Tengah syok layan angin atas jet ski. Sekali Fizo Omar dedah ada satu kejadian sampai buat tarik perhatian ramai.

Viral

Pelakon, Fizo Omar di Instagram nampaknya mengundang tawa peminat dan rakan selebriti selepas dia berkongsikan disebalik kejadian dia bermain jet ski. Umum diketahui, Fizo Omar sering dilihat meluangkan masa melakukan aktiviti yang boleh tahan lasak dan sebelum ini, isterinya iaitu Fazeera Nazri Aziz juga dipuji kerana turut sertai hobi Fizo Omar.

Walau bagaimanapun, Fizo Omar yang sering berkongsikan perkembangannya di platform Instagram sehingga 2.3 juta pengguna lain telah mengikutinya turut tidak dapat menahan ketawa selepas menyaksikan kesudahan dia melakukan aktiviti jet ski. Dia yang dilihat menaiki jet ski seorang diri turut berkata di ruangan kapsyen, “Tengah layan high speed, sekali… nak amik kau! Memang rare lah… tak tahu lah nak cakap, rezeki ke nasib tak baik ni. Hahaha,” ujarnya.

Turut terhibur dengan situasi tersebut, Fizo Omar merasakan situasi di lempang oleh seekor ikan itu agak rare dan nampaknya video yang dimuat naik ini mengundang tawa ramai. Agak menghiburkan melihat kejadian Fizo Omar kena lempang oleh ikan tersebut sehingga ramai diruangan komen menghujani dengan pelbagai seloroh terhadap pelakon terkenal ini. “Weh hahahaha rare siot…”

“Ikan kata ko jangan…”

“Hahaha dia nak join sekali…”

“Haha steady ikan…”

Sumber : HCL

Tular Khabar Angin Tentang Fizo Omar Bakal Berkahwin Hari Ini. Sekali Ini Respon Respon Fizo Omar Buat Ramai Terkedu.

PETALING JAYA: Bagaikan terkejut dengan soalan yang diajukan seorang warganet, pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar menafikan dirinya bernikah pada hari ini seperti yang dikatakan di media sosial.

Menerusi entri Instagram, salah seorang peminatnya bertanya soalan berkenaan dirinya bakal bernikah hari ini, selepas dia membuka ruang pertanyaan di Instastory.

“Eh, tadi terbaca informasi di Facebook Abe Jo nikah hari ini. Macam mana keluar dengan Yam (anak perempuannya) pula,” tanya seorang individu di Instagram.

Sehubungan itu, Fizo tampil membalas soalan berkenaan dengan coretan ringkas.

“Aik, yeke?” responsnya berkenaan soalan tersebut.

Pada hantaran Instastory Fizo sebelum ini, dia meminta pendapat para pengikutnya untuk membawa cahaya mata perempuannya itu bersiar-siar, pada hari ini.

Sebelum ini, pelakon itu dikhabarkan bakal berkahwin selepas dua tahun lebih hidup menduda.

Terdahulu, Fizo juga memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini, menerusi hantaran di Instagram ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36. – UTUSAN

Dalam diam tiba muncul pula khabar angin Fizo Omar nak nikah 21 oktober ni. Sekali ini pula kata kata dari bekas isteri.

Tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Itu peribahasa yang sesuai apabila muncul desas-desus yang mengatakan pelakon Fizo Omar bakal menamatkan zaman duda pada 21 Oktober ini. Bekas isteri usahawan tersebut iaitu Mawar Abdul Karim mengakui Fizo ada memberitahu dia sedang berkawan dengan seseorang dan serius dengan perhubungan itu.

Kata Mawar, 32, Fizo juga pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin tahun ini tetapi tidak dikongsikan tarikh. “Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Dia ada cakap nak kahwin, tapi tak tahu bila.

Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya. Dalam pada itu, Mawar turut mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu jika apa yang diperkatakan itu benar.

“Dia cakap lama dah soal ini. Saya kata okay dan syukur. Jadi, saya doakan yang terbaik buatnya. Semoga dapat belajar dari kesilapan, lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi, kita doakan yang terbaik.”

Namun masih tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Hafizol Wan Omar sendiri. Terdahulu, Fizo dan Mawar berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Sumber: Oh Bulan

Kagum dengan usahawan di Kelantan. Kini Fizo Omar mahu bina sesuatu dengan niat nak galakkan orang ramai berbuat baik.

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar tampil menjelaskan mengenai sekeping foto ‘membina masjid’ di laman Instagram miliknya sehingga mengundang salah faham orang ramai.

Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar itu terpegun dengan seni bina masjid Ar-Rahman di Kota Bahru, Kelantan itu selepas membuat kunjungan semalam.

“Pada masa kini untuk saya mendirikan ‘masjid’ (berkahwin) belum lagi. Tapi cita-cita untuk membina masjid, insya-Allah memang ada. Saya cuma terpegun dengan keindahan seni bina masjid tersebut dan ingin menggalakkan orang kita (Islam) dalam kalangan usahawan untuk mengikut jejak langkah pemilik masjid ini yang juga merupakan seorang usahawan berjaya. Masjid ini dibina dengan kos RM6 juta. Itu mesej yang hendak saya sampaikan,” katanya.

Malah, pelakon berusia 36 tahun itu sememangnya menyimpan hasrat bagi membina sebuah masjid sekiranya berkemampuan di masa akan datang.

“Insha-Allah saya juga berhajat untuk membina sebuah masjid atas nama kedua-dua ibu bapa saya satu hari nanti. Saya sebenarnya lebih terinspirasi kejayaan usahawan apabila dapat membina sebuah masjid. Sebenarnya tidak perlu pun hendak membina masjid yang mewah. Tapi kalau mampu, tidak salah buat sebuah masjid yang gah,” ujarnya. Sumber: Instagram Fizo Omar , Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi)

Bila buka je keluar air keruh warna coklat. Tak boleh berdiam sekali Fizo Omar luahkan sesuatu buat ramai yang terkedu.

Apabila pelakon dan selebriti usahawan, Fizo Omar, 36, meluahkan kekecewaan mengenai isu air di Kelantan, ramai kalangan pengikut dan peminatnya yang mungkin berasal daripada negeri yang sama berkongsi pendapat yang sama dengannya.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, menyentuh mengenai perkara itu dengan memuat naik satu video yang memaparkan dia sedang membuka paip air namun keruh dan berwarna coklat berkarat.

“Bukan nak merungutlah. Tetapi sebagai rakyat, saya rasa patut saya bersuara tentang kualiti air di Kelantan. “Dan isu ini bukan baru hari ini. Sudah bertahun dah macam ini. Isu air ini adalah keperluan harian dan tiada pilihan lain selain dari air paip kerajaan,”katanya.

Selain itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga mengaku tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak namun menerusi hantaran di media sosial itu, ia adalah satu usaha untuk menyedarkan pihak atasan supaya segera bertindak menangani isu.

“Kepada mana-mana pihak yang berkaitan, saya mohon maaf sekiranya hantaran ini membuatkan mana-mana pihak tidak selesa. Tetapi ini adalah hakikatnya! “Diharap suara saya ini didengar dan diambil tindakan untuk kebaikan semua rakyat Kelantan,”katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dengan ada antaranya menyifatkan Fizo berani melontarkan isu yang serius dan telah membelenggu rakyat Kelantan sejak sekian lama itu. “Setuju dengan Fizo bab air Kelantan ini. Dilema kalau masa balik kampung bila sampai masa nak gosok gigi terutamanya. Air bau selut dan bau karat,” kata pengguna akaun Fizanordin.

“Dari dulu sampai sekarang, masalah air tak selesai-selesai. Balik Kelantan saja mesti stres dengan ketiadaan air.Kadang-kadang, berkarat. Nak mandi kena pergi rumah atok. Nak basuh kain kena pergi dobi kalau tidak, habislah baju kotor kena air karat. Masa nak gosok gigi atau ambil air wuduk pun geli bila nak berkumur,” tulis pengguna akaun haluseshahalam.

“Tak larat nak mengadu dah abang Fizo…Nasib baiklah rumah saya uini guna air telaga. Air kerajaan buat jirus pokok dan basuh kereta saja. Itu pun jarang-jarang. Tapi setiap bulan tetap kena bayar RM4.50 walaupun tidak digunakan,” luah pengguna akaun Miera_rahim

Ada pula lelaki yang salah guna kuasa sampai nak jatuh tlak bila isteri ambil vksin. Sekali Fizo Omar tampil ulas pesanan Ustaz.

Pelakon dan pengacara, Fizo Omar terkejut apabila ada suami yang menggunakan kuasa talak hanya kerana anti-vksin. Semalam tular satu mesej dari seorang isteri yang mengadu masalah serta status perkahwinanya selepas suami mahu menjatuhkan talak jika dia mengambil vksin C0vd19. Wanita itu yang sudah pun mengambil vksin secara sembunyi seperti meminta pendapat para ulama mengenai statusnya kerana buntu.

Fizo menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi perbualan mesej tersebut dan mengkritik tindakan suaminya.“Kalau betul lah wujudnya si suami macam ni kan….“Abe joe (Fizo Omar) tak boleh sentuh pasal hukum ni. Tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami tu bro, kot ya awak anti-vksin sekalipun, bukan lah sampai tahap jatuh talak bro,” tulisnya dalam kapsyen.

Mengulas mengenai vksin, Fizo memberitahu dia ada pernah mendapatkan pendapat dari seorang ustaz yang menyatakan adalah har4m jika seseorang itu membahayakan serta memudaratkan orang lain.“Pasal vksin ni memang bukan paksaan dan hak individu tu sendiri, tapi saya pernah bertanyakan pada ustaz dan jabatan agama, sekiranya kita tidak ambil dan keputusan kita itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya Har4m disisi agama kita.

Itu apa yg saya diberitahu lah.“Lagipun, pihak Agama, Kesihatan di negara kita dan seluruh dunia sudah pun iktiraf dan sahkan vksin ni halal dan harus di ambil,” jelasnya. Pun begitu, Fizo tetap mempersoalkan mengapa masih wujud golongan anti-vksin.

“Persoalannya kenapa masih wujud lagi isu anti-vksin ni.“Kalau masih ingat, sejak kita lahir, berapa jenis vksin dah pun disuntik dalam badan kita, alhamdulillah sampai sekarang Allah masih bagi nikmat kehidupan sihat ni.“Allah suka melihat hambaNya ikhtihar dan berusaha untuk menempuhi dugaan yang dihantar kepada kita semua.“We do our part, the rest we leave to Allah, the best planner!” luahnya. Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *