbal telah disunting dan disamakan dengan beberapa haiwan seperti anjing dan babi susulan pelancaran single pertama nya baru-baru ini. Bagaimanapun, usahawan yang kini bergelar penyanyi itu bertindak sebaliknya dengan tampil memohon maaf di atas segala perbuatan yang telah mengundang kemarahan semua pihak. “Saya memohon maaf atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan semua di sini. Saya banyak khilaf, harus terima  segala ini dengan hati yang terbuka.”- tulis Iqbal

Tidak Berdndam

Tambahnya lagi, dia akui tidak menyimpan sebarang dndam kerana mengetahui tidak semua perkara yang dilakukannya itu adalah betul. “Sedikit pun saya tidak berdndam kerana saya tahu tidak kesemua perkara saya lakukan itu betul. Doakan saya dapat menjadi lebih baik. Saya betul-betul meminta maaf atas segala yang tidak menyenangkan.”- katanya lagi

Pelbagai Reaksi Warganet

Dalam perkembangan berkaitan, di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyunting foto usahawan tersebut. Malah mereka turut memintanya untuk membuat laporan polis.

“Jahatnya manusia ni. Tak suka sekalipun, jangan la buat sampai macam ni. Dosa sama-sama manusia ni la paling susah saat-saat ko nak mati nanti. Jaga la penulisan, jaga la bahasa. Dok diam-diam sudah. Ya Allah..kalau sampai macam ni buat la report dk, Melampau ni. Semoga terus kuat dan jadi versi diri sendiri yang lebih baik di masa hadapan. Yang mengata tu pun tanggung la dosa edit muka orang macam tu. kat akhirat nanti haa jawab la sendiri nanti. Astaghfirullah..Kalau tak suka pun jangan la nak edit macam tu ..Last-last encik iqbal dapat pahala, awak yang dapat dosa.” tulis mereka Terdahulu, pernah tular video yang menunjukkan  Iqbal memijak duit di atas lantai sehingga mendapat pelbagai kritikan ramai termasuklah pelakon, Aeril Zafrel yang memerlinya memijak duit adalah satu tindakan yang tidak baik. Sumber : Murai.my

Tak Nak Ambil Hati Dengan Komen DSV Pada Lagu Hujan Milik Iqbal. Sekali Ini Respon Iqbal Bila Dah Masuk Industri Muzik.

Kemunculan pertama Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai penyanyi menerusi single Hujan nampaknya menular sedikit persepsi masyarakat tentang pemuda berkenaan. Rata-rata memberi komen positif tentang lagu ciptaan Oja, Zai Hamzah serta lirik oleh Iqbal, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi itu walaupun kualiti vokal penyanyinya masih berada pada tahap biasa.

“Tentulah saya rasa seronok, tapi saya kena lebih bertanggungjawab sebab apabila dah masuk industri muzik mesti ada kritikan. Saya bukan penyanyi profesional tapi rasanya suara saya tidaklah memalukan,” katanya. Hingga kini single yang dilancarkan pada 2 November lalu meraih lebih sejuta tontonan di YouTube.

Berhubung dakwaan Datuk Seri Vida kononnya dia menggunakan kisah cinta peribadi mereka untuk meraih perhatian warganet, Iqbal berkata dia mengakui tentang hal tersebut. Kata Iqbal kisah yang terjadi antara mereka bukan lagi rahsia dan ia terpulang kepada mana-mana pihak untuk menilainya. “Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Biarlah warganet yang menilai dan saya tidak menafikan apa yang berlaku. Saya tak perlukan views daripada dia dan tak kisah lah dia meluat ke atau nak pening, makan la paracetamol,” katanya. Sumber : Videoviral

Iqbal Bakal Lancarkan Lagu Hujan Esok. Sekali Ini Pula Respon Eric Floor 88 Tentang Suaranya Walaupun Ramai Kritik Iqbal.

Eric puji suara Iqbal ada ton yang sedap dan unik. Bermula esok industri hiburan akan lebih meriah dengan kehadiran seorang lagi pendatang baharu apabila usahawan yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli tampil dengan single pertama berjudul Hujan.

Menurut Eric Fuzi daripada kumpulan Floor 88, sebagai komposer dia mengagumi bakat yang dimiliki Iqbal walaupun memerlukan sedikit masa untuk memperbaiki teknik nyanyian usahawan kontroversi berkenaan. Kata Eric atau Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 29, Iqbal mempunyai vokal yang baik dan unik.

“Iqbal ada suara yang unik, ton dia sedap, suara dia garau. Sedap… memang sedap nyanyian dia. Tajuk lagu dia Hujan akan dilancarkan esok petang. Cumanya masa pertama kali kita uji vokal, dia ada masalah tempo dan tak berapa nak sustain. Masa nak rekod tu memang ada masalah sikit. Jadi apabila dia ada masalah tempo, penjiwaan dia tu tak berapa sampai sebab dia terlalu nak kejar tempo dan teknik,” katanya.

Menurut Eric video muzik (MV) Hujan nyanyian Iqbal akan dilancarkan di YouTube Rusa Music pada petang Isnin. Sebelum ini hasrat Iqbal untuk menghasilkan single serta MV dengan kos RM500,000 bagi mengabadikan kisah cinta tak jadi dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Bercerita lanjut tentang proses rakaman lagu berkenaan, Eric berkata Iqbal mudah untuk dibentuk dan menerima teguran demi memperbaiki kualiti nyanyiannya.

Iqbal ada suara yang unik, ton dia sedap, suara dia garau. Sedap… memang sedap nyanyian dia

“Dia pergi kelas vokal selama dua minggu, hari-hari dia berlatih. Bukan seorang je guru vokal dia tapi ada dua orang. Hasilnya dia banyak perubahan, dia jenis yang cepat belajar. Tapi dia perlukan banyak latihan kalau nak nyanyi live la. Proses rakaman termasuk vokal dan muzik ambil masa selama tiga hari. Sekali dia masuk studio ambil masa tiga hingga empat jam juga sebab dia bukan penyanyi profesional yang boleh buat satu take je,” katanya.

Lagu nyanyian Iqbal berjudul Hujan bakal dilancarkan esok.

Dalam pada itu mengulas tentang cakap-cakap warganet dan sebilangan selebriti yang mempertikaikan keinginan Iqbal untuk menjadi penyanyi, Eric berkata dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah. Malah kata Eriq, selaku komposer dia hanya menjalankan tugas secara profesional berdasarkan permintaan.

“Saya terima tawaran ini adalah atas dasar tugasan kerja. Bukan nak rosakkan industri dengan naikkan orang yang viral. Kalau bukan Iqbal pun, saya terima juga sebab memang itu kerja saya. Dia cuma nak abadikan apa yang terjadi dalam hidup dia menerusi lagu, bukan nak jadi penyanyi dan bukan nak bersaing,” ujarnya. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *