Lama menyepi lepas viral beberapa isu. Penampilan terkini Puteri Balqis jadi tumpuan orang ramai.

artis

Meninjau ke akaun Instagram pelakon Beto Kusyairy, posting terbaru Beto telah meraih perhatian ramai. Beto telah memuatnaik sekeping gambarnya bersama Nabila Huda dan Puteri Balqis yang sama-sama menjalani pengambaran drama terbaru mereka.

Puteri Balqis atau mesra dipanggil Aqish turut terlibat dalam drama yang berjudul Halimun. Menurut Beto, penampilan Aqish dalam drama tersebut hanya seketika sahaja namun persembahan Aqish tetap memukau. Beto turut mendoakan agar Aqish sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja dan semoga dipertemukan lagi dalam drama seterusnya jika diberi kesempatan. Aqish yang semakin meningkat dewasa nampak agak berbeza penampilannya ketika kecil dahulu

Ramai yang mula merindui lakonan Aqish yang merupakan seorang pelakon yang amat berbakat sejak kecil lagi. Aqish banyak tercalon dan memenangi anugerah ketika dahulu dan pernah dianugerahkan sebagai pelakon terbaik di peringkat Asia. Ramai yang memuji penampilan Aqish yang semakin cantik dan mendoakan kejayaan Aqish. Antara komen-komen yang diberikan,

”I kennot.. still nmpk Shameen & Shah.. Semoga lebih banyak peluang kembali buat aqish.. Cantik aqish.. Harap2 aqish boleh terus berlakon.. “ ” Ingatkan shameen and shah tadi.. Dah besaq dah aqish.. Shameen & Shah bertemu lagi.. InsyaAllah amin, semoga dipermudahkn.. “

” Cantiknya aqish.. Aqish is back… We miss you… Keep strong.. semoga murah rezeki dan sihat selalu aqish.. “ ” Wahhh ade aqishh.. Lainnya Aqish.. Can’t wait for this.. Cantiknya Aqish.. keep it up ye bang.. jaga diri jaga kesihatan.. lakonan abg always da boom.. “

” Rindunye kat aqish.. Besar dah dia bakat yang teramat besarrr nii Balqis niii sayang kalau tak teruskan.. “ ” Besaq dah Puteri Balqis ni.. Moga aqish terus diberikan kesihatan yang baik.. Brilliant-talented collabs.. “ ” Comelnya aqish.. last tgk masa aqish kanak2 je… smoga yg terbaik utk aqish.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan rezeki yg melimpah.. “

Pastinya ramai yang menantikan kemunculan drama Halimun di kaca televisyen kerana dapat mengubat1 kerinduan terhadap lakonan Aqish menyepi seketika dalam dunia seni. Semoga Puteri Balqis terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sedikit trivia Pelakon Puteri Balqis

Puteri Balqis merupakan seorang aktres remaja popular di Malaysia yang memulakan karier seni sejak usia dua tahun iaitu selepas menjayakan sebuah sesi ujibakat. Kemunculan sulungnya di layar kaca adalah pada tahun 2011, menerusi siri televisyen Gemilang yang diterajui Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Shahz Jaszle

Biodata

1. Nama sebenarnya, Puteri Balqis binti Azizi. Menggunakan nama komersial, Puteri Balqis. 2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 April 2007. Kini berumur 14 tahun. 3. Merupakan pelakon dan model komersial yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

4. Antara drama dibintanginya seperti Gemilang, Cinta Itu Milikku, Astana Cinta Aleesa, Akulah Balqis, Andainya Takdir dan Sweet Dreams. 5. Termasuk telefilem Di Sebalik Tirai Kasih, Anak Lorong, Aku Tahu, Saloma, Kulit, Ana Anak Ibu dan banyak lagi.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Strawberi Cinta, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng, Makrifat Cinta dan KL Special Force. 7. Pemegang trofi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin ke-16, Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19. 8. Pada Mei 2018, beliau dilaporkan menghidap masalah jantung.

Fakta Menarik

Lebih mesra disapa Aqish. Anak perempuan tunggal kepada pasangan Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz. Arwh Datuknya, Mohd Aziz Arifin atau Ken Arifin pernah seangkatan dengan Tan Sri P. Ramlee semasa era kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.

Bergelar pelakon sejak usia dua tahun selepas menjayakan sebuah sesi uji bakat. Pernah membuat kemunculan dalam video muzik penyanyi Hafiz Suip berjudul ‘Matahari’ dan Anuar Zain menerusi ‘Andainya Takdir’ serta ‘Cinta Takkan Berakhir’.

Mengidolakan bintang Hollywood, Dakota Fanning dan Natalie Portman, termasuk seniman Tan Sri P. Ramlee.
ayah puteri balqis

Sumber https://www.two.e-kesah.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Tampil Serba Putih Seperti Hari Nikah. Ramai Jatuh Hati Tengok Penampilan Izara Aishah Ketika Makan Malam.

Sekali lagi mencuri tumpuan, pelakon Izara Aishah tampil jelita dengan busana putih ala hari nikah ketika sesi makan malam berdua bersama suaminya, Adib Khalid di sebuah restoran bertempat di ibu kota. Jelas Izara, makan malam berdua itu diadakan bersempena ulang tahun kelahirannya yang disambut pada 28 September yang lalu

Momen indah itu turut dikongsikan Izara menerusi beberapa hantaran di media sosial untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya. Dalam foto tersebut, Izara telah mengenakan sepasang jubah putih longgar putih berseri dengan tudung labuh di belakang berona kelabu cair.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji busana yang dipakainya serta kecantikan semula jadi pelakon itu. Salam, cantiknya awak! Macam nak pergi nikah..” sahut seorang lagi peminat. Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat puluhan ribu tanda suka daripada pengguna media sosial.

Sekadar info, Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri penyanyi tersohor negara, Adib Khalid pada tahun 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Irisa Alaia yang kini berusia setahun setengah.

Waktu Shoot Tudung Izara Aishah Minta Ini. Peminat Berasa Gembira Dengan Perubahan Izara.

Usahawan kosmetik terkenal Ashh&Annas berkongsi permintaan pelakon Izara Aishah sewaktu sesi penggambaran koleksi tudung terbaharunya. Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Ashh&Annas merakamkan gelagat Izara yang tergelak sebaik sahaja mendengar lagu dimainkan.

“Ya Allah dia suka lagu Hindustan sekali shoot abang kawasan buka lagu jiwang karat. Terus dia tergelak besar sampai merah muka,” tulisnya. Selain itu Ashh&Annas juga turut berkongsi permintaan Izara yang mahu tudung dilabuhkan.

Video:

https://www.instagram.com/reel/CUgxCCPp8SK/?utm_source=ig_web_copy_link

“Macam patung Izara Aishah ni. Dia memang pesan awal-awal ‘abang Anas, Izara nak pakai labuh tau tak nak singkat,’ kongsinya. Dalam pada itu, ruangan komen video tersebut dihujani dengan komen-komen positif yang memuji kecantikan Izara dan juga koleksi tudung berkenaan.

Untuk info, Izara tampil dengan imej bertudung pada 13 Ogos lalu. Perkara itu ternyata membuatkan peminatnya berasa gembira dengan perubahan Izara ke arah yang lebih baik. Bukan hanya berhijab, Izara juga bertindak memadamkan gambar-gambar lamanya di Instagram.

Sumber:Gempak.

Waktu Shoot Tudung Izara Aishah Minta Ini. Peminat Berasa Gembira Dengan Perubahan Izara.

Usahawan kosmetik terkenal Ashh&Annas berkongsi permintaan pelakon Izara Aishah sewaktu sesi penggambaran koleksi tudung terbaharunya.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Ashh&Annas merakamkan gelagat Izara yang tergelak sebaik sahaja mendengar lagu dimainkan.

“Ya Allah dia suka lagu Hindustan sekali shoot abang kawasan buka lagu jiwang karat. Terus dia tergelak besar sampai merah muka,” tulisnya.

Selain itu Ashh&Annas juga turut berkongsi permintaan Izara yang mahu tudung dilabuhkan.

“Macam patung Izara Aishah ni. Dia memang pesan awal-awal ‘abang Anas, Izara nak pakai labuh tau tak nak singkat,’ kongsinya. Dalam pada itu, ruangan komen video tersebut dihujani dengan komen-komen positif yang memuji kecantikan Izara dan juga koleksi tudung berkenaan.

Untuk info, Izara tampil dengan imej bertudung pada 13 Ogos lalu. Perkara itu ternyata membuatkan peminatnya berasa gembira dengan perubahan Izara ke arah yang lebih baik. Bukan hanya berhijab, Izara juga bertindak memadamkan gambar-gambar lamanya di Instagram.

Sumber:Gempak.

Izara Aishah muat naik foto bertudung labuh dan padam foto lama. Terkejut bila tengok laman ig semua gambar tak bertudung di padam.

Pelakon cantik dan berbakat, Izara Aishah memang sering berkongsikan kehidupan sehariannya menerusi laman sosialnya buat tatapan peminatnya. Tidak itu sahaja, malah Izara memang juga sering berkongsi hal-hal isu semasa menerusi laman twitternya.

Terbaru, Izara memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan dirinya yang bertudung labuh, cantik dan anggun. Ini telah berjaya menarik perhatian ramai dan membuat ramai tertanya-tanya adakah Izara sudah mula bertudung.

Namun ruangan komen bagi instagramnya telah ditutup dan juga gambar yang dimuat naik tersebut tidak mempunyai sebarang kapsyen ada kenyataan darinya.

Selain itu, Izara turut memadam gambar-gambar lamanya yang pernah dimuat naik terdahulu ketika beliau masih belum berhijab. Ini seakan mengesahkan spekvlasi orang ramai. Namun begitu, tiada sebarang kenyataan yang khusus berkaitan hal ini dari Izara sendiri.

Apa-apa pun kita hormati keputusan Izara Aisyah terhadap penampilannya dan mendoakan yang terbaik. Untuk pengetahuan, Izara telah mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Adib Khalid iaitu anak tiri kepada Dato Seri Siti Nurhaliza pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Irisa Alaia.

Sumber : gempak

Uqasha Senrose ada niat untuk bertudung kembali. Tapi dalam masa yang sama Uqasha luahkan rasa bimbang tentang ini.

Pelakon cantik Uqasha Senrose seakan memberi bayangan untuk dirinya mengenakan hijab semula namun dia menyedari keputusan itu perlu disertakan dengan tindakan yang istiqomah. Malah, dia turut bimbang sekiranya niat untuk mengenakan hijab kembali undang kritikan warganet.

Macam nak pakai tudung balik

Uqasha Senrose menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dilihat sedang mempromosikan persalinan abaya yang diterimanya dari sebuah butik terkenal. Dalam video tersebut kelihatan juga pelakon ini mengenakan tudung berwarna rona peach sedondon dengan warna pakaian itu.

Alhamdulillah, hari ini Uqasha dapat abaya lagi daripada Abaya. Uqasha memang tak pernah kecewa dengan design dia buat. Walapun jubah, kat dalam dia fashionable. Paling penting, ia menutup aurat. Rasa macam nak pakai tudung balik. Kena istiqomah dulu, nanti kena kritik.

Pakailah hijab semula…

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi sokongan kepada pelakon itu untuk memakai hijab semula dan memuji dia kelihatan cantik apabila memakai tudung di kepala.

Uqasha Senrose sebelum ini pernah berhijab sekitar tahun 2013, namun, selepas tiga tahun kelihatan dia membuat keputusan untuk tidak lagi tampil bertudung. Keputusan tersebut mengejutkan ramai pihak dan terima pelbagai kritikan warganet.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dikatakan Dah Kahwin Dalam Diam. Tular Gambar Uqasha Senrose Berpakaian Pengantin Serba Lengkap. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Buat Ramai Yang Teruja.

Ramai yang sudah tahu mengenai hubungan pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Kamal membuat keputusan untuk melamar Uqasha ketika siaran langsung acara penyampaian anugerah Meletop yang dianjurkan oleh sebuah stesen tv swasta. Tindakan Kamal yang cukup ‘gentleman’ itu membuatkan Uqasha tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran tersebut malahan membuktikan mengenai hubungan gossip antara kedua-dua teraju utama drama Perempuan Tanpa Dsa ini adalah benar.

Perkahwinan pasangan ini khabarnya bakal mendapat tajaan daripada pihak Habib Jewel. Uqasha yang membuat rakaman video pra perkahwinannya dengan mengenakan beberapa barang kemas Habib Jewel telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan tersebut buat tatapan para peminat dan pengikut akaun media sosial beliau.

Dipercayai gambar tersebut turut mempromosikan bersama beberapa barang kemas tajaan Habib Jewel. Pasangan ini di katakan mulai rapat setelah bergandingan bersama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Keserasian pasangan tersebut setiap kali menjayakan watak bersama sebagai pasangan suami isteri menyebabkan para peminat juga menyokong hubungan mereka berdua menjadi realiti.

Terkini menerusi instagram story peminat Uqasha telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan Kamal dan Uqasha berpakaian pengantin serba lengkap dan Uqasha meminta supaya individu tersebut tidak menghebahkan acara berkenaan. Khabarnya pasangan berkenaan akan berlakon bersama sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah telemovie terbaru.

Manakala di Instagram story Uqasha pula telah memuatnaik beberapa gambar beliau memakai baju pengantin dan sedang di mekapkan oleh seorang mekap artis yang bernama Nadia. Nadia merasa bertuah kerana dapat menyempurnakan mekap nikah buat Uqasha dan mengucapkan rasa terima kasih dan syukur diberikan rezeki untuk menyolek artis jelita tersebut. Nadia juga mendoakan urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan apabila tiba hari perkahwinan mereka kelak.

Ramai yang terpesona dengan kejelitaan pelakon wanita berkenaan. Para peminat mereka juga berkata wajah Uqasha saling tidak tumpah seperti adiknya Nelydia setelah disolek. Mereka juga mendoakan supaya urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan nanti.

Cantik betul wajah Uqasha selepas di solek begitu. Ramai cakap dah macam patung. Memang wajah Uqasha cantik semulajadi. Beruntung Kamal Adli bakal memperisterikan Uqasha nanti. Semoga urusan persediaan perkahwinan mereka berdua berjalan lancar nanti. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: ig kamalxuqasha via Videoviral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Rancang Untuk Adakan 3 Kali Resepsi. Ramai Yang Teruja Bile Satu Majlis Khas Untuk Peminat Sahaja.

PASANGAN pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendedahkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini. Masih lagi merahsiakan tarikh pernikahan mereka,

Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli 35, dan Uqasha, bagaimanapun hanya mendedahkan majlis pernikahan mereka bakal diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal tanah air. Menurut pasangan ini lagi, sehingga kini kira-kira 80 peratus persiapan sudah selesai menjelang majlis itu kelak.

“Kami akan adakan tiga majlis iaitu satu untuk keluarga dan rakan-rakan rapat memandangkan lokasi yang kami pilih itu kehadiran tetamu adalah terhad kepada 350 orang sahaja. “Untuk majlis kedua, kami akan jemput rakan-rakan artis serta pihak media dan bagi acara ketiga, kami akan undang peminat untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami.

“Setakat ini, Alhamdulillah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan dan kami mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua,” kata Uqasha kepada mStar. Uqasha dan Kamal ditemui selepas selesai bersiaran langsung untuk program MeleTOP di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Setakat ini, Alhamdulilah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan. Sementara itu, Kamal pula berkata dia teruja menantikan hari bahagia mereka dan dalam masa yang sama masih mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab bergelar seorang suami.

“Saya teruja dan dalam masa yang sama saya kena belajar (tanggungjawab seorang suami). Uqasha ada dream wedding dia sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan semua pilihan yang dia buat. “Apabila majlis dah nak dekat nanti kami akan beritahu bila tarikhnya dan tema majlis semua.

“Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik. Moga ketika itu SOP dah longgar sikit untuk kita semua merentas negeri,” katanya. Kamal melamar Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2020) yang berlangsung pada Disember tahun lalu.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad pada tahun 2019. Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang secara tidak sengaja memecahkan rahsia

bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika sedang menjalani penggambaran drama berkenaan. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Buat Warganet Tertanya Tanya. Ramai Yang Sangka Majlis Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Dah Nak Dekat Lepas Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Macam Ni.

Kata orang setiap gambar pasti ada maksudnya, tapi adakah benar juga setiap caption turut ada maksud yang tersendiri? Pelakon Kamal Adli nampaknya seperti memberi bayangan kepada para pengikutnya tetapi bayangan apakah yang dimaksudkan itu masih lagi menjadi tanda tanya.

Kamal ada memuat naik foto baharu di laman Instagram miliknya berserta caption yang sangat simple tapi penuh makna dan tanda tanya. Tanda tanya pertama ialah sama ada Kamal ‘soon’ bakal menamatkan zaman bujang atau ‘soon’ akan muncul dengan drama baharu?

Maklum lah sekarang ini kan musim ramai selebriti mendirikan rumah tangga, mana tahu Kamal dan Uqasha pun akan ikut jejak juga ke? Rata-rata peminatnya masing-masing mempunyai andaian sendiri iaitu Kamal bakal muncul dengan drama baharu serta majlisnya bersama dengan Uqasha semakin menghampiri.

Untuk makluman, pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri ini dan difahamkan juga semua persiapan sedang dilakukan oleh kedua-dua pihak. Kita tunggu sahaja berita baik daripada Kamal dan Uqasha ya, tak sabar ni nak tengok mereka naik pelamin kahwin betul-betul!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Hotfm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *