Mawi dedah pernah terima tawaran sertai Gegar Vaganza. Sekali ada satu sebab kenapa dia terpaksa tolak.

Viral

Penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau Mawi mengakui sebelum ini dia pernah menerima tawaran untuk menyertai program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza (GV). Bagaimanapun, penyanyi yang sinonim dengan lagu Aduh Saliha ini memberitahu bahawa dia menolak tawaran tersebut dengan cara baik. Jelas penyanyi berusia 38 tahun lagi, dia setakat ini belum bersedia untuk menyertai program mana-mana pertandingan nyanyian yang lain.

“Sejujurnya, buat masa sekarang saya tak mahu sertai apa-apa pertandingan nyanyian. Terdahulu GV ada tawarkan kepada saya untuk sertai program berkenaan. Malah sebelum GV pun, saya ada juga dapat tawaran untuk masuk Gema Gegar Vaganza. Akan tetapi saya pilih untuk menolak cara baik sekaligus tak sertainya,” kata Mawi.

Ini kerana, Mawi merasakan dia rasa bimbang sekiranya tidak mampu memberikan komitmen sebaiknya di dalam pertandingan yang disertai. “Takut juga kalau tidak boleh nak beri komitmen yang penuh sebab fokus dalam pertandingan ni bukan biasa-biasa. Misal kata saya ambil tawaran tersebut, saya dah tak boleh nak buat benda lain. Misalnya saya sudah pernah lalui waktu dalam pertandingan zaman Akademi Fantasia sebelum terjun dalam bidang seni. Jadi sedikit sebanyak saya ambil pengalaman dan tahu macam mana ‘rasa’ dia dan komitmen bagaimana saya perlu berikan. Jadi, sekarang saya pilih untuk tidak masuk bertanding dalam apa-apa program seumpamanya dan selesa macam ini,” katanya lagi.

Mawi ditemui media pada sesi makan tengahari bersama barisan penyampai stesen radio Zayan FM di The Lembah Grillerz, Seri Kembangan pada Selasa. Majlis tersebut dianjurkan bersempena dengan ulang tahun penubuhan stesen radio berkenaan yang ke-4 di samping memperkenalkan pendakwah bebas, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin sebagai penyampai baru di dalam segmen Zayan Hujung Minggu. Sumber : Media Hiburan

Rupanya Ini Cerita Yang Mungkin Ramai Tak Tahu. Datuk Fazley Yaakob Tampil Berkongsi Kisah Suka Duka Bersama Isteri.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil berkongsi kisah suka dan dukanya sepanjang percintaannya dengan isteri tersayang, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz

Menurut Fazley, ramai yang telah mendengar kisah perjalanan hidup mereka berdua dan mungkin kisah tersebut adalah benar.

“Buat yang tahu, mereka tahulah kisah kami. Buat yang dengar kisah, mungkin banyak yang betul.

“Buat yang tak pernah tahu, tapi dah agak, betul jugalah tu.

“Benar, percintaan kami yang berusia 17 tahun dan perkahwinan kami yang hari ni genap 15 tahun, terbina dari airmata kami berdua.

“Airmata keluarga kami dan juga air mata ramai penyokong kami.

“Pertama sekali, terima kasih buat semua keluarga jauh dan dekat ,sahabat-sahabat, rakan-rakan media juga serta mereka yang kenal rapat dan samar-samar kerana telah mendoakan saya dan isteri sehingga bertahannya perkahwinan kami selama ini.

“Walaupun dengan 13 kali keg.guran, kami tetap dikurniakan 4 orang cahaya mata. Syukur kehadrat Ilahi,” katanya.

Tambahnya dia juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada isterinya kerana telah banyak berkorban untuk dirinya dan anak-anak.

“Buat Adik sayang, our journey has been a rollercoaster ride, sejak hari pertama hingga sekarang.

“But we grew stronger after every test and hurdle. Doa kepada Allah merupakan pelindung terhebat.

“40 hari membaca Yassin sejak hari pertama juga menjadi benteng kekuatan kepada orang yang mahu melihat kami berpecah.

“Terima kasih atas semua pengorbanan. Kamu tinggalkan semua untuk bersama saya yang ketika itu tiada apa-apa.

“Saya bersyukur ada kamu sebagai isteri. Selamat ulang tahun ke 15 Adik Sayang.

“Terus kuat untuk semai cinta dan sayang kepada anak-anak,” katanya.

Fazley berkata demikian menerusi satu posting di Instagram.

Sekadar info, Fazley dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Pasangan itu kemudian mengadakan majlis persandingan semula sempena meraikan ulangtahun perkahwinan mereka ke-13 pada 2018.-Sumber: Gempak.

Dato Fazley Kini Cari Suami Baru Untuk Ibu Tapi Kecantikannya Ibu Pula Jadi Perhatian.

Bergelar ibu tunggal tanpa suami sebagai peneman di sisi pastinya sedikit sebanyak mengundang rasa sepi buat sesetengah wanita. Namun dengan kehadiran anak-anak tercinta yang menjalankan tanggungjawab menjaga dengan baik, ia merupakan anugerah paling bahagia. Pun begitu bagi Dato’ Fazley Yaakob, nampaknya beliau mempunyai cara tersendiri untuk menggembirakan ibu tercinta.

Bismillah…Saya nak cari jodoh untuk ibu saya

Beberapa jam lalu menerusi Facebook rasmi chef terkemuka ini, beliau telah membuat sebuah posting bagi mempromosikan soal pencarian jodoh buat ibunya, Datin Umi Kalsom Abdol Latif. Antara kriteria calon suami yang dicari semestinya bukanlah ‘laki orang’, berusia sekitar 60-70 tahun dan ikhlas mencari kebahagiaan dunia akhirat. Jelas Dato’ Fzley lagi, semuanya dilakukan untuk kegembiraan wanita tersebut.

Pernah trauma & depress apabila suami dijemput Ilahi 2016 dahulu.


Terdahulu menerusi perkongsian bersama portal Nona, Datin Umi pernah mendedahkan dirinya trauma dan depress setelah mengalami pemergian suami tercinta pada tahun 2016.

Malah akibat terkejut sehingga kesihatannya terjejas, beliau sendiri tidak masuk ke dapur dan seakan-akan kehilangan minat memasak kerana semua itu akan mengingatkannya kepada Allahyarham.

Pernah jumpa kat hotel, maknya memang cantik…Putih gebu pandang tak jemu.


Menjengah ke ruangan komen, netizen terus mendoakan yang terbaik moga-moga ‘misi’ tukang masak terkenal itu berjaya. Tidak ketinggalan juga, begitu ramai yang memuji kecantikan Datin Umi di usia 68 tahun kerana nampak masih awet muda.

Sumber: Kisah Dunia

Pemuda Dedah Temu Jodoh Dengan Cikgu Sendiri. Walaupun Beza Umur 25 Tahun Namun Ia Bukan Suatu Halangan.

Jodoh itu sememangnya rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga siapa jodoh kita di masa akan datang dan apabila ia tiba pastinya satu anugerah yang begitu istimewa.

Berjodoh dengan cikgu sendiri

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda apabila bertemu jodoh dengan gurunya sendiri. Hal tersebut dikongsikan oleh satu akuan TikTok menggunakan nama @Samballana_bistro78 apabila memuat naik video rangkuman perkenalan dengan isteri tersayang. Dalam video tersebut, pengguna akaun @Samballana_bistro78 memaklumkan yang dia merupakan seorang pelajar  letika itu dan kerap bergambar dengan guru yang kini isterinya  bermula dari tahun 2016.

Selamat bernikah pada 2020

Tak lama selepas itu, dia memberanikan diri mengajak keluar makan sekitar tahun 2018 dan pada tahun 2020, mereka berdua sah bergelar suami isteri.

Beza usia 25 tahun

Menurutnya lagi, perbezaan usia mereka adalah 25 tahun dan hal tersebut bukan menjadi masalah buat mereka berdua yang kini bahagia bersama.

“Jem kejap otak aku”

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, akaun TikToknya telah menerima pelbagai komen oleh warganet yang agak terkejut dengan pengakuannya. Walau bagaimanapun, masing-masing mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir usia dan mengakui bahawa jika sudah berjodoh, pasti tidak akan kemana.

Jodoh tu Allah dah atur

Dah jodoh kan

Mungkin jodoh saya baru lahir

Ada kes mak tak restu sebab beza umur jauh

Sumber: TikTok @Samballana_bistro78

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *