Beri amaran keras pada adik ipar secara terbuka depan orang ramai. Ini kata kata Rosmah kat Nazir buat tetamu terkedu.

Keluarga OH POLITIK

KUALA LUMPUR: Skandal kewangan 1MDB, serta sikap agresif beliau terhadap pengurusan dana negara itu, mengakibatkan ketegangan berlaku dalam keluarganya sendiri, dedah bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak.

Dalam memoirnya ‘What’s in a Name’, adik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, ketegangan itu berlanjutan sehingga isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka memberi amaran keras kepada adik iparnya itu.

Mengimbas kembali suatu peristiwa pada 15 Julai, 2015, Nazir berkata beliau ketika itu hadir di satu majlis Ramadan di kediaman Najib yang merupakan Perdana Menteri ketika itu.

“Sejak siri serangan media sosial ke atas keluarga kami, Azlina (isteri Nazir, Datin Seri Azlina Aziz) enggan menghadiri sebarang majlis sosial dengan abang saya, jadi saya pergi ke majlis tersebut bersendirian.

“Ia merupakan majlis peribadi dengan kehadiran beberapa orang Sultan, pegawai kanan kerajaan, serta pegawai Pejabat Perdana Menteri ketika itu. Ketika itu saya sedang berbual dengan Johari (abangnya) sebelum disertai Najib,” kata Nazir membuka cerita.

Pengasas firma Ikhlas Capital itu berkata demikian dalam memoirnya bertajuk ‘What’s in a Name’, dalam bab bertajuk ‘Eh, We Have a Problem’ yang memperincikan keraguan beliau terhadap penubuhan 1MDB serta hubung kait dana itu dengan Najib.g
Biografi setebal 358 muka surat itu, memperincikan pengalaman Nazir dalam membangunkan CIMB sebagai institusi berperanan membawa ASEAN keluar dari krisis kewangan Asia.

Selain itu, terdapat juga bab-bab di mana Nazir berusaha menjunjung legasi ayahnya Tun Abdul Razak, serta perkongsian tentang penubuhan 1MDB, yang akhirnya menyebabkan kejatuhan abangnya serta Barisan Nasional.

Bercerita lanjut keadaan di majlis berkenaan, Nazir berkata, ketika sedang asyik berbual dengan abangnya, Johari, beliau ternampak kelibat seorang wanita dengan tudung yang tak mungkin digayakan orang lain menghampiri mereka.

Wanita itu tidak lain dan tidak bukan kakak iparnya, Rosmah Mansor.

Sebaik menghampiri mereka tiga beradik itu, Nazir berkata, Rosmah terus menggenggam tangan Najib seraya memandang suaminya dan berkata: “Jangan bercakap dengan dia! Dia sedang melakukan sesuatu terhadap you (Najib) dan sedang cuba menjatuhkan you!”

Nazir berkata, ketika itu juga, tetamu yang menghadiri majlis berkenaan mula memandang kejadian tersebut.Dalam masa sama, Najib cuba untuk menenangkan Rosmah dan mempertahankan adiknya itu, tetapi gagal.

Rosmah meneruskan kata-kata dengan pandangan yang tajam: “I know what you’re up to. I have eyes. You had better watch out! (Saya tahu apa yang kamu cuba lakukan. Saya ada pemberi maklumat. Awak lebih baik berhati-hati)”.

Nazir berkata, sejurus kejadian itu, beliau terus meninggalkan majlis berkenaan dan mengirim pesanan kepada abangnya.Dalam kiriman mesej itu, Nazir memaklumkan itu adalah majlis terakhir yang dihadirinya memandangkan kakak iparnya bersikap seolah-olah memusuhinya.

Namun, Nazir berpandangan, apa yang Rosmah lakukan itu boleh difahami, walaupun niat Nazir adalah untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB, bukannya untuk menyakiti Najib..

“Jangan bercakap dengan dia (Nazir)! Dia sedang melakukan sesuatu terhadap you (Najib) dan sedang cuba menjatuhkan you!”. Itu kata-kata amaran Rosmah Mansor kepada suaminya, Najib Razak merujuk kepada adik iparnya, Nazir Razak. – Gambar fail

Dalam pada itu, Nazir berkata, rentetan pendedahan terhadap 1MDB, lesen penerbitan The Edge telah digantung selama tiga bulan atas alasan, liputan terhadap 1MDB boleh menimbulkan ketidaktenteraman di khalayak ramai.

Imbas Nazir lagi, ketika itu khabar angin bertiup kencang bahawa Pejabat Peguam Negara ketika itu (Tan Sri Abdul Gani Patail) sedang menyiapkan kertas pendakwaan ke atas Najib dan ketegangan dalam UMNO semakin memuncak.

Nazir berkata, pada Mei 2015, Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin), telah membuat ucapan keras di majlis tertutup UMNO, menegaskan masalah dalam parti boleh diselesaikan dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam 1MDB.

“Ucapan itu merupakan serangan terhadap Najib. Ketika bertemu dengan Muhyiddin di Jakarta pada Jun, beliau berkata, demi kebaikan UMNO dan negara, skandal 1MDB perlu ditangani segera.

“Dan pada 26 Julai 2015, Muhyiddin telah membuat ucapan, mempersoalkan beberapa perkara tentang 1MDB yang perlu dijawab Najib dengan kadar segera,” kata Nazir lagi.

Nazir turut menarik perhatian Muhyiddin dan Abdul Gani dilihat mengadakan perbincangan di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur.Pertemuan itu menguatkan lagi khabar angin bahawa institusi bakal mengambil tindakan dan Muhyiddin perlu bersedia untuk langkah seterusnya.

Ini merupakan antara siri pendedahan bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkenaan 1MDB dalam memoirnya bertajuk What’s in a Name’ yang dilancarkan pada 8 November lalu.

Nazir pernah pertimbang umum sokong PH ketika kemuncak skandal 1MDB

Menjelang pilihan raya umum ke-14, pengerusi CIMB ketika itu Nazir Razak mengaku kecenderungannya terhadap Pakatan Harapan berbanding BN – yang dibina oleh bapa dan dipimpin abangnya.

Pendirian itu susulan munculnya skandal 1MDB – yang Najib Razak dilaporkan berkali-kali mengetepikan nasihat dan amarannya.Nazir berkata sokongannya kebanyakan diberikan di belakang tabir.Bagaimanapun, pada suatu ketika, dia ada berbincang dengan isteri Azlina Aziz untuk mengumumkan secara terbuka.

“Dia sokong saya letak jawatan sebagai pengerusi CIMB bagi membolehkan saya sokong kempen pilihan raya PH,” katanya dalam memoir yang baru diterbitkan.

Azlina, katanya, menaja kempen pulang mengundi.

Pada Januari 2014, Nazir menulis berkaitan legasi bapanya yang berjimat cermat dan bertanggungjawab dengan dana awam, yang diharapkannya menjadi peringatan kepada Najib dalam isu 1MDB.Katanya, susulan penyiaran artikel itu di akhbar, dia, isteri dan anak-anak menjadi mangsa serangan tentera siber yang dipercayainya datang daripada kem Najib.

Isterinya, kata Nazir, mahu menuding jari secara terbuka kepada Najib dan isterinya Rosmah Mansor.

Ingin mengelakkan pertembungan terbuka, Nazir berkata, dia kemudian menelefon Najib.

“Dia nafi tahu-menahu dengan serangan itu tetapi mengaku ia mungkin datang daripada kemnya.

“Orang marah dengan saya (Nazir), jelas Najib, kerana menulis artikel itu,” kata Nazir.

Dalam buku biografinya, Nazir membuat spekulasi bahawa serangan maya itu bertujuan menakut-nakutkannya daripada mengulas isu 1MDB.

Perkara itu dilaporkan menjejaskan hubungan Azlina dan Najib.

Ia dikatakan menyebabkan Najib mengelak majlis sosial melibatkan adik iparnya, termasuk majlis berbuka puasa Ramadan pada 2015 di mana Rosmah dikatakan memarahi Nazir. Nazir bagaimanapun berkata tidak jadi menyokong PH secara terbuka selepas mendapat nasihat daripada Rafidah Aziz dan Ngaire Woods, ahli akademik daripada Universiti Oxford.

Katanya, Rafizah tidak menggalakkan perkara itu kerana ia boleh membuatkan ibu mereka Rahah Noah sedih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

sumber: astro awani, mkini

Tengah Seronok Bercuti Di Melaka. Sekali Ramai Pulak Rakyat Yang Cuba Tanyakan Sesuatu Pada Najib.

“Minta tolong datuk seri (Najib), kami nak duit lam sum KWSP RM10,000,” jelas salah seorang pengikut Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli Parlimen Pekan itu turut menaikkan status berkata, ada rakyat yang berasa kecewa dan ada yang berterima kasih. Ada yang mar4h juga kerana penyampaian (Bajet 2022) kurang jelas.

“Tengah hari atau petang Isnin ini free? Saya akan berucap di Parlimen. Tak apa. Luahkan kat sini juga. Saya baca. Saya kumpul. Saya suarakan di Parlimen. Di mana baik, kita sokong. Di mana kurang, kita betulkan. Di mana zalim, kita lawan,” jelas Najib. Menjengah di ruangan komen, ternyata ramai yang meminta untuk Najib mengenengahkan isu pengeluaran duit sebanyak RM10,000 melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kami mahu KWSP benarkan pengeluaran i-Bunga RM10,000 ‘lump sum’ tanpa syarat,” jelas Hussaini Amran. “Datuk Seri Najib Razak tolong la kami suarakan pengeluaran KWSP dan cadangan DSN mengenai skim i-survive saya mengharap sangat semalam ada disebut mengenai cadangan ni.Tapi tak dilaksanakan kerajaan Keluarga Malaysia. Bersuara la Datuk Seri untuk kami hanya Datuk Seri sahaja yang faham dan sentiasa peka terhadap rakyat, hutang kami masih banyak tertunggak Datuk Seri,” jelas Mohd Nizam. “Terbaik DSN banyak yang tak betul. M40 dipinggirkan, penjawat awam dapat one-off, swasta macam mana pulak? Sekurang-kurangnya lulus la i-Citra one-off. Kita tunggu DSN suarakan di Parlimen,” kata Muralitharan Ramachandran. Sumber : K!Online

Ismail Sabri bagitahu akan umumkan serentak tentang rentas negeri. Sekali ini pula reaksi Najib buat ramai yang terkejut.

Kebenaran rentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata kebenaran itu akan dikuatkuasakan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 90 peratus dan dijangka diumumkan beliau dalam beberapa hari lagi.

“Serentak seluruh negara. Kalau seluruh negara dah capai 90 peratus (kadar vaksinasi), kita jangka purata negeri-negeri sudah pun melebihi 80 peratus. Jadi sebab itulah kita akan umumkan dalam waktu terdekat, sehari, dua hari, tiga hari ke tak tahulah.

Tunggulah tapi tak lama dah,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri di sini hari ini. Sasaran kadar 90 peratus vaksinasi populasi dewasa semakin hampir apabila 89.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima dos vaksinasi cov1d-19 setakat malam tadi.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan sempadan negeri akan dibuka apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai tahap 90 peratus. Dalam pada itu Najib Razak yang umum mengetahui kuat troll kerjaan terdahulu tampil memberi reaksi berbeza ketika Ismail Sabri menjadi perdana menteri mengantikan Muhyddin Yassin

“Semua sedang standby merentas negeri ke? Dah 89.4% semalam. Sikit lagi. Mesti tak sabar balik kampung. Apa pun, patuhi SOP sentiasa. Pastikan kesihatan diri dan keluarga juga terutama sekali bagi yang pulang ke kampung menziarahi warga emas setelah berbulan-bulan lama.

Sumber : http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *